Followers

Friday, June 24, 2011

Bila hati dah bagi green light...1

Elyssa Zara duduk di gazebo rumahnya. Sekali-sekala ingin menghirup udara segar pada pagi yang indah ini. Bukan selalu dia dapat melakukan hal yang demikian.Dia tenang bermain violin pemberian datuknya. Sungguh merdu terasa alunan violin itu. Elyssa Zara ternampak mamanya sedang berjalan ke arahnya. Puan Emiera memandang ke arah anak bongsunya. Elyssa Zara memandang ke arah lain. Dia tahu  apa maksud pandangan mamanya itu. Sudah tentu mama ingin membicarakan tentang perkara yang paling tidak disukainya. KAHWIN!

"Elyssa, mama nak cakap ni. Umur kamu semakin meningkat. Plus, kamu kan anak bongsu mama? Mama nak kahwin sebelum mama menutup mata. Boleh kan sayang? Kalau boleh, dalam masa terdekat ni." tanya Puan Emiera penuh mengharap.

'kan aku kata? Mesti dia suruh aku kahwin punya. tapi kenapa selalu cakap macam ni kebelakangan ni?' desis hati Elyssa Zara.

"Mama, kenapa mama selalu cakap pasal kahwin kebelakangan ni? hah?" tanya Elyssa Zara.

Puan Emiera hanya tenang mendengar pertanyaan anak bongsunya namun di dalam hatinya, dia resah sekali. Dia tidak ingin anaknya tahu tentang penyakitnya. Ya! Penyakitnya memang membawa maut. Penyakitnya sudah sampai tahap yang tidak boleh diselamatkan. Dia ingin mencari seseorang yang boleh anak bongsunya ini.

"Mama saja tanya lagipun mama kan dah tua? Mana tahu ajal mama esok ke? Kita mana tahu. Mama tanya banyak kali pun sebab semua nahli keluarga kita bernikah pada umur 23 tahun. Nenek, mama, kakak semua bernikah pada umur 23 tahun. And I hope you'll marry someone at the age of 23 too." terang Puan Emiera panjang.

"Alah ma,Elyssa masih muda. Nak kumpul duit banyak-banyak dulu baru boleh kahwin laa, ma."balas Elyssa Zara.

"Kamu ni! Alasan itu saja yang kamu ada! Hish! Mama tak tahu la apa yang ada dalam kepala kamu tu." kata Puan Emiera lalu meningalkan anak bongsunya terkulat-kulat disitu.

Elyssa Zara hanya termenung. Memang betul apa yang dikatakan oleh mamanya sebenarnya. Dia memang patut kahwin. Namun, dia masih tidak boleh melupakan seseorang di dalam hatinya. Seseorang yang telah membawa pergi hatinya. Tak mungkin dia akan jatuh cinta selain daripada lelaki tersebut.Dia mengeluh memikirkan peristiwa yang lepas.

+++++++++++++++

Elyssa Zara berjalan menuju ke pejabatnya di tingkat lima belas. Pintu dibuka dan dia terus memboloskan dirinya masuk. Suasana di pejabatnya bising sekali. Dia hairan mengapakah hari ni pejabat ni bising pula? Selalunya tidak. Dari jauh Elyssa Zara melihat kawan baiknya, Natasya sedang sibuk bercerita sesuatu kepada rakan-rakan sepejabatnya yang lain. Hati Elyssa Zara tertarik untuk mengetahui cerita tersebut. Tanpa membuang masa, dia terus menghampiri kawan baiknya itu.

"Hey, Tasya! Cerita apa ni." tanya Elyssa Zara.

"Zara! Kau dah datang. Kau nak tahu satu cerita hot tak?" balas Natasya.

"Cerita hot? Cerita apa pulak ni?"

"Sabar lah aku nak cerita laa ni. Bos kita, Tan Sri Tengku Firzan sudah bersara! Semalam! Anak dia yang ambil alih tugas dia!"

"Kenapa aku tak tahu pun?"

"Kau kan pergi lawat site semalam. Mana kau nak tahu!" sampuk kawannya yang lain, Zatty.

"Owh, yeah. Baru aku ingat! Haha! Sorry."

"Anak dia hensem siot! Aku tengok semalam! Ya ALLAH! Hensem giler kowt!" jerit Natasya.

"Siapa yang hensem?" sapa seseorang.

Suasana menjadi senyap seketika. Elyssa Zara terasa mahu pitam mendengar suara yang amat dikenalinya itu.

"Err, tak ada apa-apa laa Tengku." balas Natasya gugup.

Elyssa Zara memusingkan badannya lalu mempamerkan senyuman plastiknya kepada bos barunya itu.

Tengku Eizril Fiqrash terkejut melihat muka yang amat dikenalinya itu. Dia tersenyum senang. Akhirnya dapat juga dia berjumpa dengan gadis yang dirinduinya saban malam. Tengku Eizril Fiqrash tersenyum sinis. Dia akan membalas dendam terhadap gadis yang telah melukakan hatinya.

"Kenalkan ni Elyssa Zara. Dia adalah antara arkitek  yang terbaik syarikat kita." kata Saiful.

"Selamat berkenalan. Eizril Fiqrash." lalu menghulurkan tangannya kepada Elyssa Zara.

"Elyssa Zara." balas Elyssa Zara lalu menyambut huluran tangan Tengku Eizril.

Lama mereka berpegang tangan bersalaman. Sungguh erat sekali pegangan tangan Tengku Eizril.

Saiful berdehem. Elyssa Zara melepaskan pegangan tangan Tengku Eizril.

"Harap kita boleh bekerjasama." kata Tengku Eizril.

"Sure. Sorry but I have to go." balas Elyssa Zara lalu berlalu masuk ke dalam biliknya.

Pintu bilik segera dipulas. Terus dia meloloskan diri masuk ke dalam.

Huh! Gila! Lelaki tu dah kembali dalam hidup aku. Kenapa lah aku ditakdirkan kerja dengan dia? Kalau aku tahu syarikat ni milik keluarga dia, sudah tentu aku takkan terima tawaran untuk kerja di sini! Huh! Buat aku sibuk-sibuk fikirkan dia? Lantak dia lah nak buat apa pun! Ada aku kisah?

++++++++

Tengku Eizril merebahkan tubuhnya di atas sofa mewah di dalam biliknya. Tangan kanannya diletakkan di atas dahinya.

Siapa sangka dia akan berjumpa kembali dengan perempuan yang telah melukakan hatinya suatu ketika dahulu. Ya! Elyssa Zara ialah perempuan tersebut!

Semuanya berlaku empat tahun yang lalu. Pada masa itu, Tengku Eizril dan juga Elyssa Zara sepasang kekasih yang bahagia walaupun tidak direstui oleh ibunya, Tengku Qistina. Tengku Qistina mempunyai menantu pilihan sendiri. Bagi Tengku Qistina, Tengku Eizril perlu berkahwin dengan gadis yang dipilih olehnya namun Tengku Eizril membantah kerana dia memilih Elyssa Zara. Tengku Qistina tidak menyukai Elyssa Zara kerana dia tidak mempunyai nama keluarga.

 Namun, setelah dipujuk oleh Tengku Eizril, akhirnya Tengku Qistina mengalah jua dan menyuruh Tengku Eizril membawa Elyssa Zara berjumpa dengannya. Setelah setahun menjadi pasangan kekasih, Tengku Eizril ingin membawa Elyssa Zara berjumpa dengan Tengku Qistina. Semuanya berjalan lancar.

Entah kenapa, secara tiba-tiba, Elyssa Zara balik tanpa memberitahunya. Ibunya memberitahu bahawa Elyssa Zara tidak ikhlas mencintainya dan hanya inginkan hartanya sahaja. Tengku Eizril buntu. Setahunya, Elyssa Zara amat mencintainya dan tak mungkin inginkan hartanya kerana selama mereka bercinta, Elyssa Zara tidak pernah meminta apa-apa pun daripadanya. Dia yang sibuk-sibuk memberikan hadiah kepada gadis tersebut.

Dia meminta penjelasan daripada gadis tersebut namun gadis itu mengelak. Akhirnya,Elyssa Zara menyambung pelajarannya di luar negara. Tidak lama kemudian, dia juga menyusul kerana dia kecewa.Oleh sebab sikap Elyssa Zara yang sebegitu, dia  terpaksa mempercayai ibunya walaupun ia menyakitkan.

Sampai sekarang, dia masih lagi terasa kekecewaannya itu. Dia tidak pernah lupa. Dia benci akan gadis itu kerana mengecewakannya dan juga membuat pintu hatinya tertutup. Sejak dia ditinggalkan oleh Elyssa Zara, dia tidak pernah mencintai gadis lain. Semua kerana Elyssa Zara! Dia ingin gadis itu rasa apa yang dia rasa selama empat tahun!

Tengku Eizril Fiqrash tersenyum sinis. Dia akan membuat hidup Elyssa Zara menderita!

+++++++++++++++++++++++++

Zara Elyssa mengemas mejanya. Dia ingin keluar makan tengah hari. Tiba-tiba telefon Elyssa Zara berdering.

There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch and it's bring me out the dark
Finally I can see you crystal clear
Go ahead and sell me out and I'll lay your ship bare

See how I'll leave, with every piece of you
Don't underestimate the things that I will do
There's a fire starting in my heart
Reaching a fever pitch and it's bring me out the dark.





Nama  Tengku Emir Zafran tertera. Pemuda itu adalah COO syarikat ini. Elyssa Zara tersenyum.

"Hello Zafran. Lunch?"

"Hey Zara. Macam tahu-tahu je Zafran nak ajak Zara makan. So, nak ke tak?"

"Sure. Why not? Nak makan mana hari ni?"

"Makan dekat Old Town je laa."

"Old town? Sounds great. Tunggu kat lobi kay?"

"Yeah sure. Jumpa kat lobi. Bye." kata Tengku Emir Zafran lalu menamatkan panggilan.

Langkah menuju ke arah lif. Segera masuk ke dalam perut lif.

"Long time no see." sapa seseorang.

"Owh. Tengku Eizril rupanya." balas Elyssa Zara.

"Don't be so formal Elyss. I'm still Eiz four years back."

"Err, excuse me but here everybody call me Zara not Elyss. Elyss is the past. Zara is the present. So, learn to call me Zara, Tengku Eizril."

"The past? I'm impressed. Elyss, mata duitan and you tried to get rid of that fact by changing your name to Zara. Well, you're just the same."

"I'm not the same Elyss anymore. I'm Zara. Mata duitan? Saya bukan mata duitan! Cuba awak tanya mak awak..." kata Elyssa Zara hanya terhenti setakat itu sahaja. Dia tidak ingin membuka kisah lama. Biarlah lelaki itu memikir dia tu mata duitan.

" Tanya mak aku? Buat apa?" Tanya Tengku Eizril berang. Dia tidak suka orang lain membabitkan ibunya.

"Tak ada apa-apa. Lupakan tentang perkara lama. Move on."

"Perkara lama? Kau tahu tak perkara lama tu membuatkan aku merana? Dan aku pastikan kau akan rasa macam aku rasa!"

"Suka hati Tengku laa. Saya tak kisah." kata Elyssa Zara lalu keluar dari lif tersebut.

'kau akan dapat rasa apa yang aku rasa nanti.' desis hati Tengku Eizril. Dia melihat Elyssa Zara bersama lelaki lain masuk ke dalam kereta. Hatinya berasa sakit apabila melihat agenda mesra lelaki itu membukakan pintu kereta buat Elyssa Zara dan Elyssa Zara tersenyum gembira.

'Elyss! Kau sakitkan aku tapi kenapa aku rasa macam ni? Arghhh!' desis hati Tengku Eizril geram.




9 comments:

hazirah izzati said...

best..
begining yg menarik..
cepat2 smbng..
xsabar nak baca yg seterusnyer...
(^__^)

Anonymous said...

menarik.... ske2...
hope cpat2 post yg bru.... hehehhe
tq 4 posting

Nik Ainaa said...

oowh ni kea cite baru yg kak ily ckp?best3..!!permulaasn cite dia pon menarik..cept2 update yea..dah xsoba nk thu kish selanjutnya ^_^

blinkalltheday said...

wahh,ni mesti jodoh zara dgn pakwe lama die ni,,tp sian zara,sb pkwe lama nak bls dndam..ape yg pkwe lama die nak buat ek?sambung lagi ily,,

SyAz n HaNi said...

menarik...bt sy tertunggu utk n3 baru..

hana_aniz said...

best best! sambung cepat2!!

kak ida said...

adakah di sbb kan antara dua darjat..mesti ibunya Tengku tu buat fitnah kat zara..kesian zara tak mau memburukkan mak tengku..

Dina said...

MH! u've done great! ingat lg kat dina?

Miss Halloween said...

to all: thanks. yupp. nie cerita baru yang MH ckp tu.. hehehe. Thanks 4 liking!
ida: could be it:)
Dina: of course laa ingat:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!