Followers

Sunday, March 13, 2011

Ceo vs Doktor 17

Sharifah Emelda Marshanda Syed Amir melangkah ke dalam bilik Syed Farish Daniel.

“Siapa pulak ni? Dah lah seksi nak mampus! Dengan skirt sendatnya, baju tanpa lengannya dengan kasut jimmy choo 4 inch! Rambutnya perang. Alaa, aku tahu lah kau punya rambut tu tak natural. Kononnya nak sama dengan si Farish. Haha! Langsung tak natural. Haish, Isya! Macam lagu Selena Gomez pulak! Naturally! Wakaka! Tapi yang ni hampeh! Tak nampak langsung naturally!” monolog Sharifah Elisya.

“Emelda? Bila dia balik Malaysia?” monolog Syed Farish pula.

Siapa yang tak kenal Sharifah Emelda Marshada Tan Sri Syed Amir? Model terkenal di U.S dan sekarang ada di Malaysia? Buat apa?

“Emelda? What on earth are you doing here?” kata Syed Farish.

“Sayang! I’m back for good!! I dah penat duduk kat U.S. So, I’ve move here. I jadi model kat sini.”

“Oh?! Really?”

“Yeah but urmm” kata Sharifah Emelda sambil memandang ke arah Sharifah Elisya.

“Apahal kau tengok aku?” kata Sharifah Elisya di dalam hati.

“Who is she?”

“Dia setiausaha I.”

“Owh.. Secretary …”

“Err, Encik Farish, can I go out? Sure you guys want to have private conversation.”

“Yeah.. sure..” kata Syed Farish.

Sharifah Elisya terus mengangkat kakinya untuk keluar dari situ. Syed Farish memandang Sharifah Elisya sampai Sharifah Elisya keluar dari bliknya. Sharifah Emelda memandang kehairanan.

“Rish?”

Namun Syed Farish tidak menoleh ke arah Sharifah Emelda sebaliknya hanya memandang kosong ke arah pintu.

“Rish!” jerit Sharifah Emelda.

Syed Farish bagaikan orang baru lepas mengalamun cepat cepat menoleh ke arah Sharifah Emelda.

“Yeah?”

“You tengok apa yang seronok sangat tu?”

“What? Nothing.”

“Macam lah aku nak percaya sangat? Rish suka dekat setiausaha dia? Nonsense…. Dia kan pakai tudung? But eventhough she wears tudung, she got her own aura… Just perfect… with her hazel eyes..” monolog Sharifah Emelda.

“Owh yeah.. So macam mana? You settle down dekat Malaysia?”

“Yeah! But, I’m want to enjoy first…”

“Enjoy? What do you mean by that?”

“Yeah enjoy.. Pergi disko, shopping, clubbing.. all that stuff and you as my bf, you should you know… teman I..”

“What? Kalau shopping, yes but kalau clubbing, no way girl! You know that I don’t like that kinda stuff….”

“Yeah! But tak nak try ke? It’s fun you know…”

“No way! Tu prinsip I! Now, kalau you nak ajak I pergi hell tu, you can get out of my office now!”

“Ala Rish.. relax ah…okay.. I tak masuk bab tu. Since when you jadi tegas macam ni?”

“I? Tegas? You tahu tak dari dulu I macam ni kay?”

“Fine! Kan you kata kalau bab shopping you boleh teman I, so teman la I sekarang.”

“Hey! Can you see that I’m working?”

“Fine! Okay but you promise me.”

“About what?”

“Teman I shopping petang ni?”

“Kenapa you tak ajak boyfriend you? Instead you ajak I?”

“Hey, darling! You are my boyfriend!”

“Hah? You’ve got to be kidding me?”

Sharifah Emelda segera melabuhkan punggungnya di hadapan Syed Farish.

“I’m not to be kidding you! You are my boyfriend!!”

“No! How many times do I have to tell you? We have nothing special going on between us two, okay? We’re just close friends.. Do you get it this time?”

“Hah? How bout the amazing years that we’ve been together?”

“Hey! I anggap you sebagai best friend I saja. Futhermore, I don’t really believe in love and all junks like that..”

“I tak kisah if you tak percaya love semua. As long as we’re together, I’m cool with it.”

“That is the main point! I tak suka macam tu! Kita best friends! Tolong faham!”

“Yeah! Okay I faham!”

“Huh! Satu hari nanti aku akan buat kau tunduk pada aku Farish! We are a couple! That’s gonna stay forever!”monolog Sharifah Emelda.

“Good. Now, you pergi balik. Nanti pukul 5.00 petang, you datang kat sini and kita pergi shopping, okay?”

“You cakap kita best friends ni sebab you anggap macam tu ke atau you dah ada yang lain?”

“Yang lain? Apa yang you mengarut ni? Tolong lah faham!”

“Kenapa? You takut I tahu you ada hubungan dengan secretary you?” kata Sharifah Emelda dengan berang.

“Hah? Rubbish! I tak ada apa apa dengan dia! She’s got nothing to do with our conversation!”

“Is that so? Habis tu, kenapa you tengok dia masa dia keluar? Mata you iring dia sampai dia keluar? Atau should I say sampai dia keluar mata you still tengok kat pintu dia keluar? Is that call nothing? You ada apa apa dengan dia kan?”

“You ni! Dia tu setiausaha I saja!”

“It’s true isn’t it?”

“NO! You ni tak faham faham lah! Dah lah! Baik you balik sebelum I tak nak teman you shopping hari ini.”

“What?”

“Yeah! Kalau you tak balik sekarang, I takkan teman you shopping hari ni.”

Kalau Syed Farish tidak mahu temannya shopping, bermakna dia tidak berpeluang untuk membeli barangan mahal. Sejak dari dulu, Syed Farish memang tidak pernah membelikannya hadiah.

“Fine! See you darling…”

“Mind your language! We’re best friends! Come on!”

“Yeah yeah.. whatever…”

“Kay. Bye!”

“Bye!” kata Sharifah Emelda lalu menapak keluar daripada bilik Syed Farish.

“Hey! You secretary Farish kan?”

“Yeah…” kata Sharifah Elisya meneruskan kerjanya menaip.

“Look at me when you’re talking to me!” kata Sharifah Emelda lantang sambil mengetuk meja Sharifah Elisya dengan kuat.

“Apahal pulak minah ni nak ketuk ketuk meja aku? Tak ada benda lain ke dia nak ketuk? Hish! Tak faham aku!” Monolog Sharifah Elisya.

“Why? Are you important enough?”

“Berani jugak secretary Farish ni! Berani dia kata aku tak penting? Jaga kau!” monolog Sharifah Emelda.

“Yeah! I’m your CEO’s girlfriend! You should respect me!” kata Sharifah Emelda berang.

“ Cett! Just his girlfriend, not his wife! And FYI, I do not work with you but I work for your boyfriend only… Diulang… boyfriend kau saja, incase kalau kau tak faham jugak bahasa inggeris…”

Kak Yati dan Kak Wana, menjadi pemerhati setia.

“Kau!!!” kata Sharifah Emelda sambil menunding jari tepat di hadapan muka Sharifah Elisya namun Sharifah Elisya sikit pun tidak berasa takut.

“Aku??” kata Sharifah Elisya dengan selambanya.

“Jauhkan diri kau dari Farish! Farish tu hak milik aku! Kau jangan kacau hubungan aku dengan dia!”

“Hah? Apa? Aku nak kacau hubungan dia? Tolong sikit!” monolog Sharifah Elisya.

“Huh! Puh lease! Siapa nak kacau Encik Farish kesayangan kau tu? Tak ada masa lah aku! Bila masa aku kacau hubungan kau dengan Encik Farish? Kau tu je tuduh aku tak berasas langsung!”

“You better be! Kalau aku tahu kau cuba nak rampas dia dari aku, aku akan buat hidup kau sengsara!”

“Eleh! Pirahhh! Ada aku kesah? Aku takkannya kacau Encik Farish kau tuuu!”

“Mark my words! Kalau kau kacau dia, kau akan terima akibatnya..” kata Sharifah Emelda sambil menapak keluar daripada ruangan itu.

“Eleh! Ada aku kesah? Daripada aku kacau Farish baik aku kacau abang aku..hihi..” kata Sharifah Elisya perlahan.

“Nia taka pa apa ke?” tanya Kak Wana, setiausaha Syed Danish.

“Tak ada apa apa laa kak..”

“Ya ke? Nia tak nak cakap dengan Encik Farish ke?” tanya Kak Yati pula.

“Buat apa nak cakap dengan dia? Buat sakit kepala otak saja kak….”

“Kalau macam tu, tak apalah..”

“okay.. Baik akak buat kerja, nanti Encik Danish balik, naya saja.”

“Aa ah lah.” Kata Kak Wana dan Kak Yati serentak.

“Hish! Aku tak faham lah dengan minah tu. Baru first time datang sini dah tunjuk belang.. Macam mana lah Encik Farish tu boleh suka dekat orang putus fius macam tu? Hish! Aku tak faham lah.” Kata Sharifah Elisya sendirian.

“Hish, ni kul berapa dah ni? Ni dah pukul 9 pagi ni.. Mamat keyboard tu ada mesyuarat.. Baik aku inform dia..”

Sharifah Elisya menapak masuk ke dalam bilik Syed Farish dan mendapati tiada orang di kerusi yang biasa diduduki oleh Syed Farish.

“ Mana pulak mamat keyboard ni tidur?” omel Sharifah Elisya sendirian.

Tiba tiba dia terdengar orang berdengkur halus. Orang tu mesti lah ….

“Laa patut la aku tak nampak.. Rupa rupa nya dia sedap tidur kat sini.” Kata Sharifah Elisya sambil melihat Syed Farish tidur lena di sofa empuk di suatu sudut ruangan bilik itu.

“Encik Farish….” Kata Sharifah Elisya sambil mengoyang lembut bahu Syed Farish.

“Erm, mama, Rish nak tidur.. ngantuk..”

“Mesti ingat dia kat rumah lagi ni…”

“Encik Farish bangun! Ada mesyurat..”

“Hah?” Kata Syed Farish bangun terpisat pisat.

“Ada mesyuarat ke?”

“Aa ah!”

“Patut lah dia tak tahu yang aku dengar minah tak betul tu bergaduh! Dia tidur!” monolog Sharifah Elisya.

“Okay.. Awak prepare file semua and bawa ke bilik mesyuarat.”

“Kay! Right on it!” kata Sharifah Elisya sambil menapak keluar untuk mencari file.

+++

“Hello, Abang dah sampai?” kata Sharifah Alina.

“Dah… Abang sekarang on the way ke syarikat yang Danish dengan Isya kerja..”

“Owh.. Abang buat apa kat situ? Mesyuarat?”

“Aa ah. Abang mesyuarat. Sepatutnya Abang bagi Hashim je yang handle tapi Abang nak tengok Isya dengan Danish kerja..”

“Oh! Nanti Abang cakap progress diaorang bekerja ya?”

“Ya sayang.”
“Abang balik bila?”

“As soon as possible. Okay yang.. Abang kena pergi dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Bye bang..”

“Bye sayang.” Kata Syed Darwin lalu menamatkan perbualan tersebut.

“Tan Sri, kita dah sampai..” kata pemandu Syed Darwin.

“okay.”

Di bilik mesyuarat….

Syed Danish memasuki ke bilik ruangan pejabat tersebut lalu mengambil tempat duduknya. Dia tidak sedar bahawa papanya turut berada di situ kerana dia sibuk dengan PDA nya.

“Hai Danish…” tegur satu suara.

“Oh! Siapa pulak ni yang tegur aku? Please don’t say this is my Papa or my twin sister are dead meat…” monolog Syed Danish.

“Papa? Apa yang papa buat kat sini?”

“And officially my twin sister are dead cause this is my papa speaking to me! Isya, you are so dead!” monolog Syed Danish.

“Papa ada meeting laa.. Buat apa lagi kat sini? Mana Isya?”

“Hah? Isya…”

“Err anu errr..”

“Apa anu errr err?”

“Errr….”

+++

“Kenapa hati aku rasa macam tak sedap je? Macam bala je ada dekat dalam bilik mesyuarat tu? Atau ni perasaan aku saja? Ahh! Biar lah! Redah saja laa Isya!” monolog Saharifah Elisya.

“Isya! What are you doing? Don’t waste time! Jom masuk bilik mesyuarat! Bawak file tu sekali.” Kata Syed Farish tegas.
“Okay! Right on it!”

Syed Farish dan Sharifah Elisya memasuki ruangan bilik itu.. Syed Farish mengambil tempatnya manakala Sharifah Elisya memberi file kepada semua yang hadir di mesyuarat tersebut.

“Nish! Where is Isya?”

“Err, nanti dia datang laa…”

Syed Danish melihat Sharifah Elisya yang memberi file…

“Don’t tell me that’s Isya!!!” omel Syed Danish perlahan.

“Nish tengok apa?” kata Syed Darwin lalu memandang apa yang dilihat oleh Syed Danish.

“Isya?” kata Syed Darwin perlahan.

Sharifah Elisya masih tidak sedar bahawa papa nya turut berada di dalam bilik itu.

Sharifah Elisya terus memberi file sampai di tempat Abangnya, Syed Danish..

“Dik, trouble ahead…” bisik Syed Danish.

“Hah?”

“Tu..” kata Syed Danish sambil menunding ke arah papanya.

“Papa?”

Sharifah Elisya berlagak tenang. Dia meneruskan sahaja kerjanya sampai ke tempat papa nya untuk memberi file.

“Isya? Nice meeting you again.”

“Er, hye papa” kata Sharifah Elisya menutup gugup.

“We’ll talk again at home. You’ll explain to me about this…”

“Err okay.” Kata Sharifah Elisya sambil menapak keluar daripada bilik tersebut.

“Aduyai mampus aku! Papa dah tahu! Apa lah yang dia nak cakap kat rumah! Mati aku!!!” monolog Sharifah Elisya.

4 comments:

Afiqahai said...

ala papa isha ni..macam tau-tau aja. hehe ;) mesti tu salah satu rancangan mak dia.

ihaaz said...

wah.. suspen3
apa yag akn berlaku

WITHOUT A SOUND said...

hahaah..kantoi ngan papa isya

Miss Halloween said...

nurafiqah airil: tu ah pasal.. papa dia..tpi bkn rancangan mak dia.. mmg ada meeting kat c2..
ihaz_luv:hahaha..tunggu 4 the next entry....
without a sound: haha. ye ah.. tipu lagi.. dah terkantoi ngan papa sndiri.. kan naya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!