Followers

Tuesday, November 27, 2012

Love? Impossible!!! 3


Kami terus bergerak ke cinema memandangkan masa sudah pukul 1.25 petang. Lagi lima minit. Membazir je jika aku dan Camelia terlepas scene pertama. Dan akhirnya sampai juga! Ramai pula orang yang berada di cinema tersebut. Sejak bila cinema ni jadi sesak macam ni? Aduyai. Dahlah popcorn tak beli lagi. Kalau aku, tak kisah mana kalau popcorn takde sebab aku kalau tengok movie mesti concentrate habis-habisan. Tak kisah dah lapar ke tak. Yang jadi masalahnya sekarang mak cik dekat sebelah aku ni. Hantu popcorn! Kalau tengok movie, mesti dua popcorn yang dibeli. Balun sorang-sorang tapi jangan salah faham. Dia ni slim cuma habit dia macam tu.


“Risya, macam mana ni? Aku tak beli popcorn lagi ni. Aku tak suka tengok movie tanpa popcorn.” Keluh Camelia. Kan aku dah cakap?


“Takpe, kita masuk dulu, ka nada popcorn jual dekat dalam? Kau relax laa. Kalau tengok movies dekat cinema mesti ada iklan kan? Kalau beli kat luar, memang dah tak sempat ni.” Balasku. Tak nak dia risau sangat.


“Hmm. Okay.”


Kami beratur untuk masuk. Camelia sudah berjalan pantas meninggalkan aku apabila kami berjalan ke pawagam 5. Pasti dia nak beli dulu popcorn dia tu. Biarlah dia pergi dulu. Aku terus masuk ke dalam pawagam 5 dan terus cari seat di mana aku dan Camelia akan duduk.


“Set 5 dan 6.” Kataku terus duduk di seat 6 supaya mudah untuk Camelia masuk nanti.


Iklan sudah muncul di skrin yang besar di hadapanku. Lampu pun dah tutup tetapi kelibat Camelia belum lagi kelihatan.


Ni beli popcorn ke buat popcorn ni? Aku merengus.


“Sorry aku lambat. Ramai juga orang yang beli popcorn dekat dalam. Aku ingatkan line clear tadi. Kau nak popcorn?” Dia menyuakan popcorn kepadaku.


Aku tergelak. “ Baik pulak kau hari ni. Biasa balun sorang je?” Perliku.


“Cett. Aku bagi mujur. Benci benar. Kalau tak nak tu, tak payah perli-perli. Penat aku beratur belikan popcorn untuk kau…Kau tak nak pulak.” Suara sedih pula mula kedengaran.


Ah… Dia dah mula drama swasta dia tu…


“Ah tak yah nak emo-emo. Bak sini popcorn tu.” Aku merampas popcorn yang berada di tangan Camelia.
“Ah… Tak payah. Kau tak nak kan?”


Mula lah sesi tarik-menarik popcorn antara aku dan Camelia. Mujur tiada orang berada di belakang seat kami. Semuanya kosong. Kalau selang beberapa baris di hadapan baru laa ada orang. Aku dan Camelia suka duduk seat kat belakang sedikit jika tengok cerita hantu di cinema kerana kadang-kadang kami gunakan beg untuk tutup mata. Yalah cerita hantu kan? Faham-faham je laa. Aku tahu lah apa yang dalam otak korang tu. Mest ingat kitaorang penakut kan? Memang betul tapi masih ada lagi sedikit keberanian dalam diri aku ni. Haha. Suka tengok cerita hantu tapi takut sikit. Sikit je. Tiba-tiba Camelia melepaskan kotak popcorn tu dan OMG! Terkena orang di tepi aku kerana aku terdengar orang merengus. Aku terus berpaling dan… terkaku di situ.


Mamat tourist! Dia menyapu sisa-sisa popcorn yang berada di atas T-shirtnya.


“I’m so sorry.” Kataku dengan perasaan bersalah.


Dia terus menoleh memandangku lalu menayangkan senyuman nakalnya. Apabila sudah pasti tiada lagi sisa pocron di atas T-shirtnya dia mengesat tangannya dengan tisu. What a pleasant surprise indeed!


“You again? What a pleasant surprise?”


“I’m really sorry sir.”Kata Camelia pula. Aku hanya diam tidak membalas.


“Is this revenge?” Tanyanya dengan muka sarkastiknya. Macam biasa…


“Look. I don’t know you were sitting next to me. And already said that I’m sorry right? And by the way, it’s not a revenge.” Nak revenge kebendanya kalau aku dah pancitkan tayar kau tadi? Takkan nak revenge dua kali kut?


“Save it. We’ll talk later. You and me.” Dia memandangku lalu beralih kepada Camelia yang tercengang. Pasti dia tak faham dengan apa yang berlaku ni.


“It’s okay. Accident happens all the time right?” Dia tersenyum lalu melihat ke depan.


What the hell? 360 darjah berubah? Amboi! Dengan Camelia baik pulak kau ya? Huh! Aku merengus geram lalu terus melihat ke depan. Relax Risya… Just enjoy the movie.


“kenapa…” Baru sahaja Camelia mahu menanya, Tengku Aleeya Batrisya sudah memintas.


“Enjoy the movie.” Camelia kenal dengan suara itu. Suara itu ada makna di sebaliknya. Jangan tanye. Nanti aku cerita. Dia hanya mengangguk. Namun dia perasan yang muka Tengku Aleeya Batrisya berubah apabila mendengar suara lelaki itu bersuara padanya. Boyfriend-soon-to-be ke? Huhu.


Ni yang paling aku tak suka kalau cerita hantu ni. Sesi kejut mengejut. Aish Risya… Bukan ke tu adat cerita hantu ke? Takde laa thrill nanti. Fine! Tiba-tiba suara orang menjerit. Spontan tangan kanannya mencapai tangan Camelia. Memang dah tabiatnya tangan kanannya untuk memegang tangan orang di sebelah. Matanya masih difokuskan ke skrin. Orang kat depan ni buat gimik jerit macam tu. Bengang aku.


‘Sejak bila tangan Camelia besar semacam? Panas pulak tu. Hmm.. Tak kisahlah. Asalkan boleh pegang tangan Camelia je.’


Nak tengok sebelah kanan memang sayang sebab nanti terlepas secene pula. Biar je. Semakin erat pula tangan Camelia memegang tangannya. Ah… Cam pun takut ke?


“Yes! Habis pun. Sedap jugak kan cerita sinister ni? Aku perasan kau tak pegang tangan aku pun masa movie tadi? Kau okay ke tak?” Suara Camelia datang daripada kiri. Aku terus menoleh melihat Camelia.
Muncul muka Camelia yang tersengih memandangku. Kalau Camelia duduk sebelah kiri, habis tu siapa yang duduk di sebelah kanan dan paling penting sekali, tangan siapa aku gengam sekarang. Ah… This is so not happening.


Takkan mamat tourist kut? Huaaaaa!


“Hey, hello? I can’t go if you keep holding my hand like that.” Suara mamat tourist itu kedengaran. Spontan aku melepaskan tanganku sambil memandangnya. Aku mengigit bibir bawahku.


“err, sorry again.”


“So many sorry I heard today. How can  you make up from this?” Tanyanya sinis. Camelia pula sudah ternganga kerana aku memegang tangan mamat tourist tu selama dua jam. Melampau betul reaction kawan aku ni.


“Bukan aku sengaja pun. Membebel pulak.” Aku merengus perlahan.


“Aku tahu kau tak sengaja tapi takkan tak perasan yang tangan aku ni besar daripada kawan kau tu? “ Masih lagi dengan suara sinis dia tu. Eh wait? Dia boleh cakap melayu dan… dan… dia tipu aku? Melampau!


“Kau boleh cakap melayu dan kau tipu aku?”


“Well, siapa yang suruh buat conclusion yang aku tak boleh cakap melayu? Padan laa muka kau yang cantik tu. Kau cakap dengan aku dengan Bahasa Inggeris, takkan nak balas guna Bahasa Melayu kut?”


Camelia menepuk bahuku. “Aku nak gi toilet. Kencing. Kita jumpa dekat Converse nanti.” Ujar Camelia lalu beredar. Kalau tunggu kawan dia dan Mr. Handsome guy tu bergaduh, memang terkencing laa dia di situ.


Camelia dah tinggalkan aku dan mamat tourist ni. Dan mamat tourist ni…Dia boleh macam tu? Heee geramnya aku! Eh, wait a sec! Did he just compliment me? Ohoo!


“Kau puji aku ke? Hmm?”


“Bila masa pulak aku…..” Belum habis ayatnya dicakap, terus senyap. Aku ada puji ke? Erghhh! Macam mana terlepas ni? Tapi… dia memang cantik pun…Dia merenung pula Tengku Aleeya Batrisya yang sinis memandangnya. Dia tiba-tiba memegang pinggang Tengku Aleeya Batrisya dan terus menariknya supaya dekat dengannya.


Eh? Dia nak buat apa ni? Dahlah takde orang dekat pawagam ni?


“Yes, you’re beautiful.”Katanya dengan suara mengoda di telinga Tengku Aleeya Batrisya. Terus mukaku menjadi merah. Nafas lelaki itu menampar lembut di pipiku.


Aku terus menolak keras dadanya. Lelaki itu tergelak memandang Tengku Aleeya Batrisya yang memandangnya marah.


This girl is interesting…. And the bonus is… she wears hijab on her head. Cute I like it.


Nak jugak aku libas handbag dekat laki ni. Biar dia rasa.


“Apa yang awak buat tadi? Saya bagi amaran eh… Ni Malaysia. Bukan UK, Paris or what so ever. Jangan buat macam tu lagi. ” Aku merengus geram.


“Owh I’m sorry. Forgot this is Malaysia, not UK. Certainly, I lose my mind. Yalah kan.. duduk dengan perempuan cantik dekat depan mata…Takkan buat lagi. Promise. You know what? Hijab girls are quite intereting.” Dia senyum kepadaku.


Ni nak mengayat ke?


“Hmm.. whatever.” Aku terus berlalu meninggalkannya terkulat-kulat di situ. Tak sanggup lagi nak duduk berdua-duan dengan lelaki tadi. Menyeramkan….


“Hey, we’re not done yet.” Laa rupanya dia mengejar aku sampai aku keluar. Aku duduk di bangku yang disediakan depan kedai.


“Apa lagi?”


“Since awak dah dua kali buat salah, first the popcorn, second pegang tangan, awak kena bagi phone number awak dekat saya.” Dah jadi baik pulak lelaki ni? Buat apa nak nombor phone aku?


“Aik? Dah hilang ke aku… kau.. nak tukar saya… awak ke? Takpe, tak kisah. Buat apa nak nombor phone?”


Dia tersengih. “Hmm, kan awak dah buat dua kesalahan, awak kenalah make up for it. Dekat country saya, kita buat macam ni.” Buat kerenah pulak.


“Tapi kita kat Malaysia… Orang Malaysia tak buat macam ni, tahu?”


“Tak kisah laa yang pasti negara saya buat macam tu. Now, give me your phone.” Dia menadah tangan sambil memandangku.


“Saya takde phone laa. Sorry.” Tu je yang pops up dalam mind aku. Spontan je.


“Really? Orang pakai handbag Coach pun takde phone? Kesian.” Dia mengerling handbagku. Aish…Kenapa pakai Coach hari ni?Aku mengeluh.
“Betul. Handbag ni saya beli dekat pasar malam je.” Aku menipu lagi.

“Haha. You make me laugh. Dolce and Gabbana bow-embellished silk blouse, black skinny jeans from Banana Republic, black satin shawl from House of Shawls, the limited edition Coach Madison leather linsey satchel, Christian Louboutin Une Plume white wedges. You’re still kidding me right?”

Dolce and Gabbanna bow embellished silk blouse

Banana Republic Skinny jeans


The limited edition Coach Madison leather linsey satchel

Christian Louboutin Une Plume White Wedges


Macam mana dia tahu?


“Okay fine. Tak beli dekat pasar malam. Still, takde phone. Hilang. So unfortunate right? Now bye-bye.” Aku mengangkat kaki untuk beredar sebelum Camelia telefon aku.



Byeori binnaneun areumdaun bamiyaiya
I bami yeongwonhagil nae soneul jababwa
Pureun talbichi areumdaun bamiyaiya
Nawa jeo haneureul keoreobwa~

I'm Yours~ Neomani! 
Nareul seollege hae I'm Outta Control
I'm Yours~ Nobody! 
Amudo neol daeshinhal su eobseo
Nal michike hae



Too late. Beautiful night by Beast sudah berbunyi dalam handbag aku. Lagu yang disetkan untuk Camelia.
Dia pantas memegang lengan kanan Tengku Aleeya Batrisya.


 “Somebody is busted.”


Aku mengetap gigiku. Kenapa laa masa ni jugak Cam telefon? Aku terus mengambil Samsung galaxy SIII di dalam handbag. Diangkat panggilan itu namun belum sempat aku bersuara, mamat tourist itu sudah merampas telefon di tanganku. Dia menekan-nekan sesuatu dan tidak lama kemudian telefonnya berbunyi. Dia mengambil telefonnya di dalam poket dan terus menekan sesuatu sambil meletakkan Samsung galaxy SIII aku ke dalam poket dia.


Cett! Orang nak pakai SIII, pakai SIII jugak.


“Smile.” Katanya. Aku yang terkejut ni senyum secara spontan dan klick! Dia mengambil gambar aku dan dia.


“Eh! Mana aci. Nak tengok.” Kataku sambil menarik lengannya. Dia menunjukkan gambar itu kepadaku dan erghh! Tak lawa. Aku memang tersenyum tapi akward.


“Tak nak! Buruk! Ambil satu lagi.” Entah kenapa mulutku ringan sahaja berkata begitu.


“Okay fine tapi duduk dulu.” Kami duduk dan terus mengambil gambar namun dia tidak memberi aku peluang untuk melihat gambar tersebut.


‘Dia Bluetooth ke?’ Monologku sambil mataku melihat dia mengunakan S Beam. Diletakkan telefon aku dan dia dalam posisi back to back dan swipe.


“Nah.” Dia memberi kembali telefonku. Aku menilik telefonku dan melihat contacts.


Issac Zachery. Tu nama dia?


“Owh yeah, nama awak apa?”


“Aleeya Batrisya. You can call me Risya. So what should I call you, Mr. Isaac Zachery?”


“Your pick.”Dia tersenyum. Kenapa aku rasa macam senyuman dia tu mengoda?


“Then… can call you Isaac?”Panggil Isaac je laa.


“Yes, you can, Risya.”Dia menghulurkan tangannya.


“I don’t shake hands.”


“Okay then. Assalamualaikum.”


Dia orang Islam???


“Saya tahu apa ada dalam kepala awak dan yes. I am a muslim and a Malaysian.”


“Tapi kenapa awak cakap my country do this and that?” Tanya ku tidak puas hati. Yalah.. lagi tadi dia cakap my country buat itu ini laa.


“Born in UK. My granny from UK and married to my grandfather who is a Malaysian. Got my father and he married to my mother and boom! I came. And how aobout you? You don’t look that Malaysian to me.” Isaac Zachery menerangkan kepadaku.


Laa tak payah terang panjang-panjang. Terang granny dia from UK dah laa.


Soalan daripada Isaac Zachery membuat aku terfikir. Memang betul aku bukan melayu asli. Melayu ada campur-campur. Haha. Kelakar pulak. Tapi nak diikutkan, nenek dan datuk melayu tulen tapi kenapa aku turn out macam ni? Diya pun nampak melayu. Soalan yang aku tidak pernah fikir.


“Err, maybe.” Balasku pendek. Malas nak balas panjang-panjang. I also don’t have a clue about it.


“Owh… okay.” Dia tidak mahu menanyakan dengan lebih lanjut. Melihat muka Tengku Aleeya Batrisya begitu, pasti ada something wrong.


“Tengku Isaac? Is that you?” ada seseorang bersuara.


Kedua-dua yang menunduk terus mendongak. Siapa ni? Dengan dress kuning paras lutut, kasut tinggi macam nak membunuh, dan make up overload berdiri di depan mereka.


 Tengku Isaac Zachery terkejut namun segera dikawal mukanya. Macam mana laa dia boleh jumpa dengan minah ni? Kalau dia mengaku, pasti minah ni akan bising-bising nanti. Kalau boleh dia tidak mahu daddy dan mummy tahu yang dia sudah pulang ke Malaysia. Dengan muka bersahaja dan pura-pura tidak tahu, dia menoleh memandang Tengku Aleeya Batrisya.


“Eh, eh. What a surprise! Tengku Aleeya Batrisya pun ada dekat sini?” Perempuan tadi memandang Tengku Aleeya Batrisya pula.


Dahi aku sudah berkerut. Siapa dia ni?


 Perempuan itu tersenyum. Mana mungkin dia tidak mengenali Tengku Aleeya Batrisya? Sepupu kepada kawan baiknya sendiri, Salina. Inilah perempuan yang memiliki semuanya bak kata Salina. Betul kata kawan baiknya. Tengku Aleeya Batrisya memang seorang yang cantik. Salina begitu benci dengan perempuan yang berada di hadapannya ini. Tapi yang paling penting, apa yang mereka berdua buat di sini? Dating?


“Sayang, do you know this girl?” Mata Tengku Isaac Zachery memandang  Tengku Aleeya Batrisya. Matanya seperti berkata help me.


Baiklah. Dia akan tolong Tengku Isaac Zachery kerana kes pancit tayar itu. Terus digelengkan kepalanya sambil memandang Tengku Isaac Zachery.


“Sorry. Kitaorang tak kenal siapa you ni. Err, rasanya salah orang kut?”Kata Tengku Isaac Zachery kepada perempuan itu.


Jelas muka perempuan itu berubah. “Takkan you tak kenal I Zachery? I Tengku Qatrina. Remember that name? Hmm?”


“No, sorry. We got to go.” Dia mencapai tangan Tengku Aleeya Batrisya lalu beredar pergi.







 Aku hanya menurut tanpa batahan. Nanti malukan Tengku Isaac Zachery pula. Sejak bila kau kisah pasal dia, Risya oit? Mereka berhenti di hadapan Auntie Anne’s. Aku memegang dadaku. Penat! Dia heret aku sampai Auntie Anne’s. Biar betul? Muka mereka betul-betul kepenatan.


“What’s that all about Tengku Isaac Zachery? Kataku sinis. At least cakap laa nama dia betul-betul.


“Don’t ask me. She also said your name Tengku Aleeya Batrisya. Dia kenal Risya ke?” Kali ini kedua-duanya busted.


“Maybe, dah dia cakap nama tadi tapi saya tak kenal dia. Yang pasti awak kenal dia tapi buat-buat tak kenal kan? So, what’s up?”


Belum sempat dia menjawab, ada lagi suara asing menegur.


“Risya, is that you?” Kali ini suara lelaki pula. Tidak disangka dia berjumpa kembali dengan gadis yang berjaya mengambil hatinya semasa di Universti Cambridge. Matanya seakan-akan bercahaya apabila melihat Tengku Aleeya Batrisya namun tidak lama apabila dia nampak seorang lelaki di sebelah gadis itu.


‘Ni siapa pulak ni?’ Monolog Tengku Isaac Zachery bengang. Tak habis-habis intruders mengacau dia dan Tengku Aleeya Batrisya. Kalau tadi Tengku Qatrina dan sekarang ni siapa pulak? Dia tahu pandangan lelaki tadi kepada Tengku Aleeya Batrisya. Pandangan seorang lelaki kepada perempuan yang dicintainya. Tapi apa yang betul-betul pasti dia tidak suka akan pandangan tersebut.









1 comment:

S. said...

Hello brotha! hahaha, busted Risya, u shud have put ur fon under silent. bwahaha, moar moar!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!