Followers

Saturday, April 23, 2011

Ceo vs Doktor 23


“Hahaha! Farish tu for sure tak jumpa aku! Haha! Mana dia tahu kewujudan bilik ni. Haha. Ah, lamenya aku tak tidur kat bilik ni! Rindu rasanya! Hahaha! Owh katil” Kata Sharifah Elisya sendirian sambil merebahkan dirinya diatas katil….Dan Sharifah Elisya sudah selamat masuk ke dalam mimpi.


Syed Farish setia menunggu jawapan dari Syed Danish yang mengalamun itu manakala Syed Danish ligat memikirkan cara untuk naik ke secret room adiknya.

“Weei, Nish! Kau tahu ke tak sebenarnya?” ujar Syed Farish geram.

“Aku tahu. Hehehe. Kau ikut aku!” kata Syed Danish lalu mengangkat kaki menuju ke bilik Sharifah Elisya. Syed Farish menjadi pelik. ‘kenapa si Nish bawak aku masuk balik bilik Isya? Kan aku dah cari kat situ?’ desis hatinya.

“Kenapa kau bawak aku pergi bilik Isya? Aku dah check tapi tak ada.” Ujar Syed Farish hairan.

“Sabarlah. Kau dah tengok ke belum walk in wardrobe adik aku?”

“Dah lah, kalau ada dalam tu, tak payah lah aku sibuk sibuk cari dia. Kenapa laa kau tak fikir?” ujar Syed Farish geram.

“Kau buat bersabar! Kau tak tahu apa apa lagi pasal rahsia bilik ni! Tapi sebelum kau cakap apa apa, aku nak kau janji, kalau Isya tanya kau tahu dari mana tentang bilik rahsia dia, kau kata kau terjumpa okay?” kata Syed Danish sambil melangkah masuk ke dalam walk in wardrobe Sharifah Elisya.

“Okay. Aku janji.” Kata Syed Farish lalu membuntuti Syed Danish.

Suis lampu dibuka oleh Syed Danish. Syed Danish dan Syed Farish mengorak langkah ke dalam walk in wardrobe Sharifah Elisya. Sungguh cantik sekali walk in wardrobe tersebut. Bilik itu serba putih. Baju, kasut, beg tangan, aksesori. Bak kata semua benda ada di dalam bilik tersebut. Semua barangan tersebut datang daripada jenama yang berkualiti sperti Coach, Dolce & Gabana, Salvotore Ferragamo, Tifanny, Burberry, Jimmy Choo dan banyak lagi!

“So? Mana bilik rahsia kau tu?” tanya Syed Farish tidak sabar.

“Jap, kau tolong ambik tangga warna putih tu.” Arah Syed Danish.

Syed Farish hanya menurut arahan Syed Danish tanpa menjawab apa-apa. Hatinya teruja ingin tau di mana terletaknya bilik rahsia Sharifah Elisya. Syed Farish hanya melihat Syed Danish mendaki tangga yang diambil olehnya. Tangan Syed Danish menolak kotak yang berada di atas alamari baju Sharifah Elisya. Selepas Syed Danish menolak ke tepi kotak besar tersebut, kelihatan seperti ada pintu kecil di atas siling bilik tersebut. Pintu itu seperti terbuka sedikit. Memang sah, Sharifah Elisya berada di dalam bilik tersebut. Syed Danish menyuruh Syed Farish duduk jauh sedikit daripada tangga yang dinaikinya. Dia terus membuka pintu kecil tersebut, dan keluarlah tangga berlipat daripada bilik tersebut. Syed Danish terus masuk ke dalam bilik tersebut.

“Jap, kau tunggu. Aku nak check Isya ada ke tak..”

“Okay! Cepat.”

‘Kan betul sangkaan aku? Isya memang ada kat sini.’ Desis hati Syed Danish.

Syed Danish memandang adiknya ynag sedang nyeyak tidur. Tenang sekali wajah adiknya. Sepeti tiada apa-apa pun yang berlaku di dalam hidupnya. Syed Danish men yelimutkan adiknya dengan comforter yang sedia ada di hujung katil setelah kelihatan adiknya kesejukan.

‘Amboi dik… Terus pakai night gown ek? Mentang-mentanglah tidur kat dalam secret room. Apa? Adik ingat Farish takkan naik kat sini? Silap lah dik…. BTW, sorry dik sebab beritahu Farish tentang bilik ni… Tapi tak salahkan? Lagipun Farish suami Isya kan?’ desis hati Syed Danish nakal lalu melangkah ke pintu bilik tersebut untuk keluar.

Selepas beberapa minit, Syed Danish akhirnya turun daripada bilik tersebut. Dia menyuruh Syed Farish menaiki tangga berlipat itu untuk memasuki bilik rahsia Sharifah Elisya.

“Kuatkan iman kau. Hehe.” Kata Syed Danish lalu mengorak langkah keluar dari walk in wardrobe Sharifah Elisya. Syed Farish memandangnya pelik. ‘Asal nak suruh aku kuatkan iman? Pelik betul laa Nish ni!’ desis hati Syed Farish kehairanan. Tanpa mebuang masa, Syed Farish mendaki tangga tersebut untuk ke bilik rahsia Sharifah Elisya. Setelah pasti Syed Farish masuk ke bilik rahsia adiknya, Syed Danish menutup kembali suis lampu walk in wardrobe adiknya.

‘Habislah Isya malam ni…’ ujar Syed Danish nakal…


Syed Farish kini berada di dalam bilik rahsia Syarifah Elisya. Bilik itu cantik. Bilik tersebut berwarna merah jambu dengan ungu. Stripe! Lawa! Syed Farish meniliti bilik tersebut. Sebuah meja solek di penjuru, katil Queen, keyboard, dan juga peti ais!
‘hai dasyat sungguh bilik Isya aku ni… siapa ada peti lagi… Impressive!’ desis hati Syed Farish. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang enak diulit mimpi. Syed Farish melangkah ke Sharifah Elisya. Hatinya teruja melihat muka isterinya yang tenang itu. Syed Farish terus melabuhkan tubuhnya di atas katil. Namun katil itu agak sempit kerana Sharifah Elisya tidur secara mengiring. Jadi, Syed Farish terus mengangkat isterinya ke tepi sedikit bagi meberi ruang untuknya tidur. Hatinya berdegup kencang apabila melihat ‘night gown’ yang dipakai oleh isterinya. Isterinya kelihatan sungguh seksi memakai ‘night gown’ tersebut. Syed Farish menahan gentar di hatinya lalu meletakkan isterinya di atas katil dengan perlahan. Dia segera merebahkan tubuhnya diatas katil lalu menarik tubuh isterinya rapat pada dirinya. Terus badan isterinya dipeluk lembut. Syed Farish menilik muka isterinya.

Sharifah Elisya memang seorang yang cantik. Dia mempunyai sepasang mata hazel yang redup. Semua orang yang melihat matanya yang redup itu akan terasa tenang. Hidungnya mancung, kulitnya putih kemerah merahan. Sharifah Elisya mempunyai sepasang lengsung pipit di kedua-dua belah pipinya. Rambutnya hitam keperangan. Bibir dia yang paling Syed Farish tidak tahan. Mulut Sharifah Elisya comel saja.. Bak delima merekah. Syed Farish menyentuh lembut bibir mungkil Sharifah Elisya. Dia tidak dapat menahan getaran di dadanya di kala ini. Naluri lelaki dia berkocak. Terasa seperti ingin mengucup bibir mungkil isterinya. Syed Farish segera mendekatkan wajahnya ke wajahnya isterinya. Kini jarak antara muka Sharifah Elisya dan juga Syed Farish tinggal seinci sahaja. Dia mendekatkan bibirnya ke bibir mungkil isterinya. Sikit lagi.. skit lagi sikit lagi dan…. Perlakuan Syed Farish terhenti apabila badan Sharifah Elisya bergerak sedikit.

‘tak apa Farish… tak larinya isteri kau ni! Banyak lagi masa.’

Akhirnya Syed Farish terlena sambil mendakap erat Sharifah Elisya.

+++++++

Sharifah Elisya terbangun dari tidurnya pada pukul 6.00 pagi. Agak lewat daripada biasa. Matanya masih terpejam kerana dia masih keletihan.

‘Ah! Penatnya! Siapa lah peluk aku ni? Bestnya! Selesa giler!’ desis hari Sharifah Elisya.

Sharifah Elisya tersa seperti ada orang yang mendakapnya erat namun dia tidak mempedulikan hal tersebut kerana dia ingat dia masih di dalam mimpi lagi. Namun pelukan itu semakin lama, semakin erat.

‘Eh? Ni macam bukan mimpi. It felt so real?’ desis hati Sharifah Elisya.

Tanpa membuang masa, Sharifah Elisya membuka matanya untuk melihat orang yang memeluknya itu. Dia segera mendonggakkan kepalanya untuk melihat muka orang tersebut.

‘Eh? Abang ke ni? Tapi bulu mata abang tak selentik macam ni?’monolog Sharifah Elisya sambil memandang dengan penuh minat bulu mata orang yang memeluknya itu. Dia masih lagi tidak sedar bahawa orang yang memeluknya erat ialah suaminya sendiri kerana ralit sangat memandang bulu mata suaminya.

Syed Farish terasa seperti ada orang yang memendangnya dengan penuh minat. Syed Farish segera membuka matanya. Sharifah Elisya tersentak. Lalu terus meleraikan pelukannya dan terus duduk. Dia termenung sendirian dan terjerit. Syed Farish terkejut melihat tindakan yang langsung tidak disangka olehnya.


“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.!!!!” Jerit Sharifah Elisya.

Syed Farish terus menekup mulut Sharifah Elisya.

“Shuussh!!! Dah tak waras ke jerit? Nanti bangun semua orang!!! Kalau nak cakap, janji dulu takkan jerit.. okay?” kata Syed Farish tegas. Bagaikan budak kecil, Sharifah Elisya menganguk laju.

“Apa awak buat kat sini? Siapa bagi awak masuk?” marah Sharifah Elisya.

“Huh? Saya jumpa bilik ni. Jadi saya naik laa…And then saya jumpa awak. End of story.. hehehe.” Ujar Syed Farish selamba.

“Ye laa tu! Padahal awak tanya Abang kan?” tanya Sharifah Elisya serkap jarang.

“Mana ada! Erm tapikan saya tengok kan…” nafi Syed Farish nakal.

‘apahal dengan mamat ni? Tengok aku semacam je? Ke muka aku ada apa-apa? Ke baju aku?’ tanya Sharifah Elisya di dalam hatinya. Sharifah Elisya membelek-belek muka dan bajunya. Alamak! Baju aku! Mukanya sudah merona merah menahan malu. Malu kerana Syed Farish melihatnya sperti itu. Sharifah Elisya segera menarik comforter untuk menutup tubuhnya yang hanya memakai gaun itu. Syed Farish tersenyum nakal. Mindanya ligat mencari idea untuk menyakat isterinya. Tiba- tiba dia mendapat idea!

“Hah, bagus lah kalau awak dah tahu…. Mandi wajib ek?” ujar Syed Farish nakal.

‘hah? Mandi wajib? Gila hapa laki aku ni? Aku bukannya period! Jangan- jangan…..’ desis hati Sharifah Elisya.

“man… mandi wa.. wajib? Ap.. apa maksud awak? Kita dah?” ujar Sharifah Elisya perlahan.

“Yupp! Cepat jugak awak catch up ya? Bagus lah! Tak payah saya terang banyak banyak… So, awak tak payah lah malu-malu dengan saya, okay?”

Hah!! Aku dengan dia dah ‘tut’? What? Tolonglah jangan cakap semua benda ni betul! Huaaa! Mummy! Isya… huaaa! Dah buat! Benci betul! Kenapa aku tak ingat! Seluruh anggota badannya menjadi lemah longlai.. Tiba-tiba rasa tidak bermaya. Air matanya gugur secara tiba-tiba.
Syed Farish tergamam melihat isterinya menangis secara tiba-tiba. Tiada angina, tiada ribut? Menangis? Syed Farish menarik Sharifah Elisya ke dalam pelukannya. Baginya, Sharifah Elisya harus ditenangkan. Selepas isterinya tenang, barulah dia mengatakan tentang perkara yang sebenarnya. Entah apa kuasa memukaunya, Sharifah Elisya membalas pelukan suaminya dengan memeluk leher lelaki tersebut. Syed Farish membelai rambut isterinya yang ikal mayang itu. Tiba-tiba Sharifah Elisya tersentak. Dia terus meleraikan pelukan.

“Kenapa awak nangis?” tanya Syed Farish naïf.

“Dah, kita dah buat benda ‘tut’? Saya tak sedar pun! Huaaaaaa!” kata Sharifah Elisya lalu menangis teresak-esak. Syed Farish sudah rasa bersalah.

“Eh, awak… saya tipu je…. Kita tak buat lagi benda tu kat awak… Saya tak kejam sangat nak buat benda tu tahap awak sedar kan? I’m sorry okay?” pujuk Syed Farish lembut.

‘kureng asam punya lelaki! Berani ni tipu aku! Jaga kau!’ desis hati Syed Farish.

“betul?” tanya Sharifah Elisya naïf.

“betul. Yakin sekali Syed Farish menenangkan isterinya lalu menyapu air mata isterinya. Sharifah Elisya tergamam dengan tindakan suaminya.

‘lelaki ni memang selalu buat aku pening! Semalam cium, ari ni peluk.. Hish!’ desis hati Sharifah Elisya.

++++

Sharifah Elisya sudah selesai mandi dan solat. Namun, masih awal lagi untuk turun makan. Kelihatan Syed Farish sudah selesai solat. Syed Farish melipat sejadah dan menyakutnya lalu melangkah ke katil.

“Okay. Saya nak bincang tentang kita.” Kata Syed Farish sesudah duduk di sebelah isterinya.

“kita? Okay! Sebelum tu saya nak cakap, saya lebih selesa kalau awak cakap kita ni kawan…Awak rasa macam mana?”

“Saya setuju jugak. Then, what about panggilan?”

“Panggilan? Erm.. macam mana ek? Saya panggil awak Farish laa… sebab saya tak suka panggil abang…”

“Farish? Nak mampus? Apa orang fikir nanti? Kita dah lah suami isteri.. Saya rasa awak patut panggil saya panggil and saya panggil awak sayang! Macam mana? Setuju?”

“Tak setuju! Saya bukan cintakan awak pun sampai nak panggil awak abang… Tak nak! Tak nak!!!”

“Dah macam mana sekarang? Awak nak bebankan lagi nenek awak ke? Nak buat dia rasa bersalah? Bersalah and buat dia rasa yang keputusan dia kahwinkan kita ni salah?”

“Memang salah pun tapi saya tak nak bebankan dia.. Tapi on the other hand.. saya tak nak panggil awak abang…”

“Okay.. Fine kalau awak tak nak panggil saya abang tak ape.. Tapi awak kena panggil dengan panggilan manja okay? Hah, cepat fikir!.

Syed Farish sedikit terkilan dengan sikap Sharifah Elisya. Dia berharap agar Sharifah Elisya memanggil dia Abang namun dikawal suaranya menjadi ceria. Syed Farish menjadi pelik dengan sikapnya. Mengapakah dia terkilan? Padahal, dia tidak mencintai pun isterinya.

‘Buang tabiat ke apa suami aku ni? Panggilan manja? Apa ek?’

“Ermm okay! Nanti saya panggil awak abang bila saya dah sedia okay? Awak kata panggilan manja kan? Saya dah pilih panggilan tu! Saya panggil awak Ayish boleh?” kata Sharifah Elisya riang.

‘Ayish? Macam budak-budak! Sabar je lah dengan isteri aku ni!’Syed Farish mengeluh.

“Ayish? Macam budak-budak! Nama tu je ke yang awak boleh fikir?” Syed Farish mencebik.

“Hah! Cebik-cebik! Saya panggil awak Farish je lah! Dah lah, saya nak pergi prepare breakfast.” Kata Sharifah Elisya lalu meninggalkan bilik itu.

Syed Farish segera menarik tangan isterinya lalu isterinya jatuh di atas ribanya.

“Alaa yang.. Rileks laa! Baru pukul berapa.. Kita kan pengantin baru? Kena lah bangun lewat, ye tak?” kata Syed Farish nakal.

“Asal pulak?” tanya Sharifah Elisya naïf.

‘Eh perempuan ni.. buat tak faham pulak….’

Syed Farish membisikkan sesuatu kepada Sharifah Elisya. Terus muka Sharifah Elisya memerah.

‘otak kuning betul!’ desis hati Sharifah Elisya.

“Mesti Isya tengah kutuk Ayish kan? Mesti kata Ayish otak kuning kan? Sayang, normal lah tu!” kata Syed Farish nakal.

“Kata marah? Mengaku pulak tu! Nampak sangat menipu!” kata Sharifah Elisya mencebik meniru kata-kata dialog yang disebut oleh Usop dalam fulem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

“Dah isteri tersayang nak panggil? Ikut sajalah! Jom sambung tidur nak? Ngantuk lah.”

“Hah? Tidur? Tak nak lah!”

“Jom lah sayang!”

“Hurm okay!”

++++++++++++

Umairah dan juga Sharifah Alina menyiapkan sarapan pagi. Semua orang sudah berada di meja makan kecuali dua makhluk ALLAH SWT.

“Hai.. Pengantin baru tak bangun lagi?”tanya Syed Shahril, si kembar tiga.

“Alaa Abang Ril.. macam tak faham pulak definisi pengantin baru!” kata si adik,Sharifah Farhana.

“Entah Abang ni.. nama je paling tua antara Hana dengan Syah…tapi bengap nak mampus!” kata Syed Syahrizal.

“Korang ni… kalau balik tak gaduh tak sah! Kan depan rezeki ni?” kata Sharifah Alina, ibu mereka.

“Hmmm yelah! Kami minta maaf mama..” kata kembar tiga serentak.

“Eh? Sama? Hahaha” kata mereka serentak lagi.

“Kembar kan?” kata mereka serentak lagi.

Syed Asyraf, Umairah, Syed Darwin, Sharifah Alina, Syed Izwan dan isterinya, Sharifah Qaisara hanya menggeleng manakala Syed Danish mencebeik. ‘Macam dia sorang ada kembar.. Aku tak ada.’ Desis hati Syed Danish.

“Mummy! Lambat lagi ke Aunty Isya dengan Uncle Farish nak turun? Lapar laa.” Tanya Syed Aniq, anak sulung Syed Izwan dan juga Sharifah Qaisara.

“Aa ah la mummy… Balqis dah lapar plus tak sabar nak jumpa Uncle Farish. Dia hensem sangaaaaaat!” kata Sharifah Balqis, anak kedua Syed Izwan dan juga Sharifah Qaisara.

“Sabar laa sayang.. Kejap lagi dia turun.” Kata Sharifah Qaisara memujuk anak-anaknya.

“Assalamualaikum. Sorry lambat.” Kata Sharifah Elisya.

“Amboi lambatnya turun pengantin baru! Buat projek tak habis-habis lagi ke?” Kata Syed Danish mengusik.

“Aik? Danish jeles ke?” usik Syed Izwan pula.

“Mana ada! Danish tak jeles pun. Lambat sangat turun! Lapar!”

“Tu lah! Orang suruh kahwin tak nak!” bidas neneknya pula.

“Sudah-sudah lah! Farish, Isya.. duduk cepat. Makan.” Kata Syed Asyraf, datuknya.

Sharifah Elisya dan juga Syed Farish mengambil tempat duduk yang kosong. Suasana menjadi sepi.


++++++

Syed Asyraf, Umairah, Syed Darwin dan juga Sharifah Alina berada di taman bunga, menikmati udara segar. Syed Izwan dan keluaraganya keluar. Syed Danish terperap di dalam bilik. Entah apa yang dibuat agaknya. Syed Farish dan isterinya pula di bilik tv.


“Nak tengok cite apa?” tanya Syed Farish.

“Tengok cerita Ninja boy laa. Sedap.”

“Isya ni.. otak kartun betul laa…”

“Biarlah.. Sedap…”

“Tengok lah cerita lain…” kata Syed Farish lalu merampas remote astro.

“Tak nak! Nak tengok Ninja Boy!!!” bantah Sharifah Elisya pula.

Telefon Sharifah Elisya berbunyi meminta untuk diangkat secara tiba-tiba….

“Hello?” tanya Sharifah Elisya.

“Isya?”

“Ezra ke ni? Hai!”


Setelah mendengar Sharifah Elisya menyebut nama Syed Ezra, secara spontannya Syed Farish berpaling menghadap muka isterinya. Jelas terpancar riak tidak puas hatinya namun Sharifah Elisya mengendahkannya.

Tiba-tiba…………

12 comments:

Noor Affiqah said...

tiba-tiba....tolong la sambung cpt next entry...comel je...hehehe

versus said...

sambung2..x sbar nk taw..apa yg tiba2 tuh?huhu

Anonymous said...

so sweet....next entry...heheh..
curious nih nk tau ape jd...:)

SyAz n HaNi said...

huhuhu.. selalu b'akhir dgn tanda tnya...
cpt2 smbg xsbarnk tau ni...hehehe

nursya said...

sj je writer nie wat ayat tgantung..
x ptt tau..
huhuhu...

khairulizzah said...

writer tgh xde idea tu..he3..by the way..keep it up..sonok..tp, mcm tertnye2..nape buat crite pasal SYED-SHARIFAH ye??(i wonder about that since baca 1st chapter..hurmm..)

Kamy said...

hakeley!! aku ingt kan ezra tu pmpuan!! kahkahkah!! so sweet je AYISHH dgn beloved wife dia!!

Anonymous said...

nak lagi ...dah x sabar dah nie hu hu hu best !!! N3 yang berakhir dgn tanda tanya membuatkan ramai orang menjadi x sabar sabar ... so its a good ending 4 this N3 .... CAN'T WAIT 4 UR NEWEST NEXT N3 .... chaio... chaio .... :D

ilyana said...

bila nk smbung ni..?sy dh lma tnggu..btw still best..nti smbngkn bnyk2 yea..hehe

Anonymous said...

comel.. cepatlah sambung..

Anonymous said...

ce sambung cepat, ce sambung cepat, ce sambung cepat :-)

Strawberry Girl said...

Nice storyy!! Haha. Ad masa lawat la my blog.. www.akukakitaip.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!