Bab 2
Sesak nafasnya apabila memandang lelaki
itu semasa keluar daripada biliknya. Kelihatan lelaki itu sedang menyapa
pekerja yang turut berada di tingkat itu. Sudah tidak dapat disangkal lagi
memang dia. Senyumannya, gaya rambutnya, cara dia berpakain, semuanya sama.
Kenapa dia perlu kembali? Baru sahaja dia ingin gembira kerana Harith Imran,
kawan baiknya yang kini sudah menjadi rakan sepejabat. Dan sekarang lelaki itu
pula bekerja di syarikat ini? Mengapakah mereka harus berjumpa setelah empat
tahun tidak bersua muka?
Tengku Eizril Fiqrash Bin Tengku
Eirham.
Kenapalah dia tidak perasan nama
Tengku Eirham semasa menerima tawaran kerja beberapa bulan yang lepas? Things
could not get any worse than this. Sebolehnya dia mahu mengelak daripada lelaki
itu. Dia meluru masuk ke dalam bilik kembali untuk mengambil tas tangan. Baru
sahaja Harith Imran ingin mengetuk pintu Zara Elyssa, pintu itu dibuka dari
dalam. Jelas muka Zara Elyssa pucat.
“Terkejut aku Harith… Kau datang
nak apa?” Zara Elyssa mengurut dada. Bikin terkejut sahaja.
Macam mana dia nak elak Tengku Eizril? Dari
ekor mata lelaki itu berada di sebelah kiri pejabat mereka. Pintu pula sebelah
kanan…cantik…
“Aku nak bagi kertas projek ni.
Yang muka kau pucat ni kenapa?” Mata Zara Elyssa jelas memandang Tengku Eizril.
Tidak habis lagi ke?
“Aku…err… Harith…kau boleh tolong
aku tak?” Sudah terang-terang dia harus meminta tolong Harith Imran sekarang
ini. Kalau dia pergi menghala ke pintu pasti Tengku Eizril nampak.
“Apa? Kalau aku boleh tolong, aku
tolong.” Sakit ke kawan baiknya ini?
“Kau jalan dengan aku sampai ke
pintu boleh? Kau jangan tanya kenapa please. Nanti aku jelaskan atau lebih
tepat lagi, kau faham kan apa yang akan aku jelaskan? Cepat kita takde masa.”
Terus ditarik tangan Harith Imran lalu dilepaskan apabila mereka berjalan beriringan.
Cepat sikit lagi nak sampai dekat
pintu….
Laju betul Zara Elyssa melangkah.
Apa yang dia takut sangat ni? Telinganya menangkap suara perempuan riuh di
sebelah kirinya. Segera dia memandang. Ah… No wonder….
Zara Elyssa…. Kenapa perlu mengelak
daripada dia?
Belum sempat dia mencapai tombol
pintu, ada suara yang menegur dari belakang. Serta-merta jantungnya berdegup
pantas. It’s a bad thing, isn’t it?
“Hah itu mereka! Harith Imran dan
Zara Elyssa!” Jerit salah seorang pekerja perempuan. Ah…sudah…
Secara automatic mereka berdua
berhenti. Sudah tiada pilihan lain selain daripada berpaling belakang kan?
Harith Imran dan Zara Elyssa melemparkan senyuman kepada orang yang berada di
hadapan mereka. Jelas Tengku Eizril tersentak.
She’s beautiful….as always…
“Kenalkan ini Harith Imran dan Zara
Elyssa, two of the most talented architect in the company. Harith, Zara, ini
CEO baru kita, Tengku Eizril Fiqrash.” Ujar Saiful yang baik hati mengenalkan
mereka.
“Hye, Tengku Eizril.” Dia
menghulurkan kepada Harith Imran.
Harith Imran menyambutnya dengan
baik lalu menarik Tengku Eizril ke dalam pelukan. Sudah lama mereka tidak
berjumpa. Orang yang melihat mereka semua terkejut kecuali Zara Elyssa. Dia
memang sudah lama tahu yang Tengku Eizril dan Harith Imran amat rapat. Hampir
sahaja Tengku Eizril tidak menyedari tentang kehadiran Harith Imran. Ralit
sangat memandang orang disebelah Harith Imran.
“Bro, aku tak tahu pun kau apply
kerja kat sini? Asal tak kerja dekat company papa kau je?” Tengku Eizril
mengutarakan soalan.
Lagi sekali mereka dikejutkan. Apa?
Keluarga Harith Imran ada syarikat sendiri. Lagilah naik saham Harith Imran
selepas ini agaknya.
“Aku nak cari pengalaman dulu.
Nanti-nanti laa aku kerja dekat company papa aku tu.” Dia memberi isyarat
kepada Tengku Eizril supaya menyapa Zara Elyssa. Dia tahu kawan baiknya itu
semakin tidak selesa dengan keadaan ini. Sebolehnya dia mahu menarik keluar
Zara Elyssa daripada situasi ini tetapi dia tidak mampu. Kedua-duanya kawan
baiknya.
“Hye, nice to meet you, Tengku
Eizril, you can call Eizril.” Panjang pula Tengku Eizril menyapa Zara Elyssa.
Ia mengundang cemburu di kalangan gadis-gadis lain. Ada juga mata-mata yang
menyampah melihat situasi itu. Zara Elyssa memang selalu dapat spotlight. Orang
cantik… nak buat macam mana?
Eiz… Eizril? Now it’s official.
“Hai, Zara Elyssa, nice meeting you
too Eizril. You can call me Zara.” Just follow the flow Elyssa.
Tengku Eizril dan Harith Imran
berbual-bual sambil menuju ke bilik Tengku Eizril. Awal-awal lagi Zara Elyssa
sudah meminta diri. Tidak sanggup untuk berada di situ lagi. Dia memberitahu
Neesa yang dia akan melawat site. Iphone5 dicapai dan dihantar sms kepada
Harith Imran.
Thanks for helping me. Nanti
belanja makan, kay? –Zara Elyssa.
Perbualan mereka terhenti sebentar
apabila mendengar Blackberry Curve Harith Imran berbunyi tanda mesej masuk.
Dibuka sms tersebut. Ternyata ia daripada Zara Elyssa. Jelas muka Zara Elyssa
berada di skrin Blackberry Curve Harith Imran. Sungguh jelas sehinggakan Tengku
Eizril nampak. Harith Imran tersenyum memandang sms tersebut. Belanja makan, no
hal.
Haha. Okay. Malam ni amacam? Time
and place, you decide. Kan kau yang ajak? –Harith Imran.
“Siapa? Tersengih semacam aku
tengok? Awek ea?” Memang dia menempah bala menanyakan soalan tersebut.
Dia pun tidak faham dengan
perasaannya sekarang. Kenapa perlu dia tanya sedangkan dia sudah tahu? Dan
kenapa dia rasa akan menyakitkan jika Harith Imran mengiakan perkara tersebut.
Kenapa dia perlu ada perasaan itu setelah sekian lama? Dan untuk sekian kalinya,
kenapa dia tidak boleh melupakan dan tidak menerima orang lain? Kusut kepalanya
memikirkan hal itu.
Dari ekor matanya, Harith Imran
tahu yang Tengku Eizril nampak muka Zara Elyssa di Blackberry Curvenya. Kenapa
perlu tanya jika dia sudah tahu? Mungkinkah dia…. Dia tersenyum.
It’s so obvious.
“Kalau aku kata ya, macam mana?”
Sekali-sekala mempermainkan si ais beku ni apa salahnya?
Ais beku… nama gelaran yang diberi
kepada Tengku Eizril setelah peristiwa itu berlaku.
“Aku tanya kau.. kau tanya aku balik.
Simple ques tu Harith.” Jelas dalam nada suaranya, dia terdesak untuk tahu.
Kalau ya, begitu mudahkah menerima orang lain sedangkan dirinya tidak mampu?
Tegang… Itu suasana sekarang. Kalau
menipu, sah menempah bala. Tengku Eizril bukan boleh dipercayai. Apatah lagi
melibatkan seorang Zara Elyssa. Kalau tidak menipu, dia boleh tahu apa yang
berada di kotak fikiran Tengku Eizril sekarang ini? Yang mana satu ya?
“Yup. Kau tak nak tanya ke siapa?”
Dan dia memilih untuk menipu. Bukan salah dia pun… Dia hanya ingin tahu… Salah
Tengku Eizril yang tidak mahu mengaku.
Dan hatinya berasa sakit
serta-merta. Sanggup Harith Imran buat dia begini? Dia bukan lagi Tengku Eizril
Fiqrash yang sesuka hati menunjukkan apa yang dia rasa kepada orang lain sejak
peristiwa itu berlaku. Walaupun sakit, dia akan kata tidak sakit.
“Siapa?” Tanpa nada dia menanya.
Dia bangun menghadap lukisan yang berada di dinding. Lukisan ini diibarat
dirinya. Lukisan abstark. Sepintas lalu melihat, amat ceria sekali. Kalau
ditenung betul-betul, nampak sedih. Gabungan yang ideal, biru dan merah.
“Zara Elyssa.”
Dumm! Sakitnya hati hanya Allah
sahaja yang tahu. Mengapa perlu jadi begini? Dengan kawan baiknya pula.
“Kau tak kisah kan?” Boleh pula
Harith Imran melontarkan soalan itu kepadanya.
Serta-merta iphone5 diambil di atas
meja. “Hah? Okay. Aku gerak sekarang.”
“Asal?” Tiba-tiba angkat telefon
padahal tak berbunyi. Mungkin vibrate kerana dia mendengar vibration tadi.
Blackberry Curve Harith Imran
berbunyi sekali lagi.
It’s a date then. Pukul 8 mlm.
Koryo-won @starhill. –Zara Elyssa
“Aku kena jumpa orang. Gerak dulu.
Yang pasal kau tanya tu, tak.”
Betul, telefon dia vibrate tetapi
hanya mesej. Dia perlu cepat ke sana ataupun dia akan terlepas.
Saw Zara Elyssa @Baskin Robbins
Pavilion. – Afiq
Pembantunya memang boleh diharap.
Semasa dia nampak Harith Imran dan Zara Elyssa berada di pintu keluar tingkat
lima belas itu, dia sudah mengarahkan Afiq untuk mengikuti Zara Elyssa kerana
dia tahu gadis itu tidak akan berlama di situ. Terus ditinggalkan Harith Imran
di situ. Dia perlu jawapan daripada Zara Elyssa pula. Mana tahu kalau Harith
Imran sengaja mempermainkan dia untuk melihat sama ada dia suka atau tidak
kepada Zara Elyssa. Jadi keputusan sekarang ialah hanya buat tak tahu kerana
dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya sekarang.
Sedar-sedar dia sudah sampai di
Baskin Robbins di Pavilion. Ramai juga orang yang mengunjungi di situ. Matanya
melilau kelibat Zara Elyssa. Got ya! Kelihatan Zara Elyssa duduk di satu tempat
sambil termenung. Tangannya pula sibuk menyuap aiskrim ke dalam mulut.
Nampaknya ada lagi yang masih sama seprti dulu.
“I don’t think the site is at
Baskin Robbins?”Sapanya sinis lalu duduk di hadapan Zara Elyssa. Matanya tajam
merenung gadis itu. Terus muka Zara Elyssa pucat apabila melihatnya di situ.
Begitulah reaksinya jika berjumpa dengan dia tahun ini.
Zara Elyssa pantas mengambil tas
tangan dan bangun namun Tengku Eizril lagi pantas. Dia memegang kemas lengan
Zara Elyssa agar dia tidak boleh lari. Dia cuba merentap tangannya namun gagal.
“What is wrong with you? Let me go.”
Marah Zara Elyssa perlahan lalu duduk. Dia tidak mahu menjadi tontonan orang
ramai. Tengku Eizril, jangan main-main dengannya kerana dia suka membuat
sesuatu yang tidak dijangka.
Ingat dia akan senang-senang
melepas Zara Elyssa setelah tidak berjumpa dengannya selama empat tahun? Tidak
mungkin.
“Not until you answer my question.
What are you doing here exactly? Eating ice-cream because you were frustrated that
I’m working with you?” Straight forward sahaja soalannya. Tiada belit-belit.
“None of your business. Kenapa cari
saya, Encik Eizril? Ada apa-apa ke?” Dia cuba berlagak seformal yang boleh.
Kalau tidak, pasti benda lain akan timbul.
“Don’t be so formal as if we never
met before. Shouldn’t you’ll be calling me Fiqrash like you used to?” Sinis dia
lemparkan kepada Zara Elyssa. Mungkin Zara Elyssa akan rasa sakit hati namun
tidak sesakit hatinya empat tahun yang lalu.
“Kita dah tiada hubungan lagi
kecuali hubungan antara majikan dan pekerja.” Tanpa nada Zara Elyssa membalas
“Siapa cakap kita tiada hubungan? I
never let you go! You left me Elyss!” Separuh menjerit Tengku Eizril. Pedihnya
hanya dia sahaja yang tahu. Mukanya merah menahan marah.
“You left me Elyss… you left me…”
Kalau tadi marah, sekarang ini suara Tengku Eizril lirih pula. Dia menunduk.
Tangannya yang memegang kemas lengan Zara Elyssa turun beralih mengengam tangan
kanan Zara Elyssa.
I’m sorry Fiqrash. I don’t have any
choice back then but believe me, I have my own reasons.
3 comments:
la nak lg .
reason???nak taw...sambung lagi ye..best..
Now I'm hook to this storyline... Pls do continue....
Post a Comment