Followers

Wednesday, March 9, 2011

Ceo vs Doktor 16

Syed Farish tersenyum senang masuk ke pejabat hari ni. Mana tak senangnya? Elisya dah kerja balik, tak jadi berhenti.. Atau lebih tepat lagi Elisya dipaksa bekerja dengannya semula. Hampir semua orang Syed Farish tegur hari ini. Even mak cik cleaner pun dia tegur. Sampai mak cik tu fikir.. “ Buang tabiat apa ceo hari ni? Tiba tiba saja tegur aku…”Haha. Agaknya kira bertuah laa Syed Farish tegur mak cik cleaner sebab sebelum ni, jangankan nak tegur mak cik cleaner, jumpa pun tak pernah! Dasyat kan? Biasalah! Ceo lah katakan! Selalu busy!

Siapa yang tak gembira kalau buah hati pengarang jantung dia kerja balik?

Syed Farish sudah menapak keluar dari lif dan menuju ke biliknya. Matanya melilau mencari seseorang. Seseorang yang membuat mindanya memikirkan orang tu… Orang tu mesti lah……..

“Hai, Isya! Awal hari ni..” kata Syed Farish sambil mempamerkan senyuman yang paling lebar dan paling manis buat Sharifah Elisya. Kira macam nak tunjuk dia gembira sangat Elisya kerja balik dengan dia.

“Amboi! Orang tua ni! Senyuman lebarnya! Aku tahu lah dia suka sebab dia boleh buli aku tapi tak payah lah tunjuk sangat! Nanti aku perasan kang, naya je orang tua ni! Haha!” monolog Sharifah Elisya di dalam hatinya.

“Biasa je Encik Farish.”

“Biasa? Saya rasa awak awal sekali hari ni…”

“Mana ada awal.. Saya awal ke Encik Farish yang awal? Biasanya Encik Farish takkan sampai awal macam ni? Kenapa? Banyak sangat ke kerja ke?” kata Sharifah Elisya lantang dan sinis.

“Lancang pulak minah coach hari ni! Nak aja aku sumbat beg coach dalam dia punya mulut! Hish! Kan aku kata minah ni tak boleh pakai? Kan aku kata ni bukan cinta?Nish tak nak dengar…. Cinta hanya melukakan perasaan orang lain.. semua orang yang aku sayang…. …. Kak Syaz……Rish rindu Kak Syaz…”monolog Syed Farish.

Tiba tiba hati Syed Farish menjadi sebak. Dia kembali ingat akan Kak Syaz…. Kakaknya….

“Ermm tak apalah saya masuk dulu.”

“Aik? Asal pulak dia masuk? Aku ada cakap benda yang salah ke?”kata Sharifah Elisya perlahan.

“Lantak dia lah! Ada aku kesah! Haha!”kata Sharifah Elisya perlahan lagi..

“Hah! Lantak apa?” sergah seseorang.

“Fir! Kau ni! Boleh tak kalau kau tak sergah aku dalam masa satu hari?! Tercabut jantung aku tahu tak?”

“Haha! Tahu pun tersentak! Siapa suruh kau membebel entah apa apa? Haha! Kan aku sergah!” kata Tengku Firash sambil ketawa.

“Mana ada membebel? Kau tu otak tak centre..”

“Apa kau kata otak tak centre? Otak tak centre ni lah yang membuat aku kerja kat sini tau… Kalau tak ada otak tak centre ni, aku takkan kerja kat sini.. Tak jumpa kau..” kata Tengku Firash lirih.

“Eh, apa ni? Emo emo ni! Relax ah! Aku saja je melawak. Tak sangka kau emo macam ni!”

“Haha! Busted! Mana ada aku emo! Saja je aku nak test kau pada pagi yang mulia ini! Haha! Eh, apa yang kau membebel tadi? Siap cakap, ada aku kesah lagi?”

“Tak ada apa apa lah!”

“ye lah tu kau! Story mory laa!”

“Mana ada apa apa. Yang kau ni, buang tabiat ke datang kat tingkat 20 ni… Setahu aku kau kerja kat tingkat 15? Apa hal kau datng kat sini?”

“Alah kau ni! Rilex ah.Aku datang ni pun sebab aku nak jumpa Syed Danish kalau tak, jangan harap lah aku nak datang tempat ni! Hish! Tak berani aku! Haha!”

“Banyak lah kau.. Masuk lah.. Syed Danish ada kat dalam…”

“Amboi! Semua yang terjadi dekat tingkat ni kau tahu ya? Kau ni PA Encik Farish ke Encik Danish? Ke dua dua?”

“Apa kau ni? Memang lah aku PA Encik Farish, takkan la Encik Danish pulak?”

“Mana lah tahu kut kut kau syok dekat Encik Danish.. Aku tengok kau bukan main rapat lagi dengan dia sampai boleh naik kereta dia lagi?”

“Hah?”

“Bila masa aku balik naik kereta Abang?” monolog Sharifah Elisya.

“Kau tak payah nak buat muka terkejut kau laa, aku dah tahu.. kau ada scandal dengan Encik Danish ea?”
“Mana ada!” kata Sharifah Elisya.

“Oh! Baru aku ingat! Aku naik kereta Abang masa aku malas nak buat kereta..” monolog Sharifah Elisya.

“Dah lah kau! Mengaku saja lah!”

“Mana ada! Kau jangan nak tabor fitnah.”

“Hmph! Ye lah tu!”

“Atau mata kau dah rosak agaknya! Aku mana pernah naik kereta dia!”

“Haha! Ye kut!”

“Tak apalah! Kau doalah aku ada scandal dengan Encik Danish tu! Haha! Dah lah hensem!” Kata Sharifah Elisya buat buat teruja.

“Tak payah tunggu kau doa, aku boleh naik kereta Abang aku!Haha! Saja je aku nak sakat kau Fir…”monolog Sharifah Elisya di dalam hati.

“Haha! Kat mulut kata tak nak, dalam hati mahu pula. Kau ni memang sah angau dengan Encik Danish tu. Haha”

“Dah jangan kau nak mengarut….Aku main main saja!”

Akhirnya kedua dua tergelak sakan. Namun mereka berdua tidak sedar bahawa dia diperhatikan….

“Hmphh.. Seronoknya chit chat. Tak ada kerja lain ke Isya, Fir?” tanya Styed Farish tegas.

Kedua duanya terhenti gelak. Masing masing hanya mendiamkan diri..

“Alamak! Orang tua dah dengar!”Monolog Sharifah Elisya.

“Aduyai! Macam mana aku tak sedar yang Syed Farish ada kat sini? Malangnya nasib aku!” monolog Tengku Firash.

“Err..” kata kedua duanya serentak.

“Now, buat kerja, kalau nak chit chat pun agak agaklah! Ni office hours, tunggu lunch tak boleh ke? Elisya, get in my room! While you I the other side, pergi jumpa Danish. Tadi nak jumpa sangat!”kata Syed Farish tegas.

“Yeah! Itulah Syed Farish Daniel versi putting beliung dia. Tiba tiba je angin ni datang! Hish! Rosak mood aku saja!” monolog Sharifah Elisya.

“Yeah.. on my way…” kata Tengku Firash perlahan lalu beredar masuk ke bilik Syed Danish.

“Hah! Isya, tak nak gerak lagi? Nak jadi patung kat situ?” sergah Syed Farish.

“Boleh je. Kalau nak suruh buat, on je.” Kata Sharifah Elisya perlahan.

“Hah! Menjawab!”

“Mana ada!”

“Mana ada mana ada! Tu je jawapan yang awak tahu!”

“Ye lah! Dah saya suka trademark tu.. Kenapa?Ada masalah?”

“Ada.. memang ada.. GET IN MY ROOM NOW!”

Sharifah Elisya segera masuk ke dalam bilik Syed Farish. Masuk je. Kalau tak masuk karang, tak pasal pasal angina putting beliung melanda kat syarikat ni kang…

“Now, what’s the problem?”

“Awak dengan Danish couple ke?”

“Hah?!”

“What? Aku couple ngan Abang aku sendiri? No way! Memang lah Abang aku tu hesem tapi takkan lah aku nak date ngan dia? Tolong lah sikit! Puh lease!” monolog Sharifah Elisya.

“Tak payah buat terkejut awak la. Kalau suka cakap suka, kalau tak suka cakap tak suka. Jangan nak berdalih macam ni!”

“Mana ada saya suka dia Encik Farish! Saya melawak saja dengan Firash tadi.”

“Hmph ye lah!”

“Pulak? Kalau tak nak percaya sudah! Saya tak rugi apa apa.”

“Please! For the last time, betul ke awak dengan Danish?”

“Berapa kali saya nak cakap? Encik Danish dengan saya tak ada apa apa! Kenapa susah sangat nak faham? Hish!”
Kata kata Sharifah Elisya membuat Syed Farish lega. Lega kerana melihat Sharifah Elisya marah kerana marah itu tandanya betul.

“Kenapa aku nak sangat membuktikan yang aku tak ada apa apa dengan Abang? Pelik ni! Am I falling in love?” Monolog Sharifah Elisya.

“Kenapa aku rasa lega sangat bila Isya cakap dia tak ada apa apa dengan Danish? Betul tak aku sebenarnya? Adakah aku dah jatuh cinta?” monoloh Syed Farish.

Tiba tiba dirempuh kasar dari luar… siapakah gerangan orangnya?

Seorang wanita jelita menapak masuk ke dalam bilik itu.



Comments are loved!Siapa yang masuk ke dalam bilik Syed Farish?

3 comments:

Anonymous said...

boleh tak ketepikan gmbr girl sebelah kiri ni..
tak nampak langsung ur cerita la..
nk bce pn susah..
thx ye..nway, nice story..

Anonymous said...

betul tu, nak baca pun susah..kecik je space dier...suh budak kecik tu main jauh2...hehee

Miss Halloween said...

Anony:thanks...kay right on it 4 widget tu...
thanks for reading!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!