Followers

Monday, October 15, 2012

THE NEW ONE! Love? Impossible!!! 1

Aku memegang kepalaku yang denyut-denyut. Sudah banyak kali aku terjaga dari mimpi yang sama. Mataku mengerling jam di meja tepi katilku. Sudah pukul tiga pagi. Aku turun ke dapur untuk mengambil segelas air kerana tekakku terasa haus. Aku duduk di atas sofa di ruang tamu sambil memegang mug. Aku merenung kosong ke arah televisyen.

“I love you Leeya. Always. Never forget that.” Terngiang-ngiang suara lelaki di dalam mimpi yang ku alami sebentar tadi di telinga tadi. Aku menjadi bingung. Leeya? Mana ada orang pernah panggil aku Leeya…


Sejak aku terjumpa kotak berwarna hitam di dalam perpustakaan peribadiku, aku didatangi mimpi yang agak aneh. Di kotak itu tertulis  ‘memories of us’. Us? Siapa? Entahlah. Aku tidak dapat melihat isinya kerana kotak itu berkunci. Perlu ada kod untuk membuka kotak tersebut. Aku langsung tidak memaklumkan kepada sesiapa tentang kotak yang kujumpa itu. Di dalam mimpi itu hanya ada aku dan seorang lelaki yang tidak dapatku melihat wajahnya. Dan yang pasti, lelaki itu memanggilku Leeya. Belum pernah dalam hayatku orang memanggilku Leeya. Pening kepalaku memikirkan tentang hal itu. Pada mulanya aku ingat mimpi itu sekadar mainan tidur namun mimpi itu seperti bersambung-sambung.  Aduyai! Mimpi itu kerap membuatku bangun pada pukul tiga pagi. Sudah dua minggu mimpi ini menghantuiku.


Aku terjaga daripada tidur jam enam setengah pagi. Aku membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Aku membaca al-Quran selepas aku menunaikan solat subuh. Sudah menjadi rutin harianku membuat begitu. Selesai dengan itu, aku turun ke bawah untuk menolong nenek dan Mak Qiah membuat sarapan pagi. Nenekku selalu marah kalau aku tidur selepas solat subuh. Katanya, otak kita akan menjadi bengap jika berbuat begitu. Entah ya entah tidak. Aku pun sendiri tidak pasti.


“Good morning nenek!” Sapaku. Aku masuk ke dalam dapur. Kelihatan nenek sedang menggoreng ikan bilis. Mak Qiah pula sedang memotong timun. Ah! Pasti nasi lemak menjadi menu sarapan hari ini! Bestnya! Lama dah aku tak makan nasi lemak.


“Morning. Lewat bangun hari ni?” Aku tersengih sahaja apabila nenek memerliku. Biasanya aku akan turun ke dapur pada pukul enam pagi tetapi hari ni agak lewat sedikit.


“Err.. terlewat sikit je nenek. Hmm hari ni masak nasi lemak ke? Bestnya! Apa-apa yang boleh Risya tolong?” Aku memandang nenek sekilas. Aku terus ke peti sejuk untuk mengambil susu. Kotak Dutch Lady Fresh Milk diambil dan ditarik gelas di dalam laci. Aku menuang susu lalu meneguk rakus. Aku dah lama dahaga!


“Tolong goreng ayam. Risya tahu-tahu jelah dengan Diya. Kalau takde ayam, mesti tak nak makan. Tapi tak gemuk-gemuk pulak si Diya tu makan ayam selalu.” Aku tergelak kecil. Sejak dari kecil, Tengku Nadia memang sukakan ayam. Jika tiada ayam, jangan haraplah dia nak makan. Untuk mengelak dia makan ayam, terpaksalah nenek memasak masakan yang tidak sesuai untuk dimakan dengan ayam.


“Diya… bukan nenek tak kenal dengan cicit nenek tu. Gilakan ayam! Apa yang sedap sangat pun Risya tak tahu.”


“Baik cepat goreng. Nanti atuk kamu balik, sarapan tak siap lagi. Atuk kamu tu pergi jumpa kawan dia. Awal-awal pagi dah pergi jumpa kawan. Pelik nenek.”


Atuk? Pergi jumpa kawan? Awal-awal pagi macam ni? Tak masuk akal!


“Betul ke nek? Bukan ke atuklah paling malas kalau bab-bab keluar ni? Risya pun pelik.” Aku segera menggoreng ayam. Nanti bila atuk balik dan sarapan tidak siap lagi, mengamuk pulak orang tua tu!


“Betullah. Biarlah Risya… Kejap lagi dia baliklah. Atuk kamu tu bukan kecil lagi. Pandai-pandailah dia balik nanti.”


Selepas menggoreng ayam, aku terus menghidangkan sarapan di atas meja manakala Mak Qiah membersih di dapur. Kelihatan atuk memasuki ruang tamu dan menuju ke meja makan. Ditarik kerusi dan diduduknya perlahan. Tidak lama kemudian, Tengku Nadia dan nenek turut menyertai kami di meja makan.


“Yay yay! Ada ayam ada ayam. Thanks nenek!” Tengku Nadia mencium pipi nenek.


“Hmm… Diya… kalau tak goreng ayam jangan haraplah nak makan. Betul tak apa yang nenek cakap ni?” Balas nenek. Tengku Nadia hanya tersenyum. “Apa yang sedap sanga ayam pun nenek tak tahu.” Gumam nenek perlahan.


“Kalau nenek nak tahu, ayam ialah makanan yang paling sedap dalam dunia ni.” Tengku Nadia sudah tersengih. Hmm Diya… asal ayam je sedap. Biar ayam hangus pun, dia akan cakap sedap.


“Hmm lama-lama badan pun jadi macam ayam.”Sindirku. Tengku Nadia sudah menarik muncung. Semua orang tergelak mendengarku.


Tiba-tiba, loceng rumah berbunyi tanda ada orang telah datang. Aku segera ke pintu rumah utama memandangkan bibik tiada kerana pulang ke Indonesia. Entah kenapa hati aku rasa tidak senang. Siapalah agaknya yang datang pagi-pagi buta ni? Menganggu ketenteraman betul. Orang nak sarapan pun tak senang. Aku membuka pintu tersebut. Terpampanglah muka ‘aunty kesayanganku’ yang sungguh ‘manis’. Muka masam itu aku pandang sesaat lalu aku melemparkan senyuman. 


‘Hmm. Patutlah hati aku rasa tak senang je. Rupanya hantu ni datang.’ Desis hatiku. Aku dan Aunty Katijah aku ni memang tak pernah ngam sejak zaman batu lagi. Aku memang lama dah try nak buat baik dengan dia tapi nak buat macam mana kan? Orang dah tak suka takkanlah aku nak terhegeh-hegeh nak buat baik. Buang karan je buat macam tu.


 Mataku tertangkap sesusuk tubuh yang sangat kukenali di sebelah Aunty Katijah. Hah! Ni sorang lagi aku tak ngam. Salina, anak kepada Puan Katijah kita ni. Ehh silap… Datin Katijah. Nanti kalau tak panggil title yang dibangga sangat tu, adalah orang melenting karang.


“Eh..Aunty Tijah. Masuklah.” Pelawaku dengan senyuman plastikku.


Ni mesti ada agenda kalau dia datang ni…….


“Berapa kali nak cakap? Panggil aku Aunty Katy, bukan Aunty Tijah!” Aunty Katy? Eeewwww! Sejak bila tukar nama ni? Katy? Geli pancreas aku dengar! Cam atau nama sebenar dia Camelia cakap yang Aunty aku ni dulu orang kampung.Lepas dia kahwin dengan Uncle aku, terus dia tukar nama panggilan dia jadi Katy. Apa? Tijah tak glamor ke? Kekekeke.


“Hmm sejak bila tukar nama panggilan ni? Biasa panggil Aunty Tijah, okay je? Sorrylah Aunty Tijah, Risya tak rasa boleh panggil Aunty Tijah macam tu laa. Rasa geli pancreas kalau Risya panggil macam tu. Memang tak bolehlah. Sorry ya.” Nenek mesti marah kalau dia dengar aku cakap dengan Aunty aku macam ni tapi nak buat macam mana? Orang macam dia ni tak boleh tunjuk baik sangat. Lagipun, aku ada sebab sendiri.


“Kau dah jadi biadap ye? Mentang-mentanglah kau dah masuk University di Cambridge, kau dah jadi kurang ajar. Rasanya aku patut beritahu nenek kau tentang sikap kau yang biadap ni.”


 “Eh? Ye ke? Tak perasan pun Risya biadap. Untuk pengetahuan Aunty Tijah yang tersayang, Risya baik dengan orang yang baik dengan Risya sahaja. Aunty tak ingat apa yang Aunty dah buat dulu? Beritahulah Aunty kalau Aunty berani tapi jangan terkejut kalau nenek tahu yang anak Aunty tersayang ni bertukar-tukar pasangan. Pasti nenek terkejut kan?” Sampai sekarang aku masih teringat akan peristiwa itu.


“Kau…kau!” Bergetar suara Salina membalas. Pasti terkejut kerana aku tahu. Heh! Ni Tengku Aleeya Batrisya laa! Semua isu semasa tentang keluarga aku tahu. Mata Salina menikam mataku. Aku hanya mencebik. Nak tunjuk marah laa tu. Malas aku layan.


“Fikirkanlah ye, Aunty Tijaku yang tersayang.”Aku terus berlalu menuju ke meja makan. Padan muka anak beranak tu! Ingat diorang je boleh ugut aku! Please laa wei! 


“Siapa yang datang Risya?” Tanya nenek sejurus aku masuk ke ruangan makan. Hmm… menantu kesayangan nenek laa. Siapa lagi?


“Hmm Aunty Tijah laa nenek. Menantu kesayangan nenek tu.” Perliku. Kelihatan nenek seperti mengeluh. Sejak kebelakangan ni, nenek selalu sahaja akan mengeluh jika Aunty Tijah datang. Kenapa ya? Diaorang bergaduh ke?


“Mama, Katy ada bawakan pudding laici untuk mama.” Dia tersenyum memandang nenek. Hmm plastic! Biasalah… Aunty Tijah kan? Semuanya plastic kalau pasal dia! Jahat tak aku? Kekeke.


 “Duduklah Khatijah. Makan sarapan tak lagi ni? Terima kasih laa. Khatijah datang ni ada 
apa-apa ke? Biasanya kirim dekat driver je?” Perli nenek. Dah memang betul pun apa yang nenek cakap. Aunty Tijah ni memang macam tu. Semuanya kirim dekat Pak Hassan, driver dia tu. Macamlah Pak Hassan tu menantu nenek. Macam-macam.


Terus berubah muka Aunty Tijah apabila diperli begitu. Aik? Terasa ke? Namun, dia cuba memaniskan muka. Aku, Diya dan Atuk hanya memerhati. Aku memandang ke arah Salina. Mukanya pun berubah seperti mummynya. Aik? Takkan terasa jugak kut?


“Takpe laa. Katy dah makan dekat rumah. Apalah mama ni. Katy selalu datang apa? Takkanlah nak harapkan Hassan je? Katy datang ni sebab nak jemput mama datang rumah Katy. Ada jamuan hujung minggu ni. Makan-makan. Dah lama rasanya kami tak berkumpul kan mama? Jadi, Katy nak jemput semua ahli keluarga kita datang rumah Katy. Mama datang ya?”


Nenek hanya mengangguk. “Kalau macam tu, takpelah. Nanti mama datang. Majlis Khatijah tu pukul berapa?”


“Dalam pukul 8 malam mama.”


“Nenek datang tau! Lyna nak kenalkan nenek dengan teman lelaki Lyna.” Ujar Salina tiba-tiba. Dia tersenyum sinis memandang aku.


Apa tengok-tengok? See? Kan aku dah cakap? Mesti ada agenda punya. Alaa… Bukan nak kumpul keluarga sangat tapi nak tunjuk minah gedik ni punya boyfriend rupanya. Cett! Setakat ada boyfriend je dah nak berlagak dengan aku.  Lainlah suami. Tahulah aku ni takde boyfriend… Sob sob sob sedihnye! Hmph! Tak heran pun!


“Owh. Patutlah nenek tengok Lyna semakin berseri-seri. Rupanya ada teman lelaki rupanya. Mesti nenek datang punya! Lyna jangan risau. Mummy dah kenal dengan teman lelaki Lyna ke?”

“Semua orang tak kenal lagi nek. Lyna nak kenalkan dekat jamuan tu nanti.” Balas Salina sambil tersenyum bangga. Bangga laa sangat kita ada teman lelaki. Orang lain takde.  “Owh yeah aku lupa nak tanya, kau ada boyfriend ke Risya? Kalau ada, bawaklah ke jamuan tu nanti. Boleh berkenalan.”


“Ada. Kenapa takdenya? Aku ada banyak boyfriend.” Balasku selamba. Dah dia tanya boyfriend… Mestilah aku cakap banyak. Dah nama pun boyfriend? KAWAN LELAKI! AKU ADA BANYAK KAWAN LELAKI! Dia tak cakap pun special boyfriend.


Semua orang yang berada di meja itu tepat memandangku. Pasti semua tidak percaya yang aku cakap macam tu. Hehehe.


“Habis tu? Dia cakap boyfriend? Kalau translate jadi kawan lelaki. Risya memang banyak kawan lelaki. Nenek pun tahu kan?” Ujarku selamba.


Nenek hanya mengeleng. “Apa laa kamu ni Risya. Ingatkan apa.”


“Kalau macam tu baguslah. Kamu tu Risya, ingat tau datang bawak boyfriend.”Hish. Aunty Tijah ni sama je dengan anak dia! Like mother, like daughter! Erghh! Kalau tak menyusahkan aku, tak sah!


“Ya, insyaallah Risya akan datang. Terima kasih sebab jemput.” Senyuman plastic dipamerkan.


“Mama, Katy minta diri dulu.” Selepas menyalam tangan atuk dan nenek. Mereka akhirnya pergi.
“Nek, Risya nak pergi keluar nanti dengan Camelia.”


“Hmm. Keluar je kamu tahu! Sejak balik Malaysia ni, tak reti duduk diam.”


“Alah nek… Lama dah tak jalan-jalan pusing KL."


“Yalah.” Hehe. Green light dari nenek!




KLCC. Itulah destinasi yang telah dipilih oleh Cemelia untuk shopping! Lama tak pergi KLCC. Hmm.. Ramai pulak orang hari ni. Mataku melilau mencari parking. Kinokuniya! Wait for me! Yeah! Got one! Belum sempat aku masukkan keretaku, ada kereta lain yang mendahului. Hish! Memang nak kena! Aku meneliti kereta tersebut. Scorpion Sport HHO. Nice! Orang ni memang nak kena! Aku terus keluar dan mengetuk cermin kereta Scorpion Sport HHO itu. Diintai orang di dalam kereta itu. Gaya macam lelaki. Cermin diturunkan.
‘Hunk! Drop dead gorgeous!’ Itulah perkataan yang boleh menggambarkan orang yang berada di dalam kereta Scorpion Sport HHO.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like!!!