Harith
Imran memandang Tengku Eizril yang berjalan ke hulur hilir di dalam biliknya.
Hajatnya untuk berbincang dengan Tengku Eizril tentang projek mereka di
Putrajaya. Apa kena dengan kawan baiknya? Hanya seorang sahaja yang boleh
membuat Tengku Eizril resah begini. Jawapannya ialah…..
ELYSSA
ZARA…
Belum
pernah dia melihat Tengku Eizril begini semenjak Tengku Eizril dan Elyssa Zara
berpisah. Sejak dari kecil, dia dan Tengku Eizril memang rapat. Jadi, semua
masalah yang Tengku Eizril hadapi, akan diceritakan kepadanya. Jadi, tidak
mustahillah dia tahu yang Tengku Eizril dan Elyssa Zara pernah menjadi sepasang
kekasih. Dia terus mengetuk perlahan bilik kawan baiknya itu.
“Oit,
asal kau ke hulur hilir macam orang hilang anak? Setahu aku, kau belum ada anak
lagi.” Dilabuhkan punggung di sofa mewah Tengku Eizril.
“Wei!
Terkejut aku. Kau ni…” Tengku Eizril mengurut dada perlahan. “Aku.. saja je
jalan macam ni. Lama tak exercise. Sibuk jelah. Kau nak apa?” Bohong Tengku
Eizril. Takkanlah dia nak beritahu kepada Harith Imran yang dia tengah resah
kerana Elyssa Zara? Padahal dulu, mati-matian dia menafikan kata-kata Harith
Imran bahawa dia mencintai Elyssa Zara. Dari dulu sampai sekarang, perasaannya
langsung tidak berubah. Tiada perempuan yang boleh membuat dia resah sebegini
sperti Elyssa Zara. Dia tersengih memandang Harith Imran. Dia terus duduk di
hadapan kawannya sambil meriba laptopnya. Laptop di on kan.
“Ah….
Kau jangan nak kelentongkan aku laa Zril. Aku dah kenal kau lama. Kalau kau
resah macam ni, penyebab dia satu je. ELYSSA ZARA! Asal? Kau cemburu tengok dia
dengan Emir ke? Aku yakin yang kau Nampak diaorang dalam bilik Elyssa kan?”
Tembak Harith Imran. Dia benar-benar yakin yang Tengku Eizril resah kerana
Elyssa Zara.
Dan….
Tekaan Harith Imran mengena!
“Mana
ada. Kau ni. Asal aku resah je kau cakap Elyss yang penyebabnya. Aku resah
pasal benda lain laa.” Tengku Eizril masih tidak mahu mengaku.
Harith
Imran merenung Tengku Eizril. Tengku Eizril pura-pura memandang laptopnya.
Tanpa dia sedar, dia telah membuka folder gambar-gambar kenangannya bersama
Elyssa Zara. Dia merenung gambar Elyssa Zara. Dia rindu untuk menatap sepasang lesung pipit yang cantik terbentuk
apabila Elyssa Zara ketawa. Rindu untuk melihat muka merah Elyssa Zara apabila
dia mengatakan I love you. Sah, dia memang kemaruk dengan Elyssa Zara. Tengku
Eizril tersenyum sendirian.
Sudah
berkali-kali Harith Imran memanggil Tengku Eizril namun tiada respon. Apa yang
syok sangat tengok laptop? Harith Imran terus bergerak ke belakang Tengku
Eizril untuk melihat apa yang ada di skrin laptop kawannya itu. Matanya
membulat memandang wajah yang menghiasi skrin laptop kawannya itu. Dia
tersengih sendirian. Sah, kawannya memang angau dengan Elyssa Zara! Ada hati
nak kelentong aku konon! Porah!
“Zril,
kau sayang Elyss ke? Kau cintakan dia?” Dibisikkan perlahan ke telinga kawan
baiknya itu.
“Sayang
sangat. Cinta pun ada.” Tanpa sedar, Tengku Eizril membalas. Terus Harith Imran
ketawa terbahak-bahak. Wow! Siap mengaku! Tengku Eizril terus tersedar daripada
lamunannya apabila mendengar Harith Imran ketawa. Terus ditutup laptopnya
ditutup. Gila apa kawannya ketawa kuat-kuat? Sudahlah ketawa terbahak-bahak,
ketawa pulak di telinga aku. Bingit !!!
“Kau
ni kenapa? Tergelak macam orang gila meroyan? Dahlah gelak, gelak dekat telinga
aku pulak! Hantu mana sampuk kau ni! Bingit telinga aku tahu tak!”Marah Tengku
Eizril. Namun, Harith Imran masih ketawa, malah lebih kuat daripada tadi. Dia
tidak mengambil peduli tentang Tengku Eizril.
“Sayang
sangat. Cinta pun ada. HAHAHAHA! Kau cakap bukan pasal Elyssa konon! Porah! Siap
tengok gambar Elyssa lagi! Kau tenung macam dia ada depan kau! Dahlah Zril, kau
tak payah nak kelentong aku! Kau masih sayangkan dia! Kau tak pernah lupa dia
Kau sayangkan dia kan? Aku nak dengar kau mengaku dalam keadaaan sedar!”
Terus
muka Tengku Eizril merah. Macam manalah dia boleh mengaku? Aduyai….
“Yes!
Aku tak pernah lupakan dia, tak pernah tak sayangkan dia! Aku still saying,
cintakan dia, sama macam dulu! Puas hati kau?”
“Dan
akhirnya kau mengaku jugak! Kalau kau tak mengaku tadi, aku akan cakap dekat
Elyssa yang kau still sayangkan dia. See? Kan aku dah kata? Kau takkan dapat
lupa dia! Aku rasa dia adalah cinta pertama dan terakhir kau. Tengok sahajalah
gaya kau, setelah empat tahun, kau masih sayangkan dia. Tapi, persoalannya
sekarang, adakah dia masih cintakan kau sama macam kau cintakan dia???”
Terus
Tengku Eizril memandang kawan baiknya.
“Entah.
Aku tak tahu, tapi dari mata dia, aku rasa perasaan dia terhadap aku tetap sama
macam dulu. Sebenarnya, Harith… Aku rasa macam apa yang mama cakap tu, semuanya
macam bohong. Dari dulu aku rasa macam ni tapi tindakan Elyss tinggalkan aku
membuat aku percaya apa yang dikatakan oleh mama. Aku percayakan dia. Kau rasa macam
mana?”
“Since
kau dah cakap macam ni, aku rasa, betul apa yang kau rasa. Cuba kau fikir
balik, Elyss mata duitan? Kau tak rasa macam mustahil ke? Dia mana pernah minta
duit atau barang daripada kau? Kau je yang memandai bagi dekat dia. Plus, cuba
kau tengok telefon apa yang dia pakai dulu, Iphone kan? Bukan calang-calang
orang dapat guna phone tu? Dari pakaian dia semua… aku rasa macam dia anak
orang kaya tapi Elyss tak suka cakap pasal family dia kan? Kenapa? Sebab dia
kata family dia tak sempurna. Sempurna dari segi apa, aku tak tahu.”
Tengku
Eizril mengangguk. Memang betul apa yang dikatakan oleh Harith Imran. Dari segi
pemakaian, Elyssa Zara memang simple sahaja gayanya. Sungguh simple gayanya,
sampaikan orang tidak perasaan yang dia mengunakan baju yang jenamanya agak
terkenal. Itupun dia tahu setelah dia melihat secara tidak sengaja jenama yang
dipakai Elyssa Zara.
“Aku
rasa macam tu juga. Aku akan siasat perkara ni.”
“Satu
lagi aku nak cakap dekat kau..”
“Apa?”
“Kalau
nak merebut hati Elyssa balik, kau kena cepat sebab kau ada pesaing. Tengku Emir
Zafran… aku dapat rasakan dia sukakan Elyssa.”
“Tak
payah kau cakap, aku pun tahu. Let the best man win! Aku ada rancangan macam
mana nak buat Elyss dekat dengan aku. Kau tunggu je.”
++++++++++++++
Elyssa
Zara melangkah laju menuju bilik Tengku Eizril. Gaya macam tak sabar nak sembur
orang. Merah mukanya membaca surat yang diberi kepadanya pagi tadi. Baru
semalam dia bertekad tidak mahu bersua muka dengan lelaki itu namun hari dia
terpaksa. Semata-mata kerana surat yang berada di tangannya sekarang. Bengang
betul dengan sikap Tengku Eziril! Mentang-mentanglah syarikat ni bapak dia
punya! Tunjuk kuasa pulak! Jangan harap aku tunduk dengan perintah dia!
Betul-betul melampau!
Tanpa
mengetuk pintu bilik itu, Elyssa Zara terus masuk ke dalam bilik Tengku Eizril.
Tengku Eizril hanya berlagak tenang. Seperti yang dia jangka, Elyssa Zara akan
masuk ke dalam biliknya awal pagi. Tidak sia-sia dia datang ke pejabat awal
daripada biasa hari ini. Ah…. Muka merah menahan marah…. Baru hari ni aku boleh
tengok.
“Ya?
Ada apa-apa awak jumpa saya hari ni?” Mukanya lagak tidak tahu menahu tentang
surat yang berada di tangan Elyssa Zara. Memang sengaja menempah bala!
“Apa?
Awak jangan buat tak tahu ea? Ni apa ni?” Dia menunjuk surat di tangannya lalu
diletakkan di hadapan Tengku Eizril. Diikutkan hati, mahu sahaja dia
melemparkan surat tersebut ke muka Tengku Eizril, biar kena hidung mancung dia
tu! Baru puas hatinya namun apabila difikirkan kembali, tidak wajar rasanya dia
melakukan sebegitu. Daripada Tengku Eizril Berjaya dipujuk, terus tidak boleh
dipujuk!
“Awak ni memang melampau! Awak tahu tak? Mana
boleh arkitek jadi setiausaha? Awak dah buang tebiat ek? Atau otak awak tu,
fius dia dah terputus? Demam ke? Memang tidak munasabah! Saya tak nak jadi
setiausaha awak! Mentang-mentanglah syarikat ni bapak awak punya, awak ingat
awak boleh buat sesuka hati awak? Hah? Hish! Bukan otak Encik Zaini si gatal
miang tu biul, awak pun sama biul jugak! Hmph!” Sambung Elyssa Zara. Dia memang
benci kalau Tengku Eizril jadi tak betul! Tengku Eizril akan jadi tak betul
kalau dia tidak puas hati.
“Boleh…
Apasal tak bolehnya? Dah syarikat papa saya, bolehlah saya pilih setiausaha
saya sendiri biarpun orang yang saya pilih tu ada jawatan dia sendiri dalam
syarikat ni. Awak jadi setiausaha saya dan kerja awak sekarang tu, awak jangan
risau. Kan ada Harith? Harith boleh take care. Tak pun awak jadi dua-dua
sekali. Untung saya. Ada setiausaha yang merupakan arkitek!” Dia tersenyum puas
apabila Elyssa Zara menarik muncung. Masih tidak berubah.
“Kan
awak benci tengok saya? Kenapa awak ambik saya jadi setiausaha awak? Kenapa tak
ambik Harith je jadi setiausaha awak? Kan senang? Awak kan kawan baik?”
“Sebab
saya benci laa saya ambik awak jadi setiausaha saya. Boleh saya dera awak
cukup-cukup. Awak takde pilihan. Awak kena juga jadi setiausaha saya!” Amboi,
sedapnya bagi jawapan.
“Awak
ni memang pelik, awak tahu tak? Orang, kalau benci, dia tak suka tengok muka
orang tu tapi kes awak ni, lain sikit. Lagi awak benci, lagi awak suka tengok
muka dia. Habis? Macam mana pulak dengan orang yang awak suka? Awak tak tengok
muka dia ke? Pandai pulak awak guna saya, awak. Dulu, bukan main aku.. kau..”
“Eh,
saya memang pandai. Dah awak cakap guna saya, awak, takkanlah saya nak guna
aku.. kau. Kasar pulak. Pendek kata, ALLAH dah buka fikiran saya supaya panggil
Elyss awak, bukan kau lagi. Atau awak nak saya tukar panggilan macam dulu? Saya
tak kisah. Owh yeah, saya pelik-pelik pun, siapa kisah? Janji ada orang sayang.
Terutamanya orang dekat depan ni. I can see through your eyes Elyss. You still
love me…”
“HA…HA…HA
! Lawaknya! Tolong sikit. Siapa sayangkan awak? Malam sikit! You creep me out!
Awak ni hish! Tolonglah jadi the old Eizril cause I don’t like this Eizril. Terlalu
baik… Macam ada maksud yang tersirat. Saya rela lagi berdepan dengan Eizril
yang mulut pedas tu at least dia tak macam awak, mulut manis. Antara orang
mulut pedas dan mulut manis, orang mulut pedas lebih dipercayai tau!” Panjang lebar
pulak jawapan yang diberikan oleh Elyssa Zara.
“Amboi,
sikit yang saya ulas, panjang jawapan awak ek? Owh, macam tu. Orang mulut manis
jahat ek? Okay-okay. Takpe. Nanti kalau ada mood, Eizril mulut jahat akan
kembali, okay? Jangan risau! So, still in to be my secretary?” Lembut sahaja
pandangan Tengku Eizril.
OH
NO! HE’S BACK! MY EIZRIL IS BACK!!!
2 comments:
huhuhu...n3 baru...next..next..!!!
-yayo
aa ah. bru ada masa nk buat etri bru. hehe. thanks for the comment yayo!
Post a Comment