Followers

Sunday, May 1, 2011

Ceo vs doktor 24


Sepantas kilat Syed Farish merampas telefon Blackberry Bold isterinya tanpa rasa bersalah. Mata Sharifah Elisya membuntang melihat perlakuan Syed Farish.

“Why you did that?” tanya Sharifah Elisya.

“Ermm dia tahu kita dah kahwin?” bisik Syed Farish.

“Belum.. but I’m planning to say so…” perlahan sekali suara Sharifah Elisya.

“Really? Let me…” kata Syed Farish lagi.

“Hello? Ezra?” tanya Syed Farish.

“Encik Farish? Encik Farish buat apa dengan Isya?” tanya Syed Ezra dengan nada yang terkejut.

“Apa yang saya buat dengan dia tak penting. Apa yang penting sekarang ialah saya nak beritahu pada awak. Saya dengan Isya dah kahwin and saya tak nak awak ganggu dia lagi. I aspect you follow my orders.. And one more thing.. please call her Dania not Isya.. Thank you.. See you at the office.” Kata Syed Farish tegas. Syed Farish tersenyum puas.

Tanpa sempat Syed Ezra berkata apa apa, Syed Farish sudah memutuskan panggilan tersebut.

Syed Ezra terkaku di atas katil. Masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Dia bingung. Mengapakah Sharifah Elisya tidak memberitahunya bahawa dia sudah berkahwin dengan Syed Farish? Kalau Sharifah Elisya memberitahunya lebih awal, sumpah memang dia tidak akan ganggu gadis tersebut. Syed Ezra bertekad di dalam hati bahawa dia tidak akan menggangu gadis tersebut lagi. Akan dihilangkan gadis tersebut di dalam hatinya.

“Kenapa awak buat macam tu? Dia kawan saya tahu tak? Hish! Benci laa orang macam ni!” tanya Sharifah Elisya geram.

“ Kenapa saya buat macam tu? Hmmm kenapa ek saya buat macam tu?” kata Syed Farish mengaru kepalanya.

“Jawapan dia senang je! Saya tak suka awak berhubungan dengan orang lelaki lain! Ada faham?”

“Hubungan? Awak gila? Dia kawan saya laa!”

“Kawan konon! Cik Isya ooi.. Opps salah.. Puan Isya ooii.. Kalau nak tahu, Ezra cekeding tu suka kat awak.. Awak ingat senang-senang saya nak bagi awak berhubung dengan orang yang sukakan isteri saya? Purr lease!!!” Syed Farish mencebik.

“What? You talking nonsense! Dia tak sukakan saya laa! Otak biul betul laa mamat keyboard ni!”

“otak biul awak panggil saya?”

“Aa ah! Otak biul! Andaian awak langsung tak bernas! Ezra tak sukakan saya….”
Belum sempat Sharifah Elisya menghabiskan kata-katanya, dia berhenti.

“Do you need this pair of sexy lips shut you up?” kata Syed Farish lembut sekali bunyinya.

“Sexy? Hahaa! You makle me laugh!” cebik Sharifah Elisya.

“Seriously? This is one sexy lips… Or you want them to do their work?”

“Like what?”

“Like kissing you!”

Kini, jarak Syed Farish dan Sharifah Elisya tinggal seinci saja. Hembusan nafas Syed Farish terasa. Berdebar-debar jantung Sharifah Elisya dibuatnya.

“Laki ni betul ke tak betul? Ada nak kiss aku?” monolog Sharifah Elisya.

“Dah kalau Ezra tak boleh dekat dengan saya.. Girlfriend awak tu bolehlah pulak?”

“Girlfriend? Yang mana pulak?”

“Alaa.. girlfriend dia lupe plak.. Emelda laa..”

“Emelda? Are you jealous?”

“Me? Jealous? Puh leasee! Cuma tak adil lah kalau Ezra tak boleh call saya, and Emelda boleh call awak…”

“Okay.. Fine. Emelda tak boleh call saya and Ezra pun tak boleh call awak.. Okay? Is it a deal?”

“Yeah! Kay.. saya nak pergi depan dulu.”

“Bye sayang.. Lain kali panggil laa lagi Ayish otak biul.. nanti bibir yang sexy ni buat kerja dia kang…”

“Yucks!” Sharifah Elisya menjelirkan lidahnya kepada suami tercinta lalu bergerak meninggalkan bilik tv.

++++++++

“Elisya!!!! Wake up!” Syed Farish menarik selimut yang menutup muka isterinya.

“Nanti lah! Ngantuk arr!” Sharifah Elisya menarik balik selimut untuk menutup mukanya.

“Dah pukul 7.30 pagi sayang! You’re late!” jerit Syed Farish.

“Hah? 7.30? Nak mampus!” kata Sharifah Elisya lalu bangun masuk ke bilik air.

Syed Farish mengekek suka. Tak disangka isterinya akan percaya dengan helahnya.

Sharifah Elisya pelik dengan sikap Syed Farish. Orang dah lambat boleh dia suka? Namun dia tidak mengambil peduli dengan sikap gila suaminya itu.

Sharifah Elisya sudah siap mandi. Dia mengetatkan baju bathrobe nya. Pintu bilik air dibuka dari dalam. Sharifah Elisya melangkah keluar. Dia terkejut melihat suaminya yang masih memakai baju tidur, sedang nyeyak tidur. Dia kejut orang, dia pulak yang sambung tidur? Eh,jap.. Pukul berapa ni? Sharifah Elisya segera menoleh ke aeah jam dindingnya. What? Baru pukul 6.30 pagi?

“Ayishhhhhhhh!” jerit Sharifah Elisya.

Syed Farish segera bangun akibat terkejut mendengar jeritan isterinya.

“Apa?” tanpa rasa bersalah, Syed Farish bertanya.

“Apa Ayish cakap? Ini apa Ayish!” kata Sharifah Elisya lalu mengigit telinga Syed Farish. Habis merah telinga Syed Farish dibuatnya.

Menyeringai Syed Farish menahan pedih! YA ALLAH! Sakitnya! Boleh tahan juga isteri aku ni!

“Hah! Padan muka! Lain kali buat lagi ya! Terima kasih sangat-sangat!”

“Sayang! sakit!”

Sharifah Elisya hanya menjelir lidahnya lalu ke meja soleknya untuk mengambil sesuatu.
Hehe. Matanya sibuk mencari objek yang dikhendakinya. Target dijumpai! Terus diambil kunci Audi R8, Ferrari 458 dan juga Audi A4 suaminya.

Apa reaksi suaminya kalau kunci keretanya hilang? Hehe! Tak sabar rasanya. Bukan Sharifah Elisya tidak tahu dengan perangai Syed Farish. Perangai sayang akan kereta! Biaelah kalau Syed Farish menumpang siapa-siapa pun, yang penting dia tidak dapat memandu kereta kesayangannya. Biar dia tahu siapa Sharifah Dania Elisya Syed Darwin Imran.

+++++

Pagi itu selepas sarapan, Sharifah Elisya terus pergi ke hospital. Semua orang pelik akan sikapnya. Namun, didiamkan sahaja. Selepas Sharifah Elisya pergi ke kerja, Syed Farish juga menyusul.

Syed Farish mencari-cari kunci keretanya di merata-rata tempat tapi masih tidak dijumpai.

“Bro, kau tahu tak kunci kereta aku kat mana? R8?”

“Entah. Aku tak tahu. Kau tak jumpa ke? Alah, macam kau tak ada kereta lain. Guna je laa kereta lain.” Jawab Syed Danish.

“Tu aku tahu lah! Tapi masalahnya tak ada semua. Siapa yang buat bala agaknya?”

“Itu aku tak tahu tapi yang aku tahu kita dah lambat. Kau tumpang aku je lah.”

“Okay. Nanti aku call Isya laa.. Tanya dia, dia tahu tak mana kunci kereta aku.”

++++++++

Dari tadi, Sharifah Elisya sibuk memeriksa pesakitnya. Ini lah bahana kalau tak nak pergi honeymoon dengan suami tercinta. Honeymoon? Yucks! Dahl ah kena pergi dengan suaminya yang otak biul! Ada ke patut dia kata si Ezra tu sukakan aku? Memang sah otak biul!

“Doktor, ni ada patient Dr. Izmer… Kebetulan Dr. Izmer cuti hari ni...” Kata Aina, jururawat di hospital tersebut.

“Okay, bring her in.” balas Sharifah Elisya lemah.

Pintu bilik Dr. Sharifah Elisya dibuka dari luar. Seorang budak perempaun dan juga seorang lelaki masuk ke ruangan bilik Sharifah Elisya.

“Duduk sini sayang…” kata Sharifah Elisya kepada budak perempuan itu.

“Nama siapa?” tanya Sharifah Elisya lagi.

“Juliana..”

“Juliana.. It’s a wonderful name. Okay, Juliana sakit ape?”

“Erm Juliana ade lelah.”

“Oh, I see lelah…”

“Last attack bila?” tanya Sharifah Elisya kepada lelaki yang meneman Juliana.

Mata Syed Ariq terpaku melihat kecantikan Sharifah Elisya. Langsung tidak membalas panggilan Sharifah Elisya. Jantungnya berdegup-degup tiap kali memandang wajah putih mulus itu.

“Encik?” panggil Sharifah Elisya lagi.

Bagaikan terkena kejutan elektrik, Syed Ariq tersedar. Mukanya merah menahan malu.

“Iya?”

“Bila anak encik kena last attack?”

“Attack? Err, Julia kena attack bila? Uncle Ariq tak tahu laa.” Tanya Syed Ariq kepada anak abangnya itu.

“Attack? Erm, Julia tak ingat lah.”

“Tak ingat? Tak apalah. Julia guna aero chamber tak? Yang alat untuk pakai ubat lelah tu?”

“Pakai. Warna kuning.”

“How about inhaler?”

“Inhaler warna purple.”

“Purple? Seretide ke?”

“Aa ah.”

“Okay. Kalau macam tu, Doktor bagi ubat Seretide, ok? Julia boleh ambik kat kaunter kat luar.”

“Okay Doktor.” Kata Juliana.

“Terima kasih Doktor. By the way Doc, boleh saya mintak nombor telefon Doc, incase kalau Juliana kena attack?”

“Errm, I suggest Encik Ariq bawak Juliana pergi ke hospital. Tak pun pakai ubat yang saya bagi tu.”
“Okay.” Kata Syed Ariq hampa lalu keluar dari

‘Huh! Gila apa orang tu! Ada mintak nombor telefon aku?!’ monolog Sharifah Elisya.

Tiba-tiba telefon Blackberry Sharifah Elisya berbunyi…

“Hello sayang...”

“Hello honey…”

“Awak ada ambik kunci saya?”


Sorry sbb entri kali ni skit je…

10 comments:

puteri ain said...

nak lagiiii.. ngeee :D

SyAz n HaNi said...

nk lagiii... sikit punxpe janji ada n3... =)

Anonymous said...

nk lgiiii!!!!!
Syed Ariq tu pesaing Farish ke? Hehehe:) best!!!

Miss Halloween said...

puteri & Syaz n hani: hehehe! sabar2.. stilll working on it..

Anonymous: aa ah! Syed Ariq tu pesaing Farish! hahaha:)

khairulizzah said...

nak lagi...ha3..ade ke patut g klinik nk mnx no. hp doc??xlogik btol..=p

Kamy said...

huhh? best3!! sweet mueet je dorg ni!!
hahahah!! ariqq!! jgn kaco isya tau!! ;p

tengku ilyana elis said...

np lmbt n3??tp xpe jnji ad..huhuhu..best laaa!!nilah novel yg plng i suka n novel yg terbaik punya yg pernh i bca..chaiyok kpd penls..sweet lah hbgan farish dgn isya...i like!!!klau d'kluarkn dlm bentk novel kan best..i pansti beli punya laah..hehe ;)

nursya said...

wah wah...
suka btl si isya nie kenakan si farish..
elok sgt la tuh...
laki bini nakal...
hik hik hik..

belle.talib said...

hehe...ske.skeske.
ske bab isteri kenakan suami...hahaha

Yaya Nufariya said...

bila nak smbung ni..?kelakar lah durg tuu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!