Followers

Tuesday, January 8, 2013

Bila Hati Bagi Green Light 1

Holaa! Dah lama MH x update untuk BHBGL kan? Nama lead dulu Elyssa Zara kan? MH dah tukar jadi Zara Elyssa. Enjoy! A little change over here and there. Coment banyak2 tau! MH tunggu!




Zara Elyssa melangkah menuju biliknya. Akhirnya dapat juga dia kembali ke pejabat ini setelah seminggu dia berada di Kuantan menyelesaikan tugasnya. Dia mengorak senyuman kepada Neesa, setiausahanya. Tahu sangat dengan muka bercahaya Neesa itu. Pasti ada sahaja cerita yang dikhabarkan kepadanya. Neesa ni semua benda yang dia tahu. Dari gossip tingkat satu hinggalah tingkat ke empat puluh, pasti dia tahu.


“Miss Zara Elyssa, welcome back! Camne dengan projek di Kuantan, semuanya beres, bukan?” Neesa menegurnya. Ayu sekali Neesa dengan baju kurung yang disarungkan di badannya itu. Eh? Ditilik muka Neesa dengan lebih dekat.


She’s wearing make up? Oh my chocolate!


“Cik Zara, ada apa-apa yang tak kena ke?”Neesa menyoal Zara Elyssa. Pelik juga dengan bosnya. Tiba-tiba tenung orang seperti ada yang tidak kena dengan mukanya.


“Takde apa-apa. Perfectly fine tapi… are you wearing make up Neesa?” Tanya Zara Elyssa sambil tersengih.


Kelihatan Neesa mengurut dadanya tanda lega. Ingat apa tadi.


“Ni yang Neesa nak cerita dekat Cik Zara ni tapi kita kena masuk bilik cik dulu.” Kata-kata Neesa mengundang tanda hairan di dalam diri Zara Elyssa. Kenapa perlu masuk biliknya? Ah, ini pasti gossip yang paling hot sampaikan gossip ini perlu dicerita di dalam biliknya.


“Okay, jom.” Dengan Zara Elyssa sekali merasakan teruja untuk mengetahui apa yang bakal diberitahu oleh Neesa. Gaji dinaikkan ke? Company trip luar negara ke? Semua persoalan itu berlegar-legar di dalam kepala Zara Elyssa.


Mereka masuk ke dalam bilik Zara Elyssa. Cepat sahaja Neesa menutup pintu dan duduk di hadapannya. Dia pula meletakkan tas tangannya di dalam laci dan terus memandang Neesa. Neesa melebarkan senyumannya.


“Cik, nak tahu tak yang….” Belum sempat Neesa memulakan mukadimahnya, Zara Elyssa sudah memotong percakapannya.


“Neesa, kita dah bekerja bersama sudah 2 bulan. Kan saya dah cakap dari awal, saya tak suka orang panggil cik. Umur kita beza dua tahun je, relax laa. Panggil nama je okay? Kalau awak tak nak, awak boleh keluar sekarang. Saya tak berminat nak dengar awak cerita.” Suara Zara Elyssa tegas menyapa gegendang Neesa.


Nak keluar, pasti Zara Elyssa tidak akan tahu tentang gossip terbaru dan pasti juga hubungan mereka akan menjadi janggal selepas ini. Tiada lagi Zara Elyssa yang sporting. Mana dia biasa panggil Zara Elyssa dengan namanya sahaja. Sudahlah mereka beza dua tahun. Zara Elyssa itu selayaknya dipanggil kakak, mana mungkin boleh panggil nama sahaja. Dia mengeluh. Nak ke tak nak?


“Neesa….”


“Okay okay! Saya panggil cik dengan nama Zara sahaja.” Laju sahaja Neesa menuturkan kata-kata. Bimbang mood Zara Elyssa akan menjadi buruk. Sudahlah bosnya itu baru balik.


Tahu takut… Zara Elyssa tersenyum kemenangan. Bukan susah untuk membuat Neesa patuh kepada arahannya.


“Okay, Neesa. Cakaplah apa awak nak cakap tu sebelum saya mula bekerja. Tapi sebelum tu, are you wearing make up? ”Dia menayakan benda yang sama kepada Neesa. Pelik juga. Tiada angin, tiada rebut… Tiba-tiba, Si Neesa yang innocent ni pakai make up. Baju kurung pun dah pakai baju kurung modern. Dia juga tidak sabar untuk tahu apa yang hendak dikatakan kepada Neesa.


“Yes, I am! Saya kan secretary cik…err awak, kenalah lawa-lawa, nanti Zara pula yang malu.” Dengan suara ceria Neesa membalas namun kenapa dirasakan bagaikan tipu sahaja? Pasti ada udang di sebalik mee.


“Okay then, judging by your face now, saya rasa macam awak ada gossip yang paling hangat yang nak disampaikan kepada saya, bukan? Apa yang berlaku semasa saya tiada seminggu ni?” Zara Elyssa berterus terang itu membuatkan Neesa tersengih malu. Tahu sahaja Zara Elyssa tentang dia walaupun mereka hanya dua bulan bekerja bersama.


“Good news or bad news dulu Zara?”


“Erm bad news dulu.” Lebih baik dengar yang buruk dulu kerana nanti kita boleh gembira.


“Bad news ialah Encik Iskandar sudah berhenti kerja. Dia ambil alih syarikat keluarganya.” Mendatar sahaja suara Neesa. Ini sahaja bad newsnya? Kalau pasal ni, dia sudah tahu kerana Iskandar menelefonnya semasa dia berada di Kuantan.


“Untuk pertama kalinya, awak beritahu info yang saya tahu dah. Saya dah tahu lama pasal Iskandar berhenti kerja. Dia telefon saya semasa di Kuantan. Apa good newsnya?”Harap-harap kali ni dia tidak tahu lagi pasal good news yang bakal disampaikan oleh Neesa. Kalau tidak, buang karan je dia terasa teruja tadi.


“Good news ada dua. Satu ada orang yang sudah menggantikan Encik Iskandar dan kita sudah dapat bos baru!” Suara Neesa ceria sekali. Barulah Zara Elyssa tahu. Antara dua orang yang baru masuk syarikat itu, salah satunya pasti crush Neesa.


“Betul ke? Baguslah. Takdelah saya bekerja sorang. Siapa partner saya?” Pastilah orang baru itu akan bekerja bersama dengannya kerana dia dan Iskandar dulu selalu bekerjasama. Haraplah orang itu okay sahaja.


“Harith Imran! Orangnya handsome Zara! Ramai orang tingkat ni test market dengan dia.” Cara Neesa bercerita macam orangnya handsome laa sangat sampai semua orang test market. Macam-macam.


“Habis tu bos baru tu siapa pulak?” Kini, dia berminat untuk tahu tentang bos baru mereka.


“Kita dapat CEO baru. Dikhabarkan CEO baru tu anak Tengku Eirham, pengarah kita. Dia baru masuk dua hari yang lepas. Yang ni lagi hot tau Zara. Harith Imran maybe handsome tapi CEO baru kita ni mega handsome tahu tak? Kalau orang tengok Harith Imran tu terbuntang mata, bila Tengku Eirham perkenalkan anak dia sebagai CEO yang baru, tergolek mata semua anak dara dalam syarikat ni tau!” Patutlah bersemangat sangat, rupanya dua-dua handsome. Sabar sahajalah.


Riak Zara Elyssa yang biasa sahaja tidak menghairankan Neesa. Bosnya memang begitu. Cakaplah pasal lelaki, riaknya biasa sahaja. Kalau klien yang datang berurusan dengan Zara Elyssa, boleh nak dikatakan separuh daripadanya jatuh hati kepada bosnya ini namun tiada orang yang berjaya memikatnya. Dia yang perempuan ni pun rasa Zara Elyssa ni cantik, lagilah lelaki yang berada di luar sana. Mungkin sahaja hati seorang Zara Elyssa sudah terisi, siapa tahu?


“Oh patutlah posisi CEO tu takde orang yang ambik rupanya reserved untuk anak dia. Dah habis gossip kan? Saya nak mula buat kerja Neesa sebab saya tak nak balik lewat hari ni. Saya takde apa-apa temu janji kan hari ni?”


“Untuk hari ni, Zara free.” Lega hatinya mendengar.


“Owh yeah, kenapa orang kat luar tu saya tengok bergaya sakan hari ni? Ramai yang pakai kebaya dan make up pun lebih dari biasa.Awak pun pakai baju kurung modern. Ada apa-apa yang saya patut tahu ke?” Pelik juga dia apabila melihat orang lain bergaya sakan.


“Ya Allah! Lupa nak beritahu main event hari ni! CEO baru tu nak lawat tingkat kita! Semalam dia tak sempat nak lawat.” Laa, itu ke sebabnya? Setakat CEO nak lawat pun perlu bergaya sakan ke?


“Ingatkan pengarah ke artis yang nak lawat tadi.” Zara Elyssa mencebik.


“Kan saya dah cakap tadi, anak dara yang dekat luar tu nak pikat CEO baru tu. Untung-untung dapat.”


“And you’re one of them?” Zara Elyssa tersengih. Sedap sahaja mengata orang lain.


Neesa cepat-cepat mengeleng. “Mana ada… Itu mustahil laa Zara. Neesa kan setiausaha? Mana layak nak digandingkan dengan CEO? Sudah terang-terangan akan kecewa kalau menaruh harapan, kan? Kalau Zara, lainlah pulak ceritanya.” Dari pandangan matanya, seperti Neesa ikhlas.


“Apa pulak yang lain? Kita sama je kan? Habis tu, awak beritahu laa kenapa pakai baju kurung modern hari ni?” Masih lagi dalam mood mengusik dia.


“Lainlah. Zara kan lawa? Tengok sahaja klien yang datang berurusan dengan Zara, semuanya sukakan Zara. Saya lain… tak lawa.” Ah… buat sedih pulak… Mengarut betul Neesa ni. Kalau Neesa tak lawa, pasti tiada orang yang mengayat dia tapi masalahnya ada sahaja orang yang kecewa ditolak Neesa.


“Merepek laa awak Neesa. Bukan saya tak tahu yang ada orang kecewa sebab awak tolak cinta dia. Habis tu kalau bukan CEO, Harith Imran yang membuatkan awak pakai cantik hari ni ya Neesa?”


Terus mukanya merah. Sah! Sukakan Harith Imran! Gotcha!


“Err Zara, dengar tak telefon berbunyi? Saya angkat ya? Bye.” Terus ditinggalkan Zara Elyssa terkulat-kulat di dalam bilik itu. Hmm.. nampaknya tekaannya betul.
Interkom ditekan.


“Ya?” Suara Neesa perlahan menyapanya.


“Awak tak boleh lari Neesa.”


Ya! Memang Neesa tidak boleh lari. Nanti ada masa akan diusik lagi. Sekarang, seharusnya dia memulakan kerja yang berlambak.








Mesyuarat yang dihadirnya akhirnya sudah tamat. Selepas ini, dia akan terus berjumpa dengan Harith Imran untuk berbincang tentang projek baru yang diterimanya. Harith Imran tidak dapat menghadiri mesyuarat tadi kerana ada kerja di tapak pembinaan projek Taman Melawati. Kata Neesa, Harith Imran sudah tiba di pejabatnya tadi. Bagaimana agaknya Harith Imran? Namanya seperti pernah didengar. But it did not ring the bell.

 Pintu lif dibuka dan terus ke bilik Harith Imran yang bersebelahan dengannya. Diketuk pintu itu.


“Come in.” Selepas mendengar suara Harith Imran, Zara Elyssa melangkah masuk ke dalam biliknya.
Kelihatan lelaki itu sedang menunduk mengambil fail. Apabila Harith Imran memandangnya, kedua-dua kelihatan terkejut. Pantas Zara Elyssa mengukirkan senyuman. Kecilnya dunia ini. Tidak disangka akan berjumpa balik dengan lelaki ini.


“Harith? Nama kau Harith Imran?” Terus dilemparkan soalan itu.


“Sampai hati tak ingat nama aku.” Sengaja suaranya dibuat-buat sedih.


“Tak payah nak buat sedih dekat sini Harith. Aku rindu gila kau! Lama dah tak contact. Mujur je jumpa kau dekat sini. Kau tak tahu betapa leganya aku dapat kau sebagai partner aku.” Gembira sahaja Zara Elyssa. Harith Imran tersenyum melihat kawan baiknya itu.


“Aku pun rindukan kau. Kau tukar telefon apa kes? Susah laa aku nak contact!” Sudah empat tahun mereka tidak bersua muka. Siapa yang tidak rindu?


“Aku err.. phone aku hilang. Aku tak hafal nombor kau. Sorry laa but look on the bright sight. Kita dah jumpa kan? Dah kira baik laa ni. Kau makin handsome ya sekarang? Patutlah aku dengar ramai nak test market. Rupanya kau Harith Imran tu. Tu yang banyak sangat sangkut dekat kau tu.” Perli Zara Elyssa. Memang dari zaman universiti Harith Imran sudah popular. Kalau popular di sini, apalah yang nak diherankan?


“Kau pun dah makin lawa. Dah bergaya. Takde lagi pakaian simple kau tu. Kau belajar dekat mana Zara?”
“Aku? Mana-mana jelaa. Buat apa cakap pasal benda yang lepas? Yang penting sekarang kau dah ada awek ke belum? Bukan ke kau cakap dengan aku, kau nak couple bila kita dah sem terakhir?” Masih lagi Zara Elyssa tentang prinsip Harith Imran itu.


“Tak sangka kau ingat pulak cerita zaman batu tu. Takde yang sangkut laa Zara. Nak buat macam mana?”


“Blah laa kau! Nak sangkut macam mana kalau kau tu memilih sangat!” Zara Elyssa mencebik manakala Harith Imran hanya ketawa sahaja.


“Nama pun couple, mestilah memilih sikit. Aku nak couple pastu kahwin, kau apa tahu? Habis tu kau pulak apa cerita? Ada yang sangkut tak?”


“Takde! Aku malas nak fikir. Kerja pun tak sampai setahun, mana boleh couple. Aku nak focus terhadap kerjaya aku dulu.” Zara Elyssa bermain-main pen yang berada di tangannya.


“Kau tak boleh ataupun kau tak nak Zara?” Terus Zara Elyssa memandang Harith Imran. Jelas dari pandangan mata Zara Elyssa, dia tak nak. Tahulah dia tentang sebab Zara Elyssa. Tidak perlu Zara Elyssa memberitahunya, dia sudah tahu. Malahan amat arif tentang itu. Bagus sangatlah. Di sini masih lagi mengingati manakala di sana pula masih juga mengingati namun tidak mahu diakui.


“Takpe laa kalau kau tak nak jawab. Kau datang jumpa aku ni kenapa?” Balas Harith Imran apabila melihat kertas yang berada di tangan Zara Elyssa.


“Aa ah lupa pulak aku. Ni aku datang sebab nak bincangkan projek kita yang paling baru.”Mereka mula berbincang tentang projek yang baru itu.







Sesak nafasnya apabila memandang lelaki itu semasa keluar daripada biliknya. Kelihatan lelaki itu sedang menyapa pekerja yang turut berada di tingkat itu. Sudah tidak dapat disangkal lagi memang dia. Senyumannya, gaya rambutnya, cara dia berpakain, semuanya sama. Kenapa dia perlu kembali? Baru sahaja dia ingin gembira kerana Harith Imran, kawan baiknya yang kini sudah menjadi rakan sepejabat. Dan sekarang lelaki itu pula bekerja di syarikat ini? Mengapakah mereka harus berjumpa setelah empat tahun tidak bersua muka? 

3 comments:

hk said...

intro dah best..:)

Unknown said...

NOVEL NI DAH POST DULU KAN DAH LAMA JUGA KAN,LEPAS NI KALAU BOLEH SELALU POST YA TQ RINDU SANGAT-2.

Miss Halloween said...

Hk: thanks!

baby mio: yes! dah post dulu. sbb tu ad new and the old one. ok gonna try!

thanks 4 the comment!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!