Zara Elyssa melangkah menuju
biliknya. Akhirnya dapat juga dia kembali ke pejabat ini setelah seminggu dia
berada di Kuantan menyelesaikan tugasnya. Dia mengorak senyuman kepada Neesa,
setiausahanya. Tahu sangat dengan muka bercahaya Neesa itu. Pasti ada sahaja
cerita yang dikhabarkan kepadanya. Neesa ni semua benda yang dia tahu. Dari gossip
tingkat satu hinggalah tingkat ke empat puluh, pasti dia tahu.
“Miss Zara Elyssa, welcome back!
Camne dengan projek di Kuantan, semuanya beres, bukan?” Neesa menegurnya. Ayu
sekali Neesa dengan baju kurung yang disarungkan di badannya itu. Eh? Ditilik
muka Neesa dengan lebih dekat.
She’s wearing make up? Oh my chocolate!
“Cik Zara, ada apa-apa yang tak
kena ke?”Neesa menyoal Zara Elyssa. Pelik juga dengan bosnya. Tiba-tiba tenung
orang seperti ada yang tidak kena dengan mukanya.
“Takde apa-apa. Perfectly fine tapi…
are you wearing make up Neesa?” Tanya Zara Elyssa sambil tersengih.
Kelihatan Neesa mengurut dadanya
tanda lega. Ingat apa tadi.
“Ni yang Neesa nak cerita dekat Cik
Zara ni tapi kita kena masuk bilik cik dulu.” Kata-kata Neesa mengundang tanda
hairan di dalam diri Zara Elyssa. Kenapa perlu masuk biliknya? Ah, ini pasti gossip
yang paling hot sampaikan gossip ini perlu dicerita di dalam biliknya.
“Okay, jom.” Dengan Zara Elyssa
sekali merasakan teruja untuk mengetahui apa yang bakal diberitahu oleh Neesa.
Gaji dinaikkan ke? Company trip luar negara ke? Semua persoalan itu
berlegar-legar di dalam kepala Zara Elyssa.
Mereka masuk ke dalam bilik Zara
Elyssa. Cepat sahaja Neesa menutup pintu dan duduk di hadapannya. Dia pula
meletakkan tas tangannya di dalam laci dan terus memandang Neesa. Neesa
melebarkan senyumannya.
“Cik, nak tahu tak yang….” Belum
sempat Neesa memulakan mukadimahnya, Zara Elyssa sudah memotong percakapannya.
“Neesa, kita dah bekerja bersama
sudah 2 bulan. Kan saya dah cakap dari awal, saya tak suka orang panggil cik.
Umur kita beza dua tahun je, relax laa. Panggil nama je okay? Kalau awak tak
nak, awak boleh keluar sekarang. Saya tak berminat nak dengar awak cerita.”
Suara Zara Elyssa tegas menyapa gegendang Neesa.
Nak keluar, pasti Zara Elyssa tidak
akan tahu tentang gossip terbaru dan pasti juga hubungan mereka akan menjadi
janggal selepas ini. Tiada lagi Zara Elyssa yang sporting. Mana dia biasa
panggil Zara Elyssa dengan namanya sahaja. Sudahlah mereka beza dua tahun. Zara
Elyssa itu selayaknya dipanggil kakak, mana mungkin boleh panggil nama sahaja.
Dia mengeluh. Nak ke tak nak?
“Neesa….”
“Okay okay! Saya panggil cik dengan
nama Zara sahaja.” Laju sahaja Neesa menuturkan kata-kata. Bimbang mood Zara
Elyssa akan menjadi buruk. Sudahlah bosnya itu baru balik.
Tahu takut… Zara Elyssa tersenyum
kemenangan. Bukan susah untuk membuat Neesa patuh kepada arahannya.
“Okay, Neesa. Cakaplah apa awak nak
cakap tu sebelum saya mula bekerja. Tapi sebelum tu, are you wearing make up? ”Dia
menayakan benda yang sama kepada Neesa. Pelik juga. Tiada angin, tiada rebut…
Tiba-tiba, Si Neesa yang innocent ni pakai make up. Baju kurung pun dah pakai
baju kurung modern. Dia juga tidak sabar untuk tahu apa yang hendak dikatakan
kepada Neesa.
“Yes, I am! Saya kan secretary cik…err
awak, kenalah lawa-lawa, nanti Zara pula yang malu.” Dengan suara ceria Neesa
membalas namun kenapa dirasakan bagaikan tipu sahaja? Pasti ada udang di
sebalik mee.
“Okay then, judging by your face
now, saya rasa macam awak ada gossip yang paling hangat yang nak disampaikan
kepada saya, bukan? Apa yang berlaku semasa saya tiada seminggu ni?” Zara
Elyssa berterus terang itu membuatkan Neesa tersengih malu. Tahu sahaja Zara
Elyssa tentang dia walaupun mereka hanya dua bulan bekerja bersama.
“Good news or bad news dulu Zara?”
“Erm bad news dulu.” Lebih baik
dengar yang buruk dulu kerana nanti kita boleh gembira.
“Bad news ialah Encik Iskandar
sudah berhenti kerja. Dia ambil alih syarikat keluarganya.” Mendatar sahaja
suara Neesa. Ini sahaja bad newsnya? Kalau pasal ni, dia sudah tahu kerana
Iskandar menelefonnya semasa dia berada di Kuantan.
“Untuk pertama kalinya, awak
beritahu info yang saya tahu dah. Saya dah tahu lama pasal Iskandar berhenti
kerja. Dia telefon saya semasa di Kuantan. Apa good newsnya?”Harap-harap kali
ni dia tidak tahu lagi pasal good news yang bakal disampaikan oleh Neesa. Kalau
tidak, buang karan je dia terasa teruja tadi.
“Good news ada dua. Satu ada orang
yang sudah menggantikan Encik Iskandar dan kita sudah dapat bos baru!” Suara
Neesa ceria sekali. Barulah Zara Elyssa tahu. Antara dua orang yang baru masuk
syarikat itu, salah satunya pasti crush Neesa.
“Betul ke? Baguslah. Takdelah saya
bekerja sorang. Siapa partner saya?” Pastilah orang baru itu akan bekerja
bersama dengannya kerana dia dan Iskandar dulu selalu bekerjasama. Haraplah
orang itu okay sahaja.
“Harith Imran! Orangnya handsome
Zara! Ramai orang tingkat ni test market dengan dia.” Cara Neesa bercerita
macam orangnya handsome laa sangat sampai semua orang test market. Macam-macam.
“Habis tu bos baru tu siapa pulak?”
Kini, dia berminat untuk tahu tentang bos baru mereka.
“Kita dapat CEO baru. Dikhabarkan
CEO baru tu anak Tengku Eirham, pengarah kita. Dia baru masuk dua hari yang lepas.
Yang ni lagi hot tau Zara. Harith Imran maybe handsome tapi CEO baru kita ni
mega handsome tahu tak? Kalau orang tengok Harith Imran tu terbuntang mata,
bila Tengku Eirham perkenalkan anak dia sebagai CEO yang baru, tergolek mata
semua anak dara dalam syarikat ni tau!” Patutlah bersemangat sangat, rupanya
dua-dua handsome. Sabar sahajalah.
Riak Zara Elyssa yang biasa sahaja
tidak menghairankan Neesa. Bosnya memang begitu. Cakaplah pasal lelaki, riaknya
biasa sahaja. Kalau klien yang datang berurusan dengan Zara Elyssa, boleh nak
dikatakan separuh daripadanya jatuh hati kepada bosnya ini namun tiada orang
yang berjaya memikatnya. Dia yang perempuan ni pun rasa Zara Elyssa ni cantik,
lagilah lelaki yang berada di luar sana. Mungkin sahaja hati seorang Zara
Elyssa sudah terisi, siapa tahu?
“Oh patutlah posisi CEO tu takde
orang yang ambik rupanya reserved untuk anak dia. Dah habis gossip kan? Saya
nak mula buat kerja Neesa sebab saya tak nak balik lewat hari ni. Saya takde
apa-apa temu janji kan hari ni?”
“Untuk hari ni, Zara free.” Lega
hatinya mendengar.
“Owh yeah, kenapa orang kat luar tu
saya tengok bergaya sakan hari ni? Ramai yang pakai kebaya dan make up pun
lebih dari biasa.Awak pun pakai baju kurung modern. Ada apa-apa yang saya patut
tahu ke?” Pelik juga dia apabila melihat orang lain bergaya sakan.
“Ya Allah! Lupa nak beritahu main
event hari ni! CEO baru tu nak lawat tingkat kita! Semalam dia tak sempat nak
lawat.” Laa, itu ke sebabnya? Setakat CEO nak lawat pun perlu bergaya sakan ke?
“Ingatkan pengarah ke artis yang
nak lawat tadi.” Zara Elyssa mencebik.
“Kan saya dah cakap tadi, anak dara
yang dekat luar tu nak pikat CEO baru tu. Untung-untung dapat.”
“And you’re one of them?” Zara
Elyssa tersengih. Sedap sahaja mengata orang lain.
Neesa cepat-cepat mengeleng. “Mana
ada… Itu mustahil laa Zara. Neesa kan setiausaha? Mana layak nak digandingkan
dengan CEO? Sudah terang-terangan akan kecewa kalau menaruh harapan, kan? Kalau
Zara, lainlah pulak ceritanya.” Dari pandangan matanya, seperti Neesa ikhlas.
“Apa pulak yang lain? Kita sama je
kan? Habis tu, awak beritahu laa kenapa pakai baju kurung modern hari ni?”
Masih lagi dalam mood mengusik dia.
“Lainlah. Zara kan lawa? Tengok
sahaja klien yang datang berurusan dengan Zara, semuanya sukakan Zara. Saya
lain… tak lawa.” Ah… buat sedih pulak… Mengarut betul Neesa ni. Kalau Neesa tak
lawa, pasti tiada orang yang mengayat dia tapi masalahnya ada sahaja orang yang
kecewa ditolak Neesa.
“Merepek laa awak Neesa. Bukan saya
tak tahu yang ada orang kecewa sebab awak tolak cinta dia. Habis tu kalau bukan
CEO, Harith Imran yang membuatkan awak pakai cantik hari ni ya Neesa?”
Terus mukanya merah. Sah! Sukakan
Harith Imran! Gotcha!
“Err Zara, dengar tak telefon
berbunyi? Saya angkat ya? Bye.” Terus ditinggalkan Zara Elyssa terkulat-kulat
di dalam bilik itu. Hmm.. nampaknya tekaannya betul.
Interkom ditekan.
“Ya?” Suara Neesa perlahan
menyapanya.
“Awak tak boleh lari Neesa.”
Ya! Memang Neesa tidak boleh lari.
Nanti ada masa akan diusik lagi. Sekarang, seharusnya dia memulakan kerja yang
berlambak.
Mesyuarat yang dihadirnya akhirnya
sudah tamat. Selepas ini, dia akan terus berjumpa dengan Harith Imran untuk
berbincang tentang projek baru yang diterimanya. Harith Imran tidak dapat
menghadiri mesyuarat tadi kerana ada kerja di tapak pembinaan projek Taman
Melawati. Kata Neesa, Harith Imran sudah tiba di pejabatnya tadi. Bagaimana agaknya
Harith Imran? Namanya seperti pernah didengar. But it did not ring the bell.
Pintu lif dibuka dan terus ke bilik Harith Imran yang bersebelahan dengannya.
Diketuk pintu itu.
“Come in.” Selepas mendengar suara
Harith Imran, Zara Elyssa melangkah masuk ke dalam biliknya.
Kelihatan lelaki itu sedang
menunduk mengambil fail. Apabila Harith Imran memandangnya, kedua-dua kelihatan
terkejut. Pantas Zara Elyssa mengukirkan senyuman. Kecilnya dunia ini. Tidak
disangka akan berjumpa balik dengan lelaki ini.
“Harith? Nama kau Harith Imran?”
Terus dilemparkan soalan itu.
“Sampai hati tak ingat nama aku.”
Sengaja suaranya dibuat-buat sedih.
“Tak payah nak buat sedih dekat
sini Harith. Aku rindu gila kau! Lama dah tak contact. Mujur je jumpa kau dekat
sini. Kau tak tahu betapa leganya aku dapat kau sebagai partner aku.” Gembira
sahaja Zara Elyssa. Harith Imran tersenyum melihat kawan baiknya itu.
“Aku pun rindukan kau. Kau tukar
telefon apa kes? Susah laa aku nak contact!” Sudah empat tahun mereka tidak
bersua muka. Siapa yang tidak rindu?
“Aku err.. phone aku hilang. Aku
tak hafal nombor kau. Sorry laa but look on the bright sight. Kita dah jumpa
kan? Dah kira baik laa ni. Kau makin handsome ya sekarang? Patutlah aku dengar
ramai nak test market. Rupanya kau Harith Imran tu. Tu yang banyak sangat
sangkut dekat kau tu.” Perli Zara Elyssa. Memang dari zaman universiti Harith Imran sudah popular. Kalau popular di sini, apalah yang nak diherankan?
“Kau pun dah makin lawa. Dah
bergaya. Takde lagi pakaian simple kau tu. Kau belajar dekat mana Zara?”
“Aku? Mana-mana jelaa. Buat apa
cakap pasal benda yang lepas? Yang penting sekarang kau dah ada awek ke belum?
Bukan ke kau cakap dengan aku, kau nak couple bila kita dah sem terakhir?”
Masih lagi Zara Elyssa tentang prinsip Harith Imran itu.
“Tak sangka kau ingat pulak cerita
zaman batu tu. Takde yang sangkut laa Zara. Nak buat macam mana?”
“Blah laa kau! Nak sangkut macam
mana kalau kau tu memilih sangat!” Zara Elyssa mencebik manakala Harith Imran
hanya ketawa sahaja.
“Nama pun couple, mestilah memilih
sikit. Aku nak couple pastu kahwin, kau apa tahu? Habis tu kau pulak apa
cerita? Ada yang sangkut tak?”
“Takde! Aku malas nak fikir. Kerja
pun tak sampai setahun, mana boleh couple. Aku nak focus terhadap kerjaya aku
dulu.” Zara Elyssa bermain-main pen yang berada di tangannya.
“Kau tak boleh ataupun kau tak nak
Zara?” Terus Zara Elyssa memandang Harith Imran. Jelas dari pandangan mata Zara
Elyssa, dia tak nak. Tahulah dia tentang sebab Zara Elyssa. Tidak perlu Zara
Elyssa memberitahunya, dia sudah tahu. Malahan amat arif tentang itu. Bagus
sangatlah. Di sini masih lagi mengingati manakala di sana pula masih juga
mengingati namun tidak mahu diakui.
“Takpe laa kalau kau tak nak jawab.
Kau datang jumpa aku ni kenapa?” Balas Harith Imran apabila melihat kertas yang
berada di tangan Zara Elyssa.
“Aa ah lupa pulak aku. Ni aku datang
sebab nak bincangkan projek kita yang paling baru.”Mereka mula berbincang
tentang projek yang baru itu.
Sesak nafasnya apabila memandang
lelaki itu semasa keluar daripada biliknya. Kelihatan lelaki itu sedang menyapa
pekerja yang turut berada di tingkat itu. Sudah tidak dapat disangkal lagi
memang dia. Senyumannya, gaya rambutnya, cara dia berpakain, semuanya sama.
Kenapa dia perlu kembali? Baru sahaja dia ingin gembira kerana Harith Imran,
kawan baiknya yang kini sudah menjadi rakan sepejabat. Dan sekarang lelaki itu
pula bekerja di syarikat ini? Mengapakah mereka harus berjumpa setelah empat
tahun tidak bersua muka?
3 comments:
intro dah best..:)
NOVEL NI DAH POST DULU KAN DAH LAMA JUGA KAN,LEPAS NI KALAU BOLEH SELALU POST YA TQ RINDU SANGAT-2.
Hk: thanks!
baby mio: yes! dah post dulu. sbb tu ad new and the old one. ok gonna try!
thanks 4 the comment!
Post a Comment