Followers

Monday, June 6, 2011

Ceo vs Doktor 26



Sharifah Elisya tekun memeriksa fail pesakit-pesakitnya. Tangan kanannya ligat menyelak kertas yang ada di dalam fail manakala tangan kirinya sibuk pula memusing pen.Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk. Sharifah Elisya mengangkat wajahnya untuk melihat siapa gerangan manusia yang mengetuk pintu biliknya. Mata Sharifah Elisya membulat tanda terkejut melihat gerangan orang yang masuk ke dalam biliknya.

"Hye Doc!" sapa orang yang memasuki bilik Sharifah Elisya.

"Hye.. Syed Ariq right? Papa Juliana?" tanya Sharifah Elisya.

"Not papa but uncle.. Haha." balas Syed Ariq.

"What brings you here?" tanya Sharifah Elisya.

'Apahal pulak Si Ariq ni nak datang kat hospital? Aku cari Juliana tak de pun?' desis hati Sharifah Elisya.

"What brings me here? Hmm saya datang ni sebab nak tanya tentang Juliana. Lately ni dia selalu kena attack. Mama dengan papa dia nak bawa dia ke hospital tapi dia tak nak. Kitaorang cuba umpan dia kata nak bawa dia jumpa Dr. Elisya sendiri dekat hospital tapi dia tak nak. Dia lately ni jadi takut nak pergi hospital. Saya sendiri tak boleh kesan sebab apa dia tak nak ke hospital. So, boleh Dr jumpa Juliana dekat rumah saya? Juliana tak nak Dr lain yang check dia.. Even her private doctor... So, what do you say?" Terang Syed Ariq panjang.

"Juliana selalu kena attack? Erm maybe persekitaran dia tak bersih. Sebab tu dia selalu kena attack. Plus, dia tidur guna air-cond ke? Kalau ya, boleh suruh dia guna kipas saja. Lagi, dia minum air yang sejuk ke? I mean air yang ada ais."

"Maybe.. maybe not. Boleh doktor sendiri yang check dia? After all, you kan dia punya doktor?"

"Sure, why not? Tapi hari ni jadual saya full. Maybe esok saya boleh check ataupun Encik Ariq sendiri boleh bawa dia ke hospital? I'll talk to her if she don't want to go."

"I tried that a thosand times doc but she still don't want to go. I think you should go to our house. No need to be worried cause everyone is there. My parents, siblings and of course Juliana's parents there." balas Syed Ariq.

"Okay then. If you say that way.. Esok jadual saya lapang sikit. Maybe petang saya datang rumah Encik Ariq untuk check Juliana. Just give me your address and we meet there. Is that okay for you?"

"Yeah. Thank you a lot doc. Okay, this is my card and my address. Call first is you want to come to check Juliana."

"Sure and this is my card."

"Thank you. Well, dah dekat lunch ni, how bout you grab lunch with me?"

"I'll pass. Saya ada meeting dengan para doktor sekejap lagi. So, saya rasa saya grab lunch pun sekejap je."

"It's okay.We can eat at the cafeteria?"

'Hish laki ni! Tak berputus asa lagi ke?'keluh hati Sharifah Elisya.

"Okay ke makan dekat cafe je?"

"I don't mind at all. Let's go?"

"Yeah.. Sure."balas Sharifah Elisya.

+++++++++++

Syed Farish sudah tiba di hospital Sharifah Elisya bertugas. Syed Farish tersenyum riang. Orang nak makan lunch dengan bini laa katakan. Macam dia seorang saja yang ada bini. Syed Farish berjalan ke kaunter.

"Hello. Boleh saya jumpa dengan Dr. Sharifah Elisya?" tanya Syed Farish kepada jurarawat yang bertugas di kaunter tersebut.
Jurarawat yang bertugas di kaunter tersebut mendongakkan muka melihat wajah kacak Syed Farish. Dia tersenyum sendirian.

'Handsomenya! Dah lah putih. Ada can aku nak mengorat ni!' desis hati Farisya.

Syed Farish sudah pelik dengan kelakuan jururawat yang bernama Farisya di depannya. Asyik tersenyum terhadapnya.

'Aku tanya soalan tak nak jawab! YAng tersengih lagi tadi tu kenapa? Hish!'rengus hati Syed Farish.

"Dr. Elisya? Sekarang dia off laa encik. Dia pergi lunch."

"Lunch? Boleh saya tahu dekat mana dia lunch?"

'Aik? Tak putus asa lagi nak tanya pasal Dr. Elisya? Aku tahu lah Dr. Elisya tu cantik. Kenapa kalau orang tanya aku, mesti cari Dr. Elisya? Tadi ada mamat handsome jugak tanya aku pasal Dr. Elisya. Dah tak ada orang lain ke nak cari? Asyik-asyik Dr Elisya!' rengus hati Farisya.

"Dia ada kat Cafeteria kut. Dia selalu lunch kat situ."

"Ya ke? Okay thanks." kata Syed Farish lalu melangkah ke arah Cafeteria untuk mencari isterinya. Laju sekali langkahnya.

'Hish! Tak ada chance aku nak mengorat dia!' desis hati Farisya lalu menyambung kembali tugasnya.

Syed Farish sudah tiba di cafeteria. Matanya melilau mencari isterinya. Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah gadis yang memakai baju kurung berwarna pink dan juga memakai tudung shawl bewarna putih. Dia kenal sekali gadis itu. Gadis itu sedang bergelak ketawa bersama seorang lelaki. Dia tidak mengenali lelaki tersebut. Syed Farish berasa geram melihat isterinya bergelak ketawa dengan lelaki lain! Ya! Memang diakui dia cemburu! Cemburu melihat isterinya bersama lelaki lain selain dirinya!

Syed Farish hairan mengapa dia mempunyai perasaan cemburu. Padahal dia tidak mencintai isterinya. Ya! Dia memang pasti dia tidak mencintai isterinya tetapi mengapakah dia berasa cemburu? Dia tidak pasti tentang itu.

Akhirnya, Syed Farish mengambil keputusan untuk pulang saja. Daripada dia duduk di situ dan melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain. Seleranya sudah mati. Sekarang, dia hanya ingin pulang pejabat untuk menyiapkan tugasnya. Dia ada mesyuarat dengan client sebentar nanti. Dia sanggup ke hospital semata-mata untuk makan dengan isterinya walaupun syarikatnya dan juga hospital isterinya bertugas agak sedikit jauh. Dia berasa bahawa semua yang dia buat hanya sia-sia kerana dia hanya sakit hati apabila dia tiba di hospital tersebut.

Selepas 20 minit pemanduan, akhirnya Syed Farish tiba jua di syarikatnya. Dia melangkah ke arah lif untuk ke tingkat 20. Syed Farish masuk ke dalam biliknya dengan berwajah masam. Semua orang hairan dengan kelakuan ketuanya.

"Kenapa dengan bos kau tu?" tanya Shilla kepada Wani, pembantu Syed Farish.

"Entah. Angin dia tak betul agaknya." jawab Wani.

"Hish! Seram aku tengok. Tak pernah lagi dia macam tu." balas Shilla.

"Siapa yang buat awak seram?" sampuk seseorang.

"Eh, Encik Danish ni. Terkejut saya. Best friend Encik Danish laa. Siapa lagi? Muka dia menyeramkan." kata Shilla.

"Farish? Menyeramkan?" kata Syed Danish sendirian.

"Apa Encik Danish?" tanya Wani.

"Tak ada apa-apa lah. Awak proceed buat kerja. Saya nak tengok bos awak sekejap." kata Syed Danish lalu mengangkat kaki ke bilik Syed Farish.

+++++++

Sharifah Elisya berjalan menuju ke biliknya. Dia barus sahaja selesai mesyuarat dengan para pediatrik. Mindanya ligat memikirkan tentang penyakit Aiman. Semakin hari semakin serius penyakit Aiman. Dan sudah semestinya dia risau. Aiman adalah salah satu daripada pesakit kesayangannya. Aiman menghidap penyakit jantung berlubang. Sedang dia asyik memikirkan tentang penyakit Aiman, seseorang menepuk bahunya. Sharifah Elisya memalingkan mukanya.

"Ya Farisya, ada apa-apa ke?" tanya Sharifah ELisya.

"Tadi, ada orang nak jumpa Doc tadi masa lunch. Dr. Elisya ada jumpa ke dengan orang tersebut?"

Sharifah Elisya hairan. Setahunya tiada orang pun yang berjumpa dengannya selain Syed Ariq, itupun Syed Ariq datang berjumpanya sebelum lunch. Mindannya ligat memikirkan siapa gerangan orang yang ingin berjumpa dengannya. Agaknya siapa ya?

"Saya rasa tiada orang pun yang berjumpa dengan saya masa lunch, setahu saya lah. Ada dia cakap nama dia? Orangnya macam mana? Lelaki atau perempuan?"

"Lelaki. Orangnya handsome! Saya tak pernah jumpa orang lelaki sehandsome dia! Muka dia macam mixed je. Macam doc laa. Mata dia hazel. Rambut dia pacak. Muka bersih. Tak ada jerawat pun. Dia pakai suit Dolce & Gabbana warana biru gelap." balas Farisya.

Sharifah Elisya tersentak. Rasanya dia tahu siapa gerangan orang yang ingin berjumpa dengannya itu. Semuanya yang diperkatakan Farisya itu padan sangat dengan orang yang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan Syed Farish Daniel, suaminya sendiri. Tapi satu je pandangan Farisya yang kurang tepat. Handsome? Handsome ke suaminya itu? Betul ke Farisya tidak pernah jumpa orang sehandsome Farish?

"Dr?"tegur Farisya. Dia pelik dengan sikap Dr. Elisya. Mengelamun semasa dia tengah bercakap. Setahu dia, Dr. Elisya seorang yang sangat fokus.

"Erm okay. Terima kasih Farisya sebab beritahu saya. Saya rasa saya tahu siapa yang nak jumpa dengan saya tu. Tapi satu je saya nak tanya."

"Apa dia doc?" tanya Farisya.

"Macam mana awak tahu suit yang dia pakai tu Dolce & Gabbana punya suit?"

"Hah? Saya rasa je doc. Lagipun dia nampak macam orang kaya. Saya ingat dia orang putih. Kalau dia tak cakap melayu dengan saya, sudah tentu saya ingat dia orang putih. Ada juga orang melayu muka macam tu ya?"

"Hish melalut awak ni! Dah lah saya nak pergi balik bilik saya. Ada banyak lagi kerja yang saya nak buat." kata Sharifah Elisya lalu beredar dari situ.

"Okay Doc. See you." kata Farisya lalu menuju ke arah wad kanak-kanak. Sudah tiba masanya untuk memberi kanak-kanak makan ubat.

Sharifah Elisya masih tekun membuat kerja. Tiba-tiba telefon Blackberrynya berbunyi, minta untuk diangkat.

"Hello?"Sapa Sharifah Elisya.

"Hello, saya dah ada kat bawah. Cepat turun." kata Syed Farish dengan tegas sekali lalu menamatkan panggilan.

Sharifah Elisya terkejut. Tidak pernah sekali pun Syed Farish serius begitu dengannya. Selalunya Syed Farish akan memanggilnya sayang tetapi lain pula hari ini. Mungkin hari ini suaminya ada masalah kut. Sharifah Elisya segera mengemas fail-fail pesakitnya yang berselerak di atas mejanya. Segera diamabil beg tangannya di dalam laci.
Diambil juga beg yang mengandungi barang-barang kerjanya. Sharifah Elisya memasukkan stethoscope dan juga kotnya di dalam begnya. Dimaklumkan juga kepada jururawat yang bertugas bahawa dia ingin pulang. Sharifah Elisya segera menuju ke arah lif.
Dia tidak mahu membuat Syed Farish tunggu lama memandangkan angin suaminya tidak betul.


Sharifah Elisya segera masuk ke dalam Audi R8 suaminya dengan senyuman yang paling manis sekali buat suaminya. Namun, senyuman manisnya dibalas dengan jelingan yang tajam. Sharifah Elisya tersentak lalu hanya mendiamkan diri. Sharifah Elisya menghulurkan tangannnya untuk menyalami tangan suaminya namun Syed Farish mebuat acuh tak acuh saja. Tiada lagi kucupan di dahinya. Memang itu rutin wajib bagi suami isteri ini namun tidak pada hari ini.


Syed Farish tenang memandu. Hatinya masih lagi sakit. Sakit kerana kejadian tengah hari tadi. Dia tidak menoleh langsung ke arah isterinya. Sharifah Elisya pula sekali sekala menoleh ke arah suaminya. Dia pelik dengan kelakuan suaminya. Dingin semacam saja. Apa salahnya? Akhirnya, Sharifah Elisya mengambil keputusan untuk bertanya kepada suaminya.


"Ayish..." perlahan sekali Sharifah Elisya memanggil Syed Farish. Walapun perlahan, Syed Farish masih boleh lagi mendengarnya dengan jelas kerana suasana di dalam kereta itu sunyi.

"Apa?" dingin sekali Syed Farish membalas.

"Ayish ada tak pergi hospital Isya hari ni masa lunch? Ada satu nurse tu cakap kat Isya yang ada orang nak jumpa dengan Isya. Melalui penerangan dia tentang orang yang nak jumpa dengan Isya tu, Isya rasa Ayish yang nak jumpa dengan Isya. Betul ke?" Lembut sekali Sharifah Elisya bertanya kepada suaminya.

"What makes you so sure that the person is me?" Masih lagi dengan suara tegasnya Syed Farish menjawab pertanyaan suaminya.

"Sebab dia cakap orang tu pakai suit warna biru, muka mixed, putih, rambut pacak... Sebab tu Isya ingat Ayish."


"Kenapa sekarang baru nak tanya? Lupa nak tanya masa lunch ke sebab dah jumpa dengan lelaki lain yang muka handsome?" herdik Syed Farish sambil menoleh ke arah isterinya.

Sharifah Elisya terkejut. Terkejut dengan herdikan suaminya. Takkan sebab tu je dia nak marah? So what kalau aku makan dengan lelaki lain? Atau dia cemburu? Cemburu? Ah! Tak mungkin!

17 comments:

aya said...

wa..cian kt isya!!

miss_BZbody said...

huhuhu, cian isya, tapikan kenape dgn ayish tu. nak merajuk ke.... lelaki merajuk boleyh jugak intresting gitu, juz giving come ideas , all the best ! gud luck too.

Unknown said...

Alaaa,
asyik Farish je yg cemburu..
Buat lah si Isya yg cmburu,
kn best!!!

yuna said...

bila laa ayish nk prasan yg dia sbnrnya sukakn isya..begi2 juga dgn sebaliknya..haih!!isya2..ayish2

Mahxiauwen said...

Mcm mana yea Isya pujuk Ayish..
Mau lagik..;)

blinkalltheday said...

tol tu..asyik ayish je kena,,isya plk bile?

Miss Halloween said...

next cvs ni Isya plak yg kne.. hahaha.

Noor Affiqah said...

alaaaa....ngaku je la farish yg ko dh jatuh syg kat elisya...HAHAHAHA
cpt smbng next n3....

MiSs cHoCoLaTe said...

best! ^_^

Miss Halloween said...

ayie: next cvd isya plak yg cmburu. hehehe.
yuna:soon dia akn perasan yg dia sukekan isteri sndiri.
ema: sabar2. heehe
everyone: thank you 4 bce cvd plus love impossible. tq 4 the comment! love you guys!

Anonymous said...

new n3... dah rindu sangat dah... huhu

Anonymous said...

wheres the next chapter? dah sambung jadi buku atau tergendala? heheee

.arinaA. said...

Ceo vs doktor bab27 dh adaa ?? Excited nak bacaaa!!

Unknown said...

Nak lagi !!!!!!!

Anonymous said...

Saya x jumpa pun bab 27

Anonymous said...

takde sambungan ke...

Unknown said...

sambungan nie xde ke...errkk...huhuhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!