Umairah segera menelefon anaknya, Syed Darwin.
“Assalamualaikum,Darwin.Ni mama sayang.”
“Waalaikummusalam. Ada apa mama call Darwin ni?”
“Mama ada perkara penting nak cakap. Kamu balik Villa mama malam ni.”
“Perkara penting apa mama?”
“Aadalah. Yang penting, kamu dengan Alina balik terus petang ni. Ni penting sangat.”
“Yalah mama. Darwin balik dengan Alina petang ni.” Kata Syed Darwin lalu menamatkan perbualan tersebut.
“Hish! Anak bertuah! Berani dia matikan panggilan macam tu? Siap dia balik nanti!” Desis hati Sharifah Umairah.
“Apa yang penting sangat yang mama nak bincang tu? Pelik pelik. Tak pernah lagi mama cakap seserius macam tu.”Desis hati Syed Darwin.
++++
Elisya baru saja keluar daripada bilik Syed Farish.
“Haila! Aku kena batalkan lunch date aku dengan Ezra la. Ni semua Farish punya pasal! Apa kejadah ajak aku pergi Lunch??? Aku pelik betul laa. Apa apa pun, call Ezra dengan Abang dulu.” Monolog Elisya di dalam hatinya.
Elisya segera mengambil Blackberry Boldnya dan mendail nombor Syed Ezra.
“Hello Ezra.”
“Hai, Nia. Kenapa call? What can I do for you?”
“Err, lunch kita hari ni batallah.”
“Laa, kenapa?” mendatar saja suara Syed Ezra.
“Err sebab Nia lupa hari ni kena lunch dengan Abang Nia. Sorry ek?”
“Err, takpe takpe. Kita boleh lunch lain kali kan? Enjoy your lunch Nia. Bye.” Kata Ezra buat buat ceria. Namun di dalam hatinya kecewa. Kecewa kerana niatnya tidak tercapai untuk lunch bersama sama gadis pujaannya.
“Okay. Bye. Sorry ya.”
“Taka pa. Enjoy your lunch. Maybe some other time kita lunch sama sama okay?”
“Yeah. Sure.”
“Hmph… Hari ni tak jadi nak lunch dengan Nia. Tidak mengapa Ezra…. Esok esok kau boleh lunch dengan Nia. Ada masa lagi nak pikat Dania. Dania memang tercipta untuk aku!” Desis hati Syed Ezra.
Ezra dan Elisya sudah bertahun tahun bersahabat. Sejak dari sekolah rendah lagi.
Ezra sudah lama menyimpan perasaan terhadap Elisya. Pernah diluah perasaannya dulu kepada Elisya tapi Elisya menolak. Alasannya, dia mahu belajar.
Lagipun Elisya menganggapnya sebagai sahabat sahaja. Masakan mahu menerima luahan perasaa tersebut jika hati kata tidak. Dah hati dah bagi red light nak buat macam mana lagi?
Yalah. Dah siapa suruh pergi luah perasaan masa first day of uni. Memang sah kena tolak. Namun itu tidak mematahkan semangat Ezra, dia berazam untuk memikat kembali Dania Elisya. Kerana baginya, Elisya tercipta untuk dia.
Tapi betul ke Elisya tercipta untuk dia??? Atau Elisya tercipta untuk orang lain? Jodoh di tangan tuhan, kita tak berhak untuk masuk campur.
“Hah! Sekarang nak call Abang pulak.” Kata Elisya di dalam hatinya.
“Hello! Abang.”
“Ye dik. Ada apa call Abang ni?”
“Err, jom kita lunch sama sama?”
“Hah! Lunch? Buang tabiat ke adik ni? Tak pernah ajak Abang lunch dengan adik sejak kerja dekat company papa ni. Kenapa? Adik tak ada duit ke?”
“Apa Abang ni? Kata orang buang tabiat? Orang ajak mujur. Kalau tak, orang tu terperap dalam bilik buat kerja. Al maklumlah orang tu tak ada orang ajak nak pergi lunch..” peril Elisya.
“Eh? Mana ada! Abang ni, kalau adik nak tahu, ramai orang ajak Abang tau nak pergi lunch tau, tapi Abang tolak sebab Abang ada banyak kerja. Abang terperap dalam bilik sebab Abang buat kerja, bukan sebab Abang tak ada orang nak pergi lunch with.. Ada faham?” Kata Syed Danish riak.
“Eleh, yelah tu…. Abang control saja. Malam ni, Isya tak nak kalau orang datang bilik Isya, kata gastrik.. Suruh urut….” Sindir Elisya.
“Eh? Siapa lah gerangan orang tu? Abang eager jugak nak tahu.” Kata Syed Danish dengan selambanya bersama muka temboknya.
“Eh eh eh.. Orang tua ni. Buat buat tak tahu pulak dah..”
“Sampai hati Isya cakap Abang tua… Takpe takpe… Abang tak nak lunch dengan Isya!”
“Ala! Abang jangan lah merajuk! Macam perempuanlah Abang ni! Manja lagi teruk daripada Isya yang perempuan ni!”
“Eh? Mengaku pulak ye yang diri tu manja?” usik Syed Danish.
“Abang!!!!”
“Hahahaha. Okay lah. Abang tunggu adik dekat lobby. Kita pergi lunch.”
“Yay! Sayang Abang!” Kata Elisya lalu menamatkan perbualan tanpa member Syed Danish bercakap.
“Kureng punya budak! Letak macam tu saja? Hish! Ada yang nak kena ni!” desis hati Syed Danish.
Elisya menunggu Abangnya, Syed Danish di lobby…
“Lama dah ke tunggu?”
“Tak adalah! Let’s go Abang!”
“okay jom! Naik kereta siapa?”
“Naik kereta Isya laa.”
“Okay! No hal!”
Mereka berdua menuju ke tempat parking kereta.
Elisya dan Danish memboloskan diri dalam kereta Elisya, Audi Sport R8.
“Er, kita nak makan dekat mana bang?”
“Ermm Isya nak makan dekat mana? Abang ikut Isya saja. Kan Isya yang belanja Abang?” usik Syed Danish. Dia suka melihat muka adiknya menahan marah dan juga muncungnya yang comel itu. Lama sudah dia tak tengok semua itu. Terasa rindu pula.
“Hah? Isya kena belanja? Tak nak lah lunch dengan Abang! Abang kedekut! Sepatutnya Abang yang belanja Isya.” Kata Elisya sambil menarik muncungnya.
“Ya Ampun! Adik ni kedekut nak mampus!”
“Amboi? Pandai cakap adik kedekut? Abang laa yang kedekut! Sebagai kembar, Abang sepatutnya yang belanja adik sebab abang kan abang kembar Isya?”
“Oh! Pandai ambik fakta tu kan? Dah kalau Abang kata tak nak belanja jugak Isya, Isya nak buat apa?”
“Isya nak cakap kat mama dengan papa yang Abang buli Isya masa last summer hari tu. Yang Abang kurung adik dalam bilik stor selama satu hari tu sebab adik kalah chess dengan Abang…” kata Elisya mengusik abangnya. Apa? Ingat Syed Danish Ezwa je yang pandai usik orang? Ni Sharifah Dania Elisya laa, adik kembar dia. Dah nama pun adik kembar, mestilah pandai jugak kan?
“Eh, dah pandai ugut orang ni? Siapa ajar ni?” ujar Syed Danish lalu meluku kepala adiknya.
“Eh? Abang laa yang ajar! Eh, apa kes ni luku luku kepala orang. So siapa nak belanja ni? Isya atau Abang?” kata Elisya sinis sekali.
“Amboi! Dah pandai ugut orang! Siapa lah yang bengap sangat ajar adik kesayangannya ni ugut? Boleh pulak dia kata aku yang ajar. Padahal Qassa yang ajar. Qassa memang bad influence sungguh. Nak belanja ke tak nak? Kalau tak belanja, nanti mama tahu yang aku8 kurang Isya dalam stor.. Dah siapa suruh dia kalah chess dengan aku and pergi setuju perjanjian Winner rules, Loser obey tu kenapa?
Belanja lah Danish ooi. Dah nasib kau.. Nak buat macam mana lagi?” Kata Danish di dalam hati.
Memang dari kecil, Elisya dan Danish buat perjanjian Winners Rules, Loser obey…
Namun, sebenarnya dia lah yang mengajar Elisya cara mengugut bukannya Qassa. Apa lah dosa Sharifah Emylea Qassandra terhadap Syed Danish Ezwan? Alah, manusia… Dalam mulut kata benci, dalam hati? Siapa yang tahu?
“Okaylah!Abang yang belanja.” Akhirnya Sted Danish mengalah.
“Yayay! Abang belanja! Kalau macam tu, rahsia Abang masa summer tu Adik simpan” kata Elisya riang!
“Tapi, nak makan dekat mana?”
“Makan dekat Secret Recipe!” kata Elisya riang.
“Ah! Kalau macam tu.. kopak lah Abang hari ni..”
“Dah nak ditakdirkan Abang kopak, nak buat macam mana kan? Hahaha” kata Elisya dengan selamba badaknya. Badak pun tak selamba macam Elisya ni. Buat malu saja!
Di Secret Recipe……
Elisya dan Danish mengambil tempat. Sebaik sahaja mereka duduk, pelayan datang menyerahkan menu.
“Abang nak makan apa?”
“Erm, Abang nak makan Spaghetti and meatballs lah dengan Vanilla Milkshake.” Ujar Syed Danish.
Vanilla Milkshake… Memang air kesukaan kembar itu.
“Erm, adik pun nak yang samalah.Kek abang tak nak?”
“Abang nak Chocolate Indulgance laa.”
“Adik pulak nak New York Chesse Cake.
“So, Spaghetti and meatballs dua, Vanilla Milkshake dua, Chocolate Indulgance satu and New York Cheese Cake satu. And that’s all. Thank You.” Ujar Elisya kepada pelayan tersebut.
“Apa kes ikut Abang semua?” ujar Syed Danish sambil mempamerkan muka marah.
“Alah, kitakan kembar? Dah memang lah kena sama. Haha.”
“Siapa cakap? Adik ni macam macam lah. Kenapa kek tak sama jugak?” sindir Syed Danish kepada adiknya.
“Alah.. biar lah… kek… Isya tak rasa macam nak chocolate cake, nak buat maccam mana? Dah tak ada mood?”
“Amboi! Ada mood segala mak neneknya?” kata Syed Danish.
Akhirnya, mereka berdua tergelak sakan.
Namun meraka tidak tahu bahawa ada mata memandang mereka dengan pandangan penuh dengan api cemburu.
“Kata nak lunch dengan Abang?” desis hati seseorang.
Comments are loved!
3 comments:
mesti farish kan yg jeles...huhu...next2...
hahah....jelez lh org2
xpuas bce...next entry pls...hehe =>
Post a Comment