Followers

Monday, June 6, 2011

Ceo vs Doktor 25



Malam itu, Sharifah Elisya saja menempah bala dengan balik lewat. Jam di tangan menunujukkan sudah pukul 11.00 malam. Yes! Line clear! Semua lampu sudah terpedam. Sharifah Elisya membuka pintu biliknya dengan berhati-hati supaya Syed Farish tidak sedar dengan kehadirannya yang pulang lewat itu. Tombol pintu dibuka...


'huh! mujur Ayish tidur dah.. Mesti dia tak ingat pasal kunci kereta yang aku curi tu! Haha!' desis hati Syarifah Elisya.


"Hai sayang.. Lambat balik.."sapa Syed Farish lembut.


Bagaikan orang terkena kejutan elektrik, Sharifah Elisya tersentak. Tersentak mendengar suara suaminya yang disangka tidur.


"Hai Ayish! Ermm, kenapa tak tidur lagi?"


"Waiting for you of course! Pergi mana tadi? For the second time, kenapa balik lambat?"


"Huh? Lewat ke? Baru pukul 11.00 malam... Erm tadi on call."


"Really? Ke takut Ayish minta kunci kereta? Nakal ea... Ambik kunci kereta Ayish..." ujar Syed Farish.


"Ambik kunci kereta Ayish? Buang masa! Dah lah Isya nak mandi.."
Pintu bilik air dibuka dan Sharifah Elisya dengan selambanya masuk ke dalamnya.


Syed Farish menrengus.

"Orang tak habis cakap lagi.. dah masuk dalam toilet." kata Syed Farish sendirian.


Sharifah Elisya sudah selesai mandi. Dia melangkah ke katil. Matanya terbeliak melihat Syed Farish yang sedang enak tidur di atas katil.


"Oit, bangun laa. Tidur kat bawah. Isya nak tidur ni.. Dah lewat.." kata Sharifah Elisya.


"My car keys first..." minta Syed Farish.


"I don't have them... Bangun laa." kata Sharifah Elisya lalu menarik comforter yang membaluti badan suaminya.


"Really? You don't mind right if your car keys with me right? Kira adil laa.. Ayish ambik car keys Isya and you take mine?" kata Syed Farish lalu mengoyangkan kunci kereta Sharifah Elisya yang berada di dalam gengamannya.


"What? kenapa ambik?"

"Dah Isya ambik yang Ayish punyer?"

"Fine!!! I take it! Nah ambik semula!" Sharifah Elisya mengambil kunci kereta Syed Farish lalu melempar semua kunci kereta itu kepada Syed Farish. Syed Farish menangkapnya lalu tersenyum puas.


"Now, give my car keys back..."


"Nope! You have to earn it! You have to kiss me!"


'gila agaknya! Nak kiss dia? Puh lease!' desis hati Sharifah Elisya meluat.


"Yucks! Kissing you? Such a nightmare!!!! The answer is no,never, never ever in a million years!"


"Huh? Nightmare? Every girls are begging to kiss me, but you said it's a nightmare? Tak patut betul laa Isya ni!"


"Just give my keys already!!!!"


"Since you don't want to kiss me, you car keys stay with me."


"Fine.. take it! I'll take cab then.."

"No way! I'll send you! We'll take lunch together... Kita makan bersama, baru laa macam suami isteri sebenar kan sayang?"


"Suka hati awak laa."

+++++++
Sharifah Elisya sekarang berada di wad kanak-kanak. Matanya melilau mencari pesakitnya.

"Hai sayang..." sapa Sharifah Elisya.


"Hai Dr. Elisya... Kenape hari tu dr tak check Aiman?"balas si kecil.


"Bila pulak Dr. tak check Aiman? Check everday tau."


"Alaa.. hari tu ada Dr.Syakir check.. Dia tu garang.. Aiman tak suka dia.."adu Aiman.


Dr. Syakir memang terkenal dengan kegarangannya. Semua orang takut dengan dia termasuk budak-budak. Macam mana lah kawan aku sorang ni boleh jadi doktor pediatrik? Aku tak faham kenapa semua orang takut dengan dia padahal dia baik sangat.


"kenapa Aiman tak suka Dr. Syakir? Dr. Syakir baik laa..."


"Tak.. Aiman tak suka dia.. Garang sangat... Tak pernah senyum! Tu laa masalahnya." adu Aiman.


"Alaa, dia tak senyum, maybe sebab dia ada problem kut?"


"Takkanlah problem tu ada everday?" tanya Aiman lagi.


"I don't know laa sayang...Dah makan breakfast?"

"Belum... Nak makan dengan doktor boleh? Kita makan dekat taman? Boleh laa.."


"Taman? But aiman, you're sick plus you cannot simply go out just like that..."

"Fine. Kalau Dr tak nak, tak apalah..."


"Okay sayang.. Dr makan dengan aiman tapi.. kita makan dekat Cafeteria saja ok?"

"Ok!!!!"

Telefon Sharifah Elisya berbunyi minta untuk diangkat.

"Hello?"

"Hai sayang... Jom pergi breakfast?" balas Syed Farish.

"Hari ni tak boleh.. I have breakfast date."

"Breakfarst date? Dengan siapa? Tak boleh! Awak kena breakfast dengan saya and that's final!" Kata Syed Farish mengeluarkan arahannya.

"Tak boleh Ayish! Kan Isya dah cakap Isya ada breakfast date!Dengan siapa? Lelaki laa! Nama pun breakfast date! Hish! Menyampah betul cakap dengan orang yang tak reti bahasa ni!" Kata Sharifah Elisya lalu menamatkan panggilan tersebut.

"Siapa tu Dr?"tanya Aiman.


"Adalah. Orang yang tak reti bahasa! Come! Let's go!"Balas Sharifah Elisya lalu memimpin tangan Aiman.Aiman tersenyum dengan riangnya.



Kalau Sharifah Elisya dan juga Aiman tersenyum riang.. Syed Farish pula bagaikan cacing kepanasan.

Syed Farish berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Dia terfikir tentang perbualan Sharifah Elisya dengannnya sebentar tadi. Sesak rasa dadanya mendengar isterinya sendiri ada 'breakfast date' dengan orang lain. Dah namanya 'breakfast date', sudah tentu isterinya berdua-duan dengan lelaki. kusut terasa mindanya memikirkan hal tersebut. Niatnya hanya ingin mendengar suara lembut isterinya sebelum memulakan kerja sambil bergurau dengan berkata dia akan ke hospital untuk sarapan pagi dengan isterinya. Alih-alih dia yang sakit hati mendengar isterinya bersarapan dengan lelaki lain. Pintu biliknya diketuk.

Syed Danish masuk ke dalam bilik Syed Farish dengan muka selambanya. Mukannya berkerut melihat adik iparnya mundar-mandir di dalam bilik tersebut.

"Oit Farish! Kenapa kau jalan mundar-mandir?"


Dengan selambanya Syed Farish bertanya dengan muka terkejutnya,"Bila kau masuk?


"Aku? Aku dah lama masuk dari zaman batu lagi. Apa yang kau fikir sampai tak sedar aku masuk?"balas Syed Danish.


"Si Isya tu laa. Aku call dia saja-saja je. Nak dengar suara dia sebelum aku buat kerja. Alih-alih aku yang sakit hati dengar dia nak pergi breakfast date dengan lelaki lain. Bengang aku!"

"Dah yang kau duduk kat sini lagi buat apa? Kau pergi laa sarapan dengan dia!"

"Macam mana aku nak pergi? Aku ada meeting hari ni dengan Mr. John dari Europe."

"Macam tu pulak. Hish! Pening aku! Aku tahu! Lunch ni, kau pergi je hospital dia senyap-senyap. Tak payah kasi tahu dia! Kau buat bodoh je kalau dia marah. I mean, peduli apa dia marah? Kau kan suami dia? Yang penting kau dapat makan lunch dengan dia. Yang lain tak payah kau fikir. Macam mana?" Kata Syed Danish memberi idea.

"Bagus juga idea kau tu! Ni lah dipanggil Best friend aku! Haha." Kata Syed Farish tersenyum riang.

"Cuma satu je aku nak tanya, kau dah jatuh cinta dengan adik aku ke?"Tanya Syed Danish sambil tersenyum nakal.


Syed Farish sudah terbatuk-batuk. Dia membulatkan matanya kepada Syed Danish. Jatuh cinta dengan Isya? Puh-leasee! No way! Aku takkan jatuh cinta dengan perempuan! Perempuan semua sama!Sama dengan Kak Shima! Semuanya materialistik! Contohnya sudah ada di depan mata aku.Emelda, Iklima, Shana! semuanya!

"Kan? Kan? Kau dah jatuh cinta! Aku tahu dah! Kau tak payah nak sorok dari aku laa! Ada masanya aku jadi abang ipar kau, ada masanya aku jadi best friend kau. Semua rahsia kau ada dalam poket aku laa! Don't bluff Mr. Syed Farish Daniel!"


"Andaian kau kau tersasar jauh laa Nish! Aku takkan jatuh cinta laa! Aku still tak boleh lupakan apa yang Kak Shima buat dekat Abang aku, Firdaus. Kau ingat aku senang ke nak lupkan apa Kak Shima buat dekat Abang Fir aku? Sebab dia aku dah tak ada Abang! Semua sebab dia! Aku takkan maafkan dia sampai bila-bila dan aku takkan jatuh cinta!" Kata Syed Farish dengan tegasnya.

'Dia masih tak dapat lupakan apa yang terjadi pada Abang Fir. Rish, bila kau nak lupakan kejadian lama dulu? Kalau macam ni, memang susah kau nak hidup bahagia dan tenang. Mudah-mudahan, Isya akan buat pintu hati kau terbuka.' keluh Syed Danish di dalam hati.

"Suka hati laa kau Rish. Jangan nanti lain yang kau cakap, lain yang jadi! Tapi tak apa, aku suka jugak. hehehe. Rish, satu je aku nak pesan, forget the past. Bukan semua orang macam Kak Shima. Percayalah. Bukakan lah hati kau tu!" nasihat Syed Danish lalu keluar dari bilik itu.

Syed Farish terdiam lalu memikirkan apa yang diperkatakan oleh kawan baiknya itu. Memang betul apa yang dikatakan oleh kawan baiknya itu namun hatinya masih tidak boleh melupakan peristiwa yang menimpa Abangnya, Firqran Naim.
Malah, sejak itu dia tidak pernah menyimpan hasrat untuk bercinta dan dia tidak mengharapkan orang mencintainya. Baginya, cinta itu hanya menyakitkan. Sudah berkali-kali Syed Danish, Sharifah Fasrina, kakanya, Sharifah Liyana, adiknya menasihatkannya supaya memlupakan peristiwa tersebut namun hatinya masih berdegil. Dia selesa dengan keadaan itu. Dia berkahwin dengan isterinya, Sharifah Elisya pun atas wasiat datuknya. Kira okay lah, tak payah buang masa bercinta lansung dapat kahwin. Bonus!Fikirannya jauh melayang tentang peristiwa yang melanda Abangnya. Satu persatu kperistiwa itu berputar di dalam mindanya.

Flashback...

Akhirnya Abangnya, Syed Firdaus Naim, menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang perempuan bernama Nur Saidatul Shima Bin Shahrul. Pada masa itu, dia lah yang paling gembira kerana Abang kesayangannya akhirnya menamatkan zaman bujangnya. Ya, mereka memang pasangan yang bahagia selama setahun. Abang Fir dan juga Kak Shima memperolehi cahaya mata.

Selepas setahun, keadaan menjadi tegang. Kak Shima melarikan diri mengikut kekasihnya iaitu Larry. Dia berkata kepada Abang Fir bahawa dia ingin membawa Syed Naim Imran, anaknya ke hospital untuk membuat medical check-up. Abang Fir mempercayainya. Peluang itu digunakan untuk mengemas bajunya untuk melarikan diri. Selepas membuat medical check-up Naim, dia meletakkan Naim di dalam kotak lalu diletakkan di reception. Abangnya seperti orang sasau mencari kakak iparnya. Semua orang juga berusaha mencari Kak Shima termasuk Syed Danish. Namun begitu, usaha semua orang hanya sia-sia kerana Kak Shima sudah melarikan diri ke luar negara. Kak Shima juga mengambil wang dari akaun Abang Fir. Semua wang Abang Fir diambilnya.
Abangnya menjadi macam orang gila. Liyana, adiknya difikir isterinya.Liyana terpaksa berlakon demi abangnya, Sepanjang Abang Fir begitu, mama menjaga si kecil, Naim. Tetapi, selepas adiknya, Liyana pergi ke States untuk sambung belajar, keadaan menjadi makin tegang dan kusut. Abangnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa Liyana itu bukan isterinya lalu membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga rumahnya. Pada masa itu, semua orang menghadiri majlis pertunangan sepupunya. Kak Zana, jururawat peribadinya yang menjaganya.Abang Fir memngambil peluang untuk terjun ke bawah semasa Kak Zana turun ke tingkat bawah mengambil ubat. Kak Zana menyedari beberapa minit selepas Abang Fir terjun ke bawah.
Semua orang bersedih kerana kehilangannya. Yang terasa sekali kehilangan Abang Fir ialah Syed Farish sendiri. Dia memang rapat dengan arwah sejak kecil. Disebabkan kehilangan Abang Fir juga, Syed Farish berkurung di dalam biliknya. Dia menjadi seorang yang pendiam sampai dia berjumpa dengan Syed Danish. Entah apa yang dibuat oleh Syed Danish, dia menjadi Farish yang dulu. Farish yang periang dan juga peramah. Semua orang berterima kasih pada Syed Danish kerana telah mengembalikan Farish yang dulu. Semua orang ingat yang dia sudah boleh melupakan peristiwa tersebut namun sebenarnya tidak begitu. Syed Farish sudah bijak mengawal ekspresi mukanya. Dia sudah bijak mengwal moodnya dan juga sudah pandai menyembunyikan apa yang dirasanya.

4 comments:

aya said...

wawawa..cian kat farish!!!

Ayie a.k.a Yizuue said...

Sambung cepat2 tau.,
jgn lambt2 sangat lah..
Tired menunggu ni.. =))

MiSs cHoCoLaTe said...

best! ^_^

fafa qilah said...

salam...novel ceo vs doktor x ad kt kdai bku k???nk sgt bli nvel nie...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!