Followers

Wednesday, February 13, 2013

Love? Impossible!!! 6


Bab 6


Camelia Rosalinda dan Fudge sudah tiba di tempat yang dijanjikan. Kalau Tengku Aleeya, mereka duduk di bawah pokok yang rendang. Batang hidung kawan baiknya langsung tidak dijumpai. Banyak sangat pokok yang rendang di sini. Tiba-tiba, matanya menangkap Tengku Aleeya sedang bergelak ketawa dengan Tengku Isaac dan Aqif Naufal. Tangan Fudge ditarik dan terus melangkah laju ke arah kawannya itu.



“Risya,mujur aku dengar kau gelak dengan si Zac dan Aqif ni. Gelak kau tu boleh dengar sebatu tau? Lain kali boleh specific sikit? Banyak pokok yang rendag dekat sini Risya oit!” Kata Camelia Rosalinda terus mengambil tempat di sebelah Aqif Naufal manakala Fudge duduk di antara Tengku Isaac.


Mata Fudge lagi tadi terpaku memandang Tengku Isaac. Betul kata Camelia Roslainda, mukanya memang sebijik dengan Ethan. Tetapi memang sudah jelas orang yang berada di sebelahnya ini bukan orang yang dia kenal dulu. Kalau betul dia Ethan, pasti dia sudah memeluknya.


 Ethan, where are you friend?


Tengku Aleeya pula merenung Fudge dan Camelia Rosalinda. Siapa pulak lelekai yang dibawa Camelia Roslainda? Long-lastfriend? Namun begitu, hatinya mengatakan dia kenal dengan mata yang berwarna hijau itu. Do I know this guy? Atatupun ini teman lelaki yang disorok Caemlia Rosalinda tapi tak Nampak pula perangai Caemlia Rosalinda berubat? Maksudnya, orang bercinta pasti selalu texting kan? Camelia Rosalinda tidak begitu.


Aku tersengihg memandang Caemlia Rosalinda.


“Who’s this guy Cam? Long-last boyfriend perhaps?”


“Hye, the name Risya, Cam’s bff. Nice to meet you.” Dengan selamba badak aku menegur si mata hijau tu.
Tidak berubah… Masih lagi dengan perangai selambanya…


“Kawan sendiri pun tak ingat ke?


Fudge, betul ke ni kau? Serius aku tak perasan!” Aqif Naufal bersuara sambil menghulur tangannya kepada Fudge. Mereka berpelukan.


Fudge tergelak mendengar reaksi Aqif Naufal. Ya! Dia memang berbeza. Kalau dulu rambut dia berserabai. Kononnya seksi laa buat rambut macam tu. Walaupun rambut berserabai, rambut melepasi matanya itu laa yang membuat gadis lain dua tiga kali memandangnya kalau dia lalu. Tapi yang pasti, semua gadis melihat dia handsome, bukan pelik. Bajunya dulu bukan laa stylo sangat macam Ethan. Alasannya, malas nak stylo sangat sebab takut girls cair tengik dia. Realitinya, dia malas, Sekarang ini semuanya sudah berbeza. Rambutnya sudah dipotong pendek. Style rambut pacak-pacak, baju pakai kemeja biru disising lengan dipadankan dengan jeans dan sneakers. Cermin mata  Harry Potter.sudah selamat masuk ke dalam kotak. Contact lense yang menjadi trend sekarang. Dah masuk kerja, mana boleh pakai macam budak uni!


“Seriously? Choc fudge all day long! Breakfast, lunch, dinner and supper! Still badan slim, tak macam tong. Patutnya aku panggil kau Fudge, bukan Farhan. Just a cute nickname that Cam and I pick out for you.” Dia mengulang balik apa yang direngus Tengku Aleeya akibat muak melihat dia makan chocolate Fudge cake sebagai dessert. Dah nak buat macam mana? Choc Fudge dan dia mana boleh dipisahkan!



Kepalanya terasa sakit apabila mendengar apa yang diucapkan oleh Fudge. Dah dua kali aku rasa macam ni. Kali pertama semasa dia, Tengku Isaac, Camelia Rosalinda dan Aqif Naufal berborak sebelum ke pawagam untuk melihat Paranormal activity 4. Kali kedua pula apabila Fudge bercakap. Apa kena dengan dia? Matanya sudah berbalam-balam dan tidak lama kemudian hitam.


Panik Camelia Rosalina melihat Tengku Aleeya pengsan. Sedang elok sahaja kepala kawan baiknya jatuh di atas riba Tengku Isaac. Fudge pula rasa bersalah kerana mengulang balik kata-kata Tengku Aleeya. Terjatuh pretzel yang dimakan Aqif Naufal akibat terkejut.


“Ethan, kenapa awak makan pretzel tu sampai habis? Dahlah dekat kedai tu dah habis!” Rungut Tengku Aleeya. Tadi dia beria-ria membeli jus oren kerana Ethan menyuruhnya. Padahal itu semua hanya helah untuk Ethan makan habis pretzel yang dibawanya.


Ethan tergelak apabila mendengar rungutan Tegku Aleeya. Memang dia lapar pun. Selepas kelas habis, terus dicari Tengku Aleeya walaupun dia tidak makan tengah hari lagi. Alaa.. Setakat pretzel tu, dia boleh beli sepuluh buat Tengku Aleeya.


“Hmm, Leeya! Awak tahu tak saya tak makan apa-apa lagi tau! Terus lari jumpa awak. Langsung tak appreciate!” Giliran Ethan untuk merajuk. Tengku Aleeya mencubit pipi Ethan perlahan. Alaa siannya dia. Tak makan lagi ya?


“Sorry Ethan. Malna laa tahu yang awak tak makan lagi. Gatal tak makan siapa suruh?” Hanya sepasang mata biru yang jelas dipandang. Yang lain…kabur.


“Kita mati-matian rindukan dia. Tak jumpa dia seminggu, sampai tak makan lunch, dia boleh marahkan kita makan pretzel dia yang tinggal secubit tu! Tunggu laa! Kita beli sepuluh pretzel nanti! Tak nak bagi dekat awak!”Tambah  Ethan lagi. Kita-awak… alaa comelnya.


Ohohoi! He misses me?


“Ohlala! Seminggu je. Kalau iya pun rindu, makan laaa dulu. Dah pukul berapa ni? Jatuh sakit macam mana nanti?” Risau betul dengan Ethan ni.


“Guys, sorry lambat. Aku ada hal tadi. So, apa kita nak makan hari ni?” Muncul satu suara dari belakang mereka. Farhan Irsyad tersenyum memandang mereka.


“Takpe, duduk laa. Kita makan dekat taman je hari. Cam bawak makanan nanti.”Balas Tengku Aleeya. Kesian dia melihat Farhan Iryad termengah-mengah.


“Okay.  Cantek. Aku bawak dessert. Choc Fudge cake. Yang kau Ethan ni kenapa?” Lagi tadi dia melihat muka Ethan masam sahaja.


“Ask her.” Balas Ethan. Dia nak melihat bagaimana Tengku Aleeya membalasnya.


“Aku marah dia dan dia merajuk. Hahaha. Jangan hiraukan dia. Nanti okay laa. Choc Fudge? Takde benda lain ke kau nak bawak? Haish.” Farhan Irsyad hanya tersengih.


Tidak lama kemudian, Camelia Rosalinda tiba dengan picnic basket. Dia tersenyum memandang semua yang berada di situ. Diambil tempat disebelah Farhan Irsyad.


“Lama ke korang tunggu? Sorry laa. Aku tak jumpa picnic basket ni tadi. Adalah dalam tiga puluh minit aku cari benda alah nanti. So, tunggu apa lagi? Dig in buddy!” Dia memberi pinggan kepada semua orang. 

Dikeluarkan Tupperware berisi spaghetti meatballs. Semuanya disediakan oleh Tengku Aleeya. Tugasnya hanya mengambil dan meletakkan makanan tersebut ke dalam Tupperware dan bawa ke sini kerana dari pagi tadi dia sibuk dengan kelas. Tengku Aleeya hanya ada satu kelas sahaja.


Mereka menjamu selera. Selepas itu, dessert pula. Sedap juga kek yang dibawa Farhan Irsyad ni. Rasanya seperti homemade sahaja. Farhan irsyad, setiap hari dia makan benda yang sama. Tak muak ke?
“Farhan, kau tak muak ke makan kek yang sama? Setiap hari pulak tu!”


“Tak sebab aku suka kek ni. Makan laa banyak mana pun, aku takkan muak. Setakat ni laa.” Dia tersengih sambil menyuap kek ke dalam mulutnya.


Seriously? Choc fudge all day long! Breakfast, lunch, dinner and supper! Still badan slim, tak macam tong. Patutnya aku panggil kau Fudge, bukan Farhan. Just a cute nickname that Cam and I pick out for you.” Sudah lama dia dan Camelia Rosalinda memikirkan tentang hal ini. Hari ini baru ada kesempatan untuk menyatakan kepada Farhan Irsyad. Nak tengok apa reaksinya?


“Haha, aku on je. Lagipun nickname tu unik jugak. Asalkan korang yang panggil aku tak kisah.” Balas Fudge riang. Suka betul dengan nama barunya itu.


“Hahaha! Aku setuju! Yang kau Ethan, tak cakap lagi tadi ni apasal? Senyap semacam je.”


“Kalau kau nak tahu Cam, dia ni merajuk dengan Risya sebab kena marah, pasal apa aku tak tahu.” Fudge dengan rela hatinya menerangkan kepada Camelia Rosalinda. Dia hanya menganggukkan kepalanya.


“Aku tak merajuk okay! Mengarut je! Aku lapar laa.”Nafi Ethan. Iya laa tu. Tengku Aleeya mencebik.


“Orang tu cerdik sangat tak makan dulu siapa suruh. Alasan dia bagi tak menusabah memang aku hangin laa. Memudaratkan diri sendiri memang tidak boleh dimaafkan.” Perli Tengku Aleeya. Biar selepas ini, Ethan takkan mengulangnya lagi.


“No comment.” Fudge dan Camelia Rosalinda menjawab serentak. Malas nak masuk campur. Tengku Aleeya dan Ethan memang macam itu. Ada sahaja perkara yang nak digaduhkan. Tapi yang bagusnya, pergaduhan itu takkan lama.


“Kau Fudge, bila kau fly balik Liverpool?” 

Fudge ke Cambridge kerana melawat neneknya yang diserang sakit jantung secara tiba-tiba. Kenapa? Entahlah, Fudge tidak pernah mengkhabarkannya kepada mereka. Baru sahaja semalam, kami melawat neneknya yang berada di hospital.


“Aku fly esok malam. Nenek aku pun dah okay. Aku tak boleh tinggalkan kelas lama-lama. Nanti kita cuti, kita buat tour laa.” Bagaikan tahu sahaja apa yang difikirkan kawan baiknya.


“Haha, macam tahu-tahu je kau ya? Okay, aku on.” Ethan tergelak.


Tiba-tiba telefon bimbit Fudge berbunyi, tanda ada panggilan.


“Hah? Okay. I’ll be there.” Ditamatkan panggilan itu.


“Aku kena pergi dulu. Ada hal sikit dengan nenek aku. Nak spend time dengan dia sebelum aku balik. Kalau tak, maunya sakit lagi. Risya, thanks for the spaghetti. Aku jumpa korang esok sebelum aku fly, okay?”
“Okay, aku faham. Kirim salam dekat nenek kau ya?” Ethan membalas.


“Make sure kau jumpa kitaorang dulu sebelum fly!” Gilliran Tengku Aleeya pula untuk bersuara.


“Kau tak jumpa, aku ganyang kau cukup-cukup cuti ni tau! Drive safely!” Camelia Rosalinda tidak mahu ketinggalan.


Selepas itu, semuanya jadi kosong. Hitam.


Perlahan-lahan Tengku Aleeya membuka mata. Semua mata yang memandang nampak risau sekali. Aku memegang kepala yang berdenyut-denyut. Kemudian, aku ternampak muka Tengku Isaac berada betul-betul rapat denganku. Pantas aku melihat keadaan sekeliling dan paling penting dia baring atas peha siapa?


 Ah! Terus bangun dan duduk.


Gila! Aku baring atas riba Tengku Isaac? OMG! Mana nak disorokkan muka ini?


“Are you okay?” Tengku Isaac mengutarakan soalan kepada Tengku Aleeya. Takut juga dia tadi apabila Tengku Aleeya tiba-tiba pengsan dan jatuh di atas ribanya.


“Okay je cuma pening sikit.”

 Tanganku terus mencapai lemonade dan menyisipnya perlahan.


Mindaku masih memikirkan tentang mimpi tadi. Mimpi ke? Rasanya tidak mungkin kerana Camelia Rosalinda dan Fudge, orang yang baru dikenalkan sebentar tadi berada di dalam mimpi itu. Mungkin ia memori. Aku merasakan yang aku kenal Fudge tetapi aku tidak mengingati bila aku mengenalinya. Di dalam mimpi tadi, aku, Fudge, Camelia Rosalinda dan si dia yang bermata biru itu berkawan rapat. Sudah dua kali si mata biru itu muncul di dalam mimpiku. Adakah ia benar mimpi atau memori? Kusut kepalanya memikirkan hal itu.


“Aku rasa aku kenal kau laa Fudge.”


Fudge, Camelia Rosalinda dan Aqif Naufal tersentak.

14 comments:

SHAMIEN A. BASIT said...

ulalalala. Again hanging babe, you r s torturing le moi!

baby mio said...

NAK LG.

Medstaff Xperts said...

The post is very informative. It is a pleasure reading it. I have also bookmarked you for checking out new posts.
HealthCare CPA

olympia gold said...

I am bindle to seek out this clumsily attainable as it contains affluence of data. I consistently like bigger to browse the acclimatized content..
wholesale gold necklaces & bracelets

Luxury Indian Train Tours said...

Thanks for sharing...Eastern Voyage Pvt. Ltd. is one of the leading Travel Agents & Tour Operators in India with branch & associate offices all over India and in Nepal.
Luxury Indian Train Tours

CCTVideatechnosolutions said...

I use a bronze craft paint, and then hit it with a heavy green wash. So far, no one has complained and I've gotten a couple of compliments.
fingerPrint Plus Card provider in bhubaneswar

CCTVideatechnosolutions said...

Honestly I dont ahead their acclimatized because Ive been ceremony alot of comments about this accession and their sending bodies bills that they acquire abolishment to do with!
Biometric Time Attendance System Supplier in bhubaneswar

olympia gold said...

Your post have the information that is help full and very informative. I would like you to keep up the good work you know how to make your post understandable for most of the people
Wholesale gold chains

a das said...

This is very interesting.Karnevalskostüme gibt es in einer riesigen Auswahl. Ein schönes Faschingskostüm, wie es auch genannt wird,
weckt das Interesse der Menschen seit jeher durch die vielfältigen Variationsmöglichkeiten
Specialists Professionals In Bhubaneswar

hpm.ba said...

nice sharing and very impressive blog, keep it up buddy
Sarajevo Poljine

hpm.ba said...

Your posting is very great.
Trebinje apartman

Rajkot said...

After research a number of of the weblog posts in your web site now, and I actually like your way of blogging. I bookmarked it to my bookmark website listing and will be checking again soon.
pediatric dentist in india

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Monica Vargas said...

Great post you have shared with us,such an informative sharing.it is really helpful for me,Thanks for sharing. Airport limo service Dulles

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!