Bab 6
Camelia Rosalinda dan Fudge sudah tiba
di tempat yang dijanjikan. Kalau Tengku Aleeya, mereka duduk di bawah pokok
yang rendang. Batang hidung kawan baiknya langsung tidak dijumpai. Banyak
sangat pokok yang rendang di sini. Tiba-tiba, matanya menangkap Tengku Aleeya
sedang bergelak ketawa dengan Tengku Isaac dan Aqif Naufal. Tangan Fudge
ditarik dan terus melangkah laju ke arah kawannya itu.
“Risya,mujur aku dengar kau gelak
dengan si Zac dan Aqif ni. Gelak kau tu boleh dengar sebatu tau? Lain kali
boleh specific sikit? Banyak pokok yang rendag dekat sini Risya oit!” Kata
Camelia Rosalinda terus mengambil tempat di sebelah Aqif Naufal manakala Fudge
duduk di antara Tengku Isaac.
Mata Fudge lagi tadi terpaku memandang
Tengku Isaac. Betul kata Camelia Roslainda, mukanya memang sebijik dengan
Ethan. Tetapi memang sudah jelas orang yang berada di sebelahnya ini bukan
orang yang dia kenal dulu. Kalau betul dia Ethan, pasti dia sudah memeluknya.
Ethan, where are you friend?
Tengku Aleeya pula merenung Fudge dan
Camelia Rosalinda. Siapa pulak lelekai yang dibawa Camelia Roslainda?
Long-lastfriend? Namun begitu, hatinya mengatakan dia kenal dengan mata yang
berwarna hijau itu. Do I know this guy? Atatupun ini teman lelaki yang disorok
Caemlia Rosalinda tapi tak Nampak pula perangai Caemlia Rosalinda berubat?
Maksudnya, orang bercinta pasti selalu texting kan? Camelia Rosalinda tidak
begitu.
Aku tersengihg memandang Caemlia Rosalinda.
“Who’s this guy Cam? Long-last
boyfriend perhaps?”
“Hye, the name Risya, Cam’s bff. Nice
to meet you.” Dengan selamba badak aku menegur si mata hijau tu.
Tidak berubah… Masih lagi dengan
perangai selambanya…
“Kawan sendiri pun tak ingat ke?
Fudge, betul ke ni kau? Serius aku tak
perasan!” Aqif Naufal bersuara sambil menghulur tangannya kepada Fudge. Mereka
berpelukan.
Fudge tergelak mendengar reaksi Aqif
Naufal. Ya! Dia memang berbeza. Kalau dulu rambut dia berserabai. Kononnya
seksi laa buat rambut macam tu. Walaupun rambut berserabai, rambut melepasi
matanya itu laa yang membuat gadis lain dua tiga kali memandangnya kalau dia
lalu. Tapi yang pasti, semua gadis melihat dia handsome, bukan pelik. Bajunya
dulu bukan laa stylo sangat macam Ethan. Alasannya, malas nak stylo sangat
sebab takut girls cair tengik dia. Realitinya, dia malas, Sekarang ini semuanya
sudah berbeza. Rambutnya sudah dipotong pendek. Style rambut pacak-pacak, baju
pakai kemeja biru disising lengan dipadankan dengan jeans dan sneakers. Cermin
mata Harry Potter.sudah selamat masuk ke
dalam kotak. Contact lense yang menjadi trend sekarang. Dah masuk kerja, mana
boleh pakai macam budak uni!
“Seriously? Choc fudge all day long!
Breakfast, lunch, dinner and supper! Still badan slim, tak macam tong. Patutnya
aku panggil kau Fudge, bukan Farhan. Just a cute nickname that Cam and I pick
out for you.” Dia mengulang balik apa yang direngus Tengku Aleeya akibat muak
melihat dia makan chocolate Fudge cake sebagai dessert. Dah nak buat macam mana?
Choc Fudge dan dia mana boleh dipisahkan!
Kepalanya terasa sakit apabila
mendengar apa yang diucapkan oleh Fudge. Dah dua kali aku rasa macam ni. Kali
pertama semasa dia, Tengku Isaac, Camelia Rosalinda dan Aqif Naufal berborak
sebelum ke pawagam untuk melihat Paranormal activity 4. Kali kedua pula apabila
Fudge bercakap. Apa kena dengan dia? Matanya sudah berbalam-balam dan tidak
lama kemudian hitam.
Panik Camelia Rosalina melihat Tengku
Aleeya pengsan. Sedang elok sahaja kepala kawan baiknya jatuh di atas riba
Tengku Isaac. Fudge pula rasa bersalah kerana mengulang balik kata-kata Tengku
Aleeya. Terjatuh pretzel yang dimakan Aqif Naufal akibat terkejut.
“Ethan, kenapa awak makan pretzel tu
sampai habis? Dahlah dekat kedai tu dah habis!” Rungut Tengku Aleeya. Tadi dia
beria-ria membeli jus oren kerana Ethan menyuruhnya. Padahal itu semua hanya
helah untuk Ethan makan habis pretzel yang dibawanya.
Ethan tergelak apabila mendengar
rungutan Tegku Aleeya. Memang dia lapar pun. Selepas kelas habis, terus dicari
Tengku Aleeya walaupun dia tidak makan tengah hari lagi. Alaa.. Setakat pretzel
tu, dia boleh beli sepuluh buat Tengku Aleeya.
“Hmm, Leeya! Awak tahu tak saya tak
makan apa-apa lagi tau! Terus lari jumpa awak. Langsung tak appreciate!”
Giliran Ethan untuk merajuk. Tengku Aleeya mencubit pipi Ethan perlahan. Alaa
siannya dia. Tak makan lagi ya?
“Sorry Ethan. Malna laa tahu yang awak
tak makan lagi. Gatal tak makan siapa suruh?” Hanya sepasang mata biru yang
jelas dipandang. Yang lain…kabur.
“Kita mati-matian rindukan dia. Tak
jumpa dia seminggu, sampai tak makan lunch, dia boleh marahkan kita makan
pretzel dia yang tinggal secubit tu! Tunggu laa! Kita beli sepuluh pretzel
nanti! Tak nak bagi dekat awak!”Tambah
Ethan lagi. Kita-awak… alaa comelnya.
Ohohoi! He misses me?
“Ohlala! Seminggu je. Kalau iya pun
rindu, makan laaa dulu. Dah pukul berapa ni? Jatuh sakit macam mana nanti?”
Risau betul dengan Ethan ni.
“Guys, sorry lambat. Aku ada hal tadi.
So, apa kita nak makan hari ni?” Muncul satu suara dari belakang mereka. Farhan
Irsyad tersenyum memandang mereka.
“Takpe, duduk laa. Kita makan dekat
taman je hari. Cam bawak makanan nanti.”Balas Tengku Aleeya. Kesian dia melihat
Farhan Iryad termengah-mengah.
“Okay.
Cantek. Aku bawak dessert. Choc Fudge cake. Yang kau Ethan ni kenapa?”
Lagi tadi dia melihat muka Ethan masam sahaja.
“Ask her.” Balas Ethan. Dia nak
melihat bagaimana Tengku Aleeya membalasnya.
“Aku marah dia dan dia merajuk.
Hahaha. Jangan hiraukan dia. Nanti okay laa. Choc Fudge? Takde benda lain ke
kau nak bawak? Haish.” Farhan Irsyad hanya tersengih.
Tidak lama kemudian, Camelia Rosalinda
tiba dengan picnic basket. Dia tersenyum memandang semua yang berada di situ.
Diambil tempat disebelah Farhan Irsyad.
“Lama ke korang tunggu? Sorry laa. Aku
tak jumpa picnic basket ni tadi. Adalah dalam tiga puluh minit aku cari benda
alah nanti. So, tunggu apa lagi? Dig in buddy!” Dia memberi pinggan kepada
semua orang.
Dikeluarkan Tupperware berisi spaghetti meatballs. Semuanya
disediakan oleh Tengku Aleeya. Tugasnya hanya mengambil dan meletakkan makanan
tersebut ke dalam Tupperware dan bawa ke sini kerana dari pagi tadi dia sibuk
dengan kelas. Tengku Aleeya hanya ada satu kelas sahaja.
Mereka menjamu selera. Selepas itu,
dessert pula. Sedap juga kek yang dibawa Farhan Irsyad ni. Rasanya seperti
homemade sahaja. Farhan irsyad, setiap hari dia makan benda yang sama. Tak muak
ke?
“Farhan, kau tak muak ke makan kek
yang sama? Setiap hari pulak tu!”
“Tak sebab aku suka kek ni. Makan laa
banyak mana pun, aku takkan muak. Setakat ni laa.” Dia tersengih sambil menyuap
kek ke dalam mulutnya.
Seriously? Choc fudge all day long!
Breakfast, lunch, dinner and supper! Still badan slim, tak macam tong. Patutnya
aku panggil kau Fudge, bukan Farhan. Just a cute nickname that Cam and I pick
out for you.” Sudah lama dia dan Camelia Rosalinda memikirkan tentang hal ini.
Hari ini baru ada kesempatan untuk menyatakan kepada Farhan Irsyad. Nak tengok
apa reaksinya?
“Haha, aku on je. Lagipun nickname tu
unik jugak. Asalkan korang yang panggil aku tak kisah.” Balas Fudge riang. Suka
betul dengan nama barunya itu.
“Hahaha! Aku setuju! Yang kau Ethan,
tak cakap lagi tadi ni apasal? Senyap semacam je.”
“Kalau kau nak tahu Cam, dia ni
merajuk dengan Risya sebab kena marah, pasal apa aku tak tahu.” Fudge dengan
rela hatinya menerangkan kepada Camelia Rosalinda. Dia hanya menganggukkan
kepalanya.
“Aku tak merajuk okay! Mengarut je!
Aku lapar laa.”Nafi Ethan. Iya laa tu. Tengku Aleeya mencebik.
“Orang tu cerdik sangat tak makan dulu
siapa suruh. Alasan dia bagi tak menusabah memang aku hangin laa. Memudaratkan
diri sendiri memang tidak boleh dimaafkan.” Perli Tengku Aleeya. Biar selepas
ini, Ethan takkan mengulangnya lagi.
“No comment.” Fudge dan Camelia
Rosalinda menjawab serentak. Malas nak masuk campur. Tengku Aleeya dan Ethan
memang macam itu. Ada sahaja perkara yang nak digaduhkan. Tapi yang bagusnya,
pergaduhan itu takkan lama.
“Kau Fudge, bila kau fly balik
Liverpool?”
Fudge ke Cambridge kerana melawat neneknya yang diserang sakit
jantung secara tiba-tiba. Kenapa? Entahlah, Fudge tidak pernah mengkhabarkannya
kepada mereka. Baru sahaja semalam, kami melawat neneknya yang berada di
hospital.
“Aku fly esok malam. Nenek aku pun dah
okay. Aku tak boleh tinggalkan kelas lama-lama. Nanti kita cuti, kita buat tour
laa.” Bagaikan tahu sahaja apa yang difikirkan kawan baiknya.
“Haha, macam tahu-tahu je kau ya?
Okay, aku on.” Ethan tergelak.
Tiba-tiba telefon bimbit Fudge
berbunyi, tanda ada panggilan.
“Hah? Okay. I’ll be there.” Ditamatkan
panggilan itu.
“Aku kena pergi dulu. Ada hal sikit
dengan nenek aku. Nak spend time dengan dia sebelum aku balik. Kalau tak,
maunya sakit lagi. Risya, thanks for the spaghetti. Aku jumpa korang esok
sebelum aku fly, okay?”
“Okay, aku faham. Kirim salam dekat
nenek kau ya?” Ethan membalas.
“Make sure kau jumpa kitaorang dulu
sebelum fly!” Gilliran Tengku Aleeya pula untuk bersuara.
“Kau tak jumpa, aku ganyang kau
cukup-cukup cuti ni tau! Drive safely!” Camelia Rosalinda tidak mahu
ketinggalan.
Selepas itu, semuanya jadi kosong.
Hitam.
Perlahan-lahan Tengku Aleeya membuka
mata. Semua mata yang memandang nampak risau sekali. Aku memegang kepala yang
berdenyut-denyut. Kemudian, aku ternampak muka Tengku Isaac berada betul-betul
rapat denganku. Pantas aku melihat keadaan sekeliling dan paling penting dia
baring atas peha siapa?
Ah! Terus bangun dan duduk.
Gila! Aku baring atas riba Tengku
Isaac? OMG! Mana nak disorokkan muka ini?
“Are you okay?” Tengku Isaac
mengutarakan soalan kepada Tengku Aleeya. Takut juga dia tadi apabila Tengku
Aleeya tiba-tiba pengsan dan jatuh di atas ribanya.
“Okay je cuma pening sikit.”
Tanganku
terus mencapai lemonade dan menyisipnya perlahan.
Mindaku masih memikirkan tentang mimpi
tadi. Mimpi ke? Rasanya tidak mungkin kerana Camelia Rosalinda dan Fudge, orang
yang baru dikenalkan sebentar tadi berada di dalam mimpi itu. Mungkin ia
memori. Aku merasakan yang aku kenal Fudge tetapi aku tidak mengingati bila aku
mengenalinya. Di dalam mimpi tadi, aku, Fudge, Camelia Rosalinda dan si dia
yang bermata biru itu berkawan rapat. Sudah dua kali si mata biru itu muncul di
dalam mimpiku. Adakah ia benar mimpi atau memori? Kusut kepalanya memikirkan
hal itu.
“Aku rasa aku kenal kau laa Fudge.”
Fudge, Camelia Rosalinda dan Aqif
Naufal tersentak.