Followers

Friday, April 15, 2011

Ceo vs Doktor 22

Aku berjalan ke arah bilik aku dengan langkah yang amat perlahan. Perlahan dari siput babi gamaknya! Aku baru balik daripada majlis persandingan aku yang meriah tu! bala sungguh! Fuh! Hari yang meletihkan! Pukul 12 tengah malam baru siap kemas.. Alah bukan kemas apa sangat….Aku penat salam tangan tetamu. Penat aku senyum senyum kat orang… Penat!

“Hai.. katil.. betapa rindunyaaa aku kepada kau!” kata Sharifah Elisya lalu merebahkan dirinya di atas katil empuk dan mewahnya. Dan tidak sampai seminit, Sharifah Elisya sudah dibuai mimpi.

Syed Farish membuka pintu bilik Sharifah Elisya. Terus melangkah masuk tampa sedar ada makhluk Allah yang sedap dibuai mimpi di atas katil. Dia terus merebahkan dirinya di atas katil.

Sharifah Elisya terasa ada orang yang memeluk pinggangnya. Tapi siapa?
‘Siapa pulak yang buat bala tidur kat atas katil aku ni? Abang ni memang nak kena! Dah tak sabar mati agaknya.’ Aku pun membuka mata aku walaupun aku mengantuk gila.


“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh” jerit Sharifah Elisya.

Syed Farish terpisat-pisat membuka matanya. Dia terkejut akibat jeritan seorang perempuan. Nyaring sungguh jeritan itu. ‘Yana ni memang nak kena! Buat apa kat bilik aku malam-malam buta ni? Tak tahu nak tidur ke?’

“Yana, shusshhh. Siapa suruh masuk bilik abang ni?” kata Syed Farish tanpa membuka seinci pun matanya. Yalah kan.. Orang mengantuk… Nak buat macam mana?

“Yana? Siapa Yana! Hey! Get outttttt of my room! Who the heck are you? Abang Nish!!!!! Ada orang gilaaaaa!” jerit Sharifah Elisya tanpa menyedari bahawa lelaki yang berada di biliknya itu adalah suaminya sendiri. Hai.. orang mamai ni memang susah sikit….

‘Isya? Buat apa dia kat sini?’ desis hati Syed Farish lantas terus membuka kelopak matanya.

“Isya, buat apa kat sini?” kata Syed Farish.

“Hey! Ask yourself! Buat apa kat sini? Ni rumah saya!!!! Bilik saya!!!” kata Sharifah Elisya membalas.

“Ni rumah saya.. bilik saya.”

“Tak!!!! rumah saya….”

“Rumah saya…”
“Rumah saya!”

“My house!!!” jerit Syed Farish.

“You’re both wrong! My room! Korang buat apa ni?” terjah satu suara.

“Abang, tengok orang gila ni.. Dia kata ni rumah dia…. Ni bilik Isya.” Adu Sharifah Elisya.

“Ya ke bilik Isya? Cuba tengok betul-betul. Cecite cecite.” Balas Syed Danish.

“Ya laa..” balas Sharifah Elisya yakin lalu memandang biliknya.

‘Eh? Ni bukan bilik aku… Mana keyboard aku? Sah bukan bilik aku. Maknanya…Gulp! Bilik Farish!!!!! Huaaaaaaaa!’ desis hati Sharifah Elisya.

Sharifah Elisya memandang Abang Nishnya sambil tersengih macam kerang busuk! Hehe. Tak lama selepas itu, dia memandang muka Farish pula…. ‘Sah ni bilik mamat tu. Tengok aku macam nak makan orang saja.’

“Hehe. Bilik Farish….” Kata Sharifah Elisya perlahan namun masih boleh didengari oleh Syed Danish dan juga Syed Farish. Syed Farish tersenyum bangga. Bangga kerana dia betul namun senyumannya tidak bertahan lama…

“WROONGGGGGG!” jerit Syed Danish.

Hampir nak tercabut jantung Sharifah Elisya dan juga Syed Farish. Apa kejadah lah Syed Danish jerit kuat-kuat? Macam lah dia tengah cakap dengan orang yang pekak?

“Tak boleh kuat lagi?” sindir Sharifah Elisya.

“Haha… Semua salah… Abang je yang betul.. ni bilik Abang! DIULANG, BILIK SYED DANISH EZWAN SYED DARWIN IMRAN! Apa kejadah korang tidur kat bilik aku ni? Aku punya lah syok tengok tv dengan kembar tiga orang tu… korang pulak yang bising.. sedap-sedap tidur bilik aku. Aku ingat korang buat apa tadi… Al maklum la pengantin baru. Korang faham kan apa yang aku maksudkan?” kata Syed Danish nakal lalu menaikkan keningnya.

Muka Sharifah Elisya sudah merah menyala menahan malu yang teramat sangat manakala Syed Farish hanya tersenyum nakal sambil memandang kea rah Sharifah Elisya dan juga Syed Danish.

“Betul apa yang kau cakap tu. Aku dengan adik aku tengah projek tadi… tapi tiba tiba je dia jerit..” kata Syed Farish nakal.

“Hai, buat bertaubatlah. Jangan nak honeymoon dalam bilik aku. So, persilakan keluar. Aku nak tidur pulak okay?” halau Syed Danish.

Syed Farish dan juga Sharifah Elisya melangkah keluar bilik menahan malu. Mereka melangkah masuk ke dalam bilik Sharifah Elisya. Namun, sebaik saja mereka masuk ke dalam bilik tersebut, Sharifah Elisya kembali keluar dari bilik tersebut.

“Hah! Betul dah bilik aku! Ada nama aku lagi. Hehe.” Kata Sharifah Elisya memastikan bilik itu betul-betul biliknya. Dia tidak mahu menanggung malu lagi. Malu pada Abangnya masih berbekas di hatinya. ‘Abangnya memang melaun. Ada cakap macam tu. Orang nak lupakan pasal benda tu. Dia lagi ingatkan lagi adalah.’

Sharifah Elisya melangkah kembali ke dalam biliknya dengan perasaan berdebar-debar. Pertama kali dia duduk berdua-duaan dengan lelaki asing. Ya! Lelaki asing yang telah selamat menjadi suaminya.

“Kenapa keluar?” tanya Syed Farish sejurus Sharifah Elisya memasuki ruangan biliknya.

Mata Sharifah Elisya memandang ke bawah. Langsung tidak memandang muka bekas majikannya itu. Kepalanya didonggakkan untuk melihat wajah kacak suaminya. ‘kacak ke?’

“Arghhhhhh!” jerit Sharifah Elisya lalu segera memusingkan badannya menghadap pintu. Kalau tadi dia menghadap Syed Farish, sekrang dia menghadap pintu biliknya. Biarlah.. Asalkan tidak melihat badan suaminya yang berketul-ketul tu.. Badan yang paling sasa dan paling seksi!

“Hey, kenapa? Takkan malu kut?” tanya Syed Farish mengusik. ‘Apahal bini aku ni? Tak pernah tengok lelaki seksi ke? Danish kan ada badan yang berketul-ketul jugak? Takkan malu kut? Hah, ni peluang keemasan ni! Boleh aku sakat dia!’ Syed Farish melangkah mendapatkan isterinya yang menghadap pintu biliknya itu.

Jantung Sharifah Elisya berdegup-degup kencang semasa mendengar derapan kaki yang kian hampir dengannya. ‘ Laki aku ni tak boleh duduk diam ke? Pakai laa baju tu. Kenapa dengan aku ni? Biasanya aku tengok Abang Iz, Abang Nish dengan papa okay je. Badan diaorang semua berketul-ketul jugak.’ Sharifah Elisya tidak merasa jantungnya bergup dengan sebegitu kencang sperti ini sebelum ini. Kenapa agaknya? Dia sudah biasa melihat lelaki yang badannya tegap, tapi apabila melihat badan Syed Farish yang sasa itu, dia berasa gugup yang amat sangat.

“alaa sayang! Malu ke?” kata Syed Farish lalu memusingkan badan Sharifah Elisya menghadapnya lalu meletakkan tangannya di pintu bilik tersebut, bertujuan untuk memerangkap Sharifah Elisya di tengah agar tidak terlepas dari gengamannya. Mata Sharifah Elisya masih terpejam. Tidak mahu membuka kelopak matanya walaupun seinci pun. Malu dengan keadaa Syed Farish begitu.

“Eh, tak adalah. Tak malu langsung. Saya lagi suka kalau awak macam ni selalu.” Sindir Sharifah Elisya. ‘Bodohnya lelaki ni! Memang lah aku malu.’ Matanya masih terpejam.

“Iya? Kenapa mata pejam?” Usik Syed Farish lagi.

“Dahl ah tu. Awak ni nak kata bodoh, tak.. Nak kata tak berapa pandai pun tak jugak… Mestilah saya malu. Dah, Lepaskan saya.”

“Boleh… tapi satu syarat.”

“Apa dia?”

“First night.” Ujar Syed Farish nakal.

Gulp! Sharifah Elisya menelan air liurnya. ‘First night? OMG! Mummy! Help me!’

“Awak gila ke apa? Tak nak!”

“Tak nak? Nak laa..” regek Syed Farish.

“Awak ni sah gila!” kata Sharifah Elisya lalu memukul dada Syed Farish namun bagi Syed Farish, pukulan itu bagaikan bantal jatuh atasnya. Tidak memberi kesan langsung ke atas badan sasa dan tegapnya itu.

“Ok.. ok stop. Saya acah saja. Syarat sebetul betulnya ialah.. awak kena cium saya kat sini.” Kata Syed Farish lalu menyuakan pipinya ke arah Sharifah Elisya.

“Tak nak!”

“Nak!”

“Tak nak.”

“Nak laa”

“Tak nak!”

“Tak nak!”

“Nak!”

“Yes! Gotcha!” kata Syed Farish lalu menyuakan pipinya sekali lagi kearah Sharifah Elisya.

“Tak nak!”

“Tak nak takpe… Biar saya yang bagi kat awak.” Kata Syed Farish lalu memberi ciuman di pipi Sharifah Elisya lalu baring di atas katil tanpa rasa bersalah.

Pipinya terasa hangat. Mukanya merah. Menahan malu. Lalu, dengan tangannya memegang pipinya yang masih lagi hangat dicium Syed Farish, Sharifah Elisya mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik air.

“Haha! Ambik kau! Tu lah! Malu malu lagi. Daripada aku tak terasa nak cium, terus rasa nak cium.” Kata Syed Farish sendirian sambil memegang bibirnya yang masih lagi terasa hangatnya mencium Sharifah Elisya.Rasa bahagia sungguh hari ini.

Sharifah Elisya akhirnya keluar daripada bilik air setelah mandi selama 20 minit. Jarum jam menunjukkan bahawa sudah pukul 2.00 pagi. Sebaik sahaja Syed Farish melihat Sharifah Elisya keluar dari bilik air dengan siap berpakaian, dia bingkas bangun. Tiba-tiba matanya memandang rambut perang ikal mayang Sharifah Elisya. Jantungnya berdegup-degup kencang. Naluri kelakaiannya berkocak. Teruja melihat Sharifah Elisya berkeadaan begitu.

Sharifah Elisya terasa seprti ada nakal yang memandangnya yang sedang menyisir rambutnya kebelakang. Betapa terkejutnya Sharifah Elisya apabila melihat Syed Farish berada di depannya, sedang memandangnya tajam. ‘Apahal dengan mamat ni? Seram sejuk aku dibuatnya.’

Syed Farish membelai rambut Sharifah Elisya. Lalu menarik Sharifah Elisya ke dalam pelukannya. Ke dalam pelukan yang amat erat. Sharifah Elisya yang terkejut, secara drastiknya dia menolak Syed Farish dengan sekuat hati. Pelukan terlerai. Syed Farish masuk ke dalam bilik air.

Sharifah Elisya masih berada di tempat yang sama. Kaku di temapt tadi. Banyak perkara Syed Farish yang mengejutkannya pada hari ini. ‘aku kena cari jalan ni, Macam mana nak buat aku tak tidur dengan mamat tu. Gila hapa nak tidur dengan dia. Tu baru sikit. Tak tengok aku lagi kalau tidur. Meniarap, terlentang, semuanya ada.’
Tiba-tiba dia mendapat idea. Idea yang cukup bernas.

Syed Farish keluar dari bilik air dengan bertuala saja. Berharap Sharifah Elisya akan berada di dalam bilik itu namun hampa. Ternyata Sharifah Elisya tidak ada di dalam ruangan bilik tersebut. Syed Farish terus mencapai bajunya lalu memakai baju.
Setelah memakai baju, Syed Farish keluar dari bilik itu untuk mencari isterinya.
Di dapur, di ruang tamu tak ada. Di bilik pun tak ada… bilik Tv lagi lah kerana suasana sunyi sepi saja. Syed Farish sudah berputus asa untuk mencari Sharifah Elisya. Di manakah isterinya sebenranya? Syed Farish segera ke bilik Syed Danish untuk bertanya kepada kawan baiknya, di manakah Sharifah Elisya.


“Nish.. buka pintu ni..” kata Syed Farish sambil tangannya mengetuk perlahan pintu bilik kwan baiknya.
Tiba-tiba Syed Danish terdengar ada orang mengetuk pintu biliknya. ‘Siapa pulak yang kacau aku ni?’ Dalam keadaan mamai, Syed Danish membuka pintu.

“Kenapa?” tanya Syed Danish keletihan.

“Adik kau hilang. Aku tak tahu dia ada kat mana.” Kata Syed Farish cemas.

“Hah? Adik aku hilang?” kata Syed Danish dengan mata membulat. Terus segar matanya apabila Syed Farish mengatakan bahawa Sharifah Elisya hilang. ‘manakah adiknya menghilang?’

“Aa ah. Aku mandi tadi. Sedar-sedar dia dah tak ada dalam bilik. Sorry ah. Kalau aku jumpa dia, aku takkan kejut kau tapi aku tak jumpa. Sorry, bro. Aku tak tahu nak cari siapa lagi.”

“It’s okay. Jom cari Isya.”

“Okay.”

Namun stelah sejam berlalu, Sharifah Elisya masih tidak ditemui juga. Semua tempat sudah mereka jelajahi namun tidak jumpa juga. Tapi betul ke semua ruangan dalam rumah tu mereka periksa?

“Terus terang aku kata aku dah fed up. Tapi kat mana pulak adik aku ada?”

“Aku pun tak tahu. Semua tempat kita dah cari dia. Aku tak rasa dia lari. Atau kita tak check tempat rahsia? Rumah kau ada tak tempat rahsia?”

Kata-kata Syed Farish memberikan Syed Danish idea.

“Aku rasa aku tahu Isya ada kat mana.”

“Kat mana?”

‘Hai Isya… Kenapa lah Abang tak fikir Isya akan hide kat situ?’ desis hati Syed Danish.

4 comments:

aFaiSh said...

haa kat mana laa isya tu nyorok :p

Tasnim Hafidz said...

alah..x sbr nk bca smbgnnye :) best sgt

Anonymous said...

sweet...:D
mesti iesya nyorok kt bilik rahsia dia kn...heheh

Kamy said...

ohh!! gile lah!! xsaba2 nk tnggu smbungan dia!!! huwarhhh!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!