Followers

Friday, November 25, 2011

Bila hati bagi green light...4


Harith Imran memandang Tengku Eizril yang berjalan ke hulur hilir di dalam biliknya. Hajatnya untuk berbincang dengan Tengku Eizril tentang projek mereka di Putrajaya. Apa kena dengan kawan baiknya? Hanya seorang sahaja yang boleh membuat Tengku Eizril resah begini. Jawapannya ialah…..

ELYSSA ZARA…

Belum pernah dia melihat Tengku Eizril begini semenjak Tengku Eizril dan Elyssa Zara berpisah. Sejak dari kecil, dia dan Tengku Eizril memang rapat. Jadi, semua masalah yang Tengku Eizril hadapi, akan diceritakan kepadanya. Jadi, tidak mustahillah dia tahu yang Tengku Eizril dan Elyssa Zara pernah menjadi sepasang kekasih. Dia terus mengetuk perlahan bilik kawan baiknya itu.

“Oit, asal kau ke hulur hilir macam orang hilang anak? Setahu aku, kau belum ada anak lagi.” Dilabuhkan punggung di sofa mewah Tengku Eizril.

“Wei! Terkejut aku. Kau ni…” Tengku Eizril mengurut dada perlahan. “Aku.. saja je jalan macam ni. Lama tak exercise. Sibuk jelah. Kau nak apa?” Bohong Tengku Eizril. Takkanlah dia nak beritahu kepada Harith Imran yang dia tengah resah kerana Elyssa Zara? Padahal dulu, mati-matian dia menafikan kata-kata Harith Imran bahawa dia mencintai Elyssa Zara. Dari dulu sampai sekarang, perasaannya langsung tidak berubah. Tiada perempuan yang boleh membuat dia resah sebegini sperti Elyssa Zara. Dia tersengih memandang Harith Imran. Dia terus duduk di hadapan kawannya sambil meriba laptopnya. Laptop di on kan.

“Ah…. Kau jangan nak kelentongkan aku laa Zril. Aku dah kenal kau lama. Kalau kau resah macam ni, penyebab dia satu je. ELYSSA ZARA! Asal? Kau cemburu tengok dia dengan Emir ke? Aku yakin yang kau Nampak diaorang dalam bilik Elyssa kan?” Tembak Harith Imran. Dia benar-benar yakin yang Tengku Eizril resah kerana Elyssa Zara.

Dan…. Tekaan Harith Imran mengena!

“Mana ada. Kau ni. Asal aku resah je kau cakap Elyss yang penyebabnya. Aku resah pasal benda lain laa.” Tengku Eizril masih tidak mahu mengaku.

Harith Imran merenung Tengku Eizril. Tengku Eizril pura-pura memandang laptopnya. Tanpa dia sedar, dia telah membuka folder gambar-gambar kenangannya bersama Elyssa Zara. Dia merenung gambar Elyssa Zara. Dia rindu untuk menatap  sepasang lesung pipit yang cantik terbentuk apabila Elyssa Zara ketawa. Rindu untuk melihat muka merah Elyssa Zara apabila dia mengatakan I love you. Sah, dia memang kemaruk dengan Elyssa Zara. Tengku Eizril tersenyum sendirian.

Sudah berkali-kali Harith Imran memanggil Tengku Eizril namun tiada respon. Apa yang syok sangat tengok laptop? Harith Imran terus bergerak ke belakang Tengku Eizril untuk melihat apa yang ada di skrin laptop kawannya itu. Matanya membulat memandang wajah yang menghiasi skrin laptop kawannya itu. Dia tersengih sendirian. Sah, kawannya memang angau dengan Elyssa Zara! Ada hati nak kelentong aku konon! Porah!

“Zril, kau sayang Elyss ke? Kau cintakan dia?” Dibisikkan perlahan ke telinga kawan baiknya itu.

“Sayang sangat. Cinta pun ada.” Tanpa sedar, Tengku Eizril membalas. Terus Harith Imran ketawa terbahak-bahak. Wow! Siap mengaku! Tengku Eizril terus tersedar daripada lamunannya apabila mendengar Harith Imran ketawa. Terus ditutup laptopnya ditutup. Gila apa kawannya ketawa kuat-kuat? Sudahlah ketawa terbahak-bahak, ketawa pulak di telinga aku. Bingit !!!

“Kau ni kenapa? Tergelak macam orang gila meroyan? Dahlah gelak, gelak dekat telinga aku pulak! Hantu mana sampuk kau ni! Bingit telinga aku tahu tak!”Marah Tengku Eizril. Namun, Harith Imran masih ketawa, malah lebih kuat daripada tadi. Dia tidak mengambil peduli tentang Tengku Eizril.

“Sayang sangat. Cinta pun ada. HAHAHAHA! Kau cakap bukan pasal Elyssa konon! Porah! Siap tengok gambar Elyssa lagi! Kau tenung macam dia ada depan kau! Dahlah Zril, kau tak payah nak kelentong aku! Kau masih sayangkan dia! Kau tak pernah lupa dia Kau sayangkan dia kan? Aku nak dengar kau mengaku dalam keadaaan sedar!”

Terus muka Tengku Eizril merah. Macam manalah dia boleh mengaku? Aduyai….

“Yes! Aku tak pernah lupakan dia, tak pernah tak sayangkan dia! Aku still saying, cintakan dia, sama macam dulu! Puas hati kau?”

“Dan akhirnya kau mengaku jugak! Kalau kau tak mengaku tadi, aku akan cakap dekat Elyssa yang kau still sayangkan dia. See? Kan aku dah kata? Kau takkan dapat lupa dia! Aku rasa dia adalah cinta pertama dan terakhir kau. Tengok sahajalah gaya kau, setelah empat tahun, kau masih sayangkan dia. Tapi, persoalannya sekarang, adakah dia masih cintakan kau sama macam kau cintakan dia???”

Terus Tengku Eizril memandang kawan baiknya.

“Entah. Aku tak tahu, tapi dari mata dia, aku rasa perasaan dia terhadap aku tetap sama macam dulu. Sebenarnya, Harith… Aku rasa macam apa yang mama cakap tu, semuanya macam bohong. Dari dulu aku rasa macam ni tapi tindakan Elyss tinggalkan aku membuat aku percaya apa yang dikatakan  oleh mama. Aku percayakan dia. Kau rasa macam mana?”

“Since kau dah cakap macam ni, aku rasa, betul apa yang kau rasa. Cuba kau fikir balik, Elyss mata duitan? Kau tak rasa macam mustahil ke? Dia mana pernah minta duit atau barang daripada kau? Kau je yang memandai bagi dekat dia. Plus, cuba kau tengok telefon apa yang dia pakai dulu, Iphone kan? Bukan calang-calang orang dapat guna phone tu? Dari pakaian dia semua… aku rasa macam dia anak orang kaya tapi Elyss tak suka cakap pasal family dia kan? Kenapa? Sebab dia kata family dia tak sempurna. Sempurna dari segi apa, aku tak tahu.”

Tengku Eizril mengangguk. Memang betul apa yang dikatakan oleh Harith Imran. Dari segi pemakaian, Elyssa Zara memang simple sahaja gayanya. Sungguh simple gayanya, sampaikan orang tidak perasaan yang dia mengunakan baju yang jenamanya agak terkenal. Itupun dia tahu setelah dia melihat secara tidak sengaja jenama yang dipakai Elyssa Zara.

“Aku rasa macam tu juga. Aku akan siasat perkara ni.”

“Satu lagi aku nak cakap dekat kau..”

“Apa?”

“Kalau nak merebut hati Elyssa balik, kau kena cepat sebab kau ada pesaing. Tengku Emir Zafran… aku dapat rasakan dia sukakan Elyssa.”

“Tak payah kau cakap, aku pun tahu. Let the best man win! Aku ada rancangan macam mana nak buat Elyss dekat dengan aku. Kau tunggu je.”

++++++++++++++

Elyssa Zara melangkah laju menuju bilik Tengku Eizril. Gaya macam tak sabar nak sembur orang. Merah mukanya membaca surat yang diberi kepadanya pagi tadi. Baru semalam dia bertekad tidak mahu bersua muka dengan lelaki itu namun hari dia terpaksa. Semata-mata kerana surat yang berada di tangannya sekarang. Bengang betul dengan sikap Tengku Eziril! Mentang-mentanglah syarikat ni bapak dia punya! Tunjuk kuasa pulak! Jangan harap aku tunduk dengan perintah dia! Betul-betul melampau!

Tanpa mengetuk pintu bilik itu, Elyssa Zara terus masuk ke dalam bilik Tengku Eizril. Tengku Eizril hanya berlagak tenang. Seperti yang dia jangka, Elyssa Zara akan masuk ke dalam biliknya awal pagi. Tidak sia-sia dia datang ke pejabat awal daripada biasa hari ini. Ah…. Muka merah menahan marah…. Baru hari ni aku boleh tengok.

“Ya? Ada apa-apa awak jumpa saya hari ni?” Mukanya lagak tidak tahu menahu tentang surat yang berada di tangan Elyssa Zara. Memang sengaja menempah bala!

“Apa? Awak jangan buat tak tahu ea? Ni apa ni?” Dia menunjuk surat di tangannya lalu diletakkan di hadapan Tengku Eizril. Diikutkan hati, mahu sahaja dia melemparkan surat tersebut ke muka Tengku Eizril, biar kena hidung mancung dia tu! Baru puas hatinya namun apabila difikirkan kembali, tidak wajar rasanya dia melakukan sebegitu. Daripada Tengku Eizril Berjaya dipujuk, terus tidak boleh dipujuk!

 “Awak ni memang melampau! Awak tahu tak? Mana boleh arkitek jadi setiausaha? Awak dah buang tebiat ek? Atau otak awak tu, fius dia dah terputus? Demam ke? Memang tidak munasabah! Saya tak nak jadi setiausaha awak! Mentang-mentanglah syarikat ni bapak awak punya, awak ingat awak boleh buat sesuka hati awak? Hah? Hish! Bukan otak Encik Zaini si gatal miang tu biul, awak pun sama biul jugak! Hmph!” Sambung Elyssa Zara. Dia memang benci kalau Tengku Eizril jadi tak betul! Tengku Eizril akan jadi tak betul kalau dia tidak puas hati.

“Boleh… Apasal tak bolehnya? Dah syarikat papa saya, bolehlah saya pilih setiausaha saya sendiri biarpun orang yang saya pilih tu ada jawatan dia sendiri dalam syarikat ni. Awak jadi setiausaha saya dan kerja awak sekarang tu, awak jangan risau. Kan ada Harith? Harith boleh take care. Tak pun awak jadi dua-dua sekali. Untung saya. Ada setiausaha yang merupakan arkitek!” Dia tersenyum puas apabila Elyssa Zara menarik muncung. Masih tidak berubah.

“Kan awak benci tengok saya? Kenapa awak ambik saya jadi setiausaha awak? Kenapa tak ambik Harith je jadi setiausaha awak? Kan senang? Awak kan kawan baik?”

“Sebab saya benci laa saya ambik awak jadi setiausaha saya. Boleh saya dera awak cukup-cukup. Awak takde pilihan. Awak kena juga jadi setiausaha saya!” Amboi, sedapnya bagi jawapan.

“Awak ni memang pelik, awak tahu tak? Orang, kalau benci, dia tak suka tengok muka orang tu tapi kes awak ni, lain sikit. Lagi awak benci, lagi awak suka tengok muka dia. Habis? Macam mana pulak dengan orang yang awak suka? Awak tak tengok muka dia ke? Pandai pulak awak guna saya, awak. Dulu, bukan main aku.. kau..”

“Eh, saya memang pandai. Dah awak cakap guna saya, awak, takkanlah saya nak guna aku.. kau. Kasar pulak. Pendek kata, ALLAH dah buka fikiran saya supaya panggil Elyss awak, bukan kau lagi. Atau awak nak saya tukar panggilan macam dulu? Saya tak kisah. Owh yeah, saya pelik-pelik pun, siapa kisah? Janji ada orang sayang. Terutamanya orang dekat depan ni. I can see through your eyes Elyss. You still love me…”

“HA…HA…HA ! Lawaknya! Tolong sikit. Siapa sayangkan awak? Malam sikit! You creep me out! Awak ni hish! Tolonglah jadi the old Eizril cause I don’t like this Eizril. Terlalu baik… Macam ada maksud yang tersirat. Saya rela lagi berdepan dengan Eizril yang mulut pedas tu at least dia tak macam awak, mulut manis. Antara orang mulut pedas dan mulut manis, orang mulut pedas lebih dipercayai tau!” Panjang lebar pulak jawapan yang diberikan oleh Elyssa Zara.

“Amboi, sikit yang saya ulas, panjang jawapan awak ek? Owh, macam tu. Orang mulut manis jahat ek? Okay-okay. Takpe. Nanti kalau ada mood, Eizril mulut jahat akan kembali, okay? Jangan risau! So, still in to be my secretary?” Lembut sahaja pandangan Tengku Eizril.

OH NO! HE’S BACK! MY EIZRIL IS BACK!!!

2 comments:

Anonymous said...

huhuhu...n3 baru...next..next..!!!

-yayo

Miss Halloween said...

aa ah. bru ada masa nk buat etri bru. hehe. thanks for the comment yayo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!