Followers

Thursday, January 10, 2013

Bila Hati Bagi Green Light 3


Bab 3

“Kalau dah tahu, baguslah. Sejak saya tinggalkan awak, kita sudah tiada hubungan Tengku Eizril Fiqrash.” Suara tanpa nada.


 Bukannya dia mahu untuk bersikap kejam begini namun kerana janji dengan seseorang, dia perlu bertegas. Jika dia menjadi Elyss yang dulu, pasti Fiqrash yang dia kenal akan mendesak dan dia akan beritahu semuanya. Tidak! Dia langsung tidak berubah. Dia masih lagi Elyss yang dulu cuma dia tidak mahu menunjukkan kepada Tengku Eizril.


Kalau tahu baguslah? Apa itu? Kenapa Zara Elyssa menjadi begini? Di mana Elyss yang dia kenal dulu?


“Yes, you did leave me. Tapi itu tidak bermakna kita berpisah. You maybe say yes but for me, it’s a NO. A BIG NO! Kita masih ada hubungan. Anggap sahaja kita berpisah sekejap sahaja.” Tengku Eizril membalas tegas. Suka hati sahaja Zara Elyssa membuat keputusan sendiri.


“Apa pula tak boleh berpisah? Mengarut betul awak. Otak awak dah tak betul ya? Suka hati awak laa Encik Eizril. Bagi saya, kita sudah berpisah. Sudah empat tahun, takkanlah kita masih ada hubungan?” Rengus Zara Elyssa.


Tengku Eizril hanya menunduk semasa mendengar kata-kata Zara Elyssa. Dia sudah agak jawapan itu akan terbit dari mulut Zara Elyssa. Mengapakah Zara Elyssa meninggalkan dia dulu? Tiba-tiba sahaja persoalan itu berlegar-legar di kepalanya.


“Kenapa kita berpisah? Kenapa Elyss tinggalkan Fiqrash?” Suaranya kembali lirih.


Mengapa dengan dirinya? Bukankah dia sudah berjanji akan lepaskan Zara Elyssa jika gadis itu tidak mencintainya lagi? Hanya seorang Zara Elyssa boleh membuat mood seorang Tengku Eizril Fiqrash menjadi begini.


“Masa lampau buat apa dikenangkan Encik Eizril? Saya rasa tidak perlu untuk menjelaskan apa-apa. Terimalah hakikat yang kita sudah berpisah. Carilah perempuan lain. Mungkin kita takde jodoh.” Senang sahaja dia menuturkan kata-kata itu. Kalau betul Tengku Eizril dengan perempuan lain, macam mana agaknya? Gembira, lega atau sedih?


Takde jodoh? Zara Elyssa berlawak ke apa sekarang? Bukan ke kiranya sekarang ni miracle kerana mereka berjumpa lagi setelah empat tahun tidak berjumpa. Takdir telah menemukan mereka di sini.


“Kalau nak berpisah, cakap apa sebabnya?” Dia sudah menjadi Mr.Icy cold kembali. Satu personality baru semenjak ditinggal Zara Elyssa.


“Kerana saya tak cintakan awak lagi. Buat apa nak diteruskan kalau tidak cinta?” Sedaya-upaya dibuat suara seserius mungkin.


“Betul? Kalau macam tu, cakap pandang mata Fiqrash.” Dia ingin melihat sama ada Zara Elyssa menipu ataupun tidak.


Pandang mata Tengku Eizril? Sudah tentu tidak mungkin. Tengku Eizril akan terus tahu sejurus sahaja dia mengatakan kata-kata tersebut. Tiada pilihan lagi ke selain daripada itu? Dia mengeluh. Zara Elyssa tahu Tengku Eizril akan memaksa juga sama ada cepat atau lambat.


You can do it Elyss. Cakap, lepas tu tinggalkan dia. Yes! That’s it! Ganbatte!


“Okay. Lepaskan tangan dulu.” Terus Tengku Eizril melepaskan tangannya.


“Saya tak cintakan awak lagi Tengku Eizril Fiqrash. Live with it!” Tegas sekali dia berkata-kata namun pandangan mata biru itu membuat dia goyah. Namun dipaksa juga untuk merenung sepasang mata biru itu.
Renungan itu bergetar. Dia tahu Zara Elyssa tidak maksudkannya. Dia tersenyum di dalam hati. Zara Elyssa masih mencintai Tengku Eizril Fiqrash. Dia cuma ingin tahu itu sahaja.


“Nak sangat berpisah?”


Soalan diutarakan oleh Tengku Eizril amat menyesakkan nafasnya. Mindanya mengatakan ya manakala hatinya berkata sebaliknya. Yang mana yang perlu diturutkan? Hati atau minda?  Kau dah berjanji Zara Elyssa. Jangan orang yang munafik.


“Ya. Itulah yang saya tunggu selama ini.” Ujarnya yakin. Tidak mahu Tengku Eizril tahu akan perasaan sebenarnya.


“Never.”


Sejurus itu Tengku Eizril bangun dari kerusi dan meninggalkan Zara Elyssa sendirian. Dia tersengih kemenangan. Walaupun dia tidak berpeluang untuk menanyakan tentang hal Harith Imran namun dia dapat tahu tentang hal yang lain. Ternyata Zara Elyssa masih lagi Elyss yang dulu. Elyss yang mencintai Fiqrash. Senang laa kerja dia selepas ini.

*** 

Peristiwa petang tadi diingat kembali.. Zara Elyssa langsung tidak terkejut waktu itu. Tengku Eizril memang begitu orangnya. Kalau dia kata putih, putih laa jawabnya. Takde maknanya nak tukar kepada hitam atau pink. Sebenarnya dia agak hairan dengan situasi tadi. Seperti Tengku Eizril mempunyai multiple personality. Pada awal-awalnya, Fiqrash yang dia sayang yang duduk di hadapannya. Selepas lelaki itu menanyakan apa sebabnya mereka berpisah, lelaki itu menjadi Tengku Eizril, orang yang berpersonaliti baru. Pening-pening. Sekarang ini macam mana? Dia dan Tengku Eizril ada hubungan atau tidak? Apa sebenarnya yang berada di minda lelaki itu? Arghhhhh! Buat apa fikir macam tu? Tangannya menyuap popcorn sambil menonton televisyen. Ditutup televisyen kerana tiada cerita yang menarik perhatian.


Tengku Eizril Fiqrash dan Zara Elyssa tiada hubungan. Titik. Mind set.


Lantaklah apa yang Tengku Eizril nak katakan. Baginya, mereka sudah tiada hubungan. Kalau betul pun Tengku Eizril itu masih ada perasaan kepadanya, mereka tidak akan boleh bersama. You made that promise.


@LittlemissElyss -It was never mean to be. #SadLife


RT @Littlemiss Elyss -It was never mean to be. #SadLife @Harith_Im What was never meant to be?
Sempat juga Harith Imran membalas tweetnya.


@Harith_Im @LittlemissElyss apa-apa je. X sangka kau on9. Bukan kau anti ey benda-benda camni? Kekeke.


@LittlemissElyss @Harith_Im Kau ketinggalan zaman laa Zara. Aku dah update. Haha. cakap ah. Keluar  malam ni kan? Kau janji nak dinner dengan aku? Tak baik mungkir janji~


@Harith_Im @LittlemissElyss aku lupa plak. Okay. Tempat yang aku text tadi eh. See you in two hours.
@LittlemissElyss @Harith_Im Okay. See you J


Logout twitter. Zara Elyssa melangkah ke dapur. Dicari bahan-bahan yang diperlukan. Dia ingin membuat cupcake buat Harith Imran kerana menyambut dia pulang ke Malaysia. Dari dulu, Harith Imran memang gilakan cupcake. Nak-nak lagi cupcake chocolate. Pasti Harith Imran suka. Akhirnya siap juga cupcakenya. Dikeluarkan cupcakes dari oven. Zara Elyssa membiarkan cupcake untuk sejuk dahulu sebelum dia menghiasnya. Sementara menunggu cupcakenya sejuk, dia naik ke atas untuk membersihkan diri.


@LittlemissElyss Don’t want to be late for the dinner with @Harith_Im.


Tweet. Masuk ke dalam walk-in-wardrobe untuk memilih pakaian. Blouse bunga-bunga kecil merah Somerset Bay dipadankan dengan seluar jeans putih. Tudung pula sudah semestinya pashmina putih. Dialihkan perhatian kepada handbag pula. Hmmm… this should do it. Handbag merah jenis drawstring Salvatore Ferragamo dicapai. Selepas selesai memakai pakaian, dia terus turun ke bawah untuk menghias cupcake yang dibuat untuk Harith Imran.


HARITH IMRAN J WELCOME BACK TO MALAYSIA! FROM ZARA ELYSSA



Kira laa sendiri berapa banyak cupcake yang aku buat. Selesai membuat itu, dia ke atas untuk mengambil handbag biru miu miu yang berada di dalam biliknya. Handbagnya diletakkan di atas meja berdekatan dengan pintu. Senang dia nak keluar nanti. Hanya perlu ambil iPhone5 dan cupcake sahaja yang berada di dapur.


Tiba-tiba, loceng penthousenya berbunyi. Siapa pula datang masa ni? Dahlah dia nak keluar nanti. Mujur sahaja pashmina sudah dililit di kepalanya, takdelah dia terkejar untuk mengambil tudung. Zara Elyssa terus membuka pintu kerana dia tahu orang yang dia rapat sahaja yang akan muncul di muka pintu ini kerana bukan semua orang yang tahu tentang penthouse yang baru beberapa bulan didudukinya ini. 


Bulat matanya memandang tetamu yang datang ke rumahnya. Belum sempat ditutup pintu, tangan sasa itu terlebih dahulu mengahalangnya. Jadi, dia tidak pilihan lain selain membuka pintu itu. Muka tanpa perasaan ditenung lagi. Apa yang dia buat di sini dan paling penting, macam mana dia tahu tentang kewujudan penthouse yang didudukinya ini.


Long sleeve checkred shirt membuatkan ketampanan dia lebih terserlah. Lain benar style rambut lelaki itu sekarang berbanding dengan style rambut di pejabat. Di pejabat pacak-pacak, sekarang k pop pula. Stylo. Fantastico!


“Apa awak nak?” Muka bosan ditayangkan.


“Dinner with me.” Senyuman langsung tidak dipamerkan, ada hati nak ajak orang pergi dinner.
Wrong timing!


“No can do. Dinner dengan Harith malam ni.” Selamba sahaja Zara Elyssa menolak.


“It’s not a choice. Whether you like it or not, we will go to dinner tonight.” Tegas Tengku Eizril membalas. Dikerling sesuatu yang berada di atas meja di tepi pintu.


Dia mendekatkan wajahnya kepada Zara Elyssa. Tindakan itu membuatkan Zara Elyssa mengundur ke belakang. Hampir masuk ke dalam penthousenya dan dapat! Dia tersengih. Muka Zara Elyssa yang terkedu itu direnung. Tangannya masih memegang pintu. Jantung Zara Elyssa masih berdebar-debar akibat tindakan Tengku Eizril tadi. Apa yang sebenarnya difikirkan lelaki tadi agaknya? Tiba-tiba mendekatkan wajahnya. iPhone5 Zara Elyssa berbunyi memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Jam tangan Swatch berwarna putih dilihat. Sudah pukul 8.05 malam. Sudah agak siapa yang menelefonnya.


“Tutup  pintu sekejap. Nak ambil phone.” Ujar Zara Elyssa. Dia benar-benar berharap Tengku Eizril akan bersetuju. Kesian Harith Imran kerana terpaksa menunggunya. Untuk pertama kalinya, dia menyesal kerana membuka pintu tanpa melihat siapa yang datang.


“Macam Fiqrash tak tahu siapa yang telefon. Dah pukul lapan lebih, bukan? Biarkan dia berbunyi.” Nada suara Tengku Eizril kedengaran agak cemburu di telinga Zara Elyssa.


“Macam mana tahu siapa yang telefon? Awak ada telepathic power ke?” Sinis Zara Elyssa bertanya.
“Harith Imran, bukan? Fiqrash tak buta lagi untuk tengok apa yang ada di twitter.” 

Mr, Icy cold ada twitter? OMG!


“Did you stalk my profile?” Dengan lurusnya dia bertanya.


“I guess that’s my new hobby? Enough the chit chats, let’s go.” Dia menarik kasar lengan Zara Elyssa.


Sekelip mata sahaja Zara Elyssa sudah berada di luar penthousenya. Gila apa nak pergi tanpa ic, duit dan telefon. Direntap berkali-kali lengannya namun tidak berhasil.


“Fiqrash! Lepaslah! Elyss nak ambil handbag dulu. Gila apa nak pergi tanpa bawa duit, ic , phone semua?”Jerit Zara Elyssa.


“Finally you called me Fiqrash, like you used to. Don’t worry, your banker for tonight is here. Ic, kata sahaja hilang apa susah? As for phones, you don’t need it tonight.” Dia kembali berjalan.


“Please, nak ambil handbag, bukan lama sahaja.”Rungut Zara Elyssa. Terkeluar pula suara manja yang biasa digunakan semasa mereka sepasang kekasih dulu.


Jantungnya berdegup pantas apabila mendengar suara manja Zara Elyssa. Tanpa amaran, dia berhenti. Gedebuk. Adui! Hidungnya dipegang. Tengku Eizril ni! Nak berhenti pun cakaplah. Kebetulan pula dia tengah berangan. Kan dah berlaku incident ni?


“Kenapa berhenti? Sakit hidung!” Marah Zara Elyssa sambil mengosok-gosok hidungnya. Sakit!


Rasa bersalah terbit di dalam diri Tengku Eizril. Dipandang hidung Zara Elyssa sudah bertukar warna itu. Macam hidung badut, merah. Dipegang kedua-dua bahu Zara Elyssa lalu dia mendekatkan wajahnya kepada gadis itu. Ditiup perlahan hidung Zara Elyssa.


Terkedu Zara Elyssa dibuatnya. Like old times. Hatinya menjadi sebak secara tiba-tiba. Air mata ditahan supaya tidak tumpah.


“Feeling better Elyss?” Suara risau Tengku Eizril mengembalikan Zara Elyssa ke reality.


“Yeah, thanks.” Balasnya pendek.


Tangan yang tadi memegang lengan Zara Elyssa beralih ke tangan kanan lalu digengam. Dia berpatah balik ke penthouse milik Zara Elyssa. Dalam hati, Zara Elyssa sudah tersengih. Makan juga pujukan ya Tengku Eizril.


“Tunggu sini. Fiqrash ambik handbag dengan kasut.” Tutur Tengku Eizril lalu mengerling slipper bunny yang dipakai Zara Elyssa.


Kasut? Buat apa? Kan dia dah pakai? Matanya terbuntang apabila memelihat bunny slippers yang tersarung di kakinya. Tengku Eizril punya pasal laa ni, tarik dia keluar. Wait, tunggu sini? Macam mana lelaki itu nak masuk? Bukan dia tahu code rumah Zara Elyssa, kad jauh sekali! Zara Elyssa tersengih.


“Try laa buka.” Sinis sahaja suara. Sudah pasti Tengku Eizril akan menyuruhnya membuka pintu itu dan apabila itu berlaku dia akan masuk ke rumah. Cantekk!


Dia tahu apa yang berada di fikiran Zara Elyssa. Pasti di dalam mindanya itu terfikir yang dia akan suruh gadis itu membuka pintu? Dia bukannya bodoh. Zara Elyssa akan terus meluru masuk ke dalam rumah dan takkan keluar lagi jika dia membuat semedikian. Buat apa bersusah-payah kalau dia sendiri boleh buka?


Let me impress you Zara Elyssa.


Bip. Zara Elyssa yang sedang memandang bunny slippersnya terus memandang ke arah pintu rumahnya. Baru sahaja ditutup oleh Tengku Eizril. Macam mana lelaki itu boleh masuk? Ah! Sebalnya hati. Diketuk geram pintu penthousenya.


“Fiqrash, get out here this instant!” Jerit Zara Elyssa. Sesuka hati dia sahaja masuk ke dalam rumah orang sesuka hati.


Dia tiba-tiba teringat tentang sesuatu. Tengku Eizril akan nampak dan hidupnya akan menjadi musnah. Oh tidak! Tangannya sudah bergetar dan berpeluh. Apa yang dia akan buat jika Tengku Eizril tentang hal yang satu itu?


Pintu terbuka. Hatinya berdebar-debar. Muncul wajah Tengku Eizril bersama sesuatu di tangannya.


“What is this?"

Muka pucat Zara Elyssa direnung tajam.


6 comments:

hk said...

huh what???? misteti nusantara...

QiS said...

apa yg die jmpa...takkan cupcake pun nk mrh..mst bnda lain kan??cpt smbung ye..

S. said...

apa dia apa dia!!! ulalaallaaa...handsome weyh! i can imagine lorh!

Syuhaida ♥ said...

arghhh ! what is that? :O i can't wait for it !
This Fiqash is making me curious :3

Unknown said...

what happen????cepat la sambung can't help with this waiting feeling......argghhh

hasiza bt abdullah said...

assalamulaikum. macam mana dengan sambungan cerita ini dah lama tertangguh. ceo vs doc dah dibukukan atau belum ya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!