Followers

Wednesday, January 9, 2013

Bila Hati Bagi Green Light 2


Bab 2


Sesak nafasnya apabila memandang lelaki itu semasa keluar daripada biliknya. Kelihatan lelaki itu sedang menyapa pekerja yang turut berada di tingkat itu. Sudah tidak dapat disangkal lagi memang dia. Senyumannya, gaya rambutnya, cara dia berpakain, semuanya sama. Kenapa dia perlu kembali? Baru sahaja dia ingin gembira kerana Harith Imran, kawan baiknya yang kini sudah menjadi rakan sepejabat. Dan sekarang lelaki itu pula bekerja di syarikat ini? Mengapakah mereka harus berjumpa setelah empat tahun tidak bersua muka?


Tengku Eizril Fiqrash Bin Tengku Eirham.


Kenapalah dia tidak perasan nama Tengku Eirham semasa menerima tawaran kerja beberapa bulan yang lepas? Things could not get any worse than this. Sebolehnya dia mahu mengelak daripada lelaki itu. Dia meluru masuk ke dalam bilik kembali untuk mengambil tas tangan. Baru sahaja Harith Imran ingin mengetuk pintu Zara Elyssa, pintu itu dibuka dari dalam. Jelas muka Zara Elyssa pucat.


“Terkejut aku Harith… Kau datang nak apa?” Zara Elyssa mengurut dada. Bikin terkejut sahaja.


 Macam mana dia nak elak Tengku Eizril? Dari ekor mata lelaki itu berada di sebelah kiri pejabat mereka. Pintu pula sebelah kanan…cantik…


“Aku nak bagi kertas projek ni. Yang muka kau pucat ni kenapa?” Mata Zara Elyssa jelas memandang Tengku Eizril. Tidak habis lagi ke?


“Aku…err… Harith…kau boleh tolong aku tak?” Sudah terang-terang dia harus meminta tolong Harith Imran sekarang ini. Kalau dia pergi menghala ke pintu pasti Tengku Eizril nampak.


“Apa? Kalau aku boleh tolong, aku tolong.” Sakit ke kawan baiknya ini?


“Kau jalan dengan aku sampai ke pintu boleh? Kau jangan tanya kenapa please. Nanti aku jelaskan atau lebih tepat lagi, kau faham kan apa yang akan aku jelaskan? Cepat kita takde masa.” Terus ditarik tangan Harith Imran lalu dilepaskan apabila mereka berjalan beriringan.


Cepat sikit lagi nak sampai dekat pintu….


Laju betul Zara Elyssa melangkah. Apa yang dia takut sangat ni? Telinganya menangkap suara perempuan riuh di sebelah kirinya. Segera dia memandang. Ah… No wonder….


Zara Elyssa…. Kenapa perlu mengelak daripada dia?


Belum sempat dia mencapai tombol pintu, ada suara yang menegur dari belakang. Serta-merta jantungnya berdegup pantas. It’s a bad thing, isn’t it?


“Hah itu mereka! Harith Imran dan Zara Elyssa!” Jerit salah seorang pekerja perempuan. Ah…sudah…
Secara automatic mereka berdua berhenti. Sudah tiada pilihan lain selain daripada berpaling belakang kan? Harith Imran dan Zara Elyssa melemparkan senyuman kepada orang yang berada di hadapan mereka. Jelas Tengku Eizril tersentak.


She’s beautiful….as always…


“Kenalkan ini Harith Imran dan Zara Elyssa, two of the most talented architect in the company. Harith, Zara, ini CEO baru kita, Tengku Eizril Fiqrash.” Ujar Saiful yang baik hati mengenalkan mereka.


“Hye, Tengku Eizril.” Dia menghulurkan kepada Harith Imran.


Harith Imran menyambutnya dengan baik lalu menarik Tengku Eizril ke dalam pelukan. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Orang yang melihat mereka semua terkejut kecuali Zara Elyssa. Dia memang sudah lama tahu yang Tengku Eizril dan Harith Imran amat rapat. Hampir sahaja Tengku Eizril tidak menyedari tentang kehadiran Harith Imran. Ralit sangat memandang orang disebelah Harith Imran.


“Bro, aku tak tahu pun kau apply kerja kat sini? Asal tak kerja dekat company papa kau je?” Tengku Eizril mengutarakan soalan.


Lagi sekali mereka dikejutkan. Apa? Keluarga Harith Imran ada syarikat sendiri. Lagilah naik saham Harith Imran selepas ini agaknya.


“Aku nak cari pengalaman dulu. Nanti-nanti laa aku kerja dekat company papa aku tu.” Dia memberi isyarat kepada Tengku Eizril supaya menyapa Zara Elyssa. Dia tahu kawan baiknya itu semakin tidak selesa dengan keadaan ini. Sebolehnya dia mahu menarik keluar Zara Elyssa daripada situasi ini tetapi dia tidak mampu. Kedua-duanya kawan baiknya.


“Hye, nice to meet you, Tengku Eizril, you can call Eizril.” Panjang pula Tengku Eizril menyapa Zara Elyssa. Ia mengundang cemburu di kalangan gadis-gadis lain. Ada juga mata-mata yang menyampah melihat situasi itu. Zara Elyssa memang selalu dapat spotlight. Orang cantik… nak buat macam mana?


Eiz… Eizril? Now it’s official.


“Hai, Zara Elyssa, nice meeting you too Eizril. You can call me Zara.” Just follow the flow Elyssa.


Tengku Eizril dan Harith Imran berbual-bual sambil menuju ke bilik Tengku Eizril. Awal-awal lagi Zara Elyssa sudah meminta diri. Tidak sanggup untuk berada di situ lagi. Dia memberitahu Neesa yang dia akan melawat site. Iphone5 dicapai dan dihantar sms kepada Harith Imran.


Thanks for helping me. Nanti belanja makan, kay? –Zara Elyssa.


Perbualan mereka terhenti sebentar apabila mendengar Blackberry Curve Harith Imran berbunyi tanda mesej masuk. Dibuka sms tersebut. Ternyata ia daripada Zara Elyssa. Jelas muka Zara Elyssa berada di skrin Blackberry Curve Harith Imran. Sungguh jelas sehinggakan Tengku Eizril nampak. Harith Imran tersenyum memandang sms tersebut. Belanja makan, no hal.


Haha. Okay. Malam ni amacam? Time and place, you decide. Kan kau yang ajak? –Harith Imran.
“Siapa? Tersengih semacam aku tengok? Awek ea?” Memang dia menempah bala menanyakan soalan tersebut.


Dia pun tidak faham dengan perasaannya sekarang. Kenapa perlu dia tanya sedangkan dia sudah tahu? Dan kenapa dia rasa akan menyakitkan jika Harith Imran mengiakan perkara tersebut. Kenapa dia perlu ada perasaan itu setelah sekian lama? Dan untuk sekian kalinya, kenapa dia tidak boleh melupakan dan tidak menerima orang lain? Kusut kepalanya memikirkan hal itu.


Dari ekor matanya, Harith Imran tahu yang Tengku Eizril nampak muka Zara Elyssa di Blackberry Curvenya. Kenapa perlu tanya jika dia sudah tahu? Mungkinkah dia…. Dia tersenyum.


It’s so obvious.


“Kalau aku kata ya, macam mana?” Sekali-sekala mempermainkan si ais beku ni apa salahnya?


Ais beku… nama gelaran yang diberi kepada Tengku Eizril setelah peristiwa itu berlaku.


“Aku tanya kau.. kau tanya aku balik. Simple ques tu Harith.” Jelas dalam nada suaranya, dia terdesak untuk tahu. Kalau ya, begitu mudahkah menerima orang lain sedangkan dirinya tidak mampu?


Tegang… Itu suasana sekarang. Kalau menipu, sah menempah bala. Tengku Eizril bukan boleh dipercayai. Apatah lagi melibatkan seorang Zara Elyssa. Kalau tidak menipu, dia boleh tahu apa yang berada di kotak fikiran Tengku Eizril sekarang ini? Yang mana satu ya?


“Yup. Kau tak nak tanya ke siapa?” Dan dia memilih untuk menipu. Bukan salah dia pun… Dia hanya ingin tahu… Salah Tengku Eizril yang tidak mahu mengaku.


Dan hatinya berasa sakit serta-merta. Sanggup Harith Imran buat dia begini? Dia bukan lagi Tengku Eizril Fiqrash yang sesuka hati menunjukkan apa yang dia rasa kepada orang lain sejak peristiwa itu berlaku. Walaupun sakit, dia akan kata tidak sakit.


“Siapa?” Tanpa nada dia menanya. Dia bangun menghadap lukisan yang berada di dinding. Lukisan ini diibarat dirinya. Lukisan abstark. Sepintas lalu melihat, amat ceria sekali. Kalau ditenung betul-betul, nampak sedih. Gabungan yang ideal, biru dan merah.


“Zara Elyssa.”


Dumm! Sakitnya hati hanya Allah sahaja yang tahu. Mengapa perlu jadi begini? Dengan kawan baiknya pula.


“Kau tak kisah kan?” Boleh pula Harith Imran melontarkan soalan itu kepadanya.


Serta-merta iphone5 diambil di atas meja. “Hah? Okay. Aku gerak sekarang.”


“Asal?” Tiba-tiba angkat telefon padahal tak berbunyi. Mungkin vibrate kerana dia mendengar vibration tadi.
Blackberry Curve Harith Imran berbunyi sekali lagi.


It’s a date then. Pukul 8 mlm. Koryo-won @starhill. –Zara Elyssa


“Aku kena jumpa orang. Gerak dulu. Yang pasal kau tanya tu, tak.”


Betul, telefon dia vibrate tetapi hanya mesej. Dia perlu cepat ke sana ataupun dia akan terlepas.


Saw Zara Elyssa @Baskin Robbins Pavilion. – Afiq


Pembantunya memang boleh diharap. Semasa dia nampak Harith Imran dan Zara Elyssa berada di pintu keluar tingkat lima belas itu, dia sudah mengarahkan Afiq untuk mengikuti Zara Elyssa kerana dia tahu gadis itu tidak akan berlama di situ. Terus ditinggalkan Harith Imran di situ. Dia perlu jawapan daripada Zara Elyssa pula. Mana tahu kalau Harith Imran sengaja mempermainkan dia untuk melihat sama ada dia suka atau tidak kepada Zara Elyssa. Jadi keputusan sekarang ialah hanya buat tak tahu kerana dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya sekarang.


Sedar-sedar dia sudah sampai di Baskin Robbins di Pavilion. Ramai juga orang yang mengunjungi di situ. Matanya melilau kelibat Zara Elyssa. Got ya! Kelihatan Zara Elyssa duduk di satu tempat sambil termenung. Tangannya pula sibuk menyuap aiskrim ke dalam mulut. Nampaknya ada lagi yang masih sama seprti dulu.


“I don’t think the site is at Baskin Robbins?”Sapanya sinis lalu duduk di hadapan Zara Elyssa. Matanya tajam merenung gadis itu. Terus muka Zara Elyssa pucat apabila melihatnya di situ. Begitulah reaksinya jika berjumpa dengan dia tahun ini.


Zara Elyssa pantas mengambil tas tangan dan bangun namun Tengku Eizril lagi pantas. Dia memegang kemas lengan Zara Elyssa agar dia tidak boleh lari. Dia cuba merentap tangannya namun gagal.


“What is wrong with you? Let me go.” Marah Zara Elyssa perlahan lalu duduk. Dia tidak mahu menjadi tontonan orang ramai. Tengku Eizril, jangan main-main dengannya kerana dia suka membuat sesuatu yang tidak dijangka.


Ingat dia akan senang-senang melepas Zara Elyssa setelah tidak berjumpa dengannya selama empat tahun? Tidak mungkin.


“Not until you answer my question. What are you doing here exactly? Eating ice-cream because you were frustrated that I’m working with you?” Straight forward sahaja soalannya. Tiada belit-belit.


“None of your business. Kenapa cari saya, Encik Eizril? Ada apa-apa ke?” Dia cuba berlagak seformal yang boleh. Kalau tidak, pasti benda lain akan timbul.


“Don’t be so formal as if we never met before. Shouldn’t you’ll be calling me Fiqrash like you used to?” Sinis dia lemparkan kepada Zara Elyssa. Mungkin Zara Elyssa akan rasa sakit hati namun tidak sesakit hatinya empat tahun yang lalu.


“Kita dah tiada hubungan lagi kecuali hubungan antara majikan dan pekerja.” Tanpa nada Zara Elyssa membalas


“Siapa cakap kita tiada hubungan? I never let you go! You left me Elyss!” Separuh menjerit Tengku Eizril. Pedihnya hanya dia sahaja yang tahu. Mukanya merah menahan marah.


“You left me Elyss… you left me…” Kalau tadi marah, sekarang ini suara Tengku Eizril lirih pula. Dia menunduk. Tangannya yang memegang kemas lengan Zara Elyssa turun beralih mengengam tangan kanan Zara Elyssa.


I’m sorry Fiqrash. I don’t have any choice back then but believe me, I have my own reasons.








3 comments:

Unknown said...

la nak lg .

QiS said...

reason???nak taw...sambung lagi ye..best..

Anonymous said...

Now I'm hook to this storyline... Pls do continue....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!