Followers

Saturday, February 2, 2013

Bila Hati Bagi Gree Light 4


Bab 4
Mukanya dibuat selamba yang mungkin. Di dalam kepala, banyak jawapan yang timbul. Dia tidak tahu yang mana satu yang perlu dipilih. Tengku Eizril yang merenung tajam mukanya tidak diambil kisah. Derapan kaki dari belakang membuatkan mereka menoleh ke belakang. Muka Harith Imran yang tersenyum sambil melangkah itu dipandang. Timbul rasa bersalah di dalam hatinya. Ini semua Tengku Eizril punya pasal. Kesian kawan baiknya kerana terpaksa menunggu lama.


“Owh, you were here too? As I aspected.” Kata Harith Imran sambil memandang Tengku Eizril. Memang dia sudah agak yang Tengku Eziril akan berada di sini. Pasti dia sudah melihat tweet Elyssa Zara. Sejak bila pula Mr.Icy Cold ada twitter pun dia tidak tahu.


“Harith, sorry lambat. I was on my way but Mr. Eizril came here to send something. Now, let’s go.”  Sambil menjeling Tengku Eizril dia membalas. Harap-harap Fiqrash fahamlah dengan isyarat matanya.


“It’s okay. Nah, white rose. Our symbol right?” Dia mengenyit mata kepada Elyssa Zara. Dia menghulurkan ros putih itu kepada Elyssa Zara.


Symbol? What symbol? Tengoklah! Nanti dia bagi satu rumah bunga ros untuk Elyssa Zara.
“Harith, kau buat apa kat sini?”


Tegang sahaja suaranya. Sakit hatinya memandang drama swasta di hadapannya. Perlu ke Elyssa Zara suka dengan ros putih yang dibagi Harith Imran? Dahlah bagi di hadapannya pula.


“Aku nak pergi dinner dengan Zara. Jomlah join kitaorang. It will be fun.”


 Pelawaan Harith Imran itu langsung tidak disukai Elyssa Zara. Sudahlah dia mahu mengelak daripada lelaki ini. Harith Imran pula buat-buat tidak faham pula dengan isyarat matanya.

 Ah sakitnya hati.

“Okay, let’s go.” Mana mungkin dia tidak bersetuju? Dia takkan membiarkan Elyssa Zara keluar berdua-duan dengan lelaki lain walaupun Harith Imran. 

Kini, dia beralih kepada Elyssa Zara. Handbag merah jenis drawstring Salvatore Ferragamo itu diletakkan di bahu Elyssa Zara. Wedges merah yang dicapai tadi diletak di hadapan Elyssa Zara. Baru sahaja dia ingin memegang kaki Elyssa Zara untuk menyarung wedges itu, Elyssa Zara cepat-cepat menanggalkan bunny slippersnya dan menyarung wedges merah itu. Bunny slippers Elyssa Zara dicapai dan diletak di tepi rak kasut. Bip. Pintu ditutup.


“Cup cup cup! Ada sesuatu yang aku nak bagi dekat Harith kejap.” Badan Elyssa Zara sudah menghilang masuk ke dalam penthouse miliknya.


“Macam mana kau tahu dia tinggal sini?”


“Zara beritahu aku. Kau pulak macam mana? Setahu aku, Zara beritahu aku dengan Tasya je.” Dia juga pelik macam mana Tengku Eizril tahu tentang kewujudan penthouse ini. Setahu dia, Tengku Eizil dan Elyssa Zara masih belum berbaik lagi. Macam-macam betul mereka berdua ni.


“She’s my girl. How could I don’t know?” Lagi bertambah sakit di hatinya kala ini. Dengan Harith Imran, boleh pula Elyssa Zara beritahu sedangkan dia perlu tahu dengan sendiri. Boleh pula Harith Imran tanya macam mana dia tahu? Elyssa Zara kan ….


Kemunculan Elyssa Zara di muka pintu menamatkan perbualan mereka. Dia menghulur kotak berisi cupcake itu kepada Harith Imran dan sebuah lagi kotak kepada Tengku Eizril. Mereka menyambut huluran Elyssa Zara. Harith Imran tersenyum. Ingat lagi rupanya.


“Thanks, Zara. Kau tahu je apa yang aku suka. Ni buat aku sayang dekat kau ni.” Kerana gembira sangat dapat cupcake itu daripada Elyssa Zara, Harith Imran langsung tidak menyedari apa yang dikatakatan.
Tengku Eizril berdehem. Berbulu telinganya mendengar Harith Imran mengucapkan sayang kepada Elyssa Zara. 

Rupanya, Elyssa Zara masih ingat tentang dirinya. Diintai kotak yang diberi Elyssa Zara itu. Chocolate cake ciptaan Elyssa Zara khas buatnya. Diatas chocolate cake itu dihiasi dengan gummy bear. Itulah kek yang dicipta untuknya. Chocolate dengan gummy bear, tidak pernah dibuat orang. Hanya Elyssa Zara sahaja yang membuat kek begitu.


Welcome back Fiqrash!


Tu je? Kalau Harith Imran, panjang ucapannya. Dia merengus tanpa sedar.


Moody semacam je mamat ni. Orang bagi mujur kek.


“Shall we?” Ajak Harith Imran. Nampaknya, Elyssa Zara masih sayangkan Tengku Eizril. Baguslah.


“After you.” Elyssa Zara membalas.


Harith Imran melangkah dahulu menuju ke lif diikuti olehTengku Eizril dan Elyssa Zara. Dia menarik tangan Tengku Eizril yang berada di hadapannya. Tindakannya itu membuatkan Tengku Eiziril berhenti. Diletakkan plastic berisi gummy bear di tapak tangan Tengku Eizril.


“Leftovers.”


Kemudian, dia terus melangkah laju meninggalkan Tengku Eiziril di belakang. Tengku Eizril tersenyum. Dipegang bahu Elyssa Zara dan cuppp. Tengku Eizril mencium pipi Elyssa Zara. Terbeliak mata Elyssa Zara. Mukanya jangan cakaplah! Mestilah merah. Tangannya laju sahaja mencubit lengan Tengku Eizril. Suka hati sahaja dia memperlakukan begitu. Mujur sahaja Harith Imran tidak nampak.


“Thanks for the cake and gummy bear sayang.” Dibisik lembut di telinga Elyssa Zara.




Harith Imran mengambil tempat di sebelah Tengku Eiziril manakala Elyssa Zara berada di hadapan mereka. Pelayan datang dan memberi menu untuk mereka. Elyssa Zara meneliti menu yang berada di hadapannya. Memang sudah lama dia tidak makan makanan korea.


“Aku tak biasa sangat makan makanan korea ni. Kau laa pilih Zara. Air aku nak watermelon.” Dia pandai makan sahaja kalau makanan korea. Yang pilihnya, Elyssa Zara ataupun Tengku Eizril jika mereka ke restoran korea.


“How about you Elyss? Bulgogi, jjamppong and kimchi pancake?” Memang itulah yang biasa dipesan jika mereka ke restoran korea.


Elyssa Zara terkedu. Tidak disangka Tengku Eizril masih ingat lagi makanan kegemarannya. Apa yang harus dia buat? Hanya mengangguk sahaja.


“Bulgogi, jjamppong,spicy braised chicken, perilla leaf kimchi, ddukbokkie and kimchi pancake. One watermelon juice and two orange juice. That’s all.” Pelayan itu berlalu pergi.


Tengku Eizril dan Harith Imran rancak berbual. Dia hanya menyampuk bila perlu sahaja. Mereka sudah lama tidak berjumpa, pasti banyak yang mahu dibualkan. Dia mengambil kesempatan itu untuk merenung wajah lelaki yang berada di hadapannya. Wajah yang selalu dirinduinya saban malam. Rambut berwarna coklat, kulitnya putih, hidungnya mancung, bibirnya berwarna merah dan amat sexy. What are you thinking Elyss? Dia mengelengkan kepalanya. Yang paling memukau ialah matanya. Ocean blue. A wow factor yang membuatkan semua orang terpikat dengannya. Pakej yang lengkap. Boleh dikatakan, lelaki macam nil ah selalu tersenarai dalam the-most-wanted-list gadis-gadis bujang. Kalau Tengku Eizril lalu, pasti semua gadis yang berada di situ akan menoleh dua tiga kali untuk melihatnya.


“Done analyzing my face, sayang? Miss me? I miss you too.” Suara itu sedikit sebanyak menganggu kosentrasinya. Ah! Malunya!


Tengku Eizril menongkat dagu sambil merenungnya. Seperti memerlinya pula. Dia berdehem supaya hilang sedikit rasa malu. Muka Harith Imran pula menahan ketawa. Kurang asam. Kenapa laa dia boleh terhanyut tadi? Kan dah malu. Diambil gelas yang berisi air yang dituang pelayan tadi lalu diteguk rakus. Panas!


“I’m just thinking, that’s all.” Ayat cover.


“Really?” Sakarstik betul.  Direnung dalam-dalam muka Elyssa Zara.


Merah. Itu warna mukanya sekarang. Apa hal pulak mamat ni? Jadi sakarstik semacam? Harith Imran yang lagi tadi memerhati hanya tersenyum. Betapa dia berharap semuanya akan kembali pada normal, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sudah tiba masanya.


“Aku nak gi washroom jap.” Harith Imran meminta diri.


“You can say you miss me now. Harith is not here anymore.” Mood mengusik dia tidak padam lagi sejak dia menangkap Elyssa Zara merenungnya tadi. Apa yang difikirkan Elyssa Zara agakya sampai tidak menyedar panggilannya tadi.


“Quit the game laa Fiqrash. It’s not funny, okay?”Dia merengus. Geram dengan sikap Tengku Eizril yang mengusik.


“Somebody already pissed off.” Balasnya dengan muka selamba.


Dia buat lagi.


“Fiqrash, stop before I left the this restaurant. Boleh tak kita cakap pasal benda lain? Apa sahaja yang tidak mengaitkan kita berdua. Please. I beg you.” Dia mempamerkan muka kesiannya.


Hatinya tidak tenang sejak dia dapat tahu Tengku Eizril sudah berada di Malaysia. Kenapa mereka perlu berjumpa kembali selepas empat tahun? Hidupnya amat tenang dan selesa sehinggalah hari ni. Sudahlah pagi tadi dia dikejutkan dengan berita Tengku Eizril menjadi bosnya, malam ni pula, dia dikejutkan dengan kedatangan Tengku Eizril di penthousenya. Jam tangan Swatchnya ditilik. Sudah pukul  sembilan malam.


“Okay sayang. Nak cakap pasal apa?” Dia mengalah juga akhirnya. Apa sahaja akan dituruti asalkan Elyssa Zara tidak meninggalkannya.


“Bila dan kenapa balik Malaysia?” Memang itu soalan pertama yang ingin ditanya kepada Tengku Eizril.


“Baru lagi. Tidak sampai seminggu. Mestilah kena balik, ada orang tunggu.” Segaris senyuman terbit di mukanya.


Elyssa Zara tersentak. Ada orang tunggu?


“Orang tunggu?” Nada suaranya mungkin selamba, dalam hatinya bagaikan nak meletup kerana berani menanyakan soalan itu.


“Yalah someone special. Interested ke?”


Pelayan yang datang membawa makanan membuatkan Elyssa Zara diam. Pelayan perempuan yang menghantar makanan itu tanpa segan silu merenung muka Tengku Eizril. Walaupun tangan lincah meletakkan pinggan di atas meja namun matanya langsung tidak lepas daripada Tengku Eizril sambil tersengih-sengih macam perempuan yang dipinang. Erghhh. Menyemakkan matanya sahaja. Rasa macam nak jerit ‘hey back off sister. He’s mine.’


Sudah sepuluh minit berlalu sejak pelayan perempuan itu menghantar makanan namun kelibat Harith Imran masih tidak Nampak. Apalah yang agaknya dibuat di tandas lama sangat? Sudahlah dia lapar.Rungut Elyssa Zara di dalam hati. Kalau boleh nak sahaja ngap pancake tetapi nanti nampak sangat dia terdesak nak makan.  Diambil iphone5 yang berada di dalam beg drawstringnya. Buka twitter laa dulu. Yes, dah sign in.


Currently waiting for @Harith_Im . Update.


Tiba-tiba ada mention. Takkanlah Harith Imran buka twitter dalam tandas kut? Jadi tidak mungkin dia. Matanya terbuntang melihat skrin telefon.


Dinner with my girl, @littlemisselyss.


Cett. Nak update juga twitter dia. Sejak bila Tengku Eizril follow dia pun dia tidak sedar. Terus diangkat mukanya. Tengku Eiziril memberi isyarat seolah-olah menyuruh dia membalas tweetnya. Buat apa nak balas? Cakap sudahlah. But wait Elyss… Kalau cakap directly dengan dia, sudah tentu tidak boleh menipu. Jadi, best solution ialah balas sahaja.


@EF who’s your girl? Update.


@littlemisselyss who do you think?


@EF I don’t know that’s why I asked you. Daa!


@littlemisselyss wait! I’m gonna show you who’s my girl.


Eh? Nak tunjuk macam mana?


Tiba-tiba Tengku Eizril berada di sebelahnya.  Pantas ditolak iphone5 Elyssa Zara. Yang berada di mukanya sekarang ialah iphone5 Tengku Eizril.


“Say cheese.”


SNAP!


Tengku Eizril tersenyum puas selepas dia upload gambar itu ke twitter. Elyssa Zara sudah tiada mood untuk tweet. Pasti mukanya blur di dalam gambar itu. Malas mahu mengambil pusing hal itu, dia kembali meletakkan iphone5 di atas meja. Laparnya. Apa yang Harith Imran buat dalam tandas ni? Grr.


“Makanlah dulu. Fiqrash nak tengok apa yang Harith Imran buat lama sangat.” Tengku Eizril bangun untuk mendapatkan Harith Imran.


Tidak sampai lima minit Tengku Eizril pergi, iphone5nya nyaring berbunyi minta diangkat. Ah… Menyusahkan betul. Dia paling benci angkat panggilan telefon orang lain. Kalau nak buat tak tahu, msutahil kerana bunyi iphone5 Tengku Eziril amatlah menarik perhatian orang disekelilingnya. Tiada pilihan selain untuk mengangkatnya. Kalau dibuat silent, bising juga sebab nanti vibrate. Diambil iphone5 Tengku Eiziril.


 Nombor yang tidak kenali.


“Hello Eiz sayang, you ada dekat mana? Kenapa you balik Malaysia you tak beritahu I? I miss you so much darling.” Itu dia. Suara gedik yang menyapa gegendang Elyssa Zara.


Terkedu dan tergamam.


Terasa sakit di hatinya apabila mendengar perempuan gedik itu memangil Tengku Eizril sayang. Adakah ini yang dirasakan Tengku Eizril semasa dia berbual dengan Harith Imran? Apa yang kau fikir ni Elyss? Tak mungkin Fiqrash akan fikir macam itu. Mindanya cepat menyangkal. Kerana tidak tahu untuk respon apa, dia mematikan panggilan tersebut. Terus disilentkan iphone5 Tengku Eizril. Memang lepas ni, dia takkan angkat lagi panggilan dari iphone5 Tengku Eizril.


Elyssa Zara tergelak perlahan. Rasanya baru tadi Tengku Eizril memujuknya agar hubungan mereka agar diteruskan lagi atau lebih tepat lagi memaksanya. Tidak sampai dua puluh empat jam, ada perempuan lain mencari Tengku Eizril. What do you aspect Elyssa Zara? This is reality.


Giliran iphone5nya pula berbunyi minta diangkat. Ah.. dia betul-betul tiada mood sekarang. Elyssa Zara memandang skrin iphone5nya. Granny? Pantas matanya memandang jam yang berada di dinding.
Sejurus sahaja dia mematikan panggilan dari Granny, dia pantas meninggalkan restoran itu dan menuju ke parking lot. Betapa risaunya dia hanya Allah sahaja yang tahu.

3 comments:

Unknown said...

suka3.....dah lama follow MH sebenarnya,tpi lepas MH lama menyepi(xde cite menarik)Girl pn x jengok da....alhamdulillah gile sbab allah bukakkn hati ntuk jenguk blog niee.....sambung la lgi!!!i'm waiting....

Unknown said...

nak lag.

semuanya tentang hidupku said...

nak lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!