Followers

Friday, April 1, 2011

Ceo vs Doktor 20


“Isya rasa…. Isya terima apa yang nenek minta tu..” kata Sharifah Elisya perlahan.

“Ya? Terima kasih ya sayang sebab tunaikan apa yang nenek minta. Nenek minta maaf sebab buat Isya macam ni tapi takkan nenek nak break promise.. apa apa pun nenek sayang Isya.” Kata Umiarah lalu bangus dan terus mendakap cucu kesayangannya.

Syed Darwin dan Sharifah Alina sudah tersenyum sesama sendiri.. Nampaknya memang betul sangkaan mereka, Sharifah Elisya akan setuju dengan apa yang dirancang oleh mereka. Sememangnya Sharifah Elisya memang anak yang baik. Namun apa perasaannya bila dia tahu yang neneknya hanya berpura pura sakit semata mata untuk suruh dia kahwin bersama dengan Syed Farish?

“Nenek gembira tak?” tanya Sharifah Elisya selepas neneknya meleraikan dakapan.

“Nenek of course laa gembira sayang tapi kan Isya tak nak tahu ke siapa yang bakal dikahwin dengan Isya?” tanya Umairah.

Siapa kahwin dengan aku kini sudah tidak penting.. Yang penting sekarang nenek gembira dan sihat. Itu saja sebab aku mengahwini orang yang tidakku kenali dan juga tidak ku cintai…

“hah? Entah lah nek.. Yang peting nenek sihat tapi handsome tak bakal suami Isya tu? Hehehe.” Kata Sharifah Elisya nakal.

“Amboi! Entah lah konon! Sempat lagi fikir handsome ke tak…” sindir Syed Danish sambil mencubit lengan adiknya.

“Adui! Sakit la! Abang ni! Mesti lah Isya kena fikir.. Karang dapatnya orang macam Abang yang tak hensem ni.. aduyai! Masa tu, kalau Isya lari .. jangan marah yaa.” Kata Sharifah Elisya sambil mengusap lengannya yang merah dicubit oleh Syed Danish. Suka sangat cubit orang! Geram rasanya!

Kata kata Sharifah Elisya menyentakkan semua orang yang berada di meja makan itu. Semua orang memandangnya dengan reaksi terkejut. Apahal pulak orang tengok aku semua ni?

“Asal tengok Isya je semua ni? Terkejut ke? Eh, jangan nak mengarut laa. Takkan Isya nak buat macam tu kut? Nanti atuk dengan nenek heart attack pulak.. Ahaha.” Kata Sharifah Elisya selamba badaknya sambil tergelak. Namun, kata katanya tidak dapat membuat muka ahli keluarganya kembail kepada asal. Semua orang masih dalam keadaan terkejut.

“Eh, tak lawak ke?” kata Sharifah Elisya seperti orang bodoh.

Lalu, Syed Danish akhirnya bersuara.

“Eh, lawak laa sangat. It so funny until I forgot to laugh. Ha ha ha.” Sindir Syed Danish.


“Eh, macam pernah dengar je ayat tu? Ambik orang punya! Copy and paste je! Sedapnya.” Sindir Sharifah Elisya pula.

“Suka hati Abang Nish laa. Kan kita kembar?”

“Dah dah jangan nak bertekak. So, Isya betul nak kahwin dengan pilihan keluarga? Kalau tak bahagia macam mana?” tanya Syed Asyraf serius.

Kalau tadi kata kata Sharifah Elisya menyentakkan ahli keluarganya, kali ini kata kata serius Syed Asyraf pula menyentakkan fikirannya. Tersenyap sampai Sharifah Elisya.
Suasana menjadi sunyi sepi.

“Betul juga apa yang dikatakan oleh atuk. Kalau aku tak bahagia macam mana? Tapi, Isya, think on the bright side. Allah mesti tahu apa yang terbaik untuk aku. Dan kalau aku ditakdirkan tak bahagia, tak mengapa, aku redha dan berusaha untuk mencari kebahagian aku sendiri.” Tekad Sharifah Elisya di dalam hati.

“Isya?” tanya Syed Asyraf.

“Andai itu takdirnya, Isya redha dan terima. Dah nak buat macam mana lagi? Kalau tak bahagia, tak bahagia laa. Kalau bahagia, bahagia laa. Okay?” kata Sharifah Elisya.

“Are you sure dik?” tanya Syed Danish kepada adiknya.

Pertanyaan Syed Asyraf memberi Sharifah Elisya idea! Idea yang gila!Dulu, masa dia kecil, Syed Danish berjanji dengannya bahawa dia akan kahwin dahulu sebelum Sharifah Elisya. Perjanjian yang dibuat dulu bersama Syed Danish memgetuk fikirannya.

“Hah! Kalau aku kahwin dulu, tak syok ar! Kalau aku kahwin Abang Nish kena kahwin dulu! Ahaha! Jahat tak aku? Wakaka!” monolog Sharifah Elisya sendirian.

“Ah, speaking of marriage, takkan laa Isya nak kahwin dulu?” kata Sharifah Elisya nakal sambil memandang Syed Danish yang ralit menikmati sarapan.

Syed Danish tidak sedar bahawa sekarang, mata ahli keluarganya tertumpu kepadanya. Tu laa! Ralit sangat dengan pancake!

“Huh? Kenapa tengok Nish je ni? Something wrong?” tanya Syed Danish hairan.

“Nek, Isya ada satu syarat… Kalau nenek nak Isya kahwin, Abang Danish kena kahwin dulu sebelum Isya. Macam mana Abang?” kata Sharifah Elisya dengan selamba badaknya!

Mata Syed Darwin dan Sharifah Alina sudah membulat tanda tidak percaya dengan syarat Sharifah Elisya manakala Syed Asyraf dan Umairah mempamerkan muka tercengang campur terkejut. Kalau reaksi nenek, datuk, mama dan papa Syed Danish macam tu, muka Syed Danish apa lagi… Merah campur terkejut campur geram….

Apa adiknya, Sharifah Elisya sudah gila? Gila kerana suruh dia berkahwin. Bagi Syed Danish, dia terlalu muda untuk menjadi suami orang. Baru 24 tahun! Lain la kalau Sharifah Elisya, dia tu perempuan. Umur 24 tahun memang sesuai la sangat untuk kahwin. Apakah adiknya sudah hilang kewarasaanya? Kenapa mahu tarik dia masuk masalah ni? Kan nenek yang plan? Kenapa dia pulak jadi mangsa? Mangsa keadaan.. Mangsa yang bakal menamatkan gelaran bujangnya.. Tapi betul ke bujang???

“Adik, are you insane? Dah gila hapa? Kenapa nak dragged Abang masuk dalam mess ni? Apa apa pun, Abang tak nak. Isya saja yang kahwin tahun ni and that’s final, okay?” kata Syed Danish dengan serius sekali.

“No! That’s so not okay! Abang dah janji kan? Kan Abang kena kahwin dulu? Abang dah janji! Abang nak jadi munafik ke?”

“But that was when we were 12! Mana boleh pakai dah janji tu!”

“Tak de ah! Tak kira! Kalau Abang tak nak kahwin dulu, Isya pun tak nak kahwin! Nek, Isya tarik balik apa yang Isya cakap! Kalau nenek nak Isya kahwin dengan cucu Syed Hamid tu, nenek pujuk Abang kahwin dulu! Kalau tak, Isya tak nak kahwin! Nenek, Isya minta maaf sangat sebab cakap macam ni tapi Abang dah janji..” kata Sharifah Elisya lalu meninggalkan ruangan makan dan terus berlalu mendaki tangga.

Suasana menjadi sunyi sepi…

“Nish…” kata Umairah perlahan.

“I’ll talk to her..” kata Syed Danish lalu mendaki tangga.

Didalam bilik, Sharifah Elisya sudah menangis teresak esak.

Aku dah tak tahan. Kalau tengok dari mata kasar, aku macam rela untuk kahwin dengan lelaki yang disarankan oleh nenek tapi dalam hati, aku menolak kata katanya. Kalau nenek tak buat perjanjian dengan Syed Hamid, dan kalau lah nenek tak sakit pada kala ni.. Aku takkan hadapi situasi macam ni. Aku takkan jadi cucu yang derhaka. Semuanya kalau lah…

Abang dah janji dengan aku. Tapi kenapa dia tak nak tunaikan janjinya? Tidak dia tahu kah bahawa di kala ni, aku amat sedih dan merana? Dia tahu tak? Sudah tentu dia tahu sebab aku kembarnya! Ingat aku nak sangat ke kahwin dengan cucu Syed Hamid tu? Takkan dia sanggup tengok aku kahwin dengan orang yang tidak ku kenali? Perkahwinan yang tidak menjaminkan kebahagian? Kalau dia berada di tempat aku? Apa yang dia rasa?

Tiba tiba pintu diketuk dari luar.

“Isya, open the door.” Kata Syed Danish.

“Go away! I don’t want to see you!” kata Sharifah Elisya sambil menangis teresak esak.

Syed Danish mendengar esakan Sharifah Elisya, ya Isya menangis! Hatinya pilu mendengar esakan tersebut. Apa yang patut dia lakukan? Supaya kembarnya tidak menangis dan kembali seperti asal? Kahwin? Dia masih belum bersedia untuk itu! Nak ke Sharifah Emylea Qassandra a.k.a Qassa, kawan baik Sharifah Elisya kahwin dengannya padahal hubungan mereka masih baru? Siapa sangka Syed Danish dan Sharifah Emylea bercouple? Dulu, pantang berjumpa, bertekak la mereka. Tapi tu dulu, sekarang lain… Syed Danish tersenyum sendirian.

“Isya, please! Isya tahu kan Abang akan ganggy Isya selagi Isya tak buka pintu ni?” ugut Syed Danish. Dia tahu yang Sharifah Elisya tidak suka orang mengetuk pintunya berulang kali. Lagi Isya tak suka, selagi tu lah dia akan buat! Nakal sungguh kembar Sharifah Elisya ni!

“Fine.” Rengus Sharifah Elisya lalu membuka pintu biliknya.

Itu lah yang membuat Syed Danish sayang sangat dengan Sharifah Elisya. Walaupun dia kata dia tak suka dan tak nak buat tapi kalau Syed Danish yang pujuknya, dia akan menurut juga apa yang disuruh. Sebab itu la Sharifah Elisya rapat dengan Syed Danish berbanding dengan ahli keluarga mereka yang lain. Mereka semua rapat tapi tak serapat Sharifah Elisya dan juga Syed Danish.

Syed Danish terkejut melihat muka Sharifah Elisya yang merah dan juga sembab. Barangkali terlalu banyak menangis.

“Hey, kenapa nangis ni?” tanya Syed Danish lembut lalu menarik Sharifah Elisya duduk dia atas katil.

Namun pertanyaan Syed Danish dibiar sepi. Sharifah Elisya hanya memandang mukanya lalu kembali menangis teresak esak.

“Hish! Abang ni! Dah tahu, pura pura tak tahu pulak! Geramnya aku!” monolog Sharifah Elisya.

“Isya…” panggil Syed Danish lembut sekali.

“Abang! Isya… tak… tsk tsk… nak … kahwin … dengan tsk tsk.. cucu…. Syed Hamid….Isya tsk tsk.. tak nak.” Adu Sharifah Elisya dengan nada yang tersekat sekat akibat menangis.


“Isya… come on.. Fikirkan tentang kesihatan nenek… Abang pun akan rasa macam tu kalau Abang berada di tempat Isya. Abang faham dik.. Apa yang Isya rasa, Abang pun kadang kadang boleh rasa..” kata Syed Danish memberi nasihat kepada adiknya lalu mendakap adiknya yang sedang menangis teresak esak itu. Terbit pula perasaan kasihan melihat penderitaan Sharifah Elisya yang dipaksa mengahwini orang yang tidak dikenali. Bagaimana pula dengan kebahagian Isya? Dapatkah adiknya itu mendapat kebahagian? Harap harap begitu lah.

“Harap harap apa yang nenek buat ni semua betul. Dan harap harap lah Isya mendapat suami yang menyayanginya nanti. Kalau Abang boleh ganti tempat Isya, sudah tentu Abang buat Isya tapi masalahnya, Abang tak boleh ganti. Takkan Abang nak kahwin dengan lelaki kut?” monolog Syed Danish sambil mengusap lembut belakang adiknya. Tujuan untuk menenangkan adiknya. Memang Sharifah Elisya beruntung mendapat Abang yang penyayang dan sanggup berkorban untuk kebahagiannya.


“Abang akan tunaikan janji Abang kan? Tapi kadang kadang Isya rasa ISya kejam laa bang sebab Isya dragged Abang masuk dalam mess ni padahal mess ni Isya kena hadapi sendiri. Tak apalah Abang.. Abnag boleh kahwin bila bila saja Abang nak. Even if you want to marry my bff, Qassa.”

“Hah? Abang? Dengan Qassa? NO way dik! No way!” nafi Syed Danish.

“Aik? Isya gurau je? Kenapa Abang ambil serius?” kata Sharifah Elisya hairan lalu mendongak untuk melihat muka Abangnya merah menahan malu atau tidak. Abangnya sorang ni memang langsung tak boleh tipu. Dengan orang lain boleh lah tapi kalau dengan Sharifah Elisya, memang Syed Danish tidak pandai menipu kerana apabila dia tipu, Sharifah Elisya akan tahu yang dia menipu.

“Dah dah.. tidur dulu. Lepas ni kita main skateboard.. okay? Dah tidur dulu.”

“Abang jangan keluar dulu…”

“Okay.. Abang tak keluar.”

Syed Danish takut adiknya dapat menghidu apa yang dirahsiakan daripadanya. Contohnya, dia bercouple dengan Qassa dan juga pasal nenek berpura pura sakit…

“Isya, sabarlah. Mungkin ini benda yang terbaik buat Isya. Abang minta maaf sebab tipu Isya.” Kata Syed Danish perlahan sebelum meninggalkan ruangan bilik tidur adiknya, Sharifah Elisya.
++++++++++++++++++++++++++++++++

Kini, aku dah balik dari Malaysia. …Aku dah bertunang. Dah seminggu aku jadi tunang orang.. Siapa? Entah? Aku tak tahu! Alien atau zombie kut? Aku merenung cincin tuning yang tersemat di jari aku sekarang. Lawa juga aku tengok cincin ni! Hahaha. Gila tak gila cepatnya… Ni semua permintaan nenek yang nak aku berkahwin cepat. Kadang kadang aku musykil jugak tengok nenek. Sebab dia tu kadang kadang aku tengok tak macam orang sakit pun. Macam orang sihat adalah. Tak sabar sabar nak tengok aku kahwin. Tapi bila aku tengok kat dia atau duduk dekat dia, mulalah dia sakitlah apalah. Tapi takkan dia nak tipu aku pasal penyakit dia pulak? Kalau nak dibandingkan, antara nenek dengan atuk, aku tengok macam atuk aku yang sakit bukan nenek aku. Bila aku tanya dia okay ke tak, dia kata okay je, hanya selesema dengan batuk biasa saja. Apa? Dia ingat aku bodoh sangat ke? Aku ni doktor tau. Bila aku tawarkan diri nak check dia, dia macam gelisah and cuba nak larikan diri daripada aku. Dia kata tak payah, biasalah dah tua macam ni.. Last last aku menyerah diri. Aku cuba bersangaka baik dan menyakinkan diri aku yang apa yang dikatakan oleh atuk aku tu benar belaka. Hehehe. Aku dah jadi tunang orang? Kelakar pulak!

Tiba tiba pintu bilik aku diketuk seseorang…

“Doktor, ni ada last patient..” kata jururawat bernama Anis itu.

“Okay.” Jawab Sharifah Elisya sepatah.

Dan bertapa terkejut beruknya aku bila melihat orang yang sangat aku kenali. Danny! Yaa. Apa yang dia buat kat sini. Ternyata bukan saja yang terkejut dengan kehadirannya, malah Danny pun terkejut melihat aku sebagai doktornya. Dulu, aku hanya Aunty Isya yang menolongnya semasa di KLIA.

“Aunty Isya! Danny rindu dengan Aunty Isya!” kata Danny sambil berlari ke arah Sharifah Elisya lantas memeluknya . Satu tindakan yang luar jangkaan aku!

Kak Lina, iaitu mama Danny hanya tersenyum melihat telatah anaknya.

“Aunty Isya pun rindu dengan Aunty Isya!”

“Aunty Isya buat apa kat sini? Doktor baru Danny yaa? Aunty Isya jadi pediatrician?”

“Yaa sayang. Now seat down.. I want to check you first..” kata Sharifah Elisya lantas meleraikan pelukan dan Sharifah Elisya meletakkan Danny di kerusi yang disediakan.

“Now, Danny pernah kena attack ke sepanjang 3 bulan ni?” tanya Sharifah Elisya kepada Kak Lina.

“Tak ada.”

“Okay. So, bekalan ubat ada lagi? Atau dah habis?”

“Dah habis doktor..”

“Aunty Isya, esok ada jamuan dekat taman atuk.. Aunty Isya datang laa sekali. Pleaseeee.” Tanya Danny dengan penuh mengharap.

“Aa ah laa, Isya, datang lah sekali. Saja je mertua akak buat jamuan sikit. Do come pelaseee.” Kata Kak Lina juga mengharap.

“Alaa sayang esok Aunty Isya kerja laa.”

Syed Danny mengeluh hampa.

“Hurm tak pe lah.” Kata Syed Danny hampa.

Entah mengapa, hati aku jadi tidak tenteram dan kurang senang melihat wajahnya yang hampa itu. Aku jadi tidak gembira apabila melihat wajah hampa itu.

“Tapi kalau Aunty Isya tak sibuk, Aunty Isya datang okay? Now, cheer up! Tak mau laa masam masam.”

Wajah Syed Danny kembali ceria. Hati aku juga senang melihat wajah cerianya itu.

“okay. Aunty Isya! Nanti mama bagi address atuk kat Aunty Isya yaa mama?” tanya Syed Danny kepada mamanya pula.

“Ni alamatnya. Datang lah Isya. Lama Danny tak jumpa Isya. Lepas balik KLIA tu, Danny selalu tanya pasal Isya. Datang ya? Akak mengharap sangat. Sekarang Danny muram je lately ni sebab papanya pergi outstation. Biasanya ada Uncle Farish dia, tapi Farish jarang balik sebab sibuk dengan hal pejabat. Sibuk katanya. Hari for the first time ever selepas 1 bulan, Danny ceria. So, tolonglah datang..” kata KAk Lina penuh mengharap.

“Yalah kak. Kalau Isya tak kerja, Isya datang tapi tak, minta maaf lah.”

“Yalah. Kerja kan? Nak buat macam mana?”

“Aunty Isya, jom ambik gambar! Mama tolong ambil gambar Aunty Isya dengan Danny.” Kata Danny mencelah.

Selesai mengambil gambar, mereka pun keluar dari bilik aku.

Kalau aku pergi rumah Farish, mesti jumpa Farish tapi aku kesiankan Danny. Pergi ke tak?

++++++++++++

Kalau seminggu Sharifah Elisya menjadi tunangan orang, seminggu itu juga lah Syed Farish muram. Segala benda yang dibuatnya tak pernah sempurna apabila Sharifah Elisya meletakkan jawatannya. Pada pagi Syed Farish masuk ke pejabat buat pertama kalinya selepas outstation ke Penang, ada sepucuk surat yang sudah menunggunya untuk dibaca. Surat yang paling ditakuti untuk dibaca oleh Syed Farish kerana dia takut itu ialah surat perletakkan jawatan Elisya, setiausahanya. Ternyata tekaannya betul. Tepat terkena sasaran. Menurut Kak Yati, Elisya telah datang untuk menyerahkan surat tersebut kepadanya namun dia tiada kerana berada di Penang. Kak Yati dah beritahu Elisya agar tunggunya namun Elisya berkata dia harus menyerahkan surat tersebut pada hari itu juga kerana dia ingin berpindah ke U.S mengikut tunangnya. Ya, gadis tu telah bertunang. Betapa hancurnya hatinya apabila Kak Yati menberitahunya bahawa gadis itu telah bertunang. Dia pun tidak percaya apa yang dirasanya. Cinta? Syed Farish Daniel Syed Hashim tidak pernah tahu apa itu cinta selepas kejadian yang menimpa Kak Fasrina, kakak sulungnya. Dan akhirnya Elisya pergi tanpa menerangkan apa apa tentang perletakkan jawatan itu. Apakah gadis ituhanya menipu kerana terluka dengan kata katanya tempoh bulan? Entah lah! Namun ada satu lagi masalah menimpa dirinya.
Dia dipaksa untuk berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenali. Bercinta? Jauh sekali! Kini, Syed Farish sudah menjadi tunangan orang. Ya! Dia sudah menjadi tunangan orang selama seminggu dan dalam masa seminggu lagi, dia akan menjadi suami orang pula. Bagus lah tu. Elisya dan dia bertunang serentak… Namun bukan dengan orang yang sama seperti Elisya tunangannya dan juga tunangan Elisya itu adalah dia.
Mustahil untuk menjadi seperti itu! Sungguh mustahil. Tapi mustahil ke? Syed Farish tidak tahu bahawa Elisya adalah tunanganya. Mana nak tahunya.. Setiap kali mama dan papanya hendak bercakap tentang tunangannya itu, dia akan mengelak. Gambar tuning pun dia tak tengok malah tidak menghadiri majlis tersebut. Buat apa mahu hadir? Bukannya tunangnya itu orang yang dicintainya.

“Aunty, jom laa duduk dengan Danny..”

“Yaa sayang Aunty baru datang. Ni kenalkan kawan Aunty, Aunty Qassa. Takpe kan Aunty bawak kwan Aunty?”

“Eh, takpe takpe. Danny tak kisah. Err, Aunty..” kata Danny tapi pada ayat terakhir itu suara Danny seperti berbisik kepada Sharifah Elisya.

“Apa sayang?”

“Danny nak kencing laa. Aunty teman boleh tak? Danny tak nak bibik teman sebab bibik ada kerja nak buat lagi.” Kata Danny merayu.

“Okay sayang. Qassa, kau tunggu kat sini tau. Pergi cari Abang aku. Dia mesti datang jugak.”

“Okaylah.” Kata Sharifah Qassandra.
Di dalam hati Sharifah Qassandra berbungga bunga kerana tak sabar hendak berjumpa dengan kekasih pujaan. Maklumlah, orang ada kekasih, kita tak ada….

Aku menunggu Danny yang masih berada di dalam bilik air. Tiba tiba mata aku tertancap kea rah poteret keluarga Farish. Bagitu segak sekali dia di dalam potret tersebut. Hish! Apa yang aku melalut ni? Ada aku cakap mamat keyboard ni handsome? Hish! Buat bertaubat laa Isya ooi!

Tiba tiba bahu aku dipegang oleh seseorang. Aku apa lagi pusing je laa sebab aku ingatkan Abang aku. Rupa rupanya tekaan aku salah sama sekali sebab orang tu bukan Abang…

“Isya?”

10 comments:

~dari mata turun ke hati~ said...

novel ceo vs dr ni sampai episod bape..?best sgt2 cte ni :)

Anonymous said...

wa!! mnarik2.. dh lme tggu..
nk entry lgi..
smbung cpat2 k..

si.tudung.ungu said...

parah parah... dua² tak tahu bertunang dengan siapa. adeh... Farish gi la tengok gmbar tunang tu... ish ish ish..

ihaaz said...

farish ke yg pegang bahu isya??

kan..kan..kan..

Ros said...

xsabar tgu diorg kawen.msti masing2 tkejut hehehe...

Kamy said...

wuhoo!! ni buat aku xsbr2 nk baca ni!! apa2 pun! mmg best lah!!

Anonymous said...

np tk smbung cte la..tksbow nk bc...best sgt cte ni...:)

Agirl said...

hu3...best2 cepat2lahr sab0nk ekk//

ulat novel said...

bila nak start N3 baru lagi I'll be waiting 4 you cepat sikit tau .... I can't wait 4 it

.arinaA. said...

Dlam cite ney mmg semua keturunan syed and syarifah ea ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!