Betul tidak disangka.
Bagaikan ditakdirkan seat yang aku dan Camelia beli bersebelahan dengan seat
Tengku Isaac Zachery. Mula-mula, dua orang manusia yang datang bersamaku ni berebut-rebut
nak duduk tengah. Macam budak-budak. Biasanya Aqif Naufal tidak kisah duduk
mana-mana pun tapi hari ni lain pula? Atau dia sudah berubah? What do you
aspect Risya? Kau dan Aqif Naufal sudah
lama tidak berjumpa. Tiga tahun kut. Reasonable laa. Malas mahu mendengar
mereka bertekak, aku dengan selambanya masuk ke dalam line. Aku mengambil seat
di tengah antara Tengku Isaac Zachery dan Aqif Naufal. Kan senang aku duduk
tengah? Dua-dua tak boleh duduk tengah. Muahahaha. Lambat pulak movie ni start.
Hmm… Aqif Naufal lagi tadi asyik mengunyah popcorn macam ada orang nak rampas
popcorn tu daripada dia walaupun kami dah beli sorang satu. Dia satu, Tengku
Isaac Zachery satu. Aku macam biasa, tak beli popcorn.
“Serius tak nak popcorn?”
Lagi tadi, Tengku Isaac Zachery menanyakan benda yang sama. Tak puas ke dia
tanya benda yang sama?
“Tak nak Isaac. Serious.
Nanti kalau nak, ada juga orang kena popcorn rain.” Aku menyembunyikan senyum.
Saja nak mengusik dia memandangkan movie tak start lagi.
Boleh dikira beberapa
orang yang berada di dalam pawagam 3 itu. Paranormal activity tak popular ke?
Atau orang lambat masuk? Aku mengerling Tengku Isaac Zachery.
“Perli nampak? Kalau untuk
Aleeya Batrisya, saya sanggup je kena popcorn rain.” Heh! Aku menjelirkan
lidahku apabila mendengar jawapannya itu.
“Jawapan tak boleh blah.
Isaac, betul ke awak tak kenal siapa perempuan tadi? Dari mata awak, saya boleh
Nampak yang awak kenal dia. Long-last-girlfriend ke? Hmm?” Entah kenapa aku tertarik
untuk mengetahui siapa perempuan tadi dengan lebih lanjut. Mungkin kerana dia
tahu nama aku kut?
“Long-last-girlfriend? Pftt.
Ingat taste saya cheap macam tu? Give me a break.”Dia membuat muka
menyampahnya. Hati aku tersentak. Rasa macam aku pernah lihat impression itu
sebelum ini. Di mana ya?
“You’re not answering the
ques Isaac.” Lagi tadi aku main bisik-bisik dengan Isaac ni. Malas nak berjawab
kalau Aqif Naufal bertanya. Mata aku memandang ke hadapan namun aku membisik di
telinganya. Begitu juga dengan Tengku Isaac Zachery.
“Oh! The movie going to
start.” Balasnya tanpa mengendahkan aku. Geramnya aku!
Perbualan kami berhenti di
situ sahaja kerana iklan sudah bermula. Lagi satu iklan ke satu iklan yang
lain. Muak aku tengok iklan yang sama. Sampailah satu iklan yang menarik
perhatian aku. Breaking dawn part 2! Yay! Excited nak tengok. Tengoklah nanti,
aku dengan Cam akan jadi orang yang pertama tengok movie ni bila dia dah
realese! Muahaha! Tak sabarnya! Aku dengan Camelia memang fanatic Twilight.
Keluar je Twilight mesti beli DVD walaupun aku dah tengok wayang.
Movie sudah bermula. So
far so good. Interesting. Dan bermula laa bahagian kejut mengejut. Ni paling
den tak suka ni. Handbag yang berada di riba sudah diangkat agar menutup muka. Prakkk!
Terus aku memegang tangan seseorang di sebelah kanan apabila scene kekasih Alex
iaitu Ben dibunuh oleh Katie dengan mematahkan kepalanya dan terus ditarik
mayat Ben masuk ke dalam walk-in-wardrobe Alex. Dia mengengam tanganku, mungkin
untuk memberi ketenangan kepadaku.
Aku menoleh memandang
Tengku Isaac Zachery. Rupanya dia yang mengengam tanganku. Mujur sahaja tangannya
dilapik dengan sweaternya. Aku kembali menumpukan perhatianku kepada skrin
besar. Sejak bila pulak pawagam ini menjadi begini sejuk? Aku meletakkan tangan
kiriku ke dalam handbag. Ah… Panas sikit. Alhamdulilah. Namun tidak lama ia
bertahan. Badanku sudah mengigil kerana terlalu sejuk. Kenapa ya aku menjadi
begini? Biasanya tahan sahaja. Ah! Baru dia ingat, dia mandi hujan dengan
Tengku Nadia, patutlah jadi begini.
Haccum! Aku terbersin
kecil. Terus diambil tisu poket yang berada di dalam handbag Coach. Dikesat
hidungku. Kosong. Tanganku tidak digengam oleh Tengku Isaac Zachery lagi.
Serentak dengan itu, dia meletakkan sweater yang berwarna merah itu di bahuku.
Mulutnya bergerak supaya aku memakai sweaternya. Terus dituruti tanpa sebarang
bantahan kerana aku memang tidak tahan sejuk. Sweater merah ini bukan sahaja
boleh meredakan kesejukan namun ia boleh membuat jantung berdegup dengan lebih
laju. Sesak nafasku dengan perfume yang dipakai Tengku Isaac Zachery. Kuat
melekat di badanku memandang aku memakai sweaternya sekarang. Thank you, aku
mengucapkan melalui mataku. Tangan aku kembali digengam apabila dia melemparkan
senyuman kepadaku. Aku mengerling Aqif Naufal. Nampaknya khusyuk benar dia
menonton Paranormal activity tanpa sedar apa yang aku buat.
Buta laa kalau dia tidak nampak
apa yang dilakukan oleh Tengku Isaac Zachery kepada Tengku Aleeya Batrisya.
Baru sahaja dia nak meletakkan sweaternya di bahu Tengku Aleeya Batrisya,
Tengku Isaac Zachery sudah mendahuluinya. Dan tidak cukup dengan itu, tangan
kawan baik yang dicintai dalam diam juga digengam oleh pemuda itu. Geram di
hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Namun dia harus bersabar kerana dia tidak
mahu persahabatannya dengan Tengku Aleeya Batrisya selama tujuh tahun terputus
begitu sahaja kerana perasaan cemburanya.
Akhirnya, habis juga
cerita Paranormal Actvity. Sejujurnya dia berasa tertipu kerana cerita tadi
tidak habis. Huh! Menyesal betul tapi bolehlah. Sinister lagi best! Aku
melangkah untuk keluar bersama Aqif Naufal berada di sebelah kiriku manakala
Tengku Isaac Zachery di kananku. Aku mengeluarkan Samsung Galaxy SIIInya untuk
menghantar sms kepada Camelia Rosalinda.
Oit! Camelia! Aku dah siap
ni. Beli Auntie Anne’s dulu. Kau gerak ke taman untuk lepak je terus. Enclair
stick dengan caramel dip kan?
Text received from Camelia
Rosalinda.
Hoho! Macam tahu-tahu je.
Aku nak parmesan cheese dengan cheese dip. Aku stress ni.
Aku membalas.
Amboi! Demand! Okay, so Enclair
stick, Parmesan cheese with caramel and cheese dip. Got it. Jumpa kau dekat
taman. Jangan lupa bawak DSLR. Aku punya tinggal dekat rumah. Cepat, nanti
sejuk pulak.
Yes sir! Sayang kau. J
Aku beratur untuk membeli
pretzel di Auntie Anne’s yang berdekatan dengan Cold Storage ni. Owh yeah, lupa
pulak nak tanya mamat dua orang ni nak apa. Aku melambaikan tangan ke arah Tengku Isaac Zachery dan Aqif Naufal.
Masing-masing sibuk dengan Blackberry di tangan.
“Nak pretzel apa?” Tanyaku
sambil memandang kedua-duanya.
“Same with you.”Jawab
Tengku Isaac Zachery ringkas. Amboi sejak bila selera aku dengan dia sama? Hmm.
Sibuk dengan twitter rupanya.
Baru sahaja Aqif Naufal
mahu membuka mulutnya aku sudah memintas. “Lupa pulak aku. Kau nak almond
dengan choc dip kan?”
Aqif Naufal tersengih. “Ingatkan
dah lupa favorite aku.”
Aku mencebik. “Okay. You
guys tunggu dulu. Line panjang ni. Pergi laa tunggu dekat sana.” Kataku sambil
menunjuk ke arah tepi Cold Storage. Mereka hanya menurut tanpa sebarang
bantahan.
Jadi, empat Enclair stick
untuk aku, Camelia Rosalinda, Tengku Isaac Zachery dan juga Tengku Nadia.
Awal-awal dah pesan dengan aku sebelum aku keluar shopping. Satu almond untuk
Aqif Naufal. Dua original pretzel untuk nenek dan datukku. Dua Parmesan cheese
untuk aku dan Camelia Rosalinda. Ni aku nak save untuk nanti masa makan dengan
keluargaku. Empat caramel dip, tiga chocolate deep dan dua cheese dip. Done!
Selepas selesai dengan pembayaran, kami bergerak ke taman untuk berjumpa dengan
Camelia Rosalinda.
**************************************************************************
Camelia Rosalinda berjalan menuju
Starbucks. Dia dan Fudge atau nama sebenarnya Farhan Irsyad. Nama panggilan
Fudge diberi oleh kawan baiknya sendiri iaitu Tengku Aleeya Batrisya kerana
Farhan Irsyad suka makan Choc Fudge cake. Kalau jumpa mesti tengah makan kek
itu. Setelah lima minit menunggu, Farhan Irsyad muncul juga. Segak sungguh
Fudge dengan T-shirt polo birunya. Ditarik kerusi dan duduk berhadapan dengan
Camelia Rosalinda.
“Cam, asal muka kau macam tu? Ada
apa-apa berlaku ke?”Tanya Fudge risau. Cuak dengan muka gelisah Camelia
Rosalinda.
“Erm, kalau aku cakap mesti kau tak
percaya. Aku jumpa orang yang muka dia sama dengan Ethan tadi. Mula-mula aku
tak perasan tau tapi bila lama-lama aku tengok dia, baru aku perasan muka dia
macam Ethan. Sama ada pelanduk dua serupa atau Ethan sendiri.” Luah Camelia
Rosalinda. Ternyata Fudge juga terkejut mendengar apa yang dicakap sebentar
tadi.
“Kau biar betul? Habis tu, dia kenal
kau tak? Kalau tak, maknanya dia bukan Ethan laa. Risya ada sekali dengan kau
ke tadi? Dia pulak macam mana?” Dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi.
“Tak, Risya tak kenal dia. Tapi yang
buat aku berasapnya, Aqif Naufal tercakap nama Ethan depan dia.”
Aqif Naufal? Mereka telah berjumpa
dengan Aqif Naufal?
“Aqif Naufal? Kau jumpa dia, kenapa
kau tak cakap sekali dengan aku? Hang on! Aku dah tak faham ni. Cuba kau carita
satu-satu.”
Diceritakan semuanya kepada Fudge,
biar kawan baiknya itu faham. Habis sahaja dia cerita, air pun sampai. Fudge
menyisip airnya sebelum mengangguk memandang Camelia Rosalinda. Owh begitu
rupanya. Nampaknya ingatan Tengku Aleeya Batrisya masih lagi belum pulih. Sudah
lama benda itu berlalu. Semuanya berlaku semasa mereka berumur sembilan belas, tahun
kedua mereka di Universiti. Dalam tiga tahun kerana tahun ini mereka berumur
dua puluh dua tahun. Selepas Aqif Naufal pulang ke Malaysia, ia berlaku.
“Habis, dia sakit kepala lepas dengar
nama Ethan? Maknanya dia tak ingat laa tu. Dah nak buat macam mana? Beritahu
dia sebelum dia figure out semua ni? Kau bukan tak tahu Risya tu macam mana
Cam? Kalau dia mengamuk, dia mengamuk habis-habisan. Mesti dia marah kalau kita
tak cakap dekat dia. Tapi, dah tiga tahun juga laa dia tak jumpa aku kan?”
Dia mengetuk kepala Fudge mengunakan
phamplet yang berada di tangannya. Apasal bendul sangat ni?
“Yalah Fudge. Dah tiga tahun kau tak
jumpa dia. Kau yang tak nak jumpa dia sebab takut dia ingat kan? Salah kau
juga. Aku tak tahu laa dia ingat tak sebab sejak itu berlaku, dia tak pernah
cakap pasal kau. Rasanya tak laa kut? Pasal Ethan satu hal.”Fudge belajar di
Liverpool manakala dia dan Tengku Aleeya Batrisya di Cambridge. Fudge takut
hendak berjumpa dengan Tengku Aleeya Batrisya kerana bimbang dia akan ingat
semula. Itu semua akan menyakitinya dan perkara itu juga laa perkara terakhir
yang dia tidak mahu lakukan. Biarlah dia berkorban, bak kata Fudge. Tapi,
takkanlah nak buat macam tu buat selamanya? Kalau ditakdirkan Tengku Aleeya
Batrisya tidak akan ingat semula, tidakkah rugi? Dia ada menghalang Fudge untuk
berbuat begitu namun sia-sia kerana Fudge masih dengan keputusannya. Dalam tempoh
dia tidak berjumpa dengannya itu, dia masih lagi berhubung dengan Fudge.
“Kalau macam tu, baguslah. Aku rasa
aku kena jumpa dengan Risya laa. Takkanlah aku nak still dengan keputusan aku
dulu tu? Aku rasa tak adil buat Risya. Half aku tak nak Risya ingat tapi half
aku yang satu lagi nak Risya ingat sebab aku rindukan Risya dan aku tak rasa
ianya adil buat Risya. Kita tak boleh simpan benda-benda ni lama-lama Cam. Aku
kesiankan Risya. Aku ingat nak jumpa je Risya tapi kalau ditakdirkan on spot,
aku akan ceritakan semuanya. Kita masih tidak boleh kenyataan walaupun Risya
tak ingat kan Cam?” Betul juga apa yang dicakapkan oleh Fudge.
“Aku setuju dengan pendapat kau. Aku
ingat nak buat macam tu tapi aku tak nak desak Risya. Aku nak biar dia ingat
sendiri laa. Tapi yang merisaukan aku, hanya satu, Ethan. Masih lagi takde
berita ke?”
“Masih sama dengan rumor yang sama.
Aku tak tahu nak buat apa lagi Cam. Dah lama aku cari Ethan tapi gagal. Silap
kita hanya satu, kita tak berapa kenal Ethan. Yang kita tahu, Ethan tu kawan
baik kita. Langsung kita tak terfikir untuk tanya pasal keluarga dia. Apa yang
cakap ni mungkin bodoh tapi aku tak rasa kita tahu nama Ethan kecuali Risya
sorang kan? Sebab dia sama kelas dengan dia kan? Dan dia yang paling rapat
dengan Ethan kan?”
“Apa-apa
pun kita berdoa je laa biar Risya ingat. Hmm, jom laa ikut aku, kata nak jumpa
Risya? Aku dah janji dengan dia nak makan pretzel sambil lepak dekat taman KLCC
tu. Kau takde plan lepas ni kan?”
Fudge mengelengkan kepalanya. Bagus.
Selepas membayar latte dan cappuccino yang dipesan tadi, kami terus bergerak ke
KLCC dengan kereta yang berasingan. Bagaimanakah reaksi Tengku Aleeya Batrisya
agaknya? Ingat atau tidak? Senak perut Camelia Rosalinda apabila memikirkan hal
itu. Harap-haraplah keputusan yang diambil ini baik dan bukannya buruk.