Nama aku Sharifah Dania Elisya binti Syed Darwin Imran . All my friends call me Nia but ader jugak yang kepala senget panggil aku Isya… padahal nama Isya tu orang tertentu saja yang boleh panggil….atau lebih tepat lagi…. Family aku ajer yang panggil aku Isya…
Well aku ni orang biase biase jer…Aku ade papa and mama yang selalu jaga aku. Abang dua orang. Kakak satu, adik kembar tiga orang.. Yup! Memang aku akui adik aku memang pelik laa sikit… orang kembar dua orang, kembar tahun, nie adik aku lagi gempak! Tiga orang sekali! Duo pulak tu. Lelaki ada perempuan pun ada! Adik aku 2 lelaki 1 perempuan.Macam macam ada! Hahaha! Macam astro laa pulak! Ahaks! Owh! Aku lupe… aku ada kembar jugak.. ingat adik aku jer yang kembar?? Aku pun ada laa… aku ada abang kembar….. name dia, jeng jeng….
Korang ni sabar laa. Agak agak ah nak usha abang aku pun…. Ahaks! Terlebih pulak aku nie.
Nama dia perghhh sedap…. Memeng tahap gaban ah best nama dia tu….
Nama dia ..Syed Danish Ezwan. Dia tua daripada aku… alah tua 2 minit pun aku nk berkire… hahahaha!
Aku ada major masalah…. Boleh tahan laa major dia tu…atau lebih tepat masalah Negara!!!!!Semuanya salah papa dan abang aku yang tercinta itu….tekanan jiwa aku dibuatnya!
Semua orang ada impian yang tersendiri. Impian aku nak jadi seorang doktor pediatrik….
Tapi disebabkan abang aku yang aku tersangat saying tu lah aku maybe atau tak jadi langsung doktor. Sob sob sob…..Cerita dia macam ni….
Aku belajar dekat University of Edinburgh manakala abang aku belajar University of London . Aku of course laa ambik medik, dia pulak ambil course business sebab dia nak ambil alih papa punya syarikat nanti. Dalam erti lain, dia tu the only heir laa. Sebab abang aku yang lagi satu tu ambik law and sekarang dia dah jadi lawyer. Bukan setakat lawyer dekat makamah aja…. Dekat rumah aku pon dia buat kepala senget dia jadi lawyer entah apa apa.Kakak aku pulak jadi pensyarah kat University of Perth . Jadi memang tinggal aku dengan Abang Darwish laa. Nk tunggu kembar 3 tu memang lama la.Okay back to story…..Aku dengan abang aku sepatutnya balik ke rumah aku di U.S selepas lima tahun kitaorang belajar…
Tetapi dia buat melaun dia, dia tak balik balik selepas dia grad… Aku punya lah semangat balik.. last last aku yang jadi mangsa. Papa aku ada company sendiri dekat U.S
Dia ada laa beberapa cawangan kat lain jugak. Contohnya, tanah air aku yang tercinta….
Aku baru balikdari jogging pagi tu…. Lepas balik jogging mesti lah aku lapar kan …
“ Ermm, sedapnya pancake yang mama buat ni!” kata Isya dengan sepenuh jiwa!
“kamu semua benda kamu bedal!” kata Sharifah Alina menyindir.
“Mama ni selalu sindir Isya! Makan salah, tak makan pun salah.. yang mana satu yang mama nak isya buat ni?” sakat Isya.
“Kamu ni Isya, tak sah kalau tak loyar buruk satu hari” kata Sharifah Alina sekali lagi menyindir anak kesayangannya itu…
“Mesti laa mama. Nanti tak syok la kalau tak loyar buruk! Kan papa, kan ?” Kata Isya.
“Papa tak nak masuk campur!”kata Syed Darwin
“Alaa! Papa tak syok laa… Tak nak back-up Isya… Kalau Abang Danish ada kan best!” Kata Isya sambil mengeluh..
Erm abang pun satu hal sampai sekarang tak balik balik lagi..Agaknya dah tersangkut dengan minah mata biru kut… Maunya papa sakit jantung! Ahaks!
Kata-kata Isya membuat Syed Darwin teringat akan sesuatu. Sesuatu yang perlu diberitahu kepada Isya dengan segera. Dan pada waktu ini lah waktu yang sesuai kerana Isya sedang menikmati pancakenya.Anaknya itu kalua dah jumpa pancake, kalau ada bom meletup pun dia akan menjadi orang yang terakhir yang sedar. Isya dari dulu memang sukakan sesuatu yang manis.
“Isya, papa ada sesuatu dengan Isya ni.” Kata Syed Darwin dengan berhati hati. Dia tahu sekejap lagi bakal ada bom akan meletup…
“Apa dia pa?macam serius giler jer Isya dengar..” Kata Isya sambil ketawa.
“Papa nak kamu ambil alih syarikat papa ngan Uncle Hisham dekat Malaysia . Papa tak kira. Kamu kene ambil alih jugak syarikat tu sementara Abang Danish
kamu tu balik.
Kamu akan balik Malaysia dalam masa dua minggu. Keputusan papa muktamad!” Kata Syed Darwin dengan tegas.
Kata-kata yang diucapkan papa nya membuatkan Isya berhenti ketawa. Terasa dunianya gelap gelita. ‘Oh no!! aku tak nak ambil alih syarikat papa tu! Aku nak jadi pediatrik bukan pengurus syarikat papa tu.Memang aku nak sangat balik Malaysia tapi ni bukan ini caranya! Aku nak balik Malaysia sebab aku nak visit kat situ! Nak pergi KLCC! Pavilion semua! Aku jeles tengok kawan kawan aku balik Malaysia every summer….Papa tak adil! Huuuuuuuu!.” jerit Isya dalam hati!
“Aik Isya? Dah mengalamun sampai mana? Exicted sangat ker nak pergi ke Malaysia ? Kamu setuju ker cadangan papa tu? Tanya Sharifah Alina.
“ No I don’t want to go Malaysia ! Infact Isya won’t take over your company! I won’t! I won’t! Is that okay for you guys? Kata Isya dengan berani. Dia tahu berdosa meninggikan suara kepada ibu bapanya tapi dia betul betul tak sanggup melihat usahanya selama lima tahun ini musnah gara gara papanya yang menyuruhnya mengambil alih syarikat papanya! Tak mungkin!
Kelantangan Isya menaikkan kemarahan Syed Darwin….
“Papa tak kira! Or else Papa tak benarkan Isya jadi pediatrician! Papa akan rampas semua barang Isya including your cellphone, laptop. “your beloved husband”, your apartment, your elaun!
Syed Darwin tahu bahawa anaknya akan mengikut kehendaknya jikalau anaknya punyer husband dirampas!
“Ermm okay laa kalau cam tu.. habis nanti kereta Isya papa kerjakan!” Kata Isya.
“Hah! Jerat sudah mengena!” jerit Syed Darwin keriangan dalam hatinya… Sekuntum senyuman yang paling manis dilemparkan kepada anaknya itu.
“Hmphh papa ni! Suka laa tu! Mujur aku ikut cakap dia kalau tidak satu rumah sure dengar suara dia marah! Or worst satu taman ni boleh dengar! Apa laa papa ni! Ugut orang ajer kerjanya! Agaknya Abang Danish dah tahu pasal plan papa kut… sbb tu dia sampai sekarang tak balik balik…. Melaun betul Abang ni! Tak nak cakp kat aku! Sure aku lari dulu! Erm, kalau Abang Darnish bagitahu aku sure aku tak melekat kat rumah ni sampai lima bulan! Eyh, tapi aku tak melekat laa jugak.. Aku pun keluar jugak. Lagipun aku tengah tunggu result dari hospital…omel Isya dalam hati. Omelannya terhenti apabila papanya kembali bercakap….
“Hah ni laa baru laa anak papa! Kalau……” belum sempat Syed Darwin habis bercakap, Isya sudah memotong kata katanya.
“ Tapi still Isya boleh jadi pediatrician kalau Isya tolong papa jaga company papa tu kan ?And papa tak boleh ambil tahu pasal Isya masa Isya dekat Malaysia. Papa boleh ambil tahu pasal company kesayangan papa tu jer. And pasal jawatan Isya dekat company papa tu pun papa tak boleh ambil tahu! Isya yang uruskan everything, boleh? Papa Cuma perlu sediakan Isya rumah, maid and papa kene uruskan husband Isya ni ke Malaysia !” kata Isya dengan beraninya!
“Kalau macam tu, mama tak ada halangan!” kata Syarifah Alina
“Okay! It’s a deal!!!!” kata Syed Darwin kelegaan!!
********
Dan sebab kebodohan aku yang telah menerima cadangan papa secara terang terangan itulah yang membuat aku stuck dengan papa 24/7 selama seminggu lima hari ni!!!! Papa selalu suruh aku belajar selok belok syarikat dia dekat Malaysia …. Dan mujur lah hari ni hari last dia stuck ngan papanya.
“So, camne? Dah belajar semua pasal selok belok syarikat papa dengan papa hari ni?” Tanya Syarifah Alina kepada anaknya yang langsung tidak nampak bermaya dan tidak berminat untuk makan malam.
“Cam tu lah. Nak macam mana lagi! Papa cepat sangat terang kepada Isya! Pening kepala laa mama! Dah laa Isya tak minat langsung dengan bisnesBuat menyemak jer! Berserabut lah kepala Isya dengan bisnes ni!Ish, macam tak ada orang lain ker papa nak minta tolong! Memang tak ada orang lain pun! Na tunggu si kembar tiga tu lambat lagi laa jawabnya!” jawab Isya!
“Memang lah lambat lagi kalua tunggu kembar tiga tu…Diaorang kan baru second year dekat university tu…Syahril,Sharizal dengan Hana tu kan baru 20 tahun. Kamu dengan Danish tu 24 tahun. Kak Tasya kamu tu 27 tahun.Dah ada kerjaya sendiri, ada suami,dah ada anak 2 orang. Jadi dia tak boleh ambil alih laa. Abang Izwan kamu tu sama jugak! Ada isteri,ada kerjaya, dah ada anak pun. Kamu tu dah boleh kahwin dah!” kata Sharifah Alina.
“Ni aku tak gemar ni!masuk pulak bab kahwin ni! Ish seram sejuk rasanye dengar pasal kahwin ni! Aku tak bersedia lagi laa mamam! Baik aku cabut seblum dia Tanya benda yang tak sepatutnya dia tahu!Dia ni mesti nak suruh aku kahwin laa ni!Ish mama ni! Orang muda lagi laa nak masuk alam perkahwinan! Baru 24 !!! nak suruh kahwin!” omel Isya di dalam hati!
“Erm mama, Isya lapar laa lambat lagi ker nasi masak?” Tanya Isya dengan selamba derknye!
“ Kamu ni tak habis habis nak tukar topik !” rengus Sharifah Alina.
“Anak awak tu kalau masuk bab kahwin memang dia akan putar belitnyer!” kata Syed Darwin.
Elisya merengus! Syed Darwin berdehem manakala Sharifah Alina hanya menggelengkan kepala! Selepas itu mereka hanya makan makanan malam mereka dengan suasana sunyi sepi….
******
Hari yang telah dinanti nantikan telah tiba!Elisya telah sampai di Malaysia dengan selamat! Alhamdulilah…..
Sementara menunggu pemandu peribadi keluarganya, Elisya terkenang peristiwa tadi semasa dia hendak meningalkan U.S untuk ke Malaysia . Papa dan mamanya sedih melihat dia pergi….
“Isya, jaga diri baik baik ya nak… jangan buat benda yang memalukan mama dengan papa. Solat jangan tinggal. Ingat pada Allah, Tuhan kita!” kata Sharifah Alina dengan air matanya mengalir deras di pipinya. Sebak melihat anaknya ke Malaysia dan akan meninggalkannya di U.S.
“Ya ma, Isya akan ingat pesanan mama… mama jangan lah risau. Ma, jangan lah menangis… Isya akan visit jugak mama kat sini.” Kata Elisya.
“Elisya, semua barang barang Isya, papa dah hantar ke Malaysia dua hari yang lalu. Nanti Isya ambil laa, ya?owh ya, sebelum papa terlupa, dekat syarikat papa tu, ada anak uncle Hashim yang jaga syarikat papa tu. Lagipun, kan papa share company dengan ayah dia. Jadi Isya dengan anak dia akan uruskan syarikat tu nanti. Pastikan Isya jumpa dia dulu sebelum masuk ke pejabat, okay?” kata Syed Darwin.
“ Ermm, okay laa. Isya akan jumpa dia dulu. Tapi macam mana Isya kenal dia papa?” Tanya Elisya kehairanan.
“Pak Rahim akan tunjuk kepada Isya saper anak uncle Hashim tu.”kata Syed Darwin
“Saper Pak Rahim, pa?” Tanya Elisya naïf.
“ Ish budak ni! Buat penat jer kita terangkan dia semalam saper Pak Rahim tu semalam. Pak Rahim tu kan pemandu peribadi keluarga kita.” Jawab Syed Darwin.
“Erm, Owh… Okay laa papa mama Isya kene pergi dulu. See you in couple of months!” kata Elisya!
Elisya terus menyalami ibu bapanya dan melangkah masuk ke dalm pesawat.
Lamunan Elisya terhenti apabila seorang kanak kanak yang sedang berdiri di depannya sambil merenungnya. Budak lelaki itu mengambil tempat duduk di tepinya.
“kenapa kakak termenung?” Tanya budak lelaki itu.
“Ah? Owh… Akak fikirkan parents akak yang ada kat U.S. Adik buat apa kat sini?” Tanya Elisya kehairanan.
“ ermm nama saya Danny. Danny sesat. Tadi Danny jalan jalan dengan uncle Farish dengan aunty Yana . Danny jalan jalan dengan diaorang tapi Danny ternampak gula gula kat kedai tu…” kata Danny sambil menunjuk ke arah kedai Famous Amous.
Farish dan Yana kelam kabut mencari Danny yang tiba tiba hilang dari pandangan mereka.
“Adik, camne ni? Danny dah hilang. Confirm Abang Farid dengan Kak Lina marah punyer. Anak dia dah hilang!kata farish.Bukan Farish tak kenal dengan perangai Abang sulungnya tu. Siapa tak marah kalau anak dia hilang? Siapa tak risau ? keluh Farish di dalam hati.
“Abang laa ni sibuk sangat tengok jam sampai Danny hilang pun Abang tak sedar.” Jawab Yana, adiknya.
“Haila! Masalah masalah!” kata Farish tiba tiba.
Tiba tiba Yana dapat idea! “Abang, apa kata kita split cari Danny? Cepat sikit! Sempat lagi kut sebab lagi 2 jam Abang Farid dengan Kak Lina sampai kat Malaysia dari outstation di Peranchis!” kata Yana .
“Okay! Kita split! Kalau jumpa Danny, call okay?” kata Farish.
++++++
Setelah 1 jam puas mencari Danny, anak abangnya itu,farish kepenatan. Masih tiada berita daripada Yana .
Tiba tiba matanya ternampak Danny bersama perempuan bertudung shawl berwarna hitam yang sedang ralit memakan biskut Famous Amous.
Comment are loved:D
4 comments:
citer akak ni best. tp lagi best kl akak tukar kaler background ni gune kaler lembut sket. sbb lepas baca mata sy berpinar la kak..huhu
salam... waoo.. duduk UK ke ni? kiter penah dh pegi Edinburgh, London, Perth.. hmm... penah tak agi gi Aviemore?? :))
bez la
xtnye pm keluarge ko kje ape
Post a Comment