Followers

Sunday, September 25, 2011

Bila hati dah bagi green light 3

Sudah tentu lah nama yang berada di kepalanya sekarang ialah nama Tengku Eizril.

"Eiz!!!!"jerit Elyssa Zara sekuat-kuatnya. Hah! Tu dia! Keluar jugak akhirnya!

Tiba-tiba, pintu bilik itu dirempuh kuat dari luar.Tengku Eizril memasuki bilik itu. Kelihatan Encik Zaini memegang kuat pergelangan tangan Elyssa Zara. Hal yang demikian telah menaikkan kemarahan Tengku Eizril.

Tengku Eizril memandang tajam ke arah Encik Zaini lalu direntap tangan Elyssa Zara. Dia menarik Elyssa Zara lalu diletakkan di belakangnya.Merah padam muka Encik Zaini diperlakukan sebegitu. Berani betul Tengku Eizril merentap tangan buah hatinya. Memang tidak dapat dimaafkan. Encik Zaini terus menghayunkan tumbukan kepada Tengku Eizril namun sasarannya tidak mengena kerana Tengku Eizril pantas mengelak lalu Tengku Eizril menghayunkan pula tumbukan kepada Encik Zaini. Encik Zaini jatuh terduduk akibat tumbukan tersebut.

“Itu sebab kau sentuh tunang aku.” Kata Tengku Eiril tegas.

Dihayunkan lagi penumbuk kepada orang tua yang gatal itu. Tepat mengena perutnya yang buncit itu. Encik Zaini menjerit kesakitan.

“Itu pulak sebab kau berani suruh dia putuskan tunang dengan aku. Kalau aku jumpa kau lagi,memang nahas laa kau. Kau memang dasar orang tua tidak sedarkan diri. Isteri dengan anak-anak kau kan dah ada? Buat apa kau menggatal lagi? Kau patut fikirkan pasal diaorang. Sanggup cerai konon. Ni ke orang yang nak jaga Elyss kalau kau dah kahwin dengan dia nanti?Aku baru tumbuk sikit je kau dah lembik. Baik tak payah jadi lelaki laa! Buat malu kaum Adam je! Ooii! Langkah mayat aku dulu laa wei! Kalau kau ganggu Elyss lagi, kau memang menempah bala! Faham?Oh satu lagi, kau dipecat!” Lantang suara Tengku Eizril memarahi Encik Zaini.

“Kau siapa nak pecat aku?  Tengku Firzan saja yang boleh pecat aku!” Yakin skali Encik Zaini. Dia tersenyum sinis ke arah Tengku Eizril.

“Tengku Firzan dah bersara. Agaknya duduk lama dekat site, otak kau pun jadi biul sebab kena cahaya matahari banyak sangat. Aku, Tengku Eizril Fiqrash, anak Tengku Firzan! Aku berhak pecat sesiapa sahaja! Lebih-lebih lagi orang yang dah ganggu tunang aku!”

Terus muka Encik Zaini berubah jadi kelat. Dia menelan air liurnya yang terasa kesat. Dia memikirkan nasib anaknya dan isterinya jika dia dipecat. Siapa yang mahu menanggung mereka sekeluarga nanti? Kalau dia dipecat, sudah tentu syarikat lain tidak akan memberi dia kerja.

“Saya minta maaf Tengku. Saya janji saya takkan menganggu Cik Zara dan Tengku lagi. Cuma yang saya minta, janganlah pecat saya Tengku. Siapa yng nak tanggung keluarga saya kalau saya dipecat Tengku?” Rayu Encik Zaini.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Encik Zaini. Siapa yang akan tanggung mereka jika orang tua gatal itu dipecat? Tengku Eizril merenung Encik Zaini yang berada di hadapannya yang melutut itu.

“Baiklah. Oleh disebabkan aku kasihankan isteri dan anak-anak kau, aku takkan pecat kau.” Tengku Eizril menarik nafas panjang. Elyssa Zara hanya merenung muka Tengku Eizril. Belum pernah dia melihat Tengku Eizril marah sebegini selain daripada hari yang dia meminta putus daripada lelaki tersebut! Elyss! Berhenti! Jangan ingat perkara yang dah lalu… Semuanya dah tidak penting…

Tengku Eizril terus menarik tangan Elyssa Zara dengan kasar sekali. Mereka terus keluar daripada bilik Encik Zaini. Tengku Eizril menolak tubuh Elyssa Zara masuk ke dalam kereta. Pintu kereta dihempas. Elyssa Zara menangis, tubuhnya mengigil apabila teringat tentang peristiwa yang tadi. Mujur ada Tngku Eizril yang datang menyelamatkan dia, jika tidak, memang musnahlah hidup dia. Tidak sanggup rasanya untuk memikirkan apa yang akan berlaku kepadanya jika Tengku Eiril tidak datang menyelamatkan dia daripada orang tua miang itu.

Kereta BMW 6 series Coupe dipecut meninggalkan tapak pembinaan. Tengku Eizril langsung tidak menoleh ke arah Elyssa Zara. Dia tahu yang Elyssa Zara sedang menangis teresak-esak namun dia mengendahkannya. Sebenarnya, dia takut akan timbul rasa kasihan di hatinya apabila melihat Elyssa Zara menangis. Apabila melihat Elyssa Zara menangis, terasa lemah tubuh badannya. Dia tidak sanggup melihat Elyssa Zara menangis namun, setelah apa yang dibuat oleh Elyssa Zara kepadanya, dia berasa senang melihat Elyssa Zara.

Deras air mata Elyssa Zara mengalir. Dia cuba untuk tidak menangis. Dia sedih melihat perlakuan Tengku Eizril. Langsung tidak mengendahkannya.Namun,apabila difikirkan kembali, memang patut pun Tengku Eizril mengendahkannya kerana sikapnya empat tahun lepas. Dia yang meninggalkan Tengku Eizril! Namun, semuanya bersebab! Bukan senang untuk dia meninggalkan Tengku Eizril, namun siapakah dia untuk melawan ibu Tengku Eizril, Tengku Qistina? Biarlah masa menentukannya. Kalau ada jodoh di antara dia dan Tengku Eizril, mereka pasti akan bersama.
Akhirnya  Tengku Eizril kalah jua. Tengku Eizril memandang Elyssa Zara di sebelahnya yang sedang menangis teresak-esak sehingga bahunya terhenjut-henjut. Terbit rasa kasihan terhadap gadis yang selalu berada di fikirannya itu. Sehingga sekarang, dia masih sayangkan gadis tersebut. Elyssa Zara ialah gadis pertama dan terakhir yang dicintainya cuma egonya setinggi gunung Everest. Kereta Tengku Eizril berhenti di bahu jalan. Dia menarik Elyssa Zara ke arahnya. Dipegang dahu Elyssa Zara lalu dikesat lembut air mata di pipi Elyssa Zara menggunakan jari telunjuknya. Elyssa Zara tergamam dengan reaksi Tengku Eizril. Elyssa Zara cuba menahan daripada menangis di hadapan Tengku Eizril namun gagal. Tiba-tiba, Tengku Eizril terus menarik Elyssa Zara ke dalam dakapannya suapaya gadis itu lebih tenang. Diusap belakang Elyssa Zara perlahan. Sudah lama dia tidak mendakap gadis ini. Terasa semua rindu terhadap gadis tersebut terus hilang apabila dia mendakap Elyssa Zara.

“Everything is alright now. You’re safe with me, Elyss.” Lembut suara Tengku Eizril memasuki ke dalam telinga Elyssa Zara.

Memang sejak dari dulu, Elyssa Zara berasa selamat di dalam dakapan Tengku Eizril. Terasa hangat dan selesa sekali di dalam dakapan lelaki tersebut. Tiba-tiba, Elyssa Zara tersentak. Dia dan Tengku Eizril tidak sepatutnya berada di dalam keadaan sebegini. Mereka bukan muhrim! Elyssa Zara terus menolak perlahan tubuh tegap Tengku Eizril. Tengku Eizril terasa begaikan ada tangan yang menolak tubuhnya lalu terus dilepaskan tubuh Elyssa Zara apabila menyedari bahawa tangan tersebut milik gadis tersebut. Tengku Eizril berdehem. Dia memandang wajah merah Elyssa Zara menahan malu.

“Feeling better?”

Elyssa Zara hanya mengangguk. Dia tidak mampu memandang wajah kacak Tengku Eizril kerana dia berasa sungguh malu kerana membiarkan sahaja Tengku Eizril memeluknya. Tengku Eizril Fiqrash terus memandu pulang ke pejabat. Dan seperti biasa, suasana di dalam kereta sunyi…

Akhirnya, sampai juga mereka di pejabat. Elyssa Zara terus keluar dari kereta Tengku Eizril lalu masuk ke ruangan lobi. Tidak betah dia duduk di dalam kereta berdua-duan dengan Tengku Eizril.

Elyssa Zara tergesa-gesa  masuk ke ruangan pejabatnya lalu baring di atas sofa di dalam biliknya. Pintu biliknya diketuk dari luar. Natasya memandang kawannya hairan.

“Kenapa kau lain macam saja? Kau okay ke?”

Natasya rupanya. Ingatkan siapa tadi. “Laa kau ke Sya? Aku ingatkan siapa tadi. Aku cuma penat je. Kau tahu je laa macam mana site. Panas.”

Natasya mengangguk. Dia tahu yang Elyssa Zara tidak suka ke tapak pembinaan kerana tidak betah dengan sinaran matahatari yang terik. “Aku faham perasaan kau. Aku ingatkan kau pergi dengan Harith. Tapi tadi, aku tengok Harith ada dalam bilik dia.”

Nak beritahu Natasya atau pun tidak? “Err, aku pergi  sorang je tadi. Penat seyh.. Harith ada kerja.”

Ni mesti kes goreng ni.. Natasya memandang tajam wajah Elyssa Zara. Elyssa Zara pura-pura sibuk memandang sofanya kerana tidak mahu betentangan mata dengan kawannya. Jika dia betentangan mata, sudah tentu Natasya tahu yang dia berbohong.

“Owh ye ke? Kenapa Harith tanya aku tadi kau ada dekat mana? Kau kelentong aku ek? Sekarang cakap dekat aku, kau pergi dengan siapa?”

Kantoi. Elyssa Zara tersengih memandang kawan baiknya. Kenapalah malang sangat hari ini? “ Aku pergi dengan Tengku Eizril. Dia suruh aku pergi dengan dia.”

“Owh. Kau pergi dengan mamat hensem ey? Sampai hati kau tak cakap dengan aku ek?”

“Alaa, sorry lah. Aku kalau boleh tak nak orang tahu aku pergi dengan dia. Mana pernah orang pergi dengan dia? Tiba-tiba, aku pulak. Tapi kira bagus jugak sebenarnya. Lepas ni, aku tak payah jumpa dengan orang tua gatal Si Zaini tu.”

Natasya tergelak mendengar jawapan kawannya itu. “Kira bagus apa? Kau jadi orang pertama yang pergi site dengan dia? Bangga laa sikit weyh… Kau ni.. langsung tidak bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi dekat kau. Ramai tau nak pergi site dengan dia. Tapi kenapa kau tak payah jumpa dengan Si Zaini tu?”

“Aku penatlah Sya.. Nanti laa aku story mory dekat kau okay? Sekarang ni baik kau pergi buat kerja dekat luar tu sebelum mamat hensem tu datang.. Hish! Hensem? Geli tekak aku tahu tak?”

Natasya menghormati keputusan Elyssa Zara. Barangkali temannya itu penat. “Okay. Balik rumah kau kena story mory dengan aku okay? Kalau tak, siap kau! Nak kata kau rabun, rasanya tak, nak kata kau buta, jauh sekali. Orang yang hesem tahap gaban macam Tengku Eizril tu kau kata tak hensem? Sah kau kena jumpa dengan doctor, check mata kau dah tak berapa nak betul tu.”

“Sesedap mulut kau je mengutuk aku! Mangkuk ayun! Bukan aku yang kena jumpa doktor,  tapi kau dengan semua perempuan dekat syarikat ni. Mata korang dah tak betul, okay? Aku normal tahu? Pergilah buat kerja sebelum Harith lalu. Kau tahu saja lah Harith macam mana kalau mood dia tak berapa baik.”

“Yalah-yalah. Aku tahu.” Dia terus melangkah keluar. Malas mahu mengacau Elyssa Zara.

Pintu biliknya diketuk lagi. Apa lagi Si Sya ni nak agaknya?

“Sya, kau nak apa lagi? Aku banyak kerja laa.” Kata Elyssa Zara apabila mendengar tapak kasut seseorang berjalan ke arahnya. Dia langsung tidak mengalihkan mukanya daripada computer ribanya. Asyik sangat menyiapkan kerja.

“Sorry.  Saya ganggu awak ke?”

Elyssa Zara terus mengangkat mukanya.  Tengku Emir Zafran melemparkan senyuman ke arahnya.

“Eh, tak adalah. Have a seat. What brings you here?”

“Ni saya nak bincang tentang projek kita dekat Alamanda.”

“Owh okay. Kenapa dengan projek tu? Bukan sepatutnya Harith ke yang handle?”

“Saya tak tahu. Harith cakap awak yang handle. Macam ni projek tu.. bla.. bla.”

Tengku Eizril Fiqrash berjalan menuju bilik Elyssa Zara. Ingin melihat keadaan gadis tersebut. Baru sahaja dia ingin membuka pintu bilik tersebut, dia tersengar gelak ketawa Elyssa Zara dan juga seorang lelaki. Dia mengetap bibir menahan marah.

Apa kes ni Eiz? Balik-balik kau yang kena? Kau cemburu? Kau kata kau takde perasaan dekat Elyss kata satu suara hatinya.

Mana ada aku cemburu… Cuma aku tak suak kalau orang tak buat kerja masa waktu kerja. Bermesra pulak .. sangkal otaknya.

Ya ke Eiz? Atau kau cemburu? Kau masih sayangkan lagio Elyss kau tu. Buktinya kau cemburu dia bergelak ketawa dengan orang lain padahal kau tahu yang Elyss bukan jenis yang suka makan gaji buta. Kata hatinya lagi.

‘Elyss, what kind of charm did you use? Sampaikan aku masih sukakan kau sampai sekarang?’ desis hatinya.

6 comments:

Hikari Hidayah said...

lama taw i tunggu u update.... akhirnya dapat juga... hehe.. update slalu k...

belle.talib said...

i like!!!
:D

Miss Halloween said...

hahaha. memang lama pun tak update. sibuk dgn manuskrip. so takde mse nak update blog. okay.. akn try update slalu tapi tak promise... glad you like it....

Anonymous said...

update sllu ye..sudah hampir terlupa dgn cite ni..huhuhu

Anonymous said...

akhirnye...ada gak new n3...hehehhe..best..best...nk lg..nk lg..:D

-yayo

ayang007 said...

nak lagi....selalu lah update citer nie.. jalan citer yang menarik...TAHNIAH...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!