Aku hanya menurut tanpa batahan. Nanti malukan
Tengku Isaac Zachery pula. Sejak bila kau kisah pasal dia, Risya oit? Mereka
berhenti di hadapan Auntie Anne’s. Aku memegang dadaku. Penat! Dia heret aku
sampai Auntie Anne’s. Biar betul? Muka mereka betul-betul kepenatan.
“What’s that all about
Tengku Isaac Zachery? Kataku sinis. At least cakap laa nama dia betul-betul.
“Don’t ask me. She also
said your name Tengku Aleeya Batrisya. Dia kenal Risya ke?” Kali ini
kedua-duanya busted.
“Maybe, dah dia cakap nama
tadi tapi saya tak kenal dia. Yang pasti awak kenal dia tapi buat-buat tak
kenal kan? So, what’s up?”
Belum sempat dia menjawab,
ada lagi suara asing menegur.
“Risya, is that you?” Kali
ini suara lelaki pula. Tidak disangka dia berjumpa kembali dengan gadis yang
berjaya mengambil hatinya semasa di Universti Cambridge. Matanya seakan-akan
bercahaya apabila melihat Tengku Aleeya Batrisya namun tidak lama apabila dia
nampak seorang lelaki di sebelah gadis itu.
‘Ni siapa pulak ni?’
Monolog Tengku Isaac Zachery. Tak habis-habis intruders mengacau dia dan Tengku
Aleeya Batrisya. Kalau tadi Tengku Qatrina dan sekarang ni siapa pulak? Dia
tahu pandangan lelaki tadi kepada Tengku Aleeya Batrisya. Pandangan seorang
lelaki kepada perempuan yang dicintainya. Tapi apa yang betul-betul pasti dia
tidak suka akan pandangan tersebut.
Aku terkejut apabila
melihat lelaki di depanku. Aqif Naufal tersenyum memandangku. Dah berapa lama
aku tidak berjumpa dengan kawan baik aku ni? It’s been three years right? Aqif
Naufal terpaksa menukar university kerana dia terpaksa menjaga adiknya yang
sakit di Malaysia memandangkan ibu bapanya telah meninggal dunia lima tahun
yang lalu akibat kemalangan. Betapa rindunya aku padanya. Kalau dia ni
perempuan, dah lama aku peluk dia.
“Aqif! Lamanya aku tak
jumpa kau!” Barulah ada suara yang keluar apabila dia menyentuh lenganku.
Hahaha. Agaknya dah lima minit aku senyap kut? Heee.
“Amboi jammed lima minit ya
kau? Terkejut tengok aku? Hmm?” Dia tergelak. Pasti dia pun pelik dengan
sikapku ini. Memang dah lama aku tak jumpa dia.
“Jammed laa wei! Lama dah
aku tak jumpa kau! Huh! Kalau kau tak tegur aku tadi, memang aku tak sedar
langsung tu kau! Kau dah handsome sekarang! Tergoda I you!” Usikku. Satu tabiat
aku, kalau aku dah jumpa dengan si Aqif ni, memang aku tak sedar tentang
keadaan sekeliling aku.
Jumpa boyfriend sampai tak
ingat aku ke? Hmph!
“So, who is this? Mat
salih mana kau cekau ni Risya?” Tanya Aqif Naufal hairan. Yalah lagi tadi dia
berchit chat dengan Tengku Aleeya Batrisya, langsung tiada tanda-tanda untuk
memperkenalkan lelaki itu kepadanya.
“Owh! Lupa-lupa. Ni
kenalkan, Isaac Zachery, kawan aku.” Hampir sahaja dia terlupa tentang
kewujudan mamat tourist itu. Kesian dia. Aku temberang dekat Aqif Naufal yang
mamat tourist ni kawan aku walaupun aku baru jumpa dia tadi. Tapi, kitaorang kan
dah tukar phone number, automaticly aku dah jadi kawan dia kan? So technically,
aku tak tipu Aqif Naufal kan?
“You can call me Zachery.
Nice to meet you.” Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Aqif Naufal.
Yang pasti, apabila dia berjabat tangan dengannya, dia dapat merasakan tegang.
“I’m Aqif Naufal. Nice to
meet you too.”
“Isaac, ni laa kawan sejak
kecil Risya. Tapi kitaorang terpisah tiga tahun dulu sebab dia kena balik
Malaysia. Sekarang baru jumpa.” Aku menerang sedikit kepada Tengku Isaac
Zachery.
“Eh, wait? Dia faham cakap
melayu ke?” Dengan nada terkejut, Aqif Naufal bertanya kepadaku. Aku hanya
mengangguk.
“Bro, dah aku orang melayu
mesti laa aku faham.” Aku tergelak mendengar statement Tengku Isaac Zachery
manakala Aqif Naufal tercengang.
“Really? Muka langsung tak
gambarkan kau tu orang melayu. No offence bro! So korang shopping ke apa? Kau
Risya, kalau tak silap aku, kau dah habis belajar kan? Graduation bila? Atau
dah lepas?”
“Dah lepas laa Aqif kau
ni! Aku ingat nak rehat sebulan dulu. Baru laa nanti aku nak apply kerja. Kau
sekarang kerja dekat mana? Kau dah graduate kan?”
“Dah lama laa wei.
Malaysia lain sis. Kau lepas ni nak pergi mana?”
“Kitaorang nak tengok
wayang lepas ni. Kau pulak?” Tengku Isaac Zachery menjawab mendahului aku.
Kacau betul.
“Aku takde plan lepas ni.
Aku ingat nak lepak dengan kau, dah kau nak tengok wayang, lain kali laa. Owh
yeah, kau ada jumpa Fudge dengan Cam?” Suara Aqif Naufal seperti kecewa. Ah…
Baru jumpa dia aku dah kecewakan dia. Aqif, sorry.
“Cam? Ya Allah! Aku lupa
pasal Cam.” Kataku sambil menarik keluar Samsung Galaxy SIII yang berada di
dalam handbag Coach aku. Didial nombor kawan baikku.
“Wei, sorry laa. Hah? Aku
ada dekat Auntie Anne’s ni. Kau turun je dulu. Ada orang yang exicited nak
jumpa kau ni. Cepat wei. Hah? Isaac pun ada dengan aku ni. Cepat!” Aku
menamatkan panggilan. Aku tersengih memandang Aqif Naufal.
“Kau ni laa Qif… buat aku
lupa si Cam. Jap, dia turun.” Aku memberitahu Aqif Naufal tentang Camelia
Rosalinda. Dia nampak gembira. Yalah… dah lama tak jumpa kawan bergaduh dia tu.
“Eh, jap. Aku ada call.
Kau tunggu jap.” Aqif Naufal beredar untuk menjawab panggilan. Dari girlfriend
dia laa agaknya. Sebab tu tak nak cakap dekat aku. Hish.
Aqif Naufal… Dah upgrade
kau ea? Syukur alhamdulilah. Akhirnya kawan aku dah ada girlfriend. Aku
haraplah sebab Aqif Naufal tu, nak kata tak ada orang nak, ramai peminat.
Sampai minah salih pun sangkut masa dekat Universiti Cambridge. Mujur sahaja
Aqif Naufal berpindah selepas dia menghabiskan tahun pertama. Kalau tidak,
habislah aku. Selalu kena kejar dengan peminat-peminat dia semata-mata nak
nombor si Aqif Naufal ni. Seorang lelaki yang lengkap dengan pakej idaman Malaya.
Mukanya putih, hidungnya mancung, rambutnya hitam pacak-pacak, tinggi, dan body
boleh tahan laa macho dia. Siapa yang tak terpikat? Aku tak! Sebab dah lama
kawan dengan dia.
“Aqif Naufal… Dah lama ke
kenal dia?” Tanya Tengku Isaac Zachery apabila Aqif Naufal sudah beredar.
“Hmm? Lebih lama kenal
dari awak laa. Kitaorang dah berkawan sejak lima belas tahun lagi. Saya, Cam
dan Aqif. The best friend I ever had. Kenapa?” Aku memandang seraut wajah yang
kacak membunuh itu. Haha. Kacak membunuh? Statement yang melampau, aku tahu.
“Nothing. Just curious.”Suka
sangat balas pendek-pendek. Menyampah den.
“Tadi awak cakap nak
tengok wayang, pukul berapa show?”
“4.30 petang, paranormal
activity. You? Tengok wayang atau nak lepak dengan your-lost-long-friend tu?”
“Copy cat! Suka sangat
tiru orang. Hahaha. Erm tengok wayang dulu lepas tu, lepak dengan Aqif. Dah
lama tak jumpa dia, rindu.” Kataku selamba. Aku menilik jam di lenganku. Si Camelia
ni mana? Dari tadi, batang hidung tak muncul-muncul pun?
“Suka hati dia je panggil
orang copy cat.” Dia menguman.
“Ololo. Gurau je pun.
Merajuk ke bang?” Sejak bila aku boleh cakap dengan mamat tourist ni macam aku
rapat sangat dengan dia. Entahlah aku pun tak tahu. Yang pasti Tengku Isaac
Zachery ini mempunyai aura yang misteri. Seperti aku dah lama kenal dengan dia.
Dia buat aku selesa walaupun pertemuan aku dengan dia agak menyakitkan hati.
“Ohoo dah tahu lagi nak
tanya ya sayang? Hmm?” Tak sangka orang macam dia pun boleh bergurau selamba
denganku. Sah kepala dia ni mesti gila-gila macam aku jugak. Yalah… Takkanlah
dia boleh selamba macam ni padahal ni baru pertama kali kitaorang berjumpa.
“Laa, ingatkan tak merajuk
tadi, hmm macam mana nak pujuk ya?” Aku makin galak bergurau. Aku berpura-pura
berfikir.
“Give me a kiss. I will
feel better.” Balasnya menggoda. Owh Mr. Isaac. You sure know how to make my
heart skips a beat. Merona merah mukaku dibuatnya.
“Ha…ha…ha… So funny Isaac.
Quit it up before things get messy.” Kami berdua tergelak. Suasana ni seperti
aku pernah rasa dulu.
“Risya, mana orang yang
exicited nak jumpa aku tu?”Camelia menyampuk. Automatik aku dan Tengku Isaac
Zachery senyap. Sejak bila dia ada di sini? Mujur sahaja aku tak terpeluk
Tengku Isaac Zachery akibat terkejut.
“Sejak bila kau ada dekat
sini? Hmm?”
“Lama ah jugak sampai boleh
tengok kau dengan mamat tourist ni gelak macam orang gila.” Dia memerli aku dan
Tengku Isaac Zachery.
“Owh yeah, lupa nak
kenalkan kau, ni Isaac Zachery, kawan baru aku.” Aku memperkenalkan mereka
berdua.
“Camelia Rosalinda. Nice
to meet you.” Balas Camelia. Owh, boyfriend-soon-to-be ni namanya Isaac
Zachery. Entah kenapa muka ni tidak asing padanya. Mukanya amat mirip dengan…dengan…
Pelanduk dua serupa ke?
Riak Camelia Rosalinda
yang berfikir selepas itu terkejut sedikit sebanyak menarik perhatian Tengku
Aleeya Batrisya. Kenapa dengan kawannya itu? Terkejut sebab boleh tengok muka
Tengku Isaac Zachery up-close ke?
“Wei, kau ni apasal? Fikir
pastu kau terkejut. Kenapa?” Aku hairan dengan riak muka Camelia Rosalinda.
“Ah…err.. takde…apa-apa.”
Kenapalah dia tidak perasan lagi tadi? Namun riak Tengku Aleeya Batrisya dan
Tengku Isaac Zachery seperti mereka berjumpa buat pertama kali. Sudah lama dia
mencari apa yang Tengku Aleeya Batrisya terlupa dan hari ini dia sudah
menjumpai jawapannya. Nampaknya rumor itu betul. Wajarkah dia memberitahu Tengku
Aleeya Batrisya? Namun jika dia memberitahu kawan baiknya itu, pasti dia akan
ingat kembali apa yang terjadi dan sudah tentu dia akan kecewa. Think Camelia
Roslinda… Kalau kau beritahu Risya, kau akan lukakan tiga hati iaitu nenek, datuk
Risya dan juga Risya sendiri. Tapi ada kebaikan juga, kau akan buat Risya dan
dia gembira. Mungkin sahaja kawan baiknya akan hidup bahagia. Namun kalau tidak
diberitahu, dia tidak akan melukakan hati sesiapa pun dan Risya akan bahagia. Ataupun,
kau jangan beritahu Risya dulu. Kalau ingatan dia dah kembali pulih, kau
beritahu semuanya kepada Risya. Ya! Itulah yang terbaik! Sorry Risya… Aku tak
sanggup nak tengok kau terluka.
Dia akan siasat tentang
ini. Mungkin pelanduk dua serupa. Don’t jump into conclusion Camelia Rosalinda.
“Yang kau macam nak
menangis ni kenapa?”Tegurku apabila aku menyedari riak mukanya. Ada sesuatu
yang berlaku ke?
“kau okay ke Camelia?”
Tanya pula Tengku Isaac Zachery. Terkejut juga dengan perubahan muka kawan
barunya itu.
“Kau.. kau.. boleh cakap
melayu?” Sudah aku jangka reaksi Camelia Rosalinda akan jadi begini. Kalau aku
dan Aqif Naufal boleh terkejut, takkanlah dia tidak?
“Yalah Camelia, aku melayu
laa walaupun muka aku tak macam melayu. Kau jangan buat muka terkejut macam tu.”
“Laa aku ingat mati-matian
dia ni mat salih. Hahaha.” Mukanya terus menjadi ceria. Lega aku. Takut juga si
Camelia Roslinda ni jadi bad mood.
“Relax laa Cam, aku boleh
panggil kau macam tu kan?”
“Sure tapi aku nak panggil
kau apa?”
“Kau panggil aku Zachery
laa. Nampaknya bertambah laa kawan aku dekat Malaysia ni.”
“Kau ada berapa kawan Zac?”
Tengku Isaac Zachery
mengangkat jarinya. Aku dan Camelia Rosalinda sudah ternganga. Dua?! Je?
“Sikit gila kawan. Kesian
awak, takde orang nak kawan dengan awak, Isaac.”
“Nak buat macam mana?
Kawan saya ada dekat UK. Diaorang tak balik lagi sini.”
Aku tergelak mendengar
jawapannya. Camelia Rosalinda pula hanya memandang dua orang manusia yang
berada di hadapannya. Saya-awak? Sejak bila kawan baiknya itu sesopan itu?
Kalau nak cakap Tengku Isaac Zachery ni sopan, tak mungkin sebab dia cakap guna
aku-kau dengannya tadi. Hmm… Ada sesuatu yang berlaku tanpa dia tahu ke? Dia
tersengih sendirian.
“woi! Camelia Rosalinda!
Lama aku tak jumpa kau.” Suara Aqif Naufal mula kedengaran. Hah! Muncul pun si
mamat ni. Cakap dengan girlfriend tak ingat dunia.
“Lama jugak aku tak jumpa
kau Qif! Ni ke orang yang exicited nak jumpa aku ni Risya? Kau biar benar! Ni
excited nak gaduh dengan aku adalah!” Pandangannya mula beralih kepadaku. Aku
tersenyum sahaja.
“Dah lawa laa kau Camelia.
Sampai aku tak kenal kau.” Puji Aqif Naufal. Memang kedua-dua kawan baiknya itu
semakin cantik.
“Haha. Kau pun sama makin
handsome! Kau pergi mana?”
Belum sempat Aqif Naufal
membalas, aku sudah mencelah. “Pergi cakap dengan girlfriend dia laa Cam.
Biasanya kau hentam je cakap telefon depan aku, mesti cakap dengan girlfriend
kan? Kalau tak, kau takkan lari cari privasi!” Aku membuat high five dengan
Camelia Rosalinda. Gembira kerana dapat mengenakan Aqif Naufal.
“Woo! Kau dah ada
girlfriend Qif? Sampai hati kau… Kau kata nak tunggu aku?” Mula dah drama
swasta dia…
“Cett tak payah nak
mulakan drama swasta kau ek Cam? Buat malu aku depan kawan baru je. Sorry Zac,
kau kena layan drama swasta si Cam ni.”
“Laa bro, kaitkan aku
pulak. Kau nak lari dari cakap pasal girlfriend kau ke? No offence!” Wow!
Tengku Isaac Zachery dah masuk pangkatan aku! High five bro!
“Haha, no offence taken.
Bagus sangat laa korang bertiga berkawan. Asyik nak kenakan aku je. Risya, aku
suka laa dengan kawan kau ni. Mana kau jumpa dia? Dah lama aku tak jumpa orang
macam dia. But wait… dia ni macam Ethan laa,when I think about it again.” Camelia Rosalinda
tersentak apabila mendengar nama itu keluar daripada mulut Aqif Naufal. Aqif!
What have you done? Kalau boleh aku nak biar Risya ingat sendiri. You spoilt
the plan! Matanya mencerung memandang Aqif Naufal. Dia terus menampar lengan
Aqif Naufal.
Aqif Naufal dengan
pandangan ‘oh no! Sorry!’ manakala Camelia Rosalinda pula menunggu reaksi
Tengku Aleeya Batrisya. Tengku Isaac Zachery hanya beriaksi biasa. Suasana
menjadi senyap secara tiba-tiba.
Ethan? Rasanya pernah
dengar nama itu sebelum ini namun minda aku hanya blank. Tiba-tiba, kepalaku
menjadi sakit. Nama itu berlegar-legar di kepalaku. Spontan tanganku memegang
kepala dan aku terduduk. Masing-masing tergamam melihat aku terduduk.
Terdapat banyak peristiwa
di dalam mindaku. Ia berlaku dengan cepat. Ianya seperti a quick recap. Ada aku
berjalan dengan seorang lelaki di taman. Aku begitu bahagia sekali namun
mukanya tidak jelas. Yang aku nampak hanya mata biru yang amat cantik. Selepas
itu, lelaki itu ada lagi bersama aku dan Camelia tetapi masa tu aku tengah
makan, bukan di taman lagi. Hanya itu sahaja yang dapatku tangkap. Yang lain,
semuanya samar-samar kerana ia berlaku dengan cepat di dalam mindaku.
“Kau okay tak Risya?”
Tanya Camelia Rosalinda risau.
“Aku okay.” Aku bangun
kembali selepas kesakitan di kepalaku hilang.
“Erm, Risya. Aku rasa aku
tak boleh ikut kau tengok wayang laa. Sebab atuk aku suruh balik rumah kejap. Emergency.
Apa kata kau, Aqif ganti aku. Korang pergi tengok wayang dulu. Pastu, dah habis
wayang kita lepak makan pretzel dekat taman? Aku balik rumah dulu. Nanti kita
jumpa okay? Sorry Risya.” Dia terpaksa berbohong. Sejujurnya dia ingin berjumpa
dengan Fudge. Dia ingin berbincangkan hal Risya.
“Ala, tapi kau yang nak
tengok cerita tu. Hmm… Okay laa dah emergency kan? Aku tak boleh apa juga.
Kau
takpe Qif? Kau takde plan lain ke?”Pandanganku beralih kepada Aqif Naufal pula.
“kebetulan aku takde plan
lepas ni. Aku on je pasal lepak tu.” Aqif Naufal terus bersetuju.
“Okay since semua dah
setuju, aku on je. Erm, kalau takde hal, join laa sekali.” Ajakku sambil
memandang Tengku Isaac Zachery.
“Hmm.. Why not?” Tengku
Isaac Zachery melemparkan senyuman 700 megawatt kepada aku. Ah…cair… cair….
1 comment:
Ohoho, misteri misteri!
Post a Comment