Followers

Friday, November 30, 2012

Love? Impossible!!! 5


Betul tidak disangka. Bagaikan ditakdirkan seat yang aku dan Camelia beli bersebelahan dengan seat Tengku Isaac Zachery. Mula-mula, dua orang manusia yang datang bersamaku ni berebut-rebut nak duduk tengah. Macam budak-budak. Biasanya Aqif Naufal tidak kisah duduk mana-mana pun tapi hari ni lain pula? Atau dia sudah berubah? What do you aspect Risya? Kau dan Aqif  Naufal sudah lama tidak berjumpa. Tiga tahun kut. Reasonable laa. Malas mahu mendengar mereka bertekak, aku dengan selambanya masuk ke dalam line. Aku mengambil seat di tengah antara Tengku Isaac Zachery dan Aqif Naufal. Kan senang aku duduk tengah? Dua-dua tak boleh duduk tengah. Muahahaha. Lambat pulak movie ni start. Hmm… Aqif Naufal lagi tadi asyik mengunyah popcorn macam ada orang nak rampas popcorn tu daripada dia walaupun kami dah beli sorang satu. Dia satu, Tengku Isaac Zachery satu. Aku macam biasa, tak beli popcorn.


“Serius tak nak popcorn?” Lagi tadi, Tengku Isaac Zachery menanyakan benda yang sama. Tak puas ke dia tanya benda yang sama?


“Tak nak Isaac. Serious. Nanti kalau nak, ada juga orang kena popcorn rain.” Aku menyembunyikan senyum. Saja nak mengusik dia memandangkan movie tak start lagi.


Boleh dikira beberapa orang yang berada di dalam pawagam 3 itu. Paranormal activity tak popular ke? Atau orang lambat masuk? Aku mengerling Tengku Isaac Zachery.


“Perli nampak? Kalau untuk Aleeya Batrisya, saya sanggup je kena popcorn rain.” Heh! Aku menjelirkan lidahku apabila mendengar jawapannya itu.


“Jawapan tak boleh blah. Isaac, betul ke awak tak kenal siapa perempuan tadi? Dari mata awak, saya boleh Nampak yang awak kenal dia. Long-last-girlfriend ke? Hmm?” Entah kenapa aku tertarik untuk mengetahui siapa perempuan tadi dengan lebih lanjut. Mungkin kerana dia tahu nama aku kut?


“Long-last-girlfriend? Pftt. Ingat taste saya cheap macam tu? Give me a break.”Dia membuat muka menyampahnya. Hati aku tersentak. Rasa macam aku pernah lihat impression itu sebelum ini. Di mana ya?


“You’re not answering the ques Isaac.” Lagi tadi aku main bisik-bisik dengan Isaac ni. Malas nak berjawab kalau Aqif Naufal bertanya. Mata aku memandang ke hadapan namun aku membisik di telinganya. Begitu juga dengan Tengku Isaac Zachery.


“Oh! The movie going to start.” Balasnya tanpa mengendahkan aku. Geramnya aku!


Perbualan kami berhenti di situ sahaja kerana iklan sudah bermula. Lagi satu iklan ke satu iklan yang lain. Muak aku tengok iklan yang sama. Sampailah satu iklan yang menarik perhatian aku. Breaking dawn part 2! Yay! Excited nak tengok. Tengoklah nanti, aku dengan Cam akan jadi orang yang pertama tengok movie ni bila dia dah realese! Muahaha! Tak sabarnya! Aku dengan Camelia memang fanatic Twilight. Keluar je Twilight mesti beli DVD walaupun aku dah tengok wayang.


Movie sudah bermula. So far so good. Interesting. Dan bermula laa bahagian kejut mengejut. Ni paling den tak suka ni. Handbag yang berada di riba sudah diangkat agar menutup muka. Prakkk! Terus aku memegang tangan seseorang di sebelah kanan apabila scene kekasih Alex iaitu Ben dibunuh oleh Katie dengan mematahkan kepalanya dan terus ditarik mayat Ben masuk ke dalam walk-in-wardrobe Alex. Dia mengengam tanganku, mungkin untuk memberi ketenangan kepadaku.


Aku menoleh memandang Tengku Isaac Zachery. Rupanya dia yang mengengam tanganku. Mujur sahaja tangannya dilapik dengan sweaternya. Aku kembali menumpukan perhatianku kepada skrin besar. Sejak bila pulak pawagam ini menjadi begini sejuk? Aku meletakkan tangan kiriku ke dalam handbag. Ah… Panas sikit. Alhamdulilah. Namun tidak lama ia bertahan. Badanku sudah mengigil kerana terlalu sejuk. Kenapa ya aku menjadi begini? Biasanya tahan sahaja. Ah! Baru dia ingat, dia mandi hujan dengan Tengku Nadia, patutlah jadi begini.


Haccum! Aku terbersin kecil. Terus diambil tisu poket yang berada di dalam handbag Coach. Dikesat hidungku. Kosong. Tanganku tidak digengam oleh Tengku Isaac Zachery lagi. Serentak dengan itu, dia meletakkan sweater yang berwarna merah itu di bahuku. Mulutnya bergerak supaya aku memakai sweaternya. Terus dituruti tanpa sebarang bantahan kerana aku memang tidak tahan sejuk. Sweater merah ini bukan sahaja boleh meredakan kesejukan namun ia boleh membuat jantung berdegup dengan lebih laju. Sesak nafasku dengan perfume yang dipakai Tengku Isaac Zachery. Kuat melekat di badanku memandang aku memakai sweaternya sekarang. Thank you, aku mengucapkan melalui mataku. Tangan aku kembali digengam apabila dia melemparkan senyuman kepadaku. Aku mengerling Aqif Naufal. Nampaknya khusyuk benar dia menonton Paranormal activity tanpa sedar apa yang aku buat.


Buta laa kalau dia tidak nampak apa yang dilakukan oleh Tengku Isaac Zachery kepada Tengku Aleeya Batrisya. Baru sahaja dia nak meletakkan sweaternya di bahu Tengku Aleeya Batrisya, Tengku Isaac Zachery sudah mendahuluinya. Dan tidak cukup dengan itu, tangan kawan baik yang dicintai dalam diam juga digengam oleh pemuda itu. Geram di hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Namun dia harus bersabar kerana dia tidak mahu persahabatannya dengan Tengku Aleeya Batrisya selama tujuh tahun terputus begitu sahaja kerana perasaan cemburanya.


Akhirnya, habis juga cerita Paranormal Actvity. Sejujurnya dia berasa tertipu kerana cerita tadi tidak habis. Huh! Menyesal betul tapi bolehlah. Sinister lagi best! Aku melangkah untuk keluar bersama Aqif Naufal berada di sebelah kiriku manakala Tengku Isaac Zachery di kananku. Aku mengeluarkan Samsung Galaxy SIIInya untuk menghantar sms kepada Camelia Rosalinda.


Oit! Camelia! Aku dah siap ni. Beli Auntie Anne’s dulu. Kau gerak ke taman untuk lepak je terus. Enclair stick dengan caramel dip kan?


Text received from Camelia Rosalinda.


Hoho! Macam tahu-tahu je. Aku nak parmesan cheese dengan cheese dip. Aku stress ni.
Aku membalas.


Amboi! Demand! Okay, so Enclair stick, Parmesan cheese with caramel and cheese dip. Got it. Jumpa kau dekat taman. Jangan lupa bawak DSLR. Aku punya tinggal dekat rumah. Cepat, nanti sejuk pulak.


Yes sir! Sayang kau. J


Aku beratur untuk membeli pretzel di Auntie Anne’s yang berdekatan dengan Cold Storage ni. Owh yeah, lupa pulak nak tanya mamat dua orang ni nak apa. Aku melambaikan tangan ke  arah Tengku Isaac Zachery dan Aqif Naufal. Masing-masing sibuk dengan Blackberry di tangan.


“Nak pretzel apa?” Tanyaku sambil memandang kedua-duanya.


“Same with you.”Jawab Tengku Isaac Zachery ringkas. Amboi sejak bila selera aku dengan dia sama? Hmm. Sibuk dengan twitter rupanya.


Baru sahaja Aqif Naufal mahu membuka mulutnya aku sudah memintas. “Lupa pulak aku. Kau nak almond dengan choc dip kan?”


Aqif Naufal tersengih. “Ingatkan dah lupa favorite aku.”


Aku mencebik. “Okay. You guys tunggu dulu. Line panjang ni. Pergi laa tunggu dekat sana.” Kataku sambil menunjuk ke arah tepi Cold Storage. Mereka hanya menurut tanpa sebarang bantahan.


Jadi, empat Enclair stick untuk aku, Camelia Rosalinda, Tengku Isaac Zachery dan juga Tengku Nadia. Awal-awal dah pesan dengan aku sebelum aku keluar shopping. Satu almond untuk Aqif Naufal. Dua original pretzel untuk nenek dan datukku. Dua Parmesan cheese untuk aku dan Camelia Rosalinda. Ni aku nak save untuk nanti masa makan dengan keluargaku. Empat caramel dip, tiga chocolate deep dan dua cheese dip. Done! Selepas selesai dengan pembayaran, kami bergerak ke taman untuk berjumpa dengan Camelia Rosalinda.


 **************************************************************************


Camelia Rosalinda berjalan menuju Starbucks. Dia dan Fudge atau nama sebenarnya Farhan Irsyad. Nama panggilan Fudge diberi oleh kawan baiknya sendiri iaitu Tengku Aleeya Batrisya kerana Farhan Irsyad suka makan Choc Fudge cake. Kalau jumpa mesti tengah makan kek itu. Setelah lima minit menunggu, Farhan Irsyad muncul juga. Segak sungguh Fudge dengan T-shirt polo birunya. Ditarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Camelia Rosalinda.


“Cam, asal muka kau macam tu? Ada apa-apa berlaku ke?”Tanya Fudge risau. Cuak dengan muka gelisah Camelia Rosalinda.


“Erm, kalau aku cakap mesti kau tak percaya. Aku jumpa orang yang muka dia sama dengan Ethan tadi. Mula-mula aku tak perasan tau tapi bila lama-lama aku tengok dia, baru aku perasan muka dia macam Ethan. Sama ada pelanduk dua serupa atau Ethan sendiri.” Luah Camelia Rosalinda. Ternyata Fudge juga terkejut mendengar apa yang dicakap sebentar tadi.


“Kau biar betul? Habis tu, dia kenal kau tak? Kalau tak, maknanya dia bukan Ethan laa. Risya ada sekali dengan kau ke tadi? Dia pulak macam mana?” Dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi.


“Tak, Risya tak kenal dia. Tapi yang buat aku berasapnya, Aqif Naufal tercakap nama Ethan depan dia.”


Aqif Naufal? Mereka telah berjumpa dengan Aqif Naufal?


“Aqif Naufal? Kau jumpa dia, kenapa kau tak cakap sekali dengan aku? Hang on! Aku dah tak faham ni. Cuba kau carita satu-satu.”


Diceritakan semuanya kepada Fudge, biar kawan baiknya itu faham. Habis sahaja dia cerita, air pun sampai. Fudge menyisip airnya sebelum mengangguk memandang Camelia Rosalinda. Owh begitu rupanya. Nampaknya ingatan Tengku Aleeya Batrisya masih lagi belum pulih. Sudah lama benda itu berlalu. Semuanya berlaku semasa mereka berumur sembilan belas, tahun kedua mereka di Universiti. Dalam tiga tahun kerana tahun ini mereka berumur dua puluh dua tahun. Selepas Aqif Naufal pulang ke Malaysia, ia berlaku.


“Habis, dia sakit kepala lepas dengar nama Ethan? Maknanya dia tak ingat laa tu. Dah nak buat macam mana? Beritahu dia sebelum dia figure out semua ni? Kau bukan tak tahu Risya tu macam mana Cam? Kalau dia mengamuk, dia mengamuk habis-habisan. Mesti dia marah kalau kita tak cakap dekat dia. Tapi, dah tiga tahun juga laa dia tak jumpa aku kan?”


Dia mengetuk kepala Fudge mengunakan phamplet yang berada di tangannya. Apasal bendul sangat ni?


“Yalah Fudge. Dah tiga tahun kau tak jumpa dia. Kau yang tak nak jumpa dia sebab takut dia ingat kan? Salah kau juga. Aku tak tahu laa dia ingat tak sebab sejak itu berlaku, dia tak pernah cakap pasal kau. Rasanya tak laa kut? Pasal Ethan satu hal.”Fudge belajar di Liverpool manakala dia dan Tengku Aleeya Batrisya di Cambridge. Fudge takut hendak berjumpa dengan Tengku Aleeya Batrisya kerana bimbang dia akan ingat semula. Itu semua akan menyakitinya dan perkara itu juga laa perkara terakhir yang dia tidak mahu lakukan. Biarlah dia berkorban, bak kata Fudge. Tapi, takkanlah nak buat macam tu buat selamanya? Kalau ditakdirkan Tengku Aleeya Batrisya tidak akan ingat semula, tidakkah rugi? Dia ada menghalang Fudge untuk berbuat begitu namun sia-sia kerana Fudge masih dengan keputusannya. Dalam tempoh dia tidak berjumpa dengannya itu, dia masih lagi berhubung dengan Fudge.


“Kalau macam tu, baguslah. Aku rasa aku kena jumpa dengan Risya laa. Takkanlah aku nak still dengan keputusan aku dulu tu? Aku rasa tak adil buat Risya. Half aku tak nak Risya ingat tapi half aku yang satu lagi nak Risya ingat sebab aku rindukan Risya dan aku tak rasa ianya adil buat Risya. Kita tak boleh simpan benda-benda ni lama-lama Cam. Aku kesiankan Risya. Aku ingat nak jumpa je Risya tapi kalau ditakdirkan on spot, aku akan ceritakan semuanya. Kita masih tidak boleh kenyataan walaupun Risya tak ingat kan Cam?” Betul juga apa yang dicakapkan oleh Fudge.


“Aku setuju dengan pendapat kau. Aku ingat nak buat macam tu tapi aku tak nak desak Risya. Aku nak biar dia ingat sendiri laa. Tapi yang merisaukan aku, hanya satu, Ethan. Masih lagi takde berita ke?”


“Masih sama dengan rumor yang sama. Aku tak tahu nak buat apa lagi Cam. Dah lama aku cari Ethan tapi gagal. Silap kita hanya satu, kita tak berapa kenal Ethan. Yang kita tahu, Ethan tu kawan baik kita. Langsung kita tak terfikir untuk tanya pasal keluarga dia. Apa yang cakap ni mungkin bodoh tapi aku tak rasa kita tahu nama Ethan kecuali Risya sorang kan? Sebab dia sama kelas dengan dia kan? Dan dia yang paling rapat dengan Ethan kan?”


“Apa-apa pun kita berdoa je laa biar Risya ingat. Hmm, jom laa ikut aku, kata nak jumpa Risya? Aku dah janji dengan dia nak makan pretzel sambil lepak dekat taman KLCC tu. Kau takde plan lepas ni kan?”


Fudge mengelengkan kepalanya. Bagus. Selepas membayar latte dan cappuccino yang dipesan tadi, kami terus bergerak ke KLCC dengan kereta yang berasingan. Bagaimanakah reaksi Tengku Aleeya Batrisya agaknya? Ingat atau tidak? Senak perut Camelia Rosalinda apabila memikirkan hal itu. Harap-haraplah keputusan yang diambil ini baik dan bukannya buruk.

1 comment:

S. said...

hoho...ethan=isaac? interesting.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!