Followers

Wednesday, July 20, 2011

Bila hati dah bagi green light...2

Elyssa Zara mengambil beg tangannya di dalam laci. Diambil juga kunci kereta di dalam laci yang sama. Dia mengeluh. Terasa malas sekali untuk ke tapak pembinaan namun apa yang boleh dibuat? Dah kerja, terima sahaja lah akibatnya. Haila, nasib-nasib.

Elyssa Zara menolak daun pintu biliknya. Dia perlu cepat kerana dia tidak ingin Harith menungunya lama. Seperti dia, Harith Imran juga seorang arkitek yang berbakat. Dia senang bekerja dengan Harith Imran kerana pemuda itu kawan baiknya sendiri.Mereka ditugaskan untuk melawat tapak pembinaan di Taman Seri Melawati hari ini. Tapak banglo di situ perlu diperiksa. Wajah Tengku Eizril Fiqrash terpampang di luar bilik Elyssa Zara. Elyssa Zara tersentak. Hish! Kus semangat aku! Ada ke patut duduk kat depan pintu macam patung? Hish! Tak patut betul! Apa lagi yang dia nak agaknya? Dimaniskan juga muka Elyssa Zara walaupun hatinya sudah geram dengan lelaki yang berada di hadapannya ini kerana lelaki ini telah menjadi ketuanya.

"Ya? Ada apa Tengku Eizril?" tanya Elyssa Zara.

"You come with me. We'll go to the site together." kata Tengku Eizril tegas. Amboi! Ringkas dan padat sekali arahannya. Dah lah tak beritahu sebabnya!

Perasaan menyampah sudah berjala di hati Elyssa Zara namun dikawal sebaik mungkin agar perasaan itu tidak terpamer di wajahnya dengan jelas. Sabar je lah laki ni!

Elyssa Zara membuntuti ketuanya itu ke lobi pejabat tersebut. Tiba-tiba, tanpa pemberitahuan, Tengku Eizril Fiqrash berhenti di pintu utama pejabat tersebut. Hah! Apa lagi? Sudah tentu la Elyssa Zara melanggar belakang Tengku Eizril Fiqrash. Kan dah kena? Siapa suruh berhenti secara tiba-tiba?

"Kau ni tak ada mata ke? Suka hati kau je nak langgar aku?" marah Tengku Eizril Fiqrash.

"Amboi sedap je awak marah saya padahal awak yang salah! Siapa suruh awak berhenti?" balas Elyssa Zara.

"Siapa suruh kau jalan tanpa pakai mata?" tanya Tengku Eizril.

'Aku tanya, dia tanya aku balik? Hish! Saja je nak buat aku marah.' desis hati Elyssa Zara.

"Kenapa saya tanya Encik Eizril , Encik Eizril tanya saya balik?"

Tengku Eizril Fiqrash hanya merenung geram Elyssa Zara. Ianya hanya lakonan semata-mata. Dia tidak tahu apa yang ingin dijawab kepada Elyssa Zara. Dia malas bertekak dengan gadis itu namun gadis itu menaikkan kemarahannya. Tengku Eizril Fiqrash menoleh apabila deruman keretanya menghampirinya. Keretanya dibawa oleh pemandu keluarganya, Afiz. Tengku Eizril Fiqrash berjalan ke arah keretanya. Afiz sudah menunggu untuk membuka pintu kepada Tengku Eizril Fiqrash. Elyssa Zara hanya membuntuti ketuanya itu. Elyssa Zara terpegun dengan kereta Tengku Eizril.

"Afiz, saya nak bawak kereta sendiri hari ni. Awak boleh tunggu di syarikat atau awak boleh pergi ke mana-mana saja. Kalau saya perlukan awak, saya akan telefon awak, okay?" kata Tengku Eizril kepada Afiz.

"Baik Tuan Eizril." balas Afiz pendek.

"Masuk." arah Tengku Eizril.

"Baik."kata Elyssa Zara perlahan.

Elyssa Zara segera masuk ke dalam kereta Tengku Eizril. Bukan calang-calang orang boleh memakai BMW 6 series Coupe. Kereta tersebut jarang sekali dipakai oleh orang Malaysia kerana harganya terlalu mahal. Elyssa Zara hanya mendiamkan diri semasa perjalanan. Tengku Eizril pula hanya menumpukan perhatiannya terhadap pemanduan. Elyssa Zara memberanikan dirinya yang tidak berapa berani itu menanyakan kepada Tengku Eizril mengapakah Harith Imran tidak turut serta ke tapak pembinaan sedangkan dia dan Harith Imran ditugaskan untuk ke tapak pembinaan.

"Encik Eizril, kenapa Harith tidak turut ikut serta ke site? Padahal dia yang sepatutnya ke site bersama saya, bukan Encik Eizril." tanya Elyssa Zara.

"Kenapa? kau tak suka aku pergi dengan kau ke? Kau nak pergi dengan Harith?" Balas Tengku Eizril.

"Yes and no. Memang saya nak pergi dengan Harith sebab selalunya saya pergi site dengan dia. Bukan saya tak suka, cuma tak biasa."

"Alaa, tak biasa konon. Kalau dulu, okay je?" dengan selambanya Tengku Eizril membalas.

'Kenapa lah lelaki ni suka sangat cakap pasal benda yang lepas? Aku malas dah nak fikir pasal yang lepas. Daripada aku tak fikir, jadi fikir palk. Bala, memang b ala.' desis hati Elyssa Zara geram.

"Kenapa Encik suka sangat ungkit pasal hal yang lepas? Kan dah kata, saya tak suka cakap pasal benda yang lepas." tegas sekali Elyssa Zara berkata-kata.

"Peduli apa aku yang kau tak suka cakap pasal hal yang lepas? Yang penting aku suka. Aku suka sangat cakap pasal benda yang lepas. Aku tak macam kau yang 'keep moving foward'. Atau kau tak nak cakap pasal hal yang lepas sebab dalam hal yang lepas kau yang jadi orang yang bersalah, bukan aku. Now, tolong jawab pertanyaan aku ni. Kenapa kau tinggalkan aku dulu?" Balas Tengku Eizril panjang lebar.

" Kan saya kata yang saya tak nak cakap pasal hal yang lepas? Saya takkan jawab pertanyaan Encik tu. Kalau Encik tak nak jawab pertanyaan saya, tidak mengapa. Saya takkan paksa."

'Eiz, Elyss tak nak cakap pasal benda yang lepas lagi. Jangan paksa Elyss. Elyss takkan cerita perkara yang sebenar kerana ia akan memburukkan keadaan sahaja. Elyss minta maaf.' jerit Elyssa Zara di dalam hatinya.

Elyssa Zara mengharap agar Tengku Eizril tidak mengbangkitkan isu tu lagi. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Tengku Eizril kerana dia takut Tengku Eizril perasan akan perasaannya yang sebenar. Lelaki itu amat memahaminya.

"Kau tak nak jawab tak apa. Aku akan cari punca kau tinggalkan aku. Itu yang pasti. Harith tak ikut sekali sebab dia ada kera lain yang nak diselesaikan. Lepas ni, kita akan pergi site lagi bersama-sama. Harith mungkin akan ikut kita bila perlu sahaja. Now, aku nak tanya kau pasal progress banglo Taman Seri Melawati?"

"So far so good Encik."

Mereka akhirnya bercakap tentang hal kerja sepanjang perjalanan mereka. Elyssa Zara berasa amat lega. Akhirnya mereka sampai jua di tapak pembinaan. Elyssa Zara membuntuti ketuanya berjumpa dengan pengurus tapak pembinaa tersebut iaitu Encik Zaini. Aku kurang suka dengan Encik Zaini ni sebab dia gatal. Dia tenung aku ni macam  aku tak pakai apa-apa. Apa punya orang daa. Bukan aku nak mengutuk tapi kalau dia senyum dengan orang lain, senyuman dia tu pelik. Senang cerita, dia ni tak pandai senyum langsung. Dah lah ada isteri tapi tak sedar-sedar diri. Setiap kali aku jumpa dia bersama Harith, dia akan tanya aku walaupun Harith sebenarnya yang lebih tahu tentang projek ini.

Bala dah datang dah...........


Elyssa Zara melihat Encik Zaini yang sedang menuju kearah kami dengan senyuman anehnya itu. Hish! Orang tua tak sedar diri ni dah datang. Tengku Eizril berjabat tangan dengan Encik Zaini sambil tersenyum. Aku rasa aku boleh agak macam mana Eiz bagi reaksi kalau dia tengok Encik Zaini tersenyum. Hah! Bingo! Kan aku cakap! Tengku Eizril kelihatan seperti pelik melihat senyuman Encik Zaini namun segera dikawal perasaannya itu. Aku ketwa mengekek di dalam hati... Mungkin hobi aku kut tengok reaksi orang pabila orang tu melihat senyuman Encik Zaini. Hahahaha. Boleh letak dalam resume ni.........

"Hai Cik Zara, Makin cantik I tengok you sekarang." kata Encik Zaini sambil tersenyum nakal melihat Elyssa Zara.

Eeeeeeeeeewwwwwww! Terasa kembang tekak rasa mendengar Encik Zaini berkata begitu. Dasar orang tua tak sedar diri. Di dalam hati, Elyssa Zara menyumpah-seranah Encik Zaini. Di luar pula, dia hanya tersenyum plastik. Tengku Eizril pula hanya diam tanpa reaksi. Tapi betul ke tiada reaksi?

"Err, tak adalah Encik Zaini."

"Apa pulak Encik Zaini, Abang Zaini laa."

'Erkkkk? Abang Zaini? Hish! Dia ni saja je buat loya tekak aku! Rosak mood betul!' desis hati Elyssa Zara.

"Abang Zaini? Sejak bila pulak saya panggil, Encik Zaini, Abang Zaini?"

Muka Encik Zaini terus sahaja kelat. Elyssa Zara ni putus stim betul laa. Baru sahaja dia mahu membuat Tengku Eizril cemburu. Dia tahu Tengku Eizril menyimpan perasaan terhadap Elyssa Zara. Cara dia tenung gadis itu pun orang boleh tahu bahawa yang dia sukakan gadis tersebut. Sebagai lelaki, dia tahu lah. Dia berasa cemburu melihat Tengku Eizril datang bersama-sama Elyssa Zara. Elyssa Zara selalu sahaja dikelilingi oleh pemuda yang muda dan juga kacak. Kalau dulu Harith Aiman, sekarang Tengku Eizril pula. Dia tidak suka Elyssa Zara didampingi lelaki lain. Dia ingin memiliki Elyssa Zara. Kalau disuruh ceraikan isterinya dan meninggalkan anak-anaknya semata-mata untuk bersama Elyssa Zara, dia sanggup. Apa nak jadi dengan lelaki ni daa.

Tengku Eizril terasa mahu tergelak apabila muka Encik Zaini berubah menjadi kelat. Dia tahu lelaki itu ingin membuat dia cemburu namun tidak menjadi. Apa kelas cemburu dengan orang tua yang sudah ada anak dan isteri? Dia tahu Encik Zaini tidak akan pernah dapat memiliki Elyssa Zara. Semua orang tahu tentang hakikat itu termasuk Encik Zaini. Namun apabila difikirkan kembali, terasa lucu juga. Kenapa Encik Zaini ingin membuat dia cemburu akan lelaki itu? Kerana Elyssa Zara? Mengarut! Dia tidak mempunyai apa-apa pun perasaan terhadap gadis tersebut. Hah... Ini lah contoh orang yang tak ego dan tak sedar diri. Dah suka dekat seseorang, tak nak mengaku pula. Hmph! Hampeh......

"I saja je bergurau. You ni buat tak faham-faham pula." balas Encik Zaini sesudah berjaya mengawal ekspresi mukanya yang kelat itu tetapi usahanya tidak berjaya.

"Owh ya ke? Kalau macam tu, tak apalah. Jom kita bincang tentang projek ni pula. Macam mana progress projek ni? So far so good? Atau bekalan tak cukup?"

"You ni memang pandai meneka betul. Ya, memang betul bekalan memang tak cukup. Saya sudah memaklumkan kepada syarikat you tapi macam tak ada progress pun?" tanya Encik Zaini, masih dengan senyuman nakalnya buat Elyssa Zara. Yarkkkkk!

"Bekalan tak cukup? Encik Zaini memang dah laporkan kepada syarikat kami ke? Setahu saya lah kan, tak ada pun laporan yang diterima daripada Encik Zaini kepada syarikat kami. Tapi saya musykil laa. Macam mana lah bekalan tak cukup ya? Sedangkan kami sudah menghantar semua bekalan yang patut digunakan." balas Tengku Eizril.

"Begitu? Saya sudah memaklumkan kepada pembantu saya tentang bekalan yang tak cukup tu. Mungkin dia lupa nak memaklumkan kepada syarikat Encik kut?"

"Tadi Encik kata dah memaklumkan kepada syarikat kami? Mana satu yang betul ni? Ke Encik yang tak betul?" balas Tengku Eizril tetapi ayat yang terakhir itu ditambah oleh Elyssa Zara.

Hah! Kan dah kena sebijik! Tu laa! Cakap berbelit-belit lagi. Apa kejadah agaknya cakap berputar belit?

"Owh saya lupa. Saya belum melaporkan hal itu kepada syarikat Encik tetapi saya sudah menyuruh pembantu saya untuk menelefon syarikat Encik." balas Encik Zaini tergugup-gugup.

"Kalau macm tu, tak apalah. Lain? Masalah lain tiada?" tanya Tengku Eizril lagi.

Dari tadi  Elyssa Zara hanya mendiamkan diri sahaja. Dia hanya mendengar Tengku Eizril dan Encik Zaini, orang tua gatal tu bercakap. Sebenarnya, dia amat kagum terhadap ketekunan Tengku Eizril melaksanakan tugasnya.

Setelah dua jam perbincangan tanpa henti, akhirnya habis jua perbincangan tersebut. Tidak tahan rasanya ingin berlama-lama di situ. Geli dengan sikap Encik Zaini yang selalu tersenyum nakal dan juga curi-curi melihanya. Yarkkkkk! Kenapa lah orang tua kerepot ni suka dekat dia? Dah lah umur dah 40 lebih tapi gatalnya seperti orang dua puluhan yang masih belum bernikah.

"Baiklah kalau macam tu. Kami pulang dulu kerana banyak lagi tapak pembinaan yang perlu kami pergi. Terima kasih Encik Zaini kerana sudi berbincang dengan kami dan juga menemani kami di tapak pembinaan." kata Tengku Eizril setelah mereka habis berbincang.

"Ya. Sama-sama." balas Encik Zaini.

"Err, Cik Zara, I ada sesuatu nak dibincang dengan you ni." kata Encik Zaini apabila kami ingin meninggalkan tempat pembinaan tersebut.

Hish! Orang tua ni! Tadi tak nak cakap. Masa orang balik, baru sibuk nak cakap. Apa unya orang daa. Namun, digagahkan juga untuk berpatah balik ke arah Encik Zaini. Tengku Eizril segera membuntuti Elyssa Zara setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Encik Zaini.

"I nak cakap dengan Zara privately. Ni pasal hal peribadi. I harap you faham." Kata Encik Zaini kepada Tengku Eizril apabila dilihat pemuda itu ingin ikut serta perbincangan antara dia dan juga Elyssa Zara.

Tengku Eizril mengangguk mengerti. Muka Encik Zaini kelihatan amat lega sekali apabila dilihat Tengku Eizril mengangguk manakala Elyssa Zara pula, mukanya seperti hendak mahu menangis. Dia tidak ingin ditinggalkan bersendirian berasama Encik Zaini yang gatal itu. Bimbang kalau dia dia apa-apakan.

"Kalau macam tu, Eiz pergi tunggu dalam kereta ya, Elyss?"kata Tengku Eizril lembut sekali lalu mengorak langkah ke keretanya semula yang tersidai di situ.

Elyssa Zara tersentak apabila mendengar Tengku Eizril memanggilnya Elyss. Sudah lama dia ingin Tengku Eizril memanggilnya seperti itu. Dia rindu akan lelaki itu.

'Eiz, jangan pergi. Elyss takut.' namun ingin sahaja dia menjerit tapi apakan daya, kata-kata itu dapat diluahkan di dalam hati sahaja. Dia takut lelaki itu mengesan bahawa dia tidak pernah lupa akan Tengku Eizril. Tengku Eizril memang seorang yang peka tentang perubahan ekspresi mukanya.

Elyssa Zara hanya menelan air liurnya dengan perlahan apabila melihat Encik Zaini yang tersenyum nakal melihatnya. Gembira sekali muka orang tua itu.

"Jom kita masuk ke dalam pejabat I? Senang sedikit untuk kita bincang perkara ni. Tempat ni macam tak sesuai pula."

"Okay lah kalau you cakap macam tu." Cepat sahaja dia bersetuju. Bagi Elyssa Zara, lagi cepat dia bersetuju, lagi cepat dia selesaikan masalah orang tua ni.

Mereka ke pejebat Encik Zaini. Tombol pintu di pulas dan dibuka pintu bilik tersebut. Disuruh juga Elyssa Zara duduk di atas sofa.

Encik Zaini kemudiannya duduk di tepi Elyssa Zara. Rapat sekali. Hish! Buang tabiat ke orang tua ni? Rapat-rapat? Elyssa Zara kelihatan terkejut dengan tindakan Encik Zaini yang duduk di tepinya namun dikawal juga sabarnya itu.

"Encik Zaini, jangan lah duduk rapat-rapat macam ni. I tak suka. Cepat lah cakap apa yang you nak cakap tadi." kata Elyssa Zara dengan sabar. Takut sahaja kegeramannnya tidak dapat dikawal.

"Okay-okay, I minta maaf. I duduk dekat sana ya?" sambil menunjuk ke arah sofa satu lagi yang turut berada di dalam bilik itu.Elyssa Zara hanya sekadar mengangguk.

"I sebenarnya sudah lama sukakan you. I nak ajak you kahwin. You nak tak jadi isteri I?" kata Encik Zaini lembut sekali namun lembut itu hanya membuatkan Elyssa Zara mengatakan yarrrrkkkk!

Elyssa Zara tersentak. Mata dia terbeliak kerana akibat terkejut yang terlampau sangat. Gila ke apa Encik Zaini ni? Nak ajak dia kahwin? Sudah tentu tidak! Umur pun sama dengan ayah aku!!!!

"Minta maaf ya Encik Zaini. Tapi you dah ada isteri dan anak. Fikirkan masa hadapan mereka."

Lain yang orang maksudkan, lain yang dia tafsirkan. Ish-ish. Encik Zaini kelihatan sediit bercahaya apabila mendengar Elyssa Zara berkata begitu. Selama ini, tidak disangka yang Elyssa Zara juga berpendapat sepertinya! Mencintainya epertimana dia mencintai Elyssa Zara! Dia tersenyum bahagia.

"So? You nak kahwin dengan I kalau I ceraikan isteri I?"Kata Encik Zaini sambil meraih tangan Elyssa Zara.

"Hah? Bukan itu yang saya maksudkan! Saya tak nak kahwin dengan Encik Zaini kerana saya sudah empunyai pilihan sendiri. Lagipun Encik Zaini kan dah ada isteri dan anak, jadi saya nasihatkan Encik Zaini fikirkan pasal mereka. Encik Zaini sudah berumur, sudah seperti ayah saya. Saya harap Encik Zaini faham. Lagipun saya tak nak curang dengan tunang saya sendiri." terang Elyssa Zara panjang lebar. Semua yang dikatakannya itu semuanya benar kecuali bahagian sudah ada pilihan sendiri dan juga tunang itu. Dia hanya merekakan cerita sahaja.


Tengku Eizril mengorak langkah keretanya. Dia menepuk dahinya. Terkuat pula! Perit pula rasanya. Dia benar-benar lupa. Asyik sangat melihat Elyssa Zara, inilah padahnya. Tersasul pula memanggil Elyssa Zara dengan panggilan semasa mereka menjadi sepasang kekasih dahulu iaitu Elyss. Terasa tidak sedap hati pula. Mana boleh tinggal Elyssa Zara dengan orang tua gatal itu bersendirian? Segera ke pejabat Encik Zaini.

"You dah bertunang Zara?"

"Ya. Saya sudah bertunang. Saya harap Encik Zaini faham. Saya akan anggap perkara ini tak pernah berlaku. Kalau macam tu, saya balik dulu." kata Elyssa Zara lalu meninggalkan Encik Zaini.

Namun, Encik Zaini segera menghalang Elyssa Zara.

"Elyssa, I boleh jumpa dengan tunang you suruh putuskan tunang you. Kita boleh kahwin. You putus tunang, I ceraikan bini I."

"Encik Zaini, lepaskan saya."

"Takkan! I takkan lepas kalau you selagi you tak setuju." kata Encik Zaini lalu mencengkam kuat tangan Elyssa Zara.

Elyssa Zara terasa seperti ingin menangis. Satu nama sahaja muncul di mindnya iaitu nama.................



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!