“Err.. saja! Suka hati saya lah nak pakai berapa banyak Blackberry pun! Ada saya kisah? Tak ada lah pulak”
“Hish! Orang tua ni! Dia tanya aku, dia jawab sendiri! Hish! Apa nak jadi laa.” Omel Elisya perlahan.
“Tak adalah Encik Farish. Saya saja je tanya kenapa Blackberry Encik ada dua. Sbb telefon Encik tu macam saya kenal lah. Macam saya punya je.” Balas Elisya sinis.”
“Of course lah awak kenal Elisya.. Dah ni memang telefon awak!”
“Kan aku dah cakap! Sure telefon aku punya.”
“Hah? Telefon saya? Kalau telefon saya, Encik Farish mestilah bagi balik kan ? Sebab mak saya katakana, tak baik ambik hak orang.”
“Oh ye ke? Mak awak ajak macam tu? Bagus mak awak ajar macam tu. Tapi masalahnya, kereta saya ada undang undang.”
“Undang apa pulak Encik Farish ooi?”
“Undang undang kereta saya lah.”
“Hish! Encik Farish ni mengarut sahaja lah. Mana ada orang buat undang undang kereta.”
“Hish! Ada … Saya lah tu. Hahaha.”
“Mengarut saja!” dengus Elisya.
“Biar lah kereta saya. Suka hati saya lah nak buat undang undang atau tak, awak kisah apa. Okay, back to the main thing. Pasal Blackberry. Kan saya dah kata, kereta saya ada undang undang. Undang undang kereta saya, kalau seseorang itu tertinggal barang dalam kereta saya, automaticly, barang itu akan jadi hak milik saya. Jadi blackberry awak ni, saya lah yang punya. Hahaha.”
“Hish! Mana boleh macam tu Encik Farish. Telefon tu penting. Dalam tu semua ada naombor telefon saya, keluarga saya semua. Gambar gambar kawan saya. Ada satu gambar tu penting sebab kawan saya dah tak ada dah kat sini…” kata Elisya sambil mempamerkan muka sedih.
“Wakakaaka! Confirm! Gerenti dia bagi! Lagipun telefon tu abang bagi… Bukan senang dia nak bagi. Eh ye ke susah nak bagi? Telefon Blackberry dengan ipad tu dia yang bagi… Tak kisah lah macam mana pun! Dah lah malaun tu tak balik balik lagi…. Rindu la pulak. Abang! Kenapa Abang buat Isya macam ni? Abang tak sayang Isya ke? Abang kan tahu Isya nak jadi doktor? Isya tak nak kerja dengan Farish ni bang…. Dia suka buli orang…. Abang balik lah! Isya rindu abang….” Omel Elisya di dalam hatinya.
Memang dari dulu, Elisya rapat dengan Danish berbanding dengan adik beradiknya yang lain. Semua adik beradik Elisya rapat dengannya tetepi Danish lagi rapat dengan. Bukan disebabkan mereka kembar mereka rapat. Tetapi sikap Danish yang penyayang itu lah yang membuatkan mereka rapat. Sejak dari kecil, Elisya dan Danish seperti isi dan kuku. Tidak pernah berpisah langsung. Kecuali semasa masing masing melangkah pergi ke Universiti.
“Kan awak dah ada Xperia awak. Mesti dalam tu ada semua nombor telefon and gambar semua…. Awak guna sajalah telefon tu.”
“Tak boleh! Lain! Tolong pulangkan blackberry saya Encik Farish. Ataupun, Encik Farish bagi cave telefon saya, memory card and sim card saya. Telefon tu Encik Farish nak ambil lah.” Cadang Elisya.
“Eh, mana boleh.Lain la awak tinggal telefon Blackberry awak sahaja tanpa cave, memory card, sim card…. Tapi masalahnya, awak tinggal semua. Jadi, ni semua milik saya.”
“Tolong lah Encik Farish, bagi telefon saya. Saya sanggup buat apa saja untuk dapatkan telefon saya balik.”
“Anything? Sanggup?” kata Farish sambil mempamerkan muka nakalnya.
“Anything asalkan tak gila, tak melibatkan agama, keluarga, Negara. Dan asalkan permintaan Encik Farish itu tak berat dan munasabah.”
“Okay. Fine. Tapi buat masa ni, saya kekeringan idea. Jadi, ambil lah Blackberry awak ni”
“Okay.” Kata Elisya sambil melangkah ke meja Farish untuk mengambil telefonnya. Namun belum sempat Elisya mencapai Blackberrynya, Farish mengambil Blackberry Elisya lantas meletakkannya di dalam pket seluarnya.
“Sebelum saya terlupa, saya nak tanya,awak suka warna ungu ke?”
“Ya.. saya suka sangat! Now, my phone please…”
“One more question… Apa maksud SDE??”
“Ah mampus! Macam mana dia boleh perasan pulak aku punya nama dekat belakang cave aku tu??? Ni semua abang punya pasal. Kalau dia tak beli cave aku dengan dia yang ada nama aku dengan dia, sure aku tak bersusah payah nak jawab pertanyaan Farish. Aduyai! Macam mana ni???”
“SDE?! Oh.. Tu nama saya saja.”
“Nama awak? Nama awak kan Dania Elisya? Apa maksud S dekat SDE tu pulak?”
“Laa.. Mati matian aku ingat dia ada Sharifah kat depan!” kata Farish di dalam hatinya.
Farish tidak tahu bahawa tekaanya sebenarnya tepat sekali!
“Err, maksudnya Sayangku Dania Elisya…. Cave dengan telefon tu abang saya yang bagi.”
“Sayangku Dania Elisya? Is the best you can do? Biar lah! Janji aku boleh senyapkan bos aku yang sorang ni! Alamatnya bertimbuan lah aku punya dosa! Kena minta ampun dengan Allah balik ni! Ni semua abang punya pasal. Eh? Abang aku punya pasal? Padahal aku yang tidak mahu menjadi COO syarikat ni! Aku ni! Suka sangat blame orang lain padahal salah aku.” Omel Elisya di dalam hatinya sambil mengetuk kepalanya.
“Abang dia? Aku tak tahu pulak yang dia ada abang? Pelik ni! Memang lah kau tidak tahu Farish! Kau baru kenal dia berapa hari bukan berapa tahun. Aik? Yang dia ketuk kepala dia sendiri ke ape? Meroyan ke apa? Meroyan sebab tak dapat telefon bimbit? Haha!” omel Farish di dalam hatinya.
“Yang awak ketuk kepala awak sendiri tu kenapa?”
“Eh, tak ada apa apa.” Kata Elisya menutup malu.
“Abang awak? Abanng kandung? Siapa namanya?”
“Aa ah. Abang kandung. Nama dia? Nama dia tak payah lah cakap.. Bukan sedap pun.. Haha!”
“Tak kisah lah sedap atau tidak. Apa namanya?”
“Kenapa pulak orang tua ni nak nama abang aku? Nak cakap? Hish! Kau nak mati Elisya? Kau nak dia tahu yang kau ni adik kembar Syed Danish Ezwan??? Tak nak lah! Nanti automaticly dia tahu yang aku ni heir of the company! Hish! Tak nak aku! Dah nak buat macam mana ni? Dari pandangan aku, dia ni jenis yang tak akan berputus asa sehingga dia dapat apa yang dia nak. Hah! Aku tahu! Tukar topik! Yaa! That is the best way!!!!” kata Elisya di dalam hati sambil memnadang tepat ke arah Farish.
“Kenapa awak pandang saya? Saya ni hensem sangat ke sampai awak tak nak beritahu nama abang awak tu? Kenapa? Dia tak sehensem saya ke?”
“Hah! Bo??? Abang aku seratus sekali hensem daripada kau la mamat keyboard! Dasar perasan punya mamat! Hish! Kenapa lah wujud orang macam ni dekat dalam dunia ni? Aku tak faham! Memang malanglah orang yang kahwin denga mamat ni!!!!” jerit Elisya di dalam hatinya.
“Encik Farish! Pukul berapa ya, kita nak pergi Damansara. Tengok site??”
“Err, kita pergi pukul 3 petang after lunch. So… Eh! Hang on! You’re trying to change the topic aren’t you? Answer the ques now!” Kata Farish sambil memandang tajam ke arah Elisya.
“Macam mana pulak dia boleh perasan??”
“Er….” Belum sempat Elisya menghabiskan kata katanya, telefon Blackberrynya berbunyi.
jeongmal useumman nawa
nuga nugul bogo aira haneunji
jeongmal useumman nawa
sirheun yaegi hage doeneun nae mameul molla
joheun yaegiman nanugo sipeun nae mameul molla
geumanhalkka? geumanhaja
hanabuteo yeolkkaji da neol wihan sori
nae mal deutji annneun neoegeneun ppeonhan jansori
geu manhaja geuman haja
saranghagiman haedo sigan eomneunde
nuga nugul bogo aira haneunji
jeongmal useumman nawa
sirheun yaegi hage doeneun nae mameul molla
joheun yaegiman nanugo sipeun nae mameul molla
geumanhalkka? geumanhaja
hanabuteo yeolkkaji da neol wihan sori
nae mal deutji annneun neoegeneun ppeonhan jansori
geu manhaja geuman haja
saranghagiman haedo sigan eomneunde
Mata Elisya dan Farish tertumpu ke arah telefon Blackberry Elisya.
“Encik boleh tak bagi telefon saya?”
“Oh! Sure!”
Elisya segera menjawab telefon tersebut.
“Isya! Ni abang ni!” kata satu suara.
“Abang! Abang kenapa tak balik? Abang nak tahu tak sebab abang Elisya tak boleh jadi….”
“Err, Encik Farish! Saya keluar sekejap ya?”
“Sure, why not.” Kata Farsih walaupun dia berat untuk memberi kebenaran tersebut. Dia ingin tahu siapa pemanggil tersebut. Namun, apa kan daya.. Siapa dia di hati Elisya.
Elisya segera keluar dari bilik Farish dan menuju ke tempatnya.
“Abang! Are you there?”
“Sure sis! Apa yang Isya nak cakap tadi?”
“Sebab abang, Isya kena kerja dekat company yang abang sepatutnya kerja. Abang ni tak patut lah!!!”
“Sis! Sebelum Isya nak marah abang, abang ada sesuatu benda nak cakap dengan Isya. Tapi Isya kena sabar okay?”
“Okay!” jawab Elisya sepatah. Walaupun suara Elsya kelihatan ceria, namun di dalam hatinya,Elisya berdebar debar menunggu apa yang hendak dikatakan kepadanya.
Comments are loved!:)
6 comments:
Lagi!!!!besh3
takkan kena kawen ngn si farish kot?? next writer :D
bez2....xsabar nk tunggu episod seterusnya...
best3! nk lagy! hehe..
aper la si danish nk bg tau kat isya nie..
jgn bete buruk da ar..
uwah...
tak jadi doktor ke ni?
aish...ingat senang2 ke dah blaja doktor, jadi pelatih, nak tukar kerja? hehehe...
lagi2.
Post a Comment