Followers

Friday, November 30, 2012

Love? Impossible!!! 5


Betul tidak disangka. Bagaikan ditakdirkan seat yang aku dan Camelia beli bersebelahan dengan seat Tengku Isaac Zachery. Mula-mula, dua orang manusia yang datang bersamaku ni berebut-rebut nak duduk tengah. Macam budak-budak. Biasanya Aqif Naufal tidak kisah duduk mana-mana pun tapi hari ni lain pula? Atau dia sudah berubah? What do you aspect Risya? Kau dan Aqif  Naufal sudah lama tidak berjumpa. Tiga tahun kut. Reasonable laa. Malas mahu mendengar mereka bertekak, aku dengan selambanya masuk ke dalam line. Aku mengambil seat di tengah antara Tengku Isaac Zachery dan Aqif Naufal. Kan senang aku duduk tengah? Dua-dua tak boleh duduk tengah. Muahahaha. Lambat pulak movie ni start. Hmm… Aqif Naufal lagi tadi asyik mengunyah popcorn macam ada orang nak rampas popcorn tu daripada dia walaupun kami dah beli sorang satu. Dia satu, Tengku Isaac Zachery satu. Aku macam biasa, tak beli popcorn.


“Serius tak nak popcorn?” Lagi tadi, Tengku Isaac Zachery menanyakan benda yang sama. Tak puas ke dia tanya benda yang sama?


“Tak nak Isaac. Serious. Nanti kalau nak, ada juga orang kena popcorn rain.” Aku menyembunyikan senyum. Saja nak mengusik dia memandangkan movie tak start lagi.


Boleh dikira beberapa orang yang berada di dalam pawagam 3 itu. Paranormal activity tak popular ke? Atau orang lambat masuk? Aku mengerling Tengku Isaac Zachery.


“Perli nampak? Kalau untuk Aleeya Batrisya, saya sanggup je kena popcorn rain.” Heh! Aku menjelirkan lidahku apabila mendengar jawapannya itu.


“Jawapan tak boleh blah. Isaac, betul ke awak tak kenal siapa perempuan tadi? Dari mata awak, saya boleh Nampak yang awak kenal dia. Long-last-girlfriend ke? Hmm?” Entah kenapa aku tertarik untuk mengetahui siapa perempuan tadi dengan lebih lanjut. Mungkin kerana dia tahu nama aku kut?


“Long-last-girlfriend? Pftt. Ingat taste saya cheap macam tu? Give me a break.”Dia membuat muka menyampahnya. Hati aku tersentak. Rasa macam aku pernah lihat impression itu sebelum ini. Di mana ya?


“You’re not answering the ques Isaac.” Lagi tadi aku main bisik-bisik dengan Isaac ni. Malas nak berjawab kalau Aqif Naufal bertanya. Mata aku memandang ke hadapan namun aku membisik di telinganya. Begitu juga dengan Tengku Isaac Zachery.


“Oh! The movie going to start.” Balasnya tanpa mengendahkan aku. Geramnya aku!


Perbualan kami berhenti di situ sahaja kerana iklan sudah bermula. Lagi satu iklan ke satu iklan yang lain. Muak aku tengok iklan yang sama. Sampailah satu iklan yang menarik perhatian aku. Breaking dawn part 2! Yay! Excited nak tengok. Tengoklah nanti, aku dengan Cam akan jadi orang yang pertama tengok movie ni bila dia dah realese! Muahaha! Tak sabarnya! Aku dengan Camelia memang fanatic Twilight. Keluar je Twilight mesti beli DVD walaupun aku dah tengok wayang.


Movie sudah bermula. So far so good. Interesting. Dan bermula laa bahagian kejut mengejut. Ni paling den tak suka ni. Handbag yang berada di riba sudah diangkat agar menutup muka. Prakkk! Terus aku memegang tangan seseorang di sebelah kanan apabila scene kekasih Alex iaitu Ben dibunuh oleh Katie dengan mematahkan kepalanya dan terus ditarik mayat Ben masuk ke dalam walk-in-wardrobe Alex. Dia mengengam tanganku, mungkin untuk memberi ketenangan kepadaku.


Aku menoleh memandang Tengku Isaac Zachery. Rupanya dia yang mengengam tanganku. Mujur sahaja tangannya dilapik dengan sweaternya. Aku kembali menumpukan perhatianku kepada skrin besar. Sejak bila pulak pawagam ini menjadi begini sejuk? Aku meletakkan tangan kiriku ke dalam handbag. Ah… Panas sikit. Alhamdulilah. Namun tidak lama ia bertahan. Badanku sudah mengigil kerana terlalu sejuk. Kenapa ya aku menjadi begini? Biasanya tahan sahaja. Ah! Baru dia ingat, dia mandi hujan dengan Tengku Nadia, patutlah jadi begini.


Haccum! Aku terbersin kecil. Terus diambil tisu poket yang berada di dalam handbag Coach. Dikesat hidungku. Kosong. Tanganku tidak digengam oleh Tengku Isaac Zachery lagi. Serentak dengan itu, dia meletakkan sweater yang berwarna merah itu di bahuku. Mulutnya bergerak supaya aku memakai sweaternya. Terus dituruti tanpa sebarang bantahan kerana aku memang tidak tahan sejuk. Sweater merah ini bukan sahaja boleh meredakan kesejukan namun ia boleh membuat jantung berdegup dengan lebih laju. Sesak nafasku dengan perfume yang dipakai Tengku Isaac Zachery. Kuat melekat di badanku memandang aku memakai sweaternya sekarang. Thank you, aku mengucapkan melalui mataku. Tangan aku kembali digengam apabila dia melemparkan senyuman kepadaku. Aku mengerling Aqif Naufal. Nampaknya khusyuk benar dia menonton Paranormal activity tanpa sedar apa yang aku buat.


Buta laa kalau dia tidak nampak apa yang dilakukan oleh Tengku Isaac Zachery kepada Tengku Aleeya Batrisya. Baru sahaja dia nak meletakkan sweaternya di bahu Tengku Aleeya Batrisya, Tengku Isaac Zachery sudah mendahuluinya. Dan tidak cukup dengan itu, tangan kawan baik yang dicintai dalam diam juga digengam oleh pemuda itu. Geram di hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Namun dia harus bersabar kerana dia tidak mahu persahabatannya dengan Tengku Aleeya Batrisya selama tujuh tahun terputus begitu sahaja kerana perasaan cemburanya.


Akhirnya, habis juga cerita Paranormal Actvity. Sejujurnya dia berasa tertipu kerana cerita tadi tidak habis. Huh! Menyesal betul tapi bolehlah. Sinister lagi best! Aku melangkah untuk keluar bersama Aqif Naufal berada di sebelah kiriku manakala Tengku Isaac Zachery di kananku. Aku mengeluarkan Samsung Galaxy SIIInya untuk menghantar sms kepada Camelia Rosalinda.


Oit! Camelia! Aku dah siap ni. Beli Auntie Anne’s dulu. Kau gerak ke taman untuk lepak je terus. Enclair stick dengan caramel dip kan?


Text received from Camelia Rosalinda.


Hoho! Macam tahu-tahu je. Aku nak parmesan cheese dengan cheese dip. Aku stress ni.
Aku membalas.


Amboi! Demand! Okay, so Enclair stick, Parmesan cheese with caramel and cheese dip. Got it. Jumpa kau dekat taman. Jangan lupa bawak DSLR. Aku punya tinggal dekat rumah. Cepat, nanti sejuk pulak.


Yes sir! Sayang kau. J


Aku beratur untuk membeli pretzel di Auntie Anne’s yang berdekatan dengan Cold Storage ni. Owh yeah, lupa pulak nak tanya mamat dua orang ni nak apa. Aku melambaikan tangan ke  arah Tengku Isaac Zachery dan Aqif Naufal. Masing-masing sibuk dengan Blackberry di tangan.


“Nak pretzel apa?” Tanyaku sambil memandang kedua-duanya.


“Same with you.”Jawab Tengku Isaac Zachery ringkas. Amboi sejak bila selera aku dengan dia sama? Hmm. Sibuk dengan twitter rupanya.


Baru sahaja Aqif Naufal mahu membuka mulutnya aku sudah memintas. “Lupa pulak aku. Kau nak almond dengan choc dip kan?”


Aqif Naufal tersengih. “Ingatkan dah lupa favorite aku.”


Aku mencebik. “Okay. You guys tunggu dulu. Line panjang ni. Pergi laa tunggu dekat sana.” Kataku sambil menunjuk ke arah tepi Cold Storage. Mereka hanya menurut tanpa sebarang bantahan.


Jadi, empat Enclair stick untuk aku, Camelia Rosalinda, Tengku Isaac Zachery dan juga Tengku Nadia. Awal-awal dah pesan dengan aku sebelum aku keluar shopping. Satu almond untuk Aqif Naufal. Dua original pretzel untuk nenek dan datukku. Dua Parmesan cheese untuk aku dan Camelia Rosalinda. Ni aku nak save untuk nanti masa makan dengan keluargaku. Empat caramel dip, tiga chocolate deep dan dua cheese dip. Done! Selepas selesai dengan pembayaran, kami bergerak ke taman untuk berjumpa dengan Camelia Rosalinda.


 **************************************************************************


Camelia Rosalinda berjalan menuju Starbucks. Dia dan Fudge atau nama sebenarnya Farhan Irsyad. Nama panggilan Fudge diberi oleh kawan baiknya sendiri iaitu Tengku Aleeya Batrisya kerana Farhan Irsyad suka makan Choc Fudge cake. Kalau jumpa mesti tengah makan kek itu. Setelah lima minit menunggu, Farhan Irsyad muncul juga. Segak sungguh Fudge dengan T-shirt polo birunya. Ditarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Camelia Rosalinda.


“Cam, asal muka kau macam tu? Ada apa-apa berlaku ke?”Tanya Fudge risau. Cuak dengan muka gelisah Camelia Rosalinda.


“Erm, kalau aku cakap mesti kau tak percaya. Aku jumpa orang yang muka dia sama dengan Ethan tadi. Mula-mula aku tak perasan tau tapi bila lama-lama aku tengok dia, baru aku perasan muka dia macam Ethan. Sama ada pelanduk dua serupa atau Ethan sendiri.” Luah Camelia Rosalinda. Ternyata Fudge juga terkejut mendengar apa yang dicakap sebentar tadi.


“Kau biar betul? Habis tu, dia kenal kau tak? Kalau tak, maknanya dia bukan Ethan laa. Risya ada sekali dengan kau ke tadi? Dia pulak macam mana?” Dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi.


“Tak, Risya tak kenal dia. Tapi yang buat aku berasapnya, Aqif Naufal tercakap nama Ethan depan dia.”


Aqif Naufal? Mereka telah berjumpa dengan Aqif Naufal?


“Aqif Naufal? Kau jumpa dia, kenapa kau tak cakap sekali dengan aku? Hang on! Aku dah tak faham ni. Cuba kau carita satu-satu.”


Diceritakan semuanya kepada Fudge, biar kawan baiknya itu faham. Habis sahaja dia cerita, air pun sampai. Fudge menyisip airnya sebelum mengangguk memandang Camelia Rosalinda. Owh begitu rupanya. Nampaknya ingatan Tengku Aleeya Batrisya masih lagi belum pulih. Sudah lama benda itu berlalu. Semuanya berlaku semasa mereka berumur sembilan belas, tahun kedua mereka di Universiti. Dalam tiga tahun kerana tahun ini mereka berumur dua puluh dua tahun. Selepas Aqif Naufal pulang ke Malaysia, ia berlaku.


“Habis, dia sakit kepala lepas dengar nama Ethan? Maknanya dia tak ingat laa tu. Dah nak buat macam mana? Beritahu dia sebelum dia figure out semua ni? Kau bukan tak tahu Risya tu macam mana Cam? Kalau dia mengamuk, dia mengamuk habis-habisan. Mesti dia marah kalau kita tak cakap dekat dia. Tapi, dah tiga tahun juga laa dia tak jumpa aku kan?”


Dia mengetuk kepala Fudge mengunakan phamplet yang berada di tangannya. Apasal bendul sangat ni?


“Yalah Fudge. Dah tiga tahun kau tak jumpa dia. Kau yang tak nak jumpa dia sebab takut dia ingat kan? Salah kau juga. Aku tak tahu laa dia ingat tak sebab sejak itu berlaku, dia tak pernah cakap pasal kau. Rasanya tak laa kut? Pasal Ethan satu hal.”Fudge belajar di Liverpool manakala dia dan Tengku Aleeya Batrisya di Cambridge. Fudge takut hendak berjumpa dengan Tengku Aleeya Batrisya kerana bimbang dia akan ingat semula. Itu semua akan menyakitinya dan perkara itu juga laa perkara terakhir yang dia tidak mahu lakukan. Biarlah dia berkorban, bak kata Fudge. Tapi, takkanlah nak buat macam tu buat selamanya? Kalau ditakdirkan Tengku Aleeya Batrisya tidak akan ingat semula, tidakkah rugi? Dia ada menghalang Fudge untuk berbuat begitu namun sia-sia kerana Fudge masih dengan keputusannya. Dalam tempoh dia tidak berjumpa dengannya itu, dia masih lagi berhubung dengan Fudge.


“Kalau macam tu, baguslah. Aku rasa aku kena jumpa dengan Risya laa. Takkanlah aku nak still dengan keputusan aku dulu tu? Aku rasa tak adil buat Risya. Half aku tak nak Risya ingat tapi half aku yang satu lagi nak Risya ingat sebab aku rindukan Risya dan aku tak rasa ianya adil buat Risya. Kita tak boleh simpan benda-benda ni lama-lama Cam. Aku kesiankan Risya. Aku ingat nak jumpa je Risya tapi kalau ditakdirkan on spot, aku akan ceritakan semuanya. Kita masih tidak boleh kenyataan walaupun Risya tak ingat kan Cam?” Betul juga apa yang dicakapkan oleh Fudge.


“Aku setuju dengan pendapat kau. Aku ingat nak buat macam tu tapi aku tak nak desak Risya. Aku nak biar dia ingat sendiri laa. Tapi yang merisaukan aku, hanya satu, Ethan. Masih lagi takde berita ke?”


“Masih sama dengan rumor yang sama. Aku tak tahu nak buat apa lagi Cam. Dah lama aku cari Ethan tapi gagal. Silap kita hanya satu, kita tak berapa kenal Ethan. Yang kita tahu, Ethan tu kawan baik kita. Langsung kita tak terfikir untuk tanya pasal keluarga dia. Apa yang cakap ni mungkin bodoh tapi aku tak rasa kita tahu nama Ethan kecuali Risya sorang kan? Sebab dia sama kelas dengan dia kan? Dan dia yang paling rapat dengan Ethan kan?”


“Apa-apa pun kita berdoa je laa biar Risya ingat. Hmm, jom laa ikut aku, kata nak jumpa Risya? Aku dah janji dengan dia nak makan pretzel sambil lepak dekat taman KLCC tu. Kau takde plan lepas ni kan?”


Fudge mengelengkan kepalanya. Bagus. Selepas membayar latte dan cappuccino yang dipesan tadi, kami terus bergerak ke KLCC dengan kereta yang berasingan. Bagaimanakah reaksi Tengku Aleeya Batrisya agaknya? Ingat atau tidak? Senak perut Camelia Rosalinda apabila memikirkan hal itu. Harap-haraplah keputusan yang diambil ini baik dan bukannya buruk.

Thursday, November 29, 2012

Love? Impossible!!! 4


 Aku hanya menurut tanpa batahan. Nanti malukan Tengku Isaac Zachery pula. Sejak bila kau kisah pasal dia, Risya oit? Mereka berhenti di hadapan Auntie Anne’s. Aku memegang dadaku. Penat! Dia heret aku sampai Auntie Anne’s. Biar betul? Muka mereka betul-betul kepenatan.


“What’s that all about Tengku Isaac Zachery? Kataku sinis. At least cakap laa nama dia betul-betul.
“Don’t ask me. She also said your name Tengku Aleeya Batrisya. Dia kenal Risya ke?” Kali ini kedua-duanya busted.


“Maybe, dah dia cakap nama tadi tapi saya tak kenal dia. Yang pasti awak kenal dia tapi buat-buat tak kenal kan? So, what’s up?”


Belum sempat dia menjawab, ada lagi suara asing menegur.


“Risya, is that you?” Kali ini suara lelaki pula. Tidak disangka dia berjumpa kembali dengan gadis yang berjaya mengambil hatinya semasa di Universti Cambridge. Matanya seakan-akan bercahaya apabila melihat Tengku Aleeya Batrisya namun tidak lama apabila dia nampak seorang lelaki di sebelah gadis itu.


‘Ni siapa pulak ni?’ Monolog Tengku Isaac Zachery. Tak habis-habis intruders mengacau dia dan Tengku Aleeya Batrisya. Kalau tadi Tengku Qatrina dan sekarang ni siapa pulak? Dia tahu pandangan lelaki tadi kepada Tengku Aleeya Batrisya. Pandangan seorang lelaki kepada perempuan yang dicintainya. Tapi apa yang betul-betul pasti dia tidak suka akan pandangan tersebut.


Aku terkejut apabila melihat lelaki di depanku. Aqif Naufal tersenyum memandangku. Dah berapa lama aku tidak berjumpa dengan kawan baik aku ni? It’s been three years right? Aqif Naufal terpaksa menukar university kerana dia terpaksa menjaga adiknya yang sakit di Malaysia memandangkan ibu bapanya telah meninggal dunia lima tahun yang lalu akibat kemalangan. Betapa rindunya aku padanya. Kalau dia ni perempuan, dah lama aku peluk dia.


“Aqif! Lamanya aku tak jumpa kau!” Barulah ada suara yang keluar apabila dia menyentuh lenganku. Hahaha. Agaknya dah lima minit aku senyap kut? Heee.


“Amboi jammed lima minit ya kau? Terkejut tengok aku? Hmm?” Dia tergelak. Pasti dia pun pelik dengan sikapku ini. Memang dah lama aku tak jumpa dia.


“Jammed laa wei! Lama dah aku tak jumpa kau! Huh! Kalau kau tak tegur aku tadi, memang aku tak sedar langsung tu kau! Kau dah handsome sekarang! Tergoda I you!” Usikku. Satu tabiat aku, kalau aku dah jumpa dengan si Aqif ni, memang aku tak sedar tentang keadaan sekeliling aku.


Jumpa boyfriend sampai tak ingat aku ke? Hmph!


“So, who is this? Mat salih mana kau cekau ni Risya?” Tanya Aqif Naufal hairan. Yalah lagi tadi dia berchit chat dengan Tengku Aleeya Batrisya, langsung tiada tanda-tanda untuk memperkenalkan lelaki itu kepadanya.


“Owh! Lupa-lupa. Ni kenalkan, Isaac Zachery, kawan aku.” Hampir sahaja dia terlupa tentang kewujudan mamat tourist itu. Kesian dia. Aku temberang dekat Aqif Naufal yang mamat tourist ni kawan aku walaupun aku baru jumpa dia tadi. Tapi, kitaorang kan dah tukar phone number, automaticly aku dah jadi kawan dia kan? So technically, aku tak tipu Aqif Naufal kan?


“You can call me Zachery. Nice to meet you.” Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Aqif Naufal. Yang pasti, apabila dia berjabat tangan dengannya, dia dapat merasakan tegang.


“I’m Aqif Naufal. Nice to meet you too.”


“Isaac, ni laa kawan sejak kecil Risya. Tapi kitaorang terpisah tiga tahun dulu sebab dia kena balik Malaysia. Sekarang baru jumpa.” Aku menerang sedikit kepada Tengku Isaac Zachery.


“Eh, wait? Dia faham cakap melayu ke?” Dengan nada terkejut, Aqif Naufal bertanya kepadaku. Aku hanya mengangguk.


“Bro, dah aku orang melayu mesti laa aku faham.” Aku tergelak mendengar statement Tengku Isaac Zachery manakala Aqif Naufal tercengang.


“Really? Muka langsung tak gambarkan kau tu orang melayu. No offence bro! So korang shopping ke apa? Kau Risya, kalau tak silap aku, kau dah habis belajar kan? Graduation bila? Atau dah lepas?”


“Dah lepas laa Aqif kau ni! Aku ingat nak rehat sebulan dulu. Baru laa nanti aku nak apply kerja. Kau sekarang kerja dekat mana? Kau dah graduate kan?”


“Dah lama laa wei. Malaysia lain sis. Kau lepas ni nak pergi mana?”


“Kitaorang nak tengok wayang lepas ni. Kau pulak?” Tengku Isaac Zachery menjawab mendahului aku. Kacau betul.


“Aku takde plan lepas ni. Aku ingat nak lepak dengan kau, dah kau nak tengok wayang, lain kali laa. Owh yeah, kau ada jumpa Fudge dengan Cam?” Suara Aqif Naufal seperti kecewa. Ah… Baru jumpa dia aku dah kecewakan dia. Aqif, sorry.


“Cam? Ya Allah! Aku lupa pasal Cam.” Kataku sambil menarik keluar Samsung Galaxy SIII yang berada di dalam handbag Coach aku. Didial nombor kawan baikku.


“Wei, sorry laa. Hah? Aku ada dekat Auntie Anne’s ni. Kau turun je dulu. Ada orang yang exicited nak jumpa kau ni. Cepat wei. Hah? Isaac pun ada dengan aku ni. Cepat!” Aku menamatkan panggilan. Aku tersengih memandang Aqif Naufal.


“Kau ni laa Qif… buat aku lupa si Cam. Jap, dia turun.” Aku memberitahu Aqif Naufal tentang Camelia Rosalinda. Dia nampak gembira. Yalah… dah lama tak jumpa kawan bergaduh dia tu.


“Eh, jap. Aku ada call. Kau tunggu jap.” Aqif Naufal beredar untuk menjawab panggilan. Dari girlfriend dia laa agaknya. Sebab tu tak nak cakap dekat aku. Hish.


Aqif Naufal… Dah upgrade kau ea? Syukur alhamdulilah. Akhirnya kawan aku dah ada girlfriend. Aku haraplah sebab Aqif Naufal tu, nak kata tak ada orang nak, ramai peminat. Sampai minah salih pun sangkut masa dekat Universiti Cambridge. Mujur sahaja Aqif Naufal berpindah selepas dia menghabiskan tahun pertama. Kalau tidak, habislah aku. Selalu kena kejar dengan peminat-peminat dia semata-mata nak nombor si Aqif Naufal ni. Seorang lelaki yang lengkap dengan pakej idaman Malaya. Mukanya putih, hidungnya mancung, rambutnya hitam pacak-pacak, tinggi, dan body boleh tahan laa macho dia. Siapa yang tak terpikat? Aku tak! Sebab dah lama kawan dengan dia.


“Aqif Naufal… Dah lama ke kenal dia?” Tanya Tengku Isaac Zachery apabila Aqif Naufal sudah beredar.


“Hmm? Lebih lama kenal dari awak laa. Kitaorang dah berkawan sejak lima belas tahun lagi. Saya, Cam dan Aqif. The best friend I ever had. Kenapa?” Aku memandang seraut wajah yang kacak membunuh itu. Haha. Kacak membunuh? Statement yang melampau, aku tahu.


“Nothing. Just curious.”Suka sangat balas pendek-pendek. Menyampah den.


“Tadi awak cakap nak tengok wayang, pukul berapa show?”


“4.30 petang, paranormal activity. You? Tengok wayang atau nak lepak dengan your-lost-long-friend tu?”


“Copy cat! Suka sangat tiru orang. Hahaha. Erm tengok wayang dulu lepas tu, lepak dengan Aqif. Dah lama tak jumpa dia, rindu.” Kataku selamba. Aku menilik jam di lenganku. Si Camelia ni mana? Dari tadi, batang hidung tak muncul-muncul pun?


“Suka hati dia je panggil orang copy cat.” Dia menguman.


“Ololo. Gurau je pun. Merajuk ke bang?” Sejak bila aku boleh cakap dengan mamat tourist ni macam aku rapat sangat dengan dia. Entahlah aku pun tak tahu. Yang pasti Tengku Isaac Zachery ini mempunyai aura yang misteri. Seperti aku dah lama kenal dengan dia. Dia buat aku selesa walaupun pertemuan aku dengan dia agak menyakitkan hati.


“Ohoo dah tahu lagi nak tanya ya sayang? Hmm?” Tak sangka orang macam dia pun boleh bergurau selamba denganku. Sah kepala dia ni mesti gila-gila macam aku jugak. Yalah… Takkanlah dia boleh selamba macam ni padahal ni baru pertama kali kitaorang berjumpa.


“Laa, ingatkan tak merajuk tadi, hmm macam mana nak pujuk ya?” Aku makin galak bergurau. Aku berpura-pura berfikir.


“Give me a kiss. I will feel better.” Balasnya menggoda. Owh Mr. Isaac. You sure know how to make my heart skips a beat. Merona merah mukaku dibuatnya.


“Ha…ha…ha… So funny Isaac. Quit it up before things get messy.” Kami berdua tergelak. Suasana ni seperti aku pernah rasa dulu.


“Risya, mana orang yang exicited nak jumpa aku tu?”Camelia menyampuk. Automatik aku dan Tengku Isaac Zachery senyap. Sejak bila dia ada di sini? Mujur sahaja aku tak terpeluk Tengku Isaac Zachery akibat terkejut.


“Sejak bila kau ada dekat sini? Hmm?”


“Lama ah jugak sampai boleh tengok kau dengan mamat tourist ni gelak macam orang gila.” Dia memerli aku dan Tengku Isaac Zachery.


“Owh yeah, lupa nak kenalkan kau, ni Isaac Zachery, kawan baru aku.” Aku memperkenalkan mereka berdua.


“Camelia Rosalinda. Nice to meet you.” Balas Camelia. Owh, boyfriend-soon-to-be ni namanya Isaac Zachery. Entah kenapa muka ni tidak asing padanya. Mukanya amat mirip dengan…dengan… Pelanduk dua serupa ke?


Riak Camelia Rosalinda yang berfikir selepas itu terkejut sedikit sebanyak menarik perhatian Tengku Aleeya Batrisya. Kenapa dengan kawannya itu? Terkejut sebab boleh tengok muka Tengku Isaac Zachery up-close ke?


“Wei, kau ni apasal? Fikir pastu kau terkejut. Kenapa?” Aku hairan dengan riak muka Camelia Rosalinda.


“Ah…err.. takde…apa-apa.” Kenapalah dia tidak perasan lagi tadi? Namun riak Tengku Aleeya Batrisya dan Tengku Isaac Zachery seperti mereka berjumpa buat pertama kali. Sudah lama dia mencari apa yang Tengku Aleeya Batrisya terlupa dan hari ini dia sudah menjumpai jawapannya. Nampaknya rumor itu betul. Wajarkah dia memberitahu Tengku Aleeya Batrisya? Namun jika dia memberitahu kawan baiknya itu, pasti dia akan ingat kembali apa yang terjadi dan sudah tentu dia akan kecewa. Think Camelia Roslinda… Kalau kau beritahu Risya, kau akan lukakan tiga hati iaitu nenek, datuk Risya dan juga Risya sendiri. Tapi ada kebaikan juga, kau akan buat Risya dan dia gembira. Mungkin sahaja kawan baiknya akan hidup bahagia. Namun kalau tidak diberitahu, dia tidak akan melukakan hati sesiapa pun dan Risya akan bahagia. Ataupun, kau jangan beritahu Risya dulu. Kalau ingatan dia dah kembali pulih, kau beritahu semuanya kepada Risya. Ya! Itulah yang terbaik! Sorry Risya… Aku tak sanggup nak tengok kau terluka.


Dia akan siasat tentang ini. Mungkin pelanduk dua serupa. Don’t jump into conclusion Camelia Rosalinda.


“Yang kau macam nak menangis ni kenapa?”Tegurku apabila aku menyedari riak mukanya. Ada sesuatu yang berlaku ke?


“kau okay ke Camelia?” Tanya pula Tengku Isaac Zachery. Terkejut juga dengan perubahan muka kawan barunya itu.


“Kau.. kau.. boleh cakap melayu?” Sudah aku jangka reaksi Camelia Rosalinda akan jadi begini. Kalau aku dan Aqif Naufal boleh terkejut, takkanlah dia tidak?


“Yalah Camelia, aku melayu laa walaupun muka aku tak macam melayu. Kau jangan buat muka terkejut macam tu.”


“Laa aku ingat mati-matian dia ni mat salih. Hahaha.” Mukanya terus menjadi ceria. Lega aku. Takut juga si Camelia Roslinda ni jadi bad mood.


“Relax laa Cam, aku boleh panggil kau macam tu kan?”


“Sure tapi aku nak panggil kau apa?”


“Kau panggil aku Zachery laa. Nampaknya bertambah laa kawan aku dekat Malaysia ni.”


“Kau ada berapa kawan Zac?”


Tengku Isaac Zachery mengangkat jarinya. Aku dan Camelia Rosalinda sudah ternganga. Dua?! Je?


“Sikit gila kawan. Kesian awak, takde orang nak kawan dengan awak, Isaac.”


“Nak buat macam mana? Kawan saya ada dekat UK. Diaorang tak balik lagi sini.”


Aku tergelak mendengar jawapannya. Camelia Rosalinda pula hanya memandang dua orang manusia yang berada di hadapannya. Saya-awak? Sejak bila kawan baiknya itu sesopan itu? Kalau nak cakap Tengku Isaac Zachery ni sopan, tak mungkin sebab dia cakap guna aku-kau dengannya tadi. Hmm… Ada sesuatu yang berlaku tanpa dia tahu ke? Dia tersengih sendirian.


“woi! Camelia Rosalinda! Lama aku tak jumpa kau.” Suara Aqif Naufal mula kedengaran. Hah! Muncul pun si mamat ni. Cakap dengan girlfriend tak ingat dunia.


“Lama jugak aku tak jumpa kau Qif! Ni ke orang yang exicited nak jumpa aku ni Risya? Kau biar benar! Ni excited nak gaduh dengan aku adalah!” Pandangannya mula beralih kepadaku. Aku tersenyum sahaja.


“Dah lawa laa kau Camelia. Sampai aku tak kenal kau.” Puji Aqif Naufal. Memang kedua-dua kawan baiknya itu semakin cantik.


“Haha. Kau pun sama makin handsome! Kau pergi mana?”


Belum sempat Aqif Naufal membalas, aku sudah mencelah. “Pergi cakap dengan girlfriend dia laa Cam. Biasanya kau hentam je cakap telefon depan aku, mesti cakap dengan girlfriend kan? Kalau tak, kau takkan lari cari privasi!” Aku membuat high five dengan Camelia Rosalinda. Gembira kerana dapat mengenakan Aqif Naufal.


“Woo! Kau dah ada girlfriend Qif? Sampai hati kau… Kau kata nak tunggu aku?” Mula dah drama swasta dia…


“Cett tak payah nak mulakan drama swasta kau ek Cam? Buat malu aku depan kawan baru je. Sorry Zac, kau kena layan drama swasta si Cam ni.”


“Laa bro, kaitkan aku pulak. Kau nak lari dari cakap pasal girlfriend kau ke? No offence!” Wow! Tengku Isaac Zachery dah masuk pangkatan aku! High five bro!


“Haha, no offence taken. Bagus sangat laa korang bertiga berkawan. Asyik nak kenakan aku je. Risya, aku suka laa dengan kawan kau ni. Mana kau jumpa dia? Dah lama aku tak jumpa orang macam dia. But wait… dia ni macam Ethan laa,when I  think about it again.” Camelia Rosalinda tersentak apabila mendengar nama itu keluar daripada mulut Aqif Naufal. Aqif! What have you done? Kalau boleh aku nak biar Risya ingat sendiri. You spoilt the plan! Matanya mencerung memandang Aqif Naufal. Dia terus menampar lengan Aqif Naufal.


Aqif Naufal dengan pandangan ‘oh no! Sorry!’ manakala Camelia Rosalinda pula menunggu reaksi Tengku Aleeya Batrisya. Tengku Isaac Zachery hanya beriaksi biasa. Suasana menjadi senyap secara tiba-tiba.
Ethan? Rasanya pernah dengar nama itu sebelum ini namun minda aku hanya blank. Tiba-tiba, kepalaku menjadi sakit. Nama itu berlegar-legar di kepalaku. Spontan tanganku memegang kepala dan aku terduduk. Masing-masing tergamam melihat aku terduduk.


Terdapat banyak peristiwa di dalam mindaku. Ia berlaku dengan cepat. Ianya seperti a quick recap. Ada aku berjalan dengan seorang lelaki di taman. Aku begitu bahagia sekali namun mukanya tidak jelas. Yang aku nampak hanya mata biru yang amat cantik. Selepas itu, lelaki itu ada lagi bersama aku dan Camelia tetapi masa tu aku tengah makan, bukan di taman lagi. Hanya itu sahaja yang dapatku tangkap. Yang lain, semuanya samar-samar kerana ia berlaku dengan cepat di dalam mindaku.


“Kau okay tak Risya?” Tanya Camelia Rosalinda risau.


“Aku okay.” Aku bangun kembali selepas kesakitan di kepalaku hilang.


“Erm, Risya. Aku rasa aku tak boleh ikut kau tengok wayang laa. Sebab atuk aku suruh balik rumah kejap. Emergency. Apa kata kau, Aqif ganti aku. Korang pergi tengok wayang dulu. Pastu, dah habis wayang kita lepak makan pretzel dekat taman? Aku balik rumah dulu. Nanti kita jumpa okay? Sorry Risya.” Dia terpaksa berbohong. Sejujurnya dia ingin berjumpa dengan Fudge. Dia ingin berbincangkan hal Risya.


“Ala, tapi kau yang nak tengok cerita tu. Hmm… Okay laa dah emergency kan? Aku tak boleh apa juga. 


Kau takpe Qif? Kau takde plan lain ke?”Pandanganku beralih kepada Aqif Naufal pula.


“kebetulan aku takde plan lepas ni. Aku on je pasal lepak tu.” Aqif Naufal terus bersetuju.


“Okay since semua dah setuju, aku on je. Erm, kalau takde hal, join laa sekali.” Ajakku sambil memandang Tengku Isaac Zachery.


“Hmm.. Why not?” Tengku Isaac Zachery melemparkan senyuman 700 megawatt kepada aku. Ah…cair… cair….

Tuesday, November 27, 2012

Love? Impossible!!! 3


Kami terus bergerak ke cinema memandangkan masa sudah pukul 1.25 petang. Lagi lima minit. Membazir je jika aku dan Camelia terlepas scene pertama. Dan akhirnya sampai juga! Ramai pula orang yang berada di cinema tersebut. Sejak bila cinema ni jadi sesak macam ni? Aduyai. Dahlah popcorn tak beli lagi. Kalau aku, tak kisah mana kalau popcorn takde sebab aku kalau tengok movie mesti concentrate habis-habisan. Tak kisah dah lapar ke tak. Yang jadi masalahnya sekarang mak cik dekat sebelah aku ni. Hantu popcorn! Kalau tengok movie, mesti dua popcorn yang dibeli. Balun sorang-sorang tapi jangan salah faham. Dia ni slim cuma habit dia macam tu.


“Risya, macam mana ni? Aku tak beli popcorn lagi ni. Aku tak suka tengok movie tanpa popcorn.” Keluh Camelia. Kan aku dah cakap?


“Takpe, kita masuk dulu, ka nada popcorn jual dekat dalam? Kau relax laa. Kalau tengok movies dekat cinema mesti ada iklan kan? Kalau beli kat luar, memang dah tak sempat ni.” Balasku. Tak nak dia risau sangat.


“Hmm. Okay.”


Kami beratur untuk masuk. Camelia sudah berjalan pantas meninggalkan aku apabila kami berjalan ke pawagam 5. Pasti dia nak beli dulu popcorn dia tu. Biarlah dia pergi dulu. Aku terus masuk ke dalam pawagam 5 dan terus cari seat di mana aku dan Camelia akan duduk.


“Set 5 dan 6.” Kataku terus duduk di seat 6 supaya mudah untuk Camelia masuk nanti.


Iklan sudah muncul di skrin yang besar di hadapanku. Lampu pun dah tutup tetapi kelibat Camelia belum lagi kelihatan.


Ni beli popcorn ke buat popcorn ni? Aku merengus.


“Sorry aku lambat. Ramai juga orang yang beli popcorn dekat dalam. Aku ingatkan line clear tadi. Kau nak popcorn?” Dia menyuakan popcorn kepadaku.


Aku tergelak. “ Baik pulak kau hari ni. Biasa balun sorang je?” Perliku.


“Cett. Aku bagi mujur. Benci benar. Kalau tak nak tu, tak payah perli-perli. Penat aku beratur belikan popcorn untuk kau…Kau tak nak pulak.” Suara sedih pula mula kedengaran.


Ah… Dia dah mula drama swasta dia tu…


“Ah tak yah nak emo-emo. Bak sini popcorn tu.” Aku merampas popcorn yang berada di tangan Camelia.
“Ah… Tak payah. Kau tak nak kan?”


Mula lah sesi tarik-menarik popcorn antara aku dan Camelia. Mujur tiada orang berada di belakang seat kami. Semuanya kosong. Kalau selang beberapa baris di hadapan baru laa ada orang. Aku dan Camelia suka duduk seat kat belakang sedikit jika tengok cerita hantu di cinema kerana kadang-kadang kami gunakan beg untuk tutup mata. Yalah cerita hantu kan? Faham-faham je laa. Aku tahu lah apa yang dalam otak korang tu. Mest ingat kitaorang penakut kan? Memang betul tapi masih ada lagi sedikit keberanian dalam diri aku ni. Haha. Suka tengok cerita hantu tapi takut sikit. Sikit je. Tiba-tiba Camelia melepaskan kotak popcorn tu dan OMG! Terkena orang di tepi aku kerana aku terdengar orang merengus. Aku terus berpaling dan… terkaku di situ.


Mamat tourist! Dia menyapu sisa-sisa popcorn yang berada di atas T-shirtnya.


“I’m so sorry.” Kataku dengan perasaan bersalah.


Dia terus menoleh memandangku lalu menayangkan senyuman nakalnya. Apabila sudah pasti tiada lagi sisa pocron di atas T-shirtnya dia mengesat tangannya dengan tisu. What a pleasant surprise indeed!


“You again? What a pleasant surprise?”


“I’m really sorry sir.”Kata Camelia pula. Aku hanya diam tidak membalas.


“Is this revenge?” Tanyanya dengan muka sarkastiknya. Macam biasa…


“Look. I don’t know you were sitting next to me. And already said that I’m sorry right? And by the way, it’s not a revenge.” Nak revenge kebendanya kalau aku dah pancitkan tayar kau tadi? Takkan nak revenge dua kali kut?


“Save it. We’ll talk later. You and me.” Dia memandangku lalu beralih kepada Camelia yang tercengang. Pasti dia tak faham dengan apa yang berlaku ni.


“It’s okay. Accident happens all the time right?” Dia tersenyum lalu melihat ke depan.


What the hell? 360 darjah berubah? Amboi! Dengan Camelia baik pulak kau ya? Huh! Aku merengus geram lalu terus melihat ke depan. Relax Risya… Just enjoy the movie.


“kenapa…” Baru sahaja Camelia mahu menanya, Tengku Aleeya Batrisya sudah memintas.


“Enjoy the movie.” Camelia kenal dengan suara itu. Suara itu ada makna di sebaliknya. Jangan tanye. Nanti aku cerita. Dia hanya mengangguk. Namun dia perasan yang muka Tengku Aleeya Batrisya berubah apabila mendengar suara lelaki itu bersuara padanya. Boyfriend-soon-to-be ke? Huhu.


Ni yang paling aku tak suka kalau cerita hantu ni. Sesi kejut mengejut. Aish Risya… Bukan ke tu adat cerita hantu ke? Takde laa thrill nanti. Fine! Tiba-tiba suara orang menjerit. Spontan tangan kanannya mencapai tangan Camelia. Memang dah tabiatnya tangan kanannya untuk memegang tangan orang di sebelah. Matanya masih difokuskan ke skrin. Orang kat depan ni buat gimik jerit macam tu. Bengang aku.


‘Sejak bila tangan Camelia besar semacam? Panas pulak tu. Hmm.. Tak kisahlah. Asalkan boleh pegang tangan Camelia je.’


Nak tengok sebelah kanan memang sayang sebab nanti terlepas secene pula. Biar je. Semakin erat pula tangan Camelia memegang tangannya. Ah… Cam pun takut ke?


“Yes! Habis pun. Sedap jugak kan cerita sinister ni? Aku perasan kau tak pegang tangan aku pun masa movie tadi? Kau okay ke tak?” Suara Camelia datang daripada kiri. Aku terus menoleh melihat Camelia.
Muncul muka Camelia yang tersengih memandangku. Kalau Camelia duduk sebelah kiri, habis tu siapa yang duduk di sebelah kanan dan paling penting sekali, tangan siapa aku gengam sekarang. Ah… This is so not happening.


Takkan mamat tourist kut? Huaaaaa!


“Hey, hello? I can’t go if you keep holding my hand like that.” Suara mamat tourist itu kedengaran. Spontan aku melepaskan tanganku sambil memandangnya. Aku mengigit bibir bawahku.


“err, sorry again.”


“So many sorry I heard today. How can  you make up from this?” Tanyanya sinis. Camelia pula sudah ternganga kerana aku memegang tangan mamat tourist tu selama dua jam. Melampau betul reaction kawan aku ni.


“Bukan aku sengaja pun. Membebel pulak.” Aku merengus perlahan.


“Aku tahu kau tak sengaja tapi takkan tak perasan yang tangan aku ni besar daripada kawan kau tu? “ Masih lagi dengan suara sinis dia tu. Eh wait? Dia boleh cakap melayu dan… dan… dia tipu aku? Melampau!


“Kau boleh cakap melayu dan kau tipu aku?”


“Well, siapa yang suruh buat conclusion yang aku tak boleh cakap melayu? Padan laa muka kau yang cantik tu. Kau cakap dengan aku dengan Bahasa Inggeris, takkan nak balas guna Bahasa Melayu kut?”


Camelia menepuk bahuku. “Aku nak gi toilet. Kencing. Kita jumpa dekat Converse nanti.” Ujar Camelia lalu beredar. Kalau tunggu kawan dia dan Mr. Handsome guy tu bergaduh, memang terkencing laa dia di situ.


Camelia dah tinggalkan aku dan mamat tourist ni. Dan mamat tourist ni…Dia boleh macam tu? Heee geramnya aku! Eh, wait a sec! Did he just compliment me? Ohoo!


“Kau puji aku ke? Hmm?”


“Bila masa pulak aku…..” Belum habis ayatnya dicakap, terus senyap. Aku ada puji ke? Erghhh! Macam mana terlepas ni? Tapi… dia memang cantik pun…Dia merenung pula Tengku Aleeya Batrisya yang sinis memandangnya. Dia tiba-tiba memegang pinggang Tengku Aleeya Batrisya dan terus menariknya supaya dekat dengannya.


Eh? Dia nak buat apa ni? Dahlah takde orang dekat pawagam ni?


“Yes, you’re beautiful.”Katanya dengan suara mengoda di telinga Tengku Aleeya Batrisya. Terus mukaku menjadi merah. Nafas lelaki itu menampar lembut di pipiku.


Aku terus menolak keras dadanya. Lelaki itu tergelak memandang Tengku Aleeya Batrisya yang memandangnya marah.


This girl is interesting…. And the bonus is… she wears hijab on her head. Cute I like it.


Nak jugak aku libas handbag dekat laki ni. Biar dia rasa.


“Apa yang awak buat tadi? Saya bagi amaran eh… Ni Malaysia. Bukan UK, Paris or what so ever. Jangan buat macam tu lagi. ” Aku merengus geram.


“Owh I’m sorry. Forgot this is Malaysia, not UK. Certainly, I lose my mind. Yalah kan.. duduk dengan perempuan cantik dekat depan mata…Takkan buat lagi. Promise. You know what? Hijab girls are quite intereting.” Dia senyum kepadaku.


Ni nak mengayat ke?


“Hmm.. whatever.” Aku terus berlalu meninggalkannya terkulat-kulat di situ. Tak sanggup lagi nak duduk berdua-duan dengan lelaki tadi. Menyeramkan….


“Hey, we’re not done yet.” Laa rupanya dia mengejar aku sampai aku keluar. Aku duduk di bangku yang disediakan depan kedai.


“Apa lagi?”


“Since awak dah dua kali buat salah, first the popcorn, second pegang tangan, awak kena bagi phone number awak dekat saya.” Dah jadi baik pulak lelaki ni? Buat apa nak nombor phone aku?


“Aik? Dah hilang ke aku… kau.. nak tukar saya… awak ke? Takpe, tak kisah. Buat apa nak nombor phone?”


Dia tersengih. “Hmm, kan awak dah buat dua kesalahan, awak kenalah make up for it. Dekat country saya, kita buat macam ni.” Buat kerenah pulak.


“Tapi kita kat Malaysia… Orang Malaysia tak buat macam ni, tahu?”


“Tak kisah laa yang pasti negara saya buat macam tu. Now, give me your phone.” Dia menadah tangan sambil memandangku.


“Saya takde phone laa. Sorry.” Tu je yang pops up dalam mind aku. Spontan je.


“Really? Orang pakai handbag Coach pun takde phone? Kesian.” Dia mengerling handbagku. Aish…Kenapa pakai Coach hari ni?Aku mengeluh.
“Betul. Handbag ni saya beli dekat pasar malam je.” Aku menipu lagi.

“Haha. You make me laugh. Dolce and Gabbana bow-embellished silk blouse, black skinny jeans from Banana Republic, black satin shawl from House of Shawls, the limited edition Coach Madison leather linsey satchel, Christian Louboutin Une Plume white wedges. You’re still kidding me right?”

Dolce and Gabbanna bow embellished silk blouse

Banana Republic Skinny jeans


The limited edition Coach Madison leather linsey satchel

Christian Louboutin Une Plume White Wedges


Macam mana dia tahu?


“Okay fine. Tak beli dekat pasar malam. Still, takde phone. Hilang. So unfortunate right? Now bye-bye.” Aku mengangkat kaki untuk beredar sebelum Camelia telefon aku.



Byeori binnaneun areumdaun bamiyaiya
I bami yeongwonhagil nae soneul jababwa
Pureun talbichi areumdaun bamiyaiya
Nawa jeo haneureul keoreobwa~

I'm Yours~ Neomani! 
Nareul seollege hae I'm Outta Control
I'm Yours~ Nobody! 
Amudo neol daeshinhal su eobseo
Nal michike hae



Too late. Beautiful night by Beast sudah berbunyi dalam handbag aku. Lagu yang disetkan untuk Camelia.
Dia pantas memegang lengan kanan Tengku Aleeya Batrisya.


 “Somebody is busted.”


Aku mengetap gigiku. Kenapa laa masa ni jugak Cam telefon? Aku terus mengambil Samsung galaxy SIII di dalam handbag. Diangkat panggilan itu namun belum sempat aku bersuara, mamat tourist itu sudah merampas telefon di tanganku. Dia menekan-nekan sesuatu dan tidak lama kemudian telefonnya berbunyi. Dia mengambil telefonnya di dalam poket dan terus menekan sesuatu sambil meletakkan Samsung galaxy SIII aku ke dalam poket dia.


Cett! Orang nak pakai SIII, pakai SIII jugak.


“Smile.” Katanya. Aku yang terkejut ni senyum secara spontan dan klick! Dia mengambil gambar aku dan dia.


“Eh! Mana aci. Nak tengok.” Kataku sambil menarik lengannya. Dia menunjukkan gambar itu kepadaku dan erghh! Tak lawa. Aku memang tersenyum tapi akward.


“Tak nak! Buruk! Ambil satu lagi.” Entah kenapa mulutku ringan sahaja berkata begitu.


“Okay fine tapi duduk dulu.” Kami duduk dan terus mengambil gambar namun dia tidak memberi aku peluang untuk melihat gambar tersebut.


‘Dia Bluetooth ke?’ Monologku sambil mataku melihat dia mengunakan S Beam. Diletakkan telefon aku dan dia dalam posisi back to back dan swipe.


“Nah.” Dia memberi kembali telefonku. Aku menilik telefonku dan melihat contacts.


Issac Zachery. Tu nama dia?


“Owh yeah, nama awak apa?”


“Aleeya Batrisya. You can call me Risya. So what should I call you, Mr. Isaac Zachery?”


“Your pick.”Dia tersenyum. Kenapa aku rasa macam senyuman dia tu mengoda?


“Then… can call you Isaac?”Panggil Isaac je laa.


“Yes, you can, Risya.”Dia menghulurkan tangannya.


“I don’t shake hands.”


“Okay then. Assalamualaikum.”


Dia orang Islam???


“Saya tahu apa ada dalam kepala awak dan yes. I am a muslim and a Malaysian.”


“Tapi kenapa awak cakap my country do this and that?” Tanya ku tidak puas hati. Yalah.. lagi tadi dia cakap my country buat itu ini laa.


“Born in UK. My granny from UK and married to my grandfather who is a Malaysian. Got my father and he married to my mother and boom! I came. And how aobout you? You don’t look that Malaysian to me.” Isaac Zachery menerangkan kepadaku.


Laa tak payah terang panjang-panjang. Terang granny dia from UK dah laa.


Soalan daripada Isaac Zachery membuat aku terfikir. Memang betul aku bukan melayu asli. Melayu ada campur-campur. Haha. Kelakar pulak. Tapi nak diikutkan, nenek dan datuk melayu tulen tapi kenapa aku turn out macam ni? Diya pun nampak melayu. Soalan yang aku tidak pernah fikir.


“Err, maybe.” Balasku pendek. Malas nak balas panjang-panjang. I also don’t have a clue about it.


“Owh… okay.” Dia tidak mahu menanyakan dengan lebih lanjut. Melihat muka Tengku Aleeya Batrisya begitu, pasti ada something wrong.


“Tengku Isaac? Is that you?” ada seseorang bersuara.


Kedua-dua yang menunduk terus mendongak. Siapa ni? Dengan dress kuning paras lutut, kasut tinggi macam nak membunuh, dan make up overload berdiri di depan mereka.


 Tengku Isaac Zachery terkejut namun segera dikawal mukanya. Macam mana laa dia boleh jumpa dengan minah ni? Kalau dia mengaku, pasti minah ni akan bising-bising nanti. Kalau boleh dia tidak mahu daddy dan mummy tahu yang dia sudah pulang ke Malaysia. Dengan muka bersahaja dan pura-pura tidak tahu, dia menoleh memandang Tengku Aleeya Batrisya.


“Eh, eh. What a surprise! Tengku Aleeya Batrisya pun ada dekat sini?” Perempuan tadi memandang Tengku Aleeya Batrisya pula.


Dahi aku sudah berkerut. Siapa dia ni?


 Perempuan itu tersenyum. Mana mungkin dia tidak mengenali Tengku Aleeya Batrisya? Sepupu kepada kawan baiknya sendiri, Salina. Inilah perempuan yang memiliki semuanya bak kata Salina. Betul kata kawan baiknya. Tengku Aleeya Batrisya memang seorang yang cantik. Salina begitu benci dengan perempuan yang berada di hadapannya ini. Tapi yang paling penting, apa yang mereka berdua buat di sini? Dating?


“Sayang, do you know this girl?” Mata Tengku Isaac Zachery memandang  Tengku Aleeya Batrisya. Matanya seperti berkata help me.


Baiklah. Dia akan tolong Tengku Isaac Zachery kerana kes pancit tayar itu. Terus digelengkan kepalanya sambil memandang Tengku Isaac Zachery.


“Sorry. Kitaorang tak kenal siapa you ni. Err, rasanya salah orang kut?”Kata Tengku Isaac Zachery kepada perempuan itu.


Jelas muka perempuan itu berubah. “Takkan you tak kenal I Zachery? I Tengku Qatrina. Remember that name? Hmm?”


“No, sorry. We got to go.” Dia mencapai tangan Tengku Aleeya Batrisya lalu beredar pergi.







 Aku hanya menurut tanpa batahan. Nanti malukan Tengku Isaac Zachery pula. Sejak bila kau kisah pasal dia, Risya oit? Mereka berhenti di hadapan Auntie Anne’s. Aku memegang dadaku. Penat! Dia heret aku sampai Auntie Anne’s. Biar betul? Muka mereka betul-betul kepenatan.


“What’s that all about Tengku Isaac Zachery? Kataku sinis. At least cakap laa nama dia betul-betul.


“Don’t ask me. She also said your name Tengku Aleeya Batrisya. Dia kenal Risya ke?” Kali ini kedua-duanya busted.


“Maybe, dah dia cakap nama tadi tapi saya tak kenal dia. Yang pasti awak kenal dia tapi buat-buat tak kenal kan? So, what’s up?”


Belum sempat dia menjawab, ada lagi suara asing menegur.


“Risya, is that you?” Kali ini suara lelaki pula. Tidak disangka dia berjumpa kembali dengan gadis yang berjaya mengambil hatinya semasa di Universti Cambridge. Matanya seakan-akan bercahaya apabila melihat Tengku Aleeya Batrisya namun tidak lama apabila dia nampak seorang lelaki di sebelah gadis itu.


‘Ni siapa pulak ni?’ Monolog Tengku Isaac Zachery bengang. Tak habis-habis intruders mengacau dia dan Tengku Aleeya Batrisya. Kalau tadi Tengku Qatrina dan sekarang ni siapa pulak? Dia tahu pandangan lelaki tadi kepada Tengku Aleeya Batrisya. Pandangan seorang lelaki kepada perempuan yang dicintainya. Tapi apa yang betul-betul pasti dia tidak suka akan pandangan tersebut.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!