Followers

Friday, April 8, 2011

Ceo vs Doktor 21



Mata aku terpaku melihat orang yang berdiri depan aku ini. Kalau boleh, dia ialah orang yang terakhir yang aku nak jumpa dalam dunia ni. Siapa lagi kalau bukan Syed Farish, bekas majikan aku… Mesti dia marah aku sebab aku berhenti kerja macam itu saja. Dah nak buat macam mana?Dah cita cita aku macam tu, nak jadi pediatrik……

“Hye?” kata Sharifah Elisya spontan.

“Buat apa kat sini?”

“Err, teman Danny kencing… hahaha.”

“So, how’s life? Macam mana hidup selepas jadi tunang orang?” kata Syed Farish tersenyum plastik sambil merenung cincin tunang Sharifah Elisya yang tersemat di jari kananya.

“Hah? Fine, yeah good. The truth is nothing change at all. How about you? Saya dengar awk pun jadi tunang orang sekarang. Tak sangka pula kita tunang serentak kan? Hahaha.” Kata Sharifah Elisya pura pura gembira namun di dalam hatinya dia langsung tidak merasa gembira.

Entah kenapa kalau orang menyebut tentang tunangnya, dia jadi muram dan tidak gembira.. Yalah kan, pertunangan yang diaturkan oleh keluarga. Seperti di dalam novel pula. Tapi di dalam novel heroin itu tahu siapa yang bakal dikahwinnya manakala dia tidak tahu siapa yang dibakal dikahwinnya. Memang tidak adil. Memang terdetik untuk tanya nenek aku siapa yang bakal suami aku namun setiap kali bercakap tentang perkahwinan aku, aku akan jadi bad mood. Jadi persoalan itu hanya aku simpan di dalam hati sahaja. Dan satu lagi yang menjadi persoalan sekarang. Apabila Abang Nish aku beritahu yang Farish dah bertunang, hati aku rasa macam semacam saja. Macam sedih bila dengar Farish dah bertunang. Kenapa aku rasa macam tu? Dah lama aku tak rasa macam tu dan sekarang aku merasa perasaan itu sekali lagi. Perasaan itu hadir apabila aku bercakap tentang pertunangan Farish sebentar tadi. Kenapa aku ada perasaan sebegini? Sepatutnya aku gembira untuknya bukan sebaliknya. Sekarang yang perlu aku fikirkan ialah perkahwinan aku. Siapa saja suami aku, aku akan menyayanginya. Tapi kalau Farish, takkan punya sebab aku benci dia! Kenapa? Entah! Mungkin sebab dia benci aku kut? Tapi bila pula Farish kata dia benci kat aku? Tapi mustahil sangat Farish akan jadi suami aku! Huh! Simpang malaikat empat puluh empat!

“Fine…Biasa biasa saja. Eh, aren’t you suppose to be at States?”

“Yeah.. After I’m married, I’m going to States.”

“Really? I’m happy for you!” kata Syed Farish hambar.

“Aunty! Jom laa pergi depan!” kata Syed Danny mencelah.

“Yaa sayang let’s go. Err encik, saya pergi dulu.”
“Uncle Rish, jangan kacau partner Danny. She’s mine.”

Sharifah Elisya terkejut mendengar kenyataan tersebut. Budak lima tahun berkata begitu?

“Hish! Budak ni! Merapu pula.” Monolog Syed Farish.

Entah mengapa hati Syed Farish cemburu dengan kata kata Syed Danny.

“Isya, congrats for your weeding.”

“Yeah. You too.” Balas Sharifah Elisya hambar.

+++++++++

Seminggu telah berlalu… Dan makannya hari ini ialah hari pernikahan aku. Ya! Pernikahan aku dengan orang yang tidak dikenali. Betapa bahagianya aku! Berkahwin dengan orang yang aku tidak kenali sama sekali! Indahnya hidupku. Sekarang aku sedang disolek dengan tukang make up aku, Fazrul atau nama panggilanya Faz… Eeewww! Yang ni lagi satu kes, lelaki nak jadi perempuan! Yaks! Siapalah yang buat bala yang suruh dia dandan aku! Siapa lah lagi kalau bukan Sharifah Amylea Qassandra! Kawan baik aku! Dia jeles laa tu sebab aku kahwin dulu! Haha! Nasib! Nak buat macam mana?

“Isya, aku tak percaya je kau nak kahwin! Haha! Kelakar laa pulak!” kata Sharifah Qassandra.

“Banyak laa kelakar kau!Qassa, aku takut lah! Berdebar laa. Takut gila ni!”

“Haha! Rilek laa.. Kahwin je ni bukan first night..Lagipun kau bukan lelaki nak berdebar banyak- banyak. Hahah!”

Membulat mata Sharifah Elisya memandang Sharifah Qassandra. Apa dia kata? Tak payah berdebar! Siap boleh ingatkan aku pasal first night lagi. Aku daripada tak ingat pasal tu jadi ingat pulak ni! Dasar Qassa! Geram aku! Kalau tadi aku berdebar 100 kali, sekarang aku berdebar 1000 kali! Hish! Bukan nak redakan, malah tambah lagi adalah. Aku gabra tahap gaban dah ni!

“Apa kau kata Qassa? Kau ni memang tak sayang mulut laa. Boleh masa ni kau ingatkan aku pasal benda tu? Boleh pulak kau cakap depan Fazrul ni!!!!” marah Sharifah Elisya

“Hey! Not Fazrul laa…. Faz…” marah Fazrul a.k.a make up boy.

“Yelah yelah! Aku salah.” Akui Sharifah Elisya.

“ Alaa rileks laa Nia… Ni Cuma pernikahan saja…. Betul apa kata Sharifah Qassa… first night lagi takut daripada ni. Hahaha.” Kata Faz selamba badaknya.

“Hish! Mamat pondan ni! Sabar sajalah wahai hatiku!” monolog Sharifah Elisya.

“Aa ah! Di sokong 100% Faz! Haha”

“Korang ni bukan nak tolong aku…. Bengang tahap gaban! Korang tunggu lah masa korang! Terutama kali kau Qassa! Memang kau cari bala!”

“Ek? Aku pulak kena? Aku lamabat lagi daa.” Selambanya Sharifah Qassandra.
Lambat? Kalau Syed Danish tahu, memang mati laa jawabnya!

“Eh eh… Comelnya adik Abang! Cium sket!” tegur Syed Danish sambil menghadiahkan ciuman di pipi adiknya.

“Abang ni! Apa kes! Cium orang! Basi tau!”

“Alaa, tak luak pun.” Kata Syed Danish dengan selambanya.

“Alah.. apa nak diluakkannnya! Kita kan kembar? Lagipun suami Isya takkan marah punya… Kan Farish suami Isya? Ahaha! Abang dah tahu tadi.. Sorry ye dik..It’s for your own good..” monolog Syed Danish.

“Apa kamu ni bergaduh saja kerjanya.” Tegur Umairah.

“Comelnya anak mama…” kata Sharifah Alina pula.

Aku hanya diam membisu. Bilik pengantin ni penuh dengan keluarga aku…Aku lihat keluarga semua gembira tapi aku… lain laa pula ceritanya… Tak gembira! Sengsara!

“Hish! Danish aku berdebar laa nak kahwin ni! Kau ada kat mana? Kau kata nak teman aku? Aku dah nak sampai kat rumah bakal isteri aku ni! Kerek ar!” Rengus Syed Farish sendirian di dalam kereta.

“Rileks laa bang… Nanti dia call laa.” Kata Sharifah Firash Liyana bagi menenangkan abangnya.

“Dik, abang punya jantung ni dah nak meletup tahu tak? Tadi masa masuk kereta, nyaris-nyaris jantung abang nak jatuh! Berdebar! Bukan selalu abang kahwin.” Kata Syed Farish meluahkan perasaanya.

Tiba tiba telefon Syed Farish berbunyi…

“Hello?” jawab Syed Farish pantas.

“Hello, Farish… Aku dah sampai rumah pengantin pompuan ni. Aku tunggu kau kat dalam ek?”

“Asal kau nak tunggu kat dalam pulak? Kau tuan rumah ke apa? Kau kenal ke tunang aku?”

“Aik? Tiba tiba mengaku tunang pulak? Biasa tak mengaku?Abis tu, takkan aku nak tunggu kat luar pulak? Apa orang cakap nanti?”

“Arghh! Aku tak kira! Kau kena tunggu aku kat pintu pagar rumah tunang aku! Peduli apa aku orang nak cakap pasal kau? Ada aku kisah? Tak der!”

“Wokey!” balas Syed Danish. Panggilan segera dimatikan.

“Dah aku tuan rumah? Mesti lah aku tunggu kat dalam. Adik aku nak kahwin kut!!” kata Syed Danish perlahan.

“Pengantin lelaki sampai!” jerit seseorang.

Huh! Dah sampai pulak mamat ni! Kenapa tak sampai esok ke? Lusa ke? Tak datang terus pun tak apa… Tak adalah aku berdebar macam nak gila!

“Isya, pengantin lelaki dah sampai.. Ready..” kata neneknya kegirangan.

“Okay.” Jawab Sharifah Elisya lemah.

“Isya…. Laki dah sampai.. bersedia lah… First night menanti…” usik Qassa.

“Aku sebat kau kang Qassa… senyap!” marah Sharifah Elisya. ‘masa kau kahwin nanti, jaga kau! Aku tembak kau cukup cukup!’

Aku pun turun dari bilik aku… Habis control ayu aku turun.. Ye laa.. pengantin kan? Takkan nak kasar kut? Ahaha! Aku tengok bakal suami aku duduk depan tok kadi.. Aku tak nampak muka dia sebab dia tunduk! Hmphh! Lantak kau laa! Nati bila kita dah kahwin, aku tengok muka kau puas puas.Eeeiiii!Gatal pulak aku! Masa Abang usik aku, aku habis-habisan tentang perkahwinan ni dan akhirnya aku pulak terlebih gatal bila tengok laki aku yang putih melepak. Oopss! Salah……… bakal laki daaa…..

Syed Farish hanya menundukkan kepala. Sekali sekala dia mengerling Syed Danish yang riang duduk di tepinya… Macam dia pulak yang nak kahwin.. Siap senyum-senyum lagi.. Mengejek pun ada! Jaga kau! Mase kau kahwin, aku bantai kau cukup-cukup. Jelingan tajam dihadiahkan kepada kawan baiknya itu, Syed Danish. Aku dah berdebar tahap gaban ni! Aku nampak ada perempuan turun dari tangga… Ada dua orang.. Salah satunya mesti lah tunang aku…. Ada orang iring dia turun, jadi aku tak nampak dia.. Kacau lah pengapit dia ni! Tak leh tengok muka bini aku….. Ooopss! Salah….. bakal bini aku!

Aku pun duduk dengan ayunya… Qassa duduk tepi aku. Sekali sekala aku ada intai bakal laki aku tapi still tak nampak sebab ada ‘malaun’ block penglihatan aku… Siapa ‘malaun’? Siapa lagi kalau bukan kembar kesayangan aku! Aku tengok nenek, dia gembira semacam je. Cett! Tak nampak macam orang sakit pun? Huh! Pelik bin ajaib sungguh!

“Aku terima nikahnya Sharifah Dania Elisya Binti Syed Darwin Imran dengan mas kahwinnya RM 100 tunai.” Kata Syed Farish lancar dan tenang sekali bunyinya.

“Aik? Macam pernah dengar je nama ni? Nama dia sebijik macam Isya… Ah, Isya.. kenapa kau selalu muncul dalam fikiranku?” monolog Syed Farish.

Akhirnya aku dah sah jadi laki orang. Berdebar rasanya nak jumpa bini aku. Lawa tak?

“Isya, sedia.. dia dah datang..” bisik Qassa kepada Isya.

“Hah? Apa kau mengarut ni? Mana dia nak datang? Lambat lagi laa.. Akad nikah pun belum.”

“Hish! Kau dah sampai mana? First night? Kau tu dah sah jadi bini orang…” bisik Qassa.

“Kau ni tak habis habis…..” Namun percakapan Sharifah Elisya tergantung.. Disebabkan suaminya sudah berada di depannya. Sharifah Elisya menundukkan kepala kerana gugup.

“Yes! Mesti aku terkejut beruk! Beruk pun tak terkejut macam ni!” monolog Syed Danish.

Syed Danish mengeluarkan cincin plantinum daripada kotak Tiffany dan menghulurkan kepada Syed Farish..Syed Farish menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Sharifah Elisya.

“Wow plantinum youuuu!” monolog Sharifah Elisya dan terus menyalam tangan lelaki yang baru menjadi suaminya.

Syed Farish mencium dahi Sharifah Elisya sambil memegang bahunya.

“Stop!” kata camera man.

“Hish! Dia ni! Geramnya aku! Tahu lah aku cantik tapi tak yah ah ambil gambar aku banyak-banyak. Kan suami kan?” monolog Sharifah Elisya lalu memandang suaminya yang sedang merenung ke arahnya!

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaa! Farish suami aku?” jerit Isya di dalam hatinya. Terasa bagai nak meletup kat situ jugak!

“Isya? Bini aku? No wayyyyy!” jerit Syed Farish pula.

“Nenekkkk! Abangggg! How could you!!!” jerit Sharifah Elisya apabila melihat nenek dan kembarnya tergelak melihat reaksinya.



Apa akan terjadi apabila CEO dan doktor duduk sebumbung? Nantikan next entry.. hehehe!

10 comments:

SyAz n HaNi said...

hehehe... smbg cpt2 ek... nk tau apa jd bila dh sebumbung... =)

diana said...

nak lagi...cpt smbg

Afiqahai said...

suka laa farish en? hehe :)
nak lagi!!
duduk rumah yang sama ea?

Unknown said...

nk lg !!

Noor Affiqah said...

HAHAHAHAHAHA...comel nye...tekezut2 pas taw 2 laki die...HAHAHAHAHA...nk lggg!!!!next n3 cpt2 ea...HAHAHA

HanaHideaki said...

nak lagi..comey tahap gaban dorang neh...
mesti syok jer duk serumah nanti..ahaks..!!
abes la kena ngn danish...

ihaaz said...

hehe~ x sabar
mesti best

aFaiSh said...

tlg bezakan "dialog" dgn 'monolog' boleh?? keliru mana "dialog" mana "monolog" tQ :) sila sambung lg.. kikikiki

luv NoVel said...

kalau boleh lah kan miss hallooween ..... saya nak setiap minggu N3 terbaru masuk hehehehe boleh tak? kalau tak boleh, tak pe asalkan saya dapat baca N3 N3 terbaru CEO vs DOKTOR .... Dan teruskan usaha .... I'll support you

Azirah Ilham said...

nk lg..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!